Kebaikan yang Tidak Mampu Dibalas

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

HAYOUNG POV

“Cik Hayoung boleh dengar suara saya tak?”Hayoung hanya memandang mata doktor yang memeriksanya. Doktor itu memeriksa nadi Hayoung. Semuanya lancar. Sehun disisi Hayoung, memegang tangan Hayoung. Tidak lama kemudian, pintu bilik hospital terkuak. Chen dan Luhan baru sahaja sampai. Hayoung dapat melihat senyuman dibibir Chen. Hayoung mahu bercakap tetapi dia terlalu penat. Badannya sangat letih. Matanya memandang lelaki yang masih memegang tangannya.

“Oh...Se...hun,”kata Hayoung perlahan. Sehun disebelahnya tergamam. Dengan perlahan-lahan, Hayoung tersenyum. Memorinya tentang lelaki itu tidak pernah padam. Sehun. Lelaki yang amat dicintainya.

“Hayoung-ahh,”tangan Sehun memegang tangan Hayoung. Hayoung hanya tersenyum lemah. Dia dapat merasakan kesakitan pada seluruh badannya. Dia cuba menahan kesakitan itu.

“Hayoung dua tahun koma. Sebab tu lah, badan Hayoung lemah buat masa ni,”Hayoung mengangguk.

“Cik Hayoung akan menjalani beberapa rawatan buat masa sekarang ni termasuklah physioterapi. Physioterapi disini bermaksud untuk mengembalikan saraf-saraf anggota badan cik Hayoung kembali. Kita akan adakan latihan berjalan secara intensif untuk esok hari. Setkat ni, itu sahaja. Kalau ada apa-apa panggil je saya. Saya minta diri dulu,”doktor itu menundukkan badannya. Sehun duduk di kerusi yang berada disisi katil Hayoung.

Chen dan Luhan meminta diri untuk membeli minuman di kafeteria hospital. Sebenarnya mereka mahu memberi masa kepada Sehun dan Hayoung untuk berbual sejak sekian lama. Hayoung memandang terus ke dalam anak mata Sehun. Air mata Sehun mengalir tanpa disangka. Pantas sahaja tangan Sehun mengelapnya. Hayoung memandang hairan ke arah Sehun.

“Ke...napa mena..ngis?”tanya Hayoung perlahan. Dia mengenggam perlahan tangan Sehun.

“Terima kasih sebab bangun Hayoung. Terima kasih. Sehun hilang kewarasan selama dua tahun ni,”kata Sehun. Air matanya masih mengalir. Tangan kanan Hayoung diangkat perlahan-lahan dan dikesat air mata Sehun.

“Hayoung.. rin.dukan.. Sehun,”kata Hayoung perlahan. Sehun mencium tangan Hayoung.

“Sehun pun sama. Sehun terlalu rindukan Hayoung. Sepatutnya Sehun yang kena langgar. Kenapa Hayoung buat macam tu?”Sehun sebak. Kisah hitam dua tahun yang lalu kembali ke dalam ingatannya.

“Hayoung kan.. dah janji.. nak lindungi Sehun,”kata-kata Hayoung semakin membuatkan hati Sehun sangat terharu. Dia memeluk perempuan itu.

“Lepas ni, Sehun yang akan lindungi Hayoung,”

---------

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)