008 Kredit Tak Cukup

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokkan harinya, Yoon Bi berjalan menuju ke kondominium Luhan. Tiba-tiba dia ternampak kelibat Baekhyun. Yoon Bi berhenti dan melihatnya lagi. Dia sedang berjoging di taman. Yoon Bi menghampiri dia. Rupanya dia Luhan. Senyuman Yoon Bi bertukar pahit.

Kenapa setiap kali aku nampak dia mesti aku teringatkan Baekhyun? Kenapa aku rasa Baekhyun dekat sangat dengan diri aku bila Luhan ada disisi aku? Kenapa? Yoon Bi berfikir sejenak sambil memandang Luhan. Luhan sedar kehadiran Yoon Bi disitu. Luhan melihat Yoon Bi yang termenung melihat dirinya. Yoon Bi tidak sedar yang Luhan tahu kehadirannya. Dia masih termenung.

Luhan perlahan-lahan berjalan mendekati Yoon Bi yang sedang malayan fikiran. Dia masih tidak sedar dari lamunan. Walaupun Luhan sedang bertentangan dengannya, dia masih termenung. Luhan mendekatkan mukanya dengan muka Yoon Bi. Dia tidak sedar dan terus menatap Luhan. Luhan menatap mata Yoon Bi yang hanya 5 cm jarak mata dia dengan mata Yoon Bi.

"Han Yoon Bi!" Luhan bersuara. Yoon Bi terkejut. Akhirnya Yoon Bi tersedar yang Luhan berada dekat dihadapannya. Bukan Baekhyun! Yoon Bi menjauhkan dirinya daripada Luhan.

"M...Maafkan saya" Kata Yoon Bi.dia berasa malu dan mula memandang kebawah.

"kau ni memang suka berangan ke? Tak habis-habis berangan!" Luhan menunjukkan muka sinisnya. Sebenarnya Yoon Bi tidak tahu dengan perasaannya. Mungkin Yoon Bi terlalu rindukan Baekhyun sehinggakan dia melihat Luhan sebagai Baekhyun.

Tapi tadi aku nampak Baekhyun. Betul Baekhyun! Yoon Bi berkata dalam hati. Luhan mengatur langkah meninggalkan Yoon Bi dan masuk ke kondominium itu. Yoon Bi hanya mengikut dari belakang.

...

Di rumah Luhan, Luhan terus baring di Sofa dan menonton TV. Yoon Bi masih berdiri di belakangnya. Luhan memandang Yoon Bi.

"kau tengok apa? pergilah masak untuk aku!" Kata Luhan. Sekali lagi dia buat Yoon Bi seperti orang gaji. dia mengalah. dia menunjukkan ekspresi geram pada Luhan. Yoon Bi menggenggam tangannya bukti dia sedang geram.

Yoon Bi menuju ke dapur dan membuka peti sejuk. Kandungannya hanya terdapat mineral dan Salad.

"What! Ini je?" Yoon Bi bingung. Yoon Bi keluar dari dapur dan menuju ke Luhan.

"Luhan-ssi, peti sejuk awak kosong! macam mana saya nak masak?" Kata Yoon Bi.

"Pergi lah kedai!" Jawab Luhan selamba.

"Huh?!" Yoon Bi terkejut dengan jawapan Luhan. Pergi kedai? Ingat kedai tu dekat dengan Kondo ni? Yoon Bi bisik dalam hati. Yoon Bi memejamkan mata Yoon Bi. Yoon Bi mencapai beg Yoon Bi dan keluar untuk ke kedai. Yoon Bi menutup pintu. Luhan memandang ke arah pintu.

Tiba-tiba dia berasa serba salah. Dia asyik memikirkan Yoon Bi. Dia risau bila memikirkan Yoon Bi ke kedai yang jauh dari kondonya. Luhan benar-benar tak senang duduk. Dia tidak tahu kenapa di hadapan Yoon Bi dia berkelakuan seperti itu. Akhirnya dia bangun dan mencapai kunci keretanya.

[IU ft. Jonghyun SHINEE - A Gloomy Clock]

Dia turut keluar dari rumah itu. Dia mengejar Yoon Bi yang sudah turun menggunakan lif. Luhan sudah terlambat. Dia turun menggunakan tangga. Dia berlari sekuat hatinya untuk mengejar Yoon Bi. Sampai tingkat paling bawah Yoon Bi keluar dari lif dan terus berjalan.  Luhan juga tiba ditingkat paling bawah. Dia mesih berlari anak mengejar Yoon Bi. Setelah ternampak Yoon Bi dia hanya berjalan laju.

Luhan semakin menghampiri Yoon Bi. Dia mencapai tangan Yoon Bi. Yoon Bi terkejut kerana tangannya dirembat. Yoon Bi memandang tepi dan ternampak Luhan. Luhan tidak berkata apa-apa terus berjalan sambil memimpin tangannya.

"Luhan-ssi... tadi awak kata..." Yoon Bi tidak dapat menyambung kata-kata Yoon Bi.

Aku tak tahu kenapa aku buat macam ni... tapi hati aku sakit bila biarkan kau seorang diri... bisik Luhan dalam hati. Dia terus berjalan menuju ke kereta. Yoon Bi hanya ikut gerak Luhan sambil tangan korang berpaut antara satu sama lain.

Sampai pasaraya. Luhan menolak troli dan mengekori Yoon Bi dari belakang. Yoon Bi melihat sekeliling barang untuk dibeli. Tiba-tiba dari sebuah sudut.

"Itu Luhan! Luhan!" Kata sekelompok wanita. Yoon Bi dan Luhan memandang mereka. Rupanya mereka peminat Luhan. Yoon Bi menoleh Luhan. Yoon Bi melihat Luhan sedang tersenyum sambil melambai tangan pada mereka.

Cehh, Menyampah betul! Bisik Yoon Bi. Luhan bukan saja pemain bola sepak terkenal tapi juga sering menjadi model untuk mana-mana iklan. Dia mempunyai rupa paras yang sangat sempurna. Yoon Bi terus  berjalan mencari barang.

Beberapa minit kemudian, Yoon Bi dan Luhan menuju ke kaunter.

"23,000 won" Kata Juruwang itu. Yoon Bi mengeluarkan dompetnya lalu mengambil sejumlah wang.

[TimeZ - Hooray For Idols]

"Tak payah! Ini barang aku biarlah aku bayar" Luhan bersuara. Luhan mengeluarkan kad kreditnya.

"Tak saya bayar!"  Yoon Bi melawan.

"Janganlah! biar aku bayar!" Luhan menentang.

"Saya yang bayar!" Yoon Bi tidak mengalah. Juruwang itu pening melihat korang berdua yang bergaduh. korang masih tidak mahu mengalah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!