012 Nota Lagi ?

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

"Baekhyun tak ada teman wanita lain selain kau. Dia cintakan kau seorang saja kau. kau kena percaya Baekhyun!" Balas Daehyun dengan yakin. Yoon Bi mengerutkan dahi.

"Habis tu... siapa orang yang dimaksudkan Baekhyun?" Yoon Bi serius. Daehyun mengatur kata-kata. Dia menarik nafas panjang.

"Sebenarnya orang itu aku sendiri pun tak tahu lah Yoon Bi" Balas Daehyun. Jawapan itu mengecewakan Yoon Bi. Yoon Bi yakin Daehyun tahu sesuatu.

"Daehyun... Baekhyun yang minta aku cari pemilik jantung dia tu... jadi aku kena tahu." Balas Yoon Bi. Daehyun berasa serba salah.

"sorry. Aku tak tahu" Daehyun terpaksa menipu. Yoon Bi mengangguk tanda faham. Yoon Bi tidak mahu memaksa Daehyun. dia bernekad untuk menyelongkar rahsia Baekhyun.

"kau rindu Baekhyun?" Daehyun menukar topik. Yoon Bi memandang Daehyun.

"Aku terlalu rindukan dia... sampai bayangan dia selalu wujud depan mata aku." Jawab Yoon Bi dengan nada perlahan. Dahi Daehyun berkerut tanda tidak faham.

"Maksud kau?" Tanya Daehyun.

[Han Byul LED APPLE - I'll be there for you OST 7th Grade Civil Servant]

"Aku pun tak tahu lah... hari-hari aku rindu and teringatkan Baekhyun. Tapi sejak dua menjak ni... aku rasa lain. Aku rasa Baekhyun dekat dengan aku. Aku dapat rasa dia masih hidup..." Jawab Yoon Bi sayu. dia betul-betul rindukan Baekhyun. Daehyun masih mendengar.

"Yang aku pelik... setiap kali aku teringatkan Baekhyun, Aku akan nampak wajah Baekhyun depan mata aku sedangkan orang tu... Luhan" sambungnya lagi. Daehyun terkejut dengan ayat terakhir Yoon Bi itu.

What? Yoon Bi nampak Baekhyun dalam diri Luhan? kata Baekhyun dalam hati.

"Ah! itu bayangan kau saja..." Daehyun menukar topik. Yoon Bi mengangguk lagi. dia sendiri tidak tahu kenapa semua itu boleh berlaku. Tapi dia tidak menipu dirinya sendiri. Dia cakap perkara yang betul. dia benar-benar merasa Baekhyun berada berhampirannya.

Yoon Bi dan Daehyun menyambung perbualan dengan topik lain. Tanpa korang sedari Ji Eun melihat Yoon Bi dan Daehyun dari jauh. Wajahnya tidak menunjuk kegembiraan. Mungkin IU cemburu!


...

Di kawasan perumahan Ji Eun. Ji Eun berjalan seorang diri menuju ke rumahnya.
"Ji Eun!" Jerit Daehyun dari belakang. Ji Eun terkejut. Dia terus memandang belakang dan melihat  Daehyun berada disitu.

"Awak buat apa disini?" Tanya Ji Eun.Daehyun berjalan menghampiri Ji Eun.

"Nak jumpa awaklah. Tadi saya tunggu tapi awak terus jalan tak pandang saya..." Balas Daehyun. Ji Eun tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Daehyun perasan wajah Ji Eun masam waktu itu.

"yeke? awak... kita jumpa esok sajalah. Saya nak balik." Kata Ji Eun.Dia terus memusingkan badanya dan terus berjalan. Daehyun menahan Ji Eun. Dia berlari dan berdiri bertentangan dengan Ji Eun.

"Ji Eun kenapa? ada masalah ke? Ceritalah dengan saya..." Ujar Daehyun.

[Lim Jung Hee - Love Is]

"Tak ada apalah." Jawab Ji Eun pendek. Dia bergerak ke kanan tapi masih dihalang Daehyun. Ji Eun menunjukkan ekspresi marah pula. Daehyun berganjak selangkah ke belakang dan merapatkan wajahnya ke muka Ji Eun. Kini mata mereka bertentang.

"Ji Eun marah sayakan? sayaada buat salah pada awakkan? saya buat awak sedih kan?" Tanya Daehyun sambil matanya tepat ke mata Ji Eun. Ji Eunmasih menikmati renungan Daehyun. Apa yang ditanya itu kesemua jawapannya adalah 'ya'.

"Saya tahu saya tak seperti Yoon Bi. Yoon Bi cantik, penyayang, lemah lembut. Semua orang sukakan dia. kalau boleh semua pesakit nak dirawat oleh Yoon Bi. Memang tak mustahil kalau ramai lelaki sukakan Yoon Bi... termasuk awak..." Jelas Ji Eun sambil matanya bertentangan dengan Daehyun. Daehyun mengelip matanya. Dia tidak menyangka Ji Eun akan berkata begitu.

"Macam mana awk tahu saya sukakan Yoon Bi?" sengaja Daehyun tanya soalan itu. Ji Eun membulatkan matanya.

What? betul ke Daehyun sukakan Yoon Bi? Bisik Ji Eun. Dia terasa seperti ditikam!

"Saya tahu semua itu sejak saya bekerja dan berkawan dengan Yoon Bi... awak selalu call dia... jumpa dia... semata-mata nak pastikan dia sihat" Luah Ji Eun. Semua itu yang dipendam selama ini. Daehyun memandang bawah.

3...2...1... Daehyun ketawa! Kelakuan Daehyun membuatkan Ji Eun bertambah marah. dia menolah daehyun ke tepi. Dia berasa geram dan terus pergi dari situ. Daehyun mengejar dan mencapai tangan Ji Eun. Daehyun menarik tangan Ji Eun dengan kuat menyebabkan Ji Eun ditarik ke belakang dan badannya tepat bertentangan dengan Daehyun. Masing-masing berdebar antara satu sama lain. Sekali lagi wajah mereka betentangan.

"i love you..." Bisik Daehyun. Kali ini Daehyun tidak main-main. Ji Eun tergamam. Dia seperti ingin mendengarnya sekali lagi.

"Awak..." Ji Eun seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Biarlah ada sejuta wanita seperti Yoon Bi... saya tetap pilih Lee Ji Eun!" Kata Daehyun lagi. Kali ini Daehyun berjaya membuatkan IU tersenyum. Wajah mereka semakin dekat antara satu sama lain. Genggaman jari-jemari mereka rapat dan semakin rapat. Suasana malam itu sangat harmoni. Mereka bahagia saat itu.


...


Cuti Yoon Bi sebagai jururawat Luhan sudah tamat. Pagi itu dia berjalan kaki ke rumah Luhan. Sejak dua menjak ini Luhan sering berkata dadanya sakit. Yoon Bi membawa beberapa ubat termasuk ubat tahan sakit untuk diberi pada Luhan.

Yoon Bi membuka pintu rumah itu dengan kunci pendua yang diberi Luhan. Yoon Bi ternampak Luhan sedang menonton televisyen.

"Encik Luhan, saya datang ni..." Yoon Bi menyapa Luhan. Luhan memandang Yoon Bi yang sedang berdiri berhampiran pintu rumah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!