009 No No No

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

Daehyun berjalan menuju sebuah Wisma yang mana tempat Pemain Bola berkumpul sebelum memulakan latihan. Daehyun mencari Luhan. Dia ternampak Luhan di sebuah sudut bangunan. Daehyun menghampiri Luhan. Daehyun menyentuh bahu Luhan. Luhan menoleh memandang Daehyun.

"Hyung..." Luhan menyapa Baekhyun.

"Ada apa nak jumpa Hyung... macam penting je?" Tanya Daehyun.

"Hyung dulu rapat dengan Baekhyun Hyung kan? Hyung mesti tahu sikit-sikit pasal Baekhyun Hyung. Siapa teman wanita Baekhyun Hyung? mana dia sekarang?" Pertanyaan Luhan benar-benar membuatkan Daehyun berat untuk menjawab.

Apa kena dengan Luhan dan Yoon Bi ni? Masing- masing tanya aku benda berkaitan Baekhyun. Aku ni dah kering jawapan nak bagitahu dia orang. Bisik Daehyun dalam hati. Daehyun tidak keruan. dia tidak senang duduk.Akhirnya dia bersuara.

"Kenapa Luhan tiba-tiba tanya pasal dia? Luhan nak cari dia?" Tanya Daehyun. Luhan segera mengangguk.

"Kalau Luhan jumpa dia... Luhan nak buat apa?" Tanya Daehyun lagi.

[BoA - Only One]

"Saya cuma nak tengok rupa dia...Baekhyun hyung terlalu cintakan dia dulu... Mereka saling mencintai kan? Mesti dia sedih bila tahu Baekhyun Hyung mati... saya betul-betul nak tahu keadaan dia Hyung..." Jawab Luhan. Daehyun ingin saja memberitahu perkara sebenar pada Luhan tapi atas permintaan Baekhyun, Dia tidak sanggup.

Betul! Sebelum Baekhyun menjalani pembedahan pemindahan organ, Baekhyun sudahpun menceritakan segalanya pada Daehyun.Daehyun memikirkan bermacam jawapan untuk diberikan pada  Luhan.

"Dia tak ada di Korea. Dia dah pindah ke Malaysia..." Kata Daehyun. Jawapan itu mengecewakan Luhan.

"Betul ke?" Luhan meminta kepastian. Daehyun mengangguk. Luhan memandang bawah. Daehyun rasa bersalah apabila menipu Luhan. Dia memandang Luhan. Rasanya dia benar-benar ingin berjumpa gadis itu.

...

Dua minggu berlalu berlalu. Yoon Bi memang tidak lagi berjumpa Luhan selepas kejadian itu. Dia masih berasa marah pada Luhan. terlalu marah! Tentang pekerjaan Yoon Bi sebagai jururawat peribadi Luhan, dia sudahpun meletak jawatan. Bae Yong Joon kecewa dengan sikap Luhan terhadap Yoon Bi. Yoon Bi kembali bertugas di hospital.

Yoon Bi membelek-belek fail pesakit. Dia menulis laporan tentang kesihatan mereka. Tiba-tiba Ji Eun menghampirinya.

"Yoon Bi! Jungkook kritikal tadi tapi..." Kata-kata Ji Eun tergantung . Yoon Bi terkejut. Yoon Bi tidak berkata apa-apa dan meninggalkan kerjanya lalu bangun menuju ke wad kanak-kanak. Ji Eun belum menghabiskan kata-katanya lagi. Dia mengejar Yoon Bi.

Yoon Bi buka pintu wad dan menghampiri Jungkook yang sedang tidur.

"Jungkook-ah! Jungkook-ah! Noona datang ni..." Yoon Bi menepuk-nepuk pipi Jungkook tapi masih tidur.

"Noona, jungkook sedang tidur. tadi doktor bagi dia makan ubat!" Sung Joon bersuara.

Baru lepas makan ubat rupanya. Yoon Bi bisik dalam hati. Yoon Bi menarik nafas panjang. Jururawat yang jumpa Yoon Bi tadi masuk dalam wad itu.

"Yoon Bin! Lajunya kau lari. aku belum sempat cakap lagi... Tadi Jungkook kritikal tapi dia dah stabil sekarang ini." kata Ji Eun. Apa-apa pun Yoon Bi memang risau dengan keadaan Jungkook.

[Young Jae 4MEN - Just Once OST Queen Inhyun's Man]

"Doktor Kim bagitahu tadi yang Jungkook akan dibedah 3 hari lagi... tapi bila tengok keadaan Jungkook yang lemah ni... Fifty-fifty..." Ji Eun menyambung lagi. Mendengar kata-kata Ji Eun tadi Yoon Bi terkejut lalu memandang Ji Eun.

"What?! Fifty-fifty? Maksud kau? Dia tak akan... selamat?" Yoon Bi memandang Ji Eun dengan airmata bergenang di kolam mata. Ji Eun hanya memandang bawah. Dia tahu Yoon Bi terlalu sayangkan Jungkook seperti adik sendiri. Yoon Bi terus menjadi sebak. dia terus teringatkan Baekhyun. Baekhyun meninggalkan Yoon Bi kerana pembedahan. Kali ini Jungkook? Yoon Bi terus menghampiri Jungkook.

"Jungkook-ah... Bangun... Noona nak berbual dengan kamu..." kata Yoon Bi dengan nada sayu. Kanak-kanak lain melihat Yoon Bi dengan perasaan sedih. Mereka sendiri mengerti apa erti kesakitan kerana mereka sendiri sedang merasa kesakitan itu.Lama Yoon Bi berfikir dan akhirnya dia mendapat satu idea. Luhan!

...

Lusanya Yoon Bi melangkah masuk dalam Kondominium Luhan dan menuju lif. Yoon Bi berdebar untuk menghadap muka lelaki itu. Tapi untuk memberi semangat pada Jungkook, Yoon Bi sanggup. Setelah lif buka, Luhan dihadapan Yoon Bi. dia dan Luhan masing-masing terkejut. Luhan keluar dari lif dan berdiri bertentangan dengan Yoon Bi.

"Luhan-ssi..." Yoon Bi menyapa Luhan.

"kau  buat apa di sini?"

"Saya...nak minta tolong..." Ujar Yoon Bi.Luhan hanya berdiam.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!