013 Hampir Hampir

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

Yoon Bi sibuk mengemas beg untuk pulang ke rumah. Hari itu DIA tidak bertemu Luhan kerana ada kecemasan di hospital. Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk. Yoon Bi melihat nama pengirim itu. Luhan!

From : Luhan Idola Jungkook

Yoon Bi, Petang ni saya ada game di Apgujeong. Awak datang, ya?

Yoon Bi mengeluh.

Nak pergi ke tak nak... hatinya berbelah bagi untuk pergi. Tapi sebenarnya jika ikutkan kata hatinya memang nak pergi. Yoon Bi ada 15 minit untuk tiba di Apgujeong. Yoon Bi menganggukkan kepala dan terus berjalan pergi dari situ.

Yoon Bi memasuki stadium dan terus mencari tempat. Perlawanan bermula. Luhan memang bergaya semasa bermain bola. Susuk tubuh yang sasa dan semangat yang kental itu cukup membuatkan pihak lawan gentar.

Berbagai-bagai jeritan yang Yoon Bi dengar dan kebanyakkannya menyebut nama Luhan. Mana taknya, rupanya Yoon Bi duduk dikelilingi peminat fanatik Luhan. Yoon Bi ketawa kecil melihat reaksi peminat Luhan yang bersungguh menyemangati Luhan.

"Itu dia Daehyun dari Seoul Star memberikan bola pada pemain jersi 6. Tepat sekali! Semua pemain Seoul star bergerak ke hadapan. Luhan berjersi 10 mendekati jaring! Bola di berikan pada Luhan dan.... GOLLL!!" Ujar pengulas sukan di stadium itu. Semua bersorak! Suasana disitu sangat riuh meraikan gol yang dihadiahkan Luhan.Tak disedari Yoon Bi juga turut bersorak.

"Goodjob Luhan!" Jerit Yoon Bi dari tempat duduk. Luhan memandang ke tempat duduk penyokong. Dia ternampak Yoon Bi! Yoon Bi menunjukkan tanda 'good' pada Luhan. Luhan gembira melihat wanita kesukaannya disitu. Semangatnya semakin membara selepas ternampak Yoon Bi.

90 minit berakhir. Pasukan mendahului dengan 3-1. Luhan benar-benar puas dengan perlawanan hari itu. Yoon Bi menunggu Luhan di luar stadium. Luhan tidak pulang ke wisma bersama pemain lain kerana ingin terus pulang ke rumah.

Luhan berjalan mendekati Yoon Bi. Dia berdiri belakang sebelah kiri Yoon Bi tetapi mencuit bahu sebelah kanan. Yoon Bi memandang memusingkan badan ke kanan tetapi tiada orang. Luhan cepat-cepat berdiri di hadapan. Setelah Yoon Bi memusing ke depan Yoon Bi terkejut melihat Luhan.

"Awak ni! terkejut saya!" Ujar Yoon Bi lalu memukul perlahan tangan Luhan. Luhan ketawa melihat gelagat Yoon Bi.

"Tahniah!" Yoon Bi mengucapkan tahniah kepada Luhan atas kemenangannya tadi.

"Terima kasih. Terima kasih sebab datang" Kata Luhan. Yoon Bi mengangguk sambil tersenyum. Tiba-tiba sekumpulan wartaman menyerbu dia dan Luhan. Banyak kamera mengambil gambar Yoon Bi dan Luhan. Yoon Bi menjadi panik kerana tidak pernah begini sebelum ini.

"Luhan-ssi! Luhan-ssi! Siapa gadis ini? Dia PA Luhan-ssi? atau dia teman wanita Luhan-ssi!?" tanya seorang wartawan. Yoon Bi terkejut. Mulut Yoon Bi ringan untuk membalas balik kata-kata itu.

"bukan... saya cuma..." Kata-kata Yoon Bi tidak dapat disambung kerana Luhan mencelah.

[IU - You and I]

"Ya! Dia adalah kekasih saya!" Kata Luhan dengan suara lantang. Yoon Bi memandang Luhan disebelah! Tipu kalau Yoon Bi tak terkejut. Yoon Bi merenung wajah Luhan.

Apa yang dia cuba nak buat ni?! Jerit Yoon Bi dalam hati. Selepas itu banyak soalan dilempar pada Luhan. Luhan menjawab dengan tenang.Beberapa minit kemudian pengawal keselamatan stadium tiba dan menghalang Yoon Bi dan Luhan daripada wartawan-wartawan itu. Luhan menarik tangan Yoon Bi berlari menuju ke keretanya.

"Kenapa awak beritahu yang saya kekasih awak? Awak memang suka menipu wartawan ya?" Yoon Bi meminta kepastian Luhan. Luhan begitu berani menjawab soalan 'berbahaya' itu. Luhan berdiam diri.

"Awak tahu tak jawapan itu membahayakan karier awak?" Sambung Yoon Bi lagi. Luhan memandang Yoon Bi.

"Apa yang awak cakap ni? Karier saya rosak disebabkan saya jawab macam tu? Han Yoon Bi-ssi... saya bukan idol lah! Saya cuma pemain bola. Tak ada maknanya karier saya rosak kalau saya jawab macam tu" Balas Luhan. Yoon Bi terkedu.

Betul juga apa yang dia cakap! Aiguu... kenapa dengan aku ni! Yoon Bi bisik dalam hati. dia betul-betul berasa malu saat itu. dia memandang bawah. Luhan menghidupkan keretanya lalu pergi dari situ.

"Lagipun... saya bukannya menipu... jawapan tadi memang dari hati saya..." Kata Luhan dengan nada perlahan. Yoon Bi memandang Luhan yang sedang memandu. dia tidak mahu berkata apa-apa. dia hanya berdiam diri.

"Yoon Bi awak pernah ada teman lelaki kan? awak tak nak cerita pasal dia pada saya?" Luhan memulakan perbualan.

"Ya... saya pernah ada teman lelaki. Dia adalah lelaki yang paling baik yang saya pernah jumpa...tapi dia" Yoon Bi berkata dengan perlahan. Kata-katanya terhenti kerana dia tidak dapat menahan sebak apabila bercerita tentang Baekhyun.

Luhan dapat agak yang teman lelaki Yoon Bi telah meninggalkannya. Dia berasa sedih kerana membuatkan Yoon Bi ingin menangis. Dia cuba memikirkan topik lain. Tiba-tiba Luhan ternampak kedai ais-krim. Dia memberhentikan kereta dihadapan kedai Aiskrim.

"Jomlah saya belanja awak Aiskrim!" Ujar Luhan. Sengaja dia buat begitu kerana ingin menghilangkan kesedihan Yoon Bi. dia menurut kata-kata Luhan. dia keluar dari kereta dan masuk ke kedai itu bersama Luhan.

Luhan tiba di meja dengan membawa semangkuk aiskrim. Dia duduk bersebelahan dengan Yoon Bi. Aiskrim itu benar-benar kelihatan sedap. dia menelan air liurnya.

"Nah!" Luhan memberikan sudu pada Yoon Bi. mereka mula menikmati aiskrim itu. Aiskrim itu memag sedap tambah lagi Yoon Bi memang sedang lapar waktu itu. Luhan merenung Yoon Bi yang sedang leka memakan aiskrim. Yoon Bi tidak peras

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!