004 Biar Saya

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter
Luhan membelek-belek album kenangan sewaktu dia dan Baekhyun kecil. Dia tersenyum melihat gambar itu. Di situ terselit gambar ibu mereka. Luhan mengambil gambar itu dan menatap sepenuh hati.   "ibu... Luhan ni, anak ibu..." Tiba-tiba Luhan menjadi sebak apabila berkata dihadapan wajah ibunya. Air matanya sudah bergenang. Dia merindui ibunya itu.   "Kenapa ibu lahirkan saya?" Luhan terus menangis. dia cuba bertahan tetapi kerinduan yang teramat sangat membuatkan dia lemah.   "Kenapa tinggalkan saya seorang. Bawalah saya sekali..." Air mata Luhan terus mengalir. Dia mengesaat air matanya.   "saya rindukan ibu..." Suaranya menjadi perlahan. Dia mengusap wajah ibunya itu. Matanya pejam celik pejam celik meratap wajah ibunya. Kemudian Luhan terpandang langit cerah di tingkap. Luhan bangun dan menuju ke tingkap. Dia melihat langit. Awan bergerak dengan sangat perlahan. Luhan menikmati semua itu.   Tiba-tiba dia terasa seperti ditikam. Sakit ! Luhan terus memegang dadanya. sakit itu menyerang lagi. Badannya terasa kebas. Kepalanya berpinar. Penglihatan menjadi kabur. Luhan tidak dapat bertahan dan... BAMMMM ! Luhan rebah ke lantai.   Pintu terbuka dan Bae Young Joon masuk. Dia terkejut melihat Luhan rebah di lantai. Dia segera mendekati anaknya itu.   "Luhan! Luhan-ah!"Dia menggoncang badan Luhan tetapi tiada respon. Bae Young Joon segera memanggil doktor. Tidak lama kemudian doktor dan jururawat masuk membantu Luhan.   "Maafkan saya... kami perlu bawak luhan ke bilik kecemasan..." Kata doktor yang merawat Luhan selama ini. Bae Young Joon hanya mengangguk.   Baekhyun memandu dengan kelajuan yang tinggi menuju ke hospital setelah mendapat panggilan dari ayahnya. Dia berasa sangat risau dengan keadaan Luhan. Dia takut terjadi apa-apa pada Luhan. Dia sudah memberitahu Yoon Bi yang korang tidak dapat berjumpa dan Yoon Bi setuju.   Setelah tiba di hospital, Baekhyun berlari menuju ke wad kecemasan.Dia ternampak Bae Young Joon disitu. Tiba-tiba doktor keluar dari wad kecemasan itu.Baekhyun dan Appanya segera menghampiri Doktor.   "Macam mana dengan anak saya doktor?" Tanya Bae Young Joon.   "Kondusi Luhan agak stabil buat masa ini... tetapi serangan seperti tadi tidak mustahil akan berlaku lagi..."Doktor itu menjelaskan dengan teliti lagi. Baekhyun dan Bae Young Joon hanya mendengar.Selepas beberapa minit doktor pergi.    Baekhyun terduduk di kerusi.Bae Young Joon menghampiri dan duduk disebelahnya.   [T-ara ft. Davichi - We Were In Love]   "ayah ... penderma Luhan itu... tak akan hadir kan?" Tanya Baekhyun dengan nada yang sayu.   "Bukan tidak hadir...tapi tiada langsung" Appanya menjawab.Baekhyun memikirkan sesuatu. Bibirnya bergetar menahan sebak sebelum berkata-kata.   "Saya dah fikir masak-masak... saya nak jadi penderma Luhan..."Dia memejamkan matanya lalu air mata mengalir keluar dari kolam mata. Appanya terkejut lalu berdiri.   "Apa?!!" Suara Bae Yong Joon sedikit tinggi. Dia terkejut dengan kata-kata Baekhyun.   "Tak boleh!! Kamu sedar tak apa yang kamu cakap!!" katanya lagi. Nada Bae Yong Joon seperti sedang marah. Baekhyun terus memandang ayah nya. Baekhyun berdiri.   "ayah ... kita dah tak ada cara lain..." Baekhyun memujuk.   "ayah akan cari penderma itu secepat mungkin!" Kata Bae Yong Joon.   "Siapa?! Bila?!" Baekhyun meninggikan suaranya sedikit. Bae Yong Joon memandang jauh dalam mata Baekhyun.Mata Baekhyun sangat menunjukkan di sedang bersedih atas apa yang berlaku pada Luhan.   "Walau apapun ayah tak benarkan kamu buat semua ini"Kata Bae Young Joon. Dia pusing kebelakang untuk beredar. tiba-tiba Baekhyun melutut.   Hentakan lutut Baekhyun sedikit kedengaran membuatkan Bae Yong Joon menghentikan langkah dan pusing mencari Baekhyun. Baekhyun sedang melutut dan memandang Appanya.   "Apa kamu buat ni?" Tanya Bae Young Joon. Air mata Baekhyun terus m
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!