015 Anak Kembar ?

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

"Baekhyun... Baekhyun kekasih awak kan?" Ujar Luhan. Yoon Bi tergamam. Yoon Bi menatap tepat pada mata Luhan. Luhan juga begitu. Yoon Bi mengangguk tanpa berkata apa-apa. Luhan menangis seperti anak kecil.

"Luhan... kenapa?" Tanya Yoon Bi dengan nada sayu.

"Kalau awak nak tahu dia sebenarnya... penderma organ jantung saya..." Kata Luhan dengan nada perlahan dan sayu. Diri Yoon Bi terasa seperti melayang waktu itu.

Apa yang Luhan cuba katakan ini? Yoon Bi menanya dirinya sendiri.

"Awak cakap apa ni? jangan bergurau macam tu Luhan!!" Balas Yoon Bi. tanpa disedari air matanya sudah begenang. Guruh di langit sudah kedengaran. Luhan masih mempunyai seribu satu kata-kata lagi.

"Baekhyun... teman lelaki awak mati... sebab..." Luhan tidak dapat menyambung. Dia masih teresak-esak. Luhan cuba bertenang.

"Sebab menjadi penderma organ pada saya!" Sambung Luhan. Air mata Yoon Bi terus menitik! Kaki Yoon Bi tiba-tiba menjadi lemah. Yoon Bi terduduk di tanah. Yoon Bi tidak peduli rasa sakit di lutut. Hujan renyai-renyai mula turun. Luhan memandang Yoon Bi terduduk di tanah.

Jadi Luhan lah... orang istimewa itu... tapi... kenapa?... pertanyaan itu bermain difikiran Yoon Bi. Rasa sedih menyelubungi dirinya . Kini dia pula menangis seperti anak kecil. Hujan mula membasahi badannya dan Luhan. Luhan kasihan melihat Yoon Bi. Dia turut duduk bertentangan dengannya. Luhan memandang Yoon Bi.

"Siapa...siapa awak dalam hidup Baekhyun sebenarnya?" Tanya Yoon Bi. Luhan memejamkan matanya. Hujan semakin lebat. Yoon Bi menanti jawapan Luhan.

"Dia...Dia abang saya..." Jawab Luhan pendek. Jawapan itu cukup membuatkan Yoon Bi sangat terkejut. Matanya terbuka luas tanda dia benar-benar terkejut. Yoon Bi membiarkan Air hujan membasahi wajahnya.

"Abang kembar saya..." Tambah Luhan lagi membuatkan Yoon Bi menangis lebih teresak! Dihadapan mata Luhan dia menangis. Hati Luhan sangat sakit sebenarnya melihat keadaan itu.

Tiba-tiba semua kenangan Baekhyun bermain difikiran Yoon Bi. Yoon Bi menunduk bawah sambil memejam mata. Semua pertanyaan Yoon Bi terjawab selama ini. Yoon Bi membuka mata memandang hadapan. Kali ini Baekhyun tidak muncul lagi. Dihadapan Yoon Bi masih Luhan. Adakah kerana Yoon Bi sudah membuka hati Yoon Bi pada Luhan?

Baekhyun! Yoon Bi menjerit nama itu dalam hati. Yoon Bi sangat merindui orang itu.

Hampir setengah jam Yoon Bi dan Luhan bermandi hujan disitu. Masing-masing bermain perasaan setelah rahsia terungkap.


...

Hari semakin malam. Yoon Bi dan Luhan berjalan berdua sepanjang Sungai Han. Tiada kata-kata langsung dari mulut Yoon Bi dan Luhan. Masing-masing menyimpan seribu satu kata dalam hati. Rentak Yoon Bi dan Luhan sama. Yoon Bi berpeluk tubuh kerana sejuk.

Luhan orang yang aku cari selama ini... sekarang apa yang perlu aku lakukan... Bisik Yoon Bi.

Hyung... maafkan Luhan sebab mencintai dia sebelum ini... Ujar Luhan dalam hati. Luhan tunduk ke bawah.

Baekhyun... saya perlukan awak... tolong jangan biarkan saya berasa seperti ini... Saya hanya ingin mencintai awak seorang... Kata hati Yoon Bi bersuara lagi.

"Kita tak sepatutnya berjumpa..." Ujar Luhan. Yoon Bi terkejut lalu memandangnya.

"Apa maksud awak?" Tanya Yoon Bi. Luhan hanya memandang hadapan.

"Sebelum saya berjumpa dengan awak... saya tidak pernah tahu apa cinta itu... bila awak hadir dalam hidup saya cinta itu turut hadir. tapi sekarang saya terpaksa memaksa cinta itu pergi dari hidup saya" Ujar Luhan. Yoon Bi faham apa yang cuba dikatakan itu.

"Jadi awak menyesal sebab pernah cintakan saya?" Tanya Yoon Bi sekali lagi.

"Ya... dan saya harap saya tidak berjumpa awak lagi selepas ini!" Balas Luhan dengan penuh ego. Dia cuba menampakkan susuk dirinya yang ego dan sombong seperti dulu. Tapi Yoon Bi langsung tidak ambil hati. Yoon Bi kenal Luhan! Luhan hanya menipu dirinya sendiri.

[Kim Jong Kook - One Man]

Yoon Bi menghentikan langkah. Luhan berjalan sedikit kehadapan meninggalkan Luhan turut berhenti. Dia memusingkan badan dan memandang Yoon Bi. Yoon Bi turut memandangnya. Kini mata Yoon Bi dan Luhan bertentangan. Yoon Bi tidak sedar air matanya berlinang lalu jatuh membasahi pipi.

"Kenapa awak menangis?" Tanya Luhan. Yoon Bi hanya membiarkan air mata itu.

"Kerana saya teringatkan Baekhyun... Saya dapat rasakan dia ada dihadapan saya..." Jawab Yoon Bi. Luhan masih menatap Yoon Bi.

"Sepenuh hati awak dimiliki Baekhyun... tak ada sedikit ruang pun untuk saya kan?" Tanya Luhan. Yoon Bi hanya berdiam diri dan tidak memberi respon.

"Kenapa awak diam? Betul kan apa yang saya..." Kata-katanya tergantung kerana waktu itu Yoon Bi terus berlari dan memeluk Luhan. Luhan terkejut. Dia terdiam. Yoon Bi merangkul erat pinggang Luhan sambil kepala Yoon Bi terletak rapat pada dada Luhan.

"Jangan cakap apa-apa lagi... saya cuma nak dengar bunyi denyutan ini..." Kata Yoon Bi. Luhan terpana. Dia membatu. Tapi sebenarnya Luhan berasa sangat tenang ketika berada dalam pelukan hangat Yoon Bi. Terasa seperti segala kesedihannya pergi.

Maafkan saya Baekhyun. saya tidak sepatutnya mencinta dia selain awak... Bisik hati Yoon Bi. Yoon Bi memejamkan mata. Air mata terus mengalir lebih laju. Luhan teragak-agak untuk membalas pelukan Yoon Bi. Akhirnya dia membiarkan Yoon Bi buat begitu.

"Seperti yang awak cakap... kita tidak akan berjumpa lagi mulai esok..." Ujar Yoon Bi dengan nada sayu. Yoon Bi tahu pasti dia akan merindui Luhan lalu Yoon Bi merangkul lebih kuat pinggangnya.

Luhan tidak berkata apa-apa. Dia seperti menyesal dengan kata-katanya tadi tetapi dia takut untuk menarik balik. Luhan memejamkan matanya.

Yoon Bi... saya cintakan awak... bisik Luhan dalam hati.

Malam itu malam terakhir Yoon Bi bertemu dengannya. Walaupun hati berat meninggalkan Luhan tapi itu adalah permintaan egonya.

Yoon Bi duduk dibirai katil sebelum masuk tidur. Yoon Bi ternampak sampul surat tawaran sambung pelajaran. Yoon Bi mencapai surat itu. Lama Yoon Bi memandang surat itu dan memikirkannya. Lalu Yoon Bi membuat keputusan!

Awak nak saya pergi jauh dari sini kan Luhan? Bisik hati Yoon Bi.


...

"Apa? kenapa kau nak berhenti?!!" Tanya Ji Eun penuh kebingungan.

"Aku dapat tawaran sambung belajar. sebenarnya dah seminggu aku bekerja dalam notis berhenti" Balas Yoon Bi. Ji Eun berasa sedikit sedih waktu itu.

"Bila kau pergi?" Tanya Ji Eun lagi.

"Barang-barang semua aku dah kemas. Tiket flight pun aku dah beli. Pukul 2 nanti flight aku berlepas..." Jawab Yoon Bi. Kini Ji Eun kelihatan benar-benar sedih kerana sahabatnya akan meninggalkannya.

"Yoon Bi... janganlah pergi..." Pujuk Ji Eun.

"Aku akan baliklah. jangan risau..." Balas Yoon Bi sambil tersenyum. Ji Eun segera memeluk Yoon Bi. Dia pasti akan merindui Yoon Bi.

Pagi itu juga Yoon Bi berjalan di taman tempat kebiasaannya. Yoon Bi duduk di sebuah bangku tempat yang dia dan Baekhyun pernah duduk dulu. Yoon Bi memandang ke sebelah kiri Yoon Bi ternampak bayangan Yoon Bi dan Baekhyun sewaktu makan aiskrim disitu.

Waktu itu Baekhyun sangat nakal! Yoon Bi tersenyum seorang diri. Muncul lagi bayangan Yoon Bi mengejar Baekhyun. dia dan Baekhyun sangat bahagia waktu itu. Semua kenangan itu Yoon Bi imbas kembali. Kini Yoon Bi sudah mengerti bahawa Baekhyun hanyalah kenangan! Tiba-tiba Yoon Bi teringatkan Luhan. Lelaki yang kini berjaya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!