014 Pecah Rahsia

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

Ji Eun memasuki bilik larangan di hospital. Bilik itu menyimpan nama-nama penderma organ. Ji Eun memandang sekeliling. Tiada siapa disitu. Ji Eun mencari loker yang tertulis 'Penderma 2007'. Akhirnya Ji Eun jumpa. Dia menyelongkar fail-fail dalam loker itu. Dia melihat satu fail yang tertulis nama 'Baekhyun' . Ji Eun segera membuka fail itu lalu khusyuk membaca satu persatu maklumat dalam fail itu.

Selepas beberapa minit. Ji Eun menutup fail itu. Dia memejamkan mata dan menarik nafas panjang.

"Jadi itu lah sebabnya." Ujar Ji Eun. Dia menyimpan semula fail itu. Dia keluar dari bilik itu dan menganggap tiada apa yang berlaku. Ji Eun ternampak Yoon Bi sedang memperkemas diri.

[Taeyeon SNSD - Bye OST Mr.Go]

Kesian Yoon Bi... tapi aku pun yakin yang Luhan memang untuk Yoon Bi... Bisik Ji Eun dalam hati.
...
Malam itu Yoon Bi berjalan seorang diri menuju ke rumah. Yoon Bi berjalan dengan sangat lemah. Dia letih! Letih dengan semua kesedihan yang kembali menghantui Yoon Bi seperti 5 tahun dahulu.

Yoon Bi membuka pagar rumah. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu di peti surat. Ada surat dalam peti itu. dia mengambilnya dan membawa masuk surat itu. dia duduk di sofa lalu membuka sampul surat itu lalu membacanya.

"Tawaran... menyambung pelajaran..." Ujar Yoon Bi. Rupanya itu surat tawaran untuk sambung belajar. Ada yang menarik perhatian Yoon Bi.

"University of Cambridge..." tutur Yoon Bi. Yoon Bi tidak tahu sama ada perkara ini menggembirakan atau tidak. Malam itu Yoon Bi memikirkan tentang tawaran itu. Dia memikirkan Luhan juga. Tiba-tiba Dia berasa rindu untuk bertemu dengannya.

Ah! apa aku nak buat ni... fikiran Yoon Bi bercampur aduk. Yoon Bi cuba menenangkan fikiran Yoon Bi. Yoon Bi memaksa diri Yoon Bi untuk tidur. Yoon Bi memejamkan mata dan tidak mahu membukanya. Tanpa Yoon Bi sedar air mata Yoon Bi mengalir. Yoon Bi terlalu rindukan Luhan.

Apa yang Luhan tengah buat sekarang? Bisik Yoon Bi.Yoon Bi tetap terus memejamkan mata Yoon Bi dan akhirnya Yoon Bi tertidur.

Sementara itu Luhan sedang duduk di balkoni menikmati langit yang kosong tanpa bintang. Mungkin hari tengah mendung sebab itu bintang tak kelihatan. Luhan begitu juga. Dia rindukan Yoon Bi. Dia tak tahu kenapa Yoon Bi buat begitu. Dia sangat sedih. Dia terasa seperti ditikam beberapa kali. Luhan menghirup air kopi.

[Super Junior KRY - Coagulation]

Tiba-tiba dia terasa seperti ditumbuk dari belakang. Dadanya sangat sakit! Air kopi di tangannya terjatuh dan gelas itu pecah. Luhan memegang dadanya yang sakit! Dia tidak dapat bertahan. Luhan terduduk.

"Ahhhhhh!" Luhan meronta kerana terlalu sakit. Luhan mencapai telefon bimbit. Dia menghubungi Yoon Bi! Telefon bimbit Yoon Bi berdering tapi Yoon Bi sedang tidur waktu itu. Yoon Bi tidak menjawab panggilannya. Luhan kecewa. Dadanya terasa seperti ditekan sesuatu. Sangat sakit. Dia berasa sedikit kebas.

Luhan tidak berputus asa. Kini dia menghubungi Daehyun. Kebetulan Daehyun baru saja pulang daripada menghantar Ji Eun ke rumah.

"Hyung! tolong saya!" Jerit Luhan. Daehyun panik. Dia memusingkan keretanya menuju ke rumah Luhan.

Luhan sudah tidak bermaya. Dia tidak dapat bertahan lagi. Luhan rebah. Daehyun tiba di rumah Luhan. Dia melihat Luhan sudah terbaring. Dia menelefon ambulans dan ayah Luhan. Malam itu juga Luhan dibawa ke hospital. Daehyun dan ayah Luhan hanya mengikut dari belakang.

Daehyun cuba menghubungi Yoon Bi beberapa kali tetapi Yoon Bi tidak jawab kerana telah lena dalam tidur. Daehyun hanya menghantar pesanan pada Yoon Bi. Luhan dimasukkan ke dalam wad ICU. Doktor yang bertugas malam itu berusaha yang terbaik menyelamatkan Luhan.

Operasi itu hampir memakan masa 4 jam. Daehyun dan Bae Yong Joon sudah tertidur di kerusi. Doktor keluar dari bilik ICU. Mereka tersedar lalu masing-masing menghampiri Doktor itu.

"Macam mana dengan Luhan" kata Bae Yong Joon.

"Ada komplikasi pada jantungnya dan dia mengalami tekanan darah. Tetapi Luhan sudah stabil. Menurut apa yang saya nampak emosi Luhan juga terganggu. Apa-apa pun Luhan perlu menjalani rawatan di hospital untuk 3 hari ni." Jelas doktor itu. Mereka mengangguk faham. Bae Yong Joon menarik nafas panjang. Daehyun memeluk Bae Yong Joon. mereka bersyukur kerana Luhan stabil. Luhan di bawa ke wad biasa.


...


Keesokkan paginya Yoon Bi bangun. seperti biasa dia mempersiap diri Yoon Bi untuk bekerja. Dia terpandang surat tawaran itu. dia mengeluh. Yoon Bi mengambil telefon bimbitnya. Dia ternampak ada banyak panggilan dari Daehyun dan satu panggilan dari Luhan. Yoon Bi mengerutkan dahi lalu membuka pesanan yang dihantar Daehyun.

YOON BI LUHAN MASUK HOSPITAL. DIA PENGSAN DI RUMAHNYA! CEPAT DATANG!

Yoon Bi sangat terkejut. dia tidak berfikir hal lain. Dalam fikirannya waktu itu hanya Luhan! dia berlari lalu menahan teksi untuk ke tempat kerjanya. dia sangat risau tentang Luhan waktu itu.

Apa aku dah buat ni! Aku sepatutnya berada disisi dia sekarang! Bisik Yoon Bi. Yoon Bi tidak sabar untuk sampai ke hospital. Mata Yoon Bi sudah pun berair. Setelah sampai di Hospital, Yoon Bi berlari mencari nama Luhan di senarai pendaftaran pesakit untuk mengetahui bilik Luhan. Yoon Bi sudah jumpa! dia berlari menuju bilik itu. Setelah tiba, dia terus buka dan melihat Luhan sedang terbaring di katil. Daehyun dan Bae Yong Joon duduk di sofa.

"Yoon Bi!" Daehyun menyapa Yoon Bi. dia tidak mempedulikan Daehyun.

[Baek Ji Young - Hate]

Mata Yoon Bi tepat memandang Luhan waktu itu. Luhan seperti lena diatas katil. Air mata sudahpun membanjiri pipi. Yoon Bi mendapatkan Luhan.

"Luhan! Luhan! bangun!" Kata Yoon Bi dalam tangisan yang teresak-esak.

"Bangunlah Luhan... tolonglah jangan bergurau lagi! Saya tak suka awak bergurau macam ni!" Kata Yoon Bi lagi. Luhan masih tidak memberi respon. Yoon Bi tidak berpuas hati! dia menggoncang badan Luhan.

"Luhan!" Yoon Bi menjerit sedikit ke telinga Luhan. Yoon Bi masih menangis teresak-esak waktu itu. dia betul-betul tidak mahu kehilangan Luhan kerana dia pernah merasainya dulu. Ia sangat perit! Tiba-tiba tangan Luhan bergerak. Tangannya memegang telinga. Yoon Bi melihat semua itu. Mata Luhan masih tertutup.

"Sakitnya telinga saya dengar awak menjerit..." Ujar Luhan. Yoon Bi terkejut. Matanya sedikit terbuka. Yoon Bi menjadi gembira mendengar suaranya. Dia tersenyum dalam tangisan.

"Luhan... awak..." Yoon Bi tidak terkata mendengar Luhan bersuara. Tidak tahu mengapa hati Yoon Bi sangat gembira dan bahagia waktu itu.

"Kenapa? ingat saya dah mati ke?" Ujar Luhan. Yoon Bi menggelengkan kepala.

"Dulu mas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!