011 Pesakit Tetap

The Heartbeat In Me
Please Subscribe to read the full chapter

"Bulan June" Jawab Daehyun. Ji Eun memulangkan semula telefon bimbit Daehyun dan terus keluar dari kereta itu. Daehyun melihat apa yang tertulis. Tiba-tiba senyumannya bertukar pahit kerana Ji Eun tidak menulis nombor telefonnya dengan tepat.

010384*9*42 Whatt!? Apa yang star star ni? Daehyun mengerutkan dahi memikir jawapan itu. Dia ingin memanggil Ji Eun semula tapi Ji Eun sudah masuk ke rumah. Daehyun masih di hdapan rumah Ji Eun memikirkan jawapan itu.

"Apa ni? Ahh aku fikir masa jalan nantilah" Daehyun pergi dari situ. semasa dalam perjalanan Daehyun masih berfikir maksud star itu. Tiba-tiba dia teringat Ji Eun bertanyakan bulan kelahirannya.

"Dia tanya birthday aku... Birthday aku bulan June... June..." Daehyun mengomel seorang diri. Dia leka melayan fikirannya. Tiba-tiba Daehyun terfikir sesuatu.Dia memberhentikan keretanya serta merta. Nasib baik waktu itu dia tidak berada di lebuh raya.

"June? 6!! 01038469642?!!" Kata Daehyun. Dia ketawa seorang diri dalam kereta setelah mendapat jawapan itu. Dia menggerakkan keretanya semula. Kali ini senyuman dibibir Daehyun mekar tatkala hatinya sangat gembira mengingatkan Ji Eun.

Sementara Ji Eun di rumahnya. Dia keluar dari bilik air kerana baru lepas mandi. Dia segera mendapatkan telefon bimbitnya dan berharap ada sesuatu. Tiada panggilan. Tiada pesanan. Muka Ji Eun menunjukkan reaksi sedih.

"Mana dia ni... tak akan benda senang pun tak boleh jawab..." Ji Eun mengomel.

[Kim So Jung - Beautiful Love]

Tiba-tiba telefonnya berdering. Cepat-cepat Ji Eun mengambil telefon bimbitnya. Pemanggil itu tidak dikenali. Ji Eun yakin itu Daehyun. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Hello?" Ji Eun menyapa pemanggil. Suara Ji Eun membuatkan Daehyun tersenyum lebar.

"Ji Eun?" Jawab Daehyun. Ji Eun benar! itu memang Daehyun. Kini Ji Eun pula yang tersenyum mengingatkan Daehyun.

Mereka menyambung perbualan mereka hingga larut malam. Suasana malam itu sangat tenang dan nyaman bertemankan gelak ketawa mesra Daehyun dan Ji Eun.

...

Dua bulan berlalu. Yoon Bi masih bertugas sebagai Jururawat peribadi Luhan. Pendapatan yang dapat sekarang agak lumayan berbanding dahulu. Sengaja hari itu Yoon Bi minta cuti dan pergi ke taman yang mana tempat dia dan Baekhyun selalu pergi 5 tahun dahulu.

Taman itu tidak banyak berubah. Orang ramai masih berkerumun menikmati keindahan bunga-bungaan disitu. Yoon Bi berjalan mengelilingi taman. dia memerhatikan pasangan-pasangan 'couple' sekelilingnya. Yoon Bi benar-benar rindu saat bersama Baekhyun disini. Bayangan Baekhyun bermain dalam fikirannya. Bangku yang dulu menjadi tempat duduk Yoon Bi dan Baekhyun kini dihuni oleh pasangan lain. Dia tersenyum seorang diri mengingat kembali semua itu.

[Lyn - They Do Not Know OST Protect The Boss]

Sedang Yoon Bi khusyuk memehatikan orang di taman itu tiba-tiba dia ternampak seseorang yang dia sangat kenali. Baekhyun! Sekali lagi Yoon Bi nampak Baekhyun! Dia duduk diatas jambatan kecil. Yoon Bi terkejut melihat orang itu persis Baekhyun. Pada mata nya  orang itu memang Baekhyun!

Yoon Bi berlari mendapatkannya. dia tidak menghiraukan orang ramai disitu asalakan pandangannya tidak beralih dari lelaki itu. Yoon Bi ingin melihat lelaki itu dari dekat. Tapi semua itu menjadi hampa. Seorang budak terlanggarnya. Pandangan Yoon Bi terus beralih dari lelaki yang dia katakan Baekhyun itu.

"Maafkan saya" Kata budak kecil itu. Yoon Bi tersenyum. dia kembali mencari lelaki itu. Dia masih disitu! Yoon Bi semakin menghampiri. Tetapi apabila Yoon Bi semakin dekat, Yoon Bi melihat itu bukan Baekhyun tapi Luhan! Yoon Bi memang berasa aneh waktu itu.

Macam mana boleh terjadi lagi benda ni? Setiap kali aku teringatkan Baekhyun, Baekhyun pasti akan muncul dihadapan mata aku sedang itu adalah Luhan. Siapa Baekhyun dalam hidup Luhan? Siapa Luhan bagi Baekhyun? semua itu bermain dalam fikiran Yoon Bi. Yoon Bi memandang bawah.

Luhan ingin beredar dari situ. Sewaktu Luhan memusingkan badannya. Dia ternampak Yoon Bi yang sedang memandang ke tanah. Luhan pula menghampiri Yoon Bi. Langkah kakinya perlahan-lahan mendekati Yoon Bi. Yoon Bi sedar kehadiran Luhan. Yoon Bi memandang wajahnya. Dia juga memandang wajah Yoon Bi. Yoon Bi dan Luhan bertentang empat mata. Lama! Wajah bengis yang di buat-buat selama ini tiada lagi. Yang ada cuma wajah kacak yang menjadi idaman ramai wanita. Yoon Bi menikmati wajah kacak Luhan. Luhan memandang Yoon Bi dengan hati yang jujur.

Kau ada wajah yang sempurna Han Yoon Bi... Bisik Luhan.

Patutlah ramai peminat wanita daripada Lelaki... Yoon Bi juga berbisik dalam hati.

Bermacam-macam perkara bermain di minda mereka.

"kau buat apa di sini?" Luhan memulakan topik. Suaranya sangat nyaman didengar jika nada yang digunakan 'gentlemen' . Yoon Bi berhenti dari mengelamun.

"Saya... saya saja jalan-jalan. Awak buat apa disini? Tak ada latihan?" jawab Yoon Bi. Luhan menggelengkan kepalanya.

"tak ada... aku pun saja nak menghirup udara hari ni" Ujar Luhan. Luhan tidak lagi menggunakan nada tinggi pada Yoon Bi. dia mengangguk faham. mereka masing-masing tak sedari ditipu antara satu sama lain.

Luhan memusingkan badannya menghadap tasik. Yoon Bi ikut memusingkan badan menghadap tasik. Yoon Bi dan Luhan berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Suasana waktu itu sangat mendamaikan. Yoon Bi dan Luhan dikelilingi tumbuhan hijau yang segar, Langit yang cerah dan bungaan yang berkembang mekar.

"Sorry..." Ujar Luhan. Yoon Bi memandang wajah Luhan. Luhan tidak mengalihkan wajahnya malah hanya melihat hadapan.

"kenapa?" Yoon Bi bertanya. Tiada senyuman antara Yoon Bi dan Luhan waktu itu.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ParkMyeonSeok #1
Chapter 17: Nak sequel... Jebalyo
shininghansol_
#2
Chapter 16: yah fanfic ko bez lah :D part tgah2 tu sdih sngt smpai aku dh nangis haha btw, postet cter ni lawa lah .. ko buat sndiri ke? haha aku ske XD
KUROBARAHIME
#3
Chapter 16: IT ENDS WITH A HAPPY ENDING!
GOOD JOB AUTHOR&THANKS FOR THE GOOD STORY!
shafiqah_tatsmato #4
Chapter 16: Aigu happy ending! So sweet! Good job author-nim!
marinoblanc #5
Chapter 16: Was a good read! (:
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 15: Omo. Tetiba part luhan menangis tu air mata saya mengalir. Aigu tak sabar nk tunggu chap seterusnya!!
KUROBARAHIME
#7
Chapter 14: IU JUMPA FAIL BAEKKIE KE?ADUH SUSPENNYA!
shafiqah_tatsmato #8
Chapter 14: Omo! Iu jumpa file baekhyun ka? Suspen betul la
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 12: adakah daehyun akan bagitahu pada yoon bi yang baekhyun telah mendermakan jantungnya kepada luhan, aigoo cerita ni betul-betul buat saya tertunggu-tunggu!