Chapter 8

Hello & Goodbye

ByungHee membetulkan topinya dan menaikkan zip jaketnya sehingga menutupi lehernya.ByungHee memeluk tubuhnya sendiri ,menahan kesejukan malam yang bersalji itu.Kelibat orang ramai di stesen tren itu kian sedikit.ByungHee melihat jam tangannya.Bibirnya mengukir senyuman nipis.Dia yakin Yeon Hee akan tiba di situ.

"Saya ingatkan awak tak datang malam ni,ByungHee,"kata Yeon Hee.ByungHee sekadar tersenyum.Dia terpesona dengan kecantikan Yeon Hee pada malam itu.Gaun merah jambu yang dipakainya itu kelihatan cantik padanya.Rambutnya dibiarkan melepasi bahu dengan hujung rambutnya sedikit dikerinting.Hujung rambut depannya pula disepit dengan klip riben berwarna merah jambu yang kecil.

"Saya kan dah janji yang saya nak culik awak malam ni,Yeon Hee,"kata ByungHee,sambil tersenyum.Yeon Hee tersenyum malu.ByungHee memegang dagu wanita itu.Yeon Hee memandang ke arah anak mata ByungHee.

"Awak...bahagia tak bersama saya,Yeon Hee?"Soal ByungHee.Yeon Hee tidak segera menjawab.Sebaliknya dia hanya tersenyum sambil angguk.

"Awak yakin yang awak akan tetap bahagia selagi saya ada bersama dengan awak,Yeon Hee?"Soalnya lagi.Sekali lagi Yeon Hee angguk.

"Saya akan bahagia sekiranya awak sentiasa ada di sisi saya...sebab saya cintakan awak,"kata Yeon Hee,malu-malu.ByungHee tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar pengakuan Yeon hee yang malu-malu itu.Perlahan-lahan,ByungHee menarik Yeon Hee ke dalam pelukannya sambil memeluk erat wanita itu.Yeon Hee sekadar membiarkan lelaki itu memeluknya erat.

"Saya janji yang saya akan sentiasa berada di sisi awak,Yeon Hee.Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak,""kata ByungHee,mengikat satu janji.Yeon Hee tersenyum bahagia sambil membalas pelukan lelaki itu.

"Malam ni..saya akan tunggu awak di tempat biasa.Saya akan tunggu awak sampai awak datang,"kata ByungHee.Yeon Hee memandang ke arah ByungHee.

"Kita nak pergi mana?"Soal Yeon Hee.ByungHee membisikkan sesuatu kepada Yeon Hee.

"Seperti yang saya katakan tadi...saya nak rosakkan majlis pertunangan awak malam ni.Saya nak culik awak...dan bawa awak pergi dari sini,"kata ByungHee.Perlahan-lahan,Yeon Hee mengukir senyuman sambil angguk.

 

ByungHee tersenyum sendiri apabila mengenangkan kembali pertemuannya bersama Yeon Hee di majlis pertunangan wanita itu sebentar tadi.Majlis pertunangan antara Yeon Hee dan Nichkhun itu diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh ramai tetamu VIP bagi meraikan pasangan itu.ByungHee tiba sedikit lewat dari tetamu yang hadir hanya untuk bertemu dengan Yeon Hee.Lagu yang dimainkan oleh Yeon Hee ketika majlis itu berlangsung turut bermain di dalam fikirannya.ByungHee kemudiannya memakai pemain mp4nya dan memainkan lagu kegemarannya yang turut menjadi kegemaran Yeon Hee.Eric Benet-Still With U.

********************************

Yeon Hee mencuri-curi keluar dari bilik tidurnya.Beg galasnya itu digalasnya dengan kemas.Dia memerhatikan sekeliling agar kelakuannya itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun termasuk adiknya,Su Ji.Sebaik sahaja dia memastikan bahawa tiada sesiapa pun berada di ruang tamu,dia segera melangkah ke arah pintu sebelum dia melangkah keluar dari situ.

"Yeon Hee nak pergi mana malam-malam ni?"

Yeon Hee terkejut apabila terdengar suara yang memanggilnya dari belakang.Perlahan-lahan dia menoleh ke arah belakangnya itu.Matanya terbuka luas apabila melihat Nichkhun yang sedang berdiri di belakangnya itu.

"Opp...oppa.."

Nichkhun mendekati ke arah Yeon Hee.Diperhatikannya jari manis Yeon Hee itu.Bibirnya mengukir senyuman nipis apabila melihat cincin pertunangan mereka yang disarungnya sebentar tadi sudah tiada pada jari manis wanita itu.Yeon Hee sekadar menundukkan wajahnya.Nichkhun memandang ke arah Yeon Hee.

"Yeon Hee...nak pergi jumpa dengan ByungHee...kan?'Soal Nichkhun.Yeon Hee masih lagi menundukkan wajahnya.Dia enggan untuk melihat wajah lelaki itu.

"Miane..."Hanya itu yang mampu Yeon Hee katakan kepada Nichkhun yang sudah cukup membuatkan Nichkhun faham isi hatinya yang sebenar.Nichkhun kemudiannya mengusap lembut pipi Yeon Hee sebelum mengangkat sedikit wajah Yeon Hee agar melihat ke arahnya.Yeon Hee sekadar menurut.

"You should tell me earlier about this,my dear,"kata Nichkhun.Yeon Hee terkejut dengan kata-kata Nichkhun itu.

"Op..oppa?"

Nichkhun tersenyum.

"Oppa dah faham.Oppa dah lama perhatikan Yeon Hee.Yeon Hee berasa lebih bahagia bila bersama dengan ByungHee.Begitu juga dengan majlis pertunangan kita tadi.Oppa hanya dapat melihat senyuman Yeon Hee bila bersama dengan ByungHee.Bukan dengan oppa,"kata Nichkhun.Mata Yeon Hee bergenang.Dia sudah melukakan perasaan Nichkhun yang begitu baik terhadapnya.

"Miane oppa..."Yeon Hee mengesat air matanya.Nichkhun tersenyum.Dia mengusap lembut rambut Yeon Hee.

"Kenapa pula nak minta maaf.Yeon Hee tak buat salah pun dengan oppa.Perlukah oppa nak menghalang Yeon Hee kalau Yeon Hee mencintai orang lain...dan bukannya oppa?"Soal Nichkhun.

"Miane oppa...Jeongmal miane...Yeon Hee tak dapat tipu perasaan Yeon Hee sendiri.Yeon Hee memang cintakan ByungHee,"kata Yeon Hee,mengakui perasaannya terhadap ByungHee kepada Nichkhun.Nichkhun kemudiannya mencapai tangan Yeon Hee.Yeon Hee memandang ke arah lelaki itu.

"Biar oppa hantarkan Yeon Hee untuk berjumpa dengan ByungHee,okey?"Kata Nichkhun.Perlahan-lahan,Yeon Hee tersenyum.

**********************************

"Jung ByungHee ssi..."

ByungHee mendongak apabila terdengar namanya dipanggil.Kelihatan sekumpulan lelaki berkot hitam sedang berdiri mengelilinginya.ByungHee menanggalkan earphonenya.

"Ya,saya.Awak semua siapa?'Soal ByungHee.Salah seorang daripada lelaki berkot hitam itu memberi isyarat kepada orang-orang bawahannya untuk memegang erat kedua-dua tangan ByungHee.

"Yah!Apa semua ni?!Lepaskan saya!"ByungHee cuba melepaskan diri dari mereka.

"Maafkan kami.Kami hanya melaksanakan arahan daripada Tuan Lee,"kata salah seorang daripada sekumpulan lelaki itu.ByungHee berusaha melepaskan dirinya.Dia kemudiannya menendang salah seorang daripada lelaki itu sebelum dia berjaya melepaskan diri.ByungHee segera melarikan diri daripada sekumpulan lelaki yang juga merupakan orang suruhan Tuan Lee itu.

"Jangan lepaskan dia!"

ByungHee terus berlari menjauhkan diri daripada sekumpulan lelaki itu.

"Yeon Hee!" Hatinya menjerit.

************************************

"Eh...mana ByungHee?"Soal Yeon Hee yang baru sahaja tiba di stesen tren itu bersama Nichkhun.Nichkhun turut mencari-cari kelibat ByungHee.

"Betul ke ByungHee nak jumpa dengan Yeon Hee dekat sini?"Soal Nichkhun,meminta kepastian.Yeon Hee angguk.

"Mungkin dia ada masalah tak?Sebab dia kata dia akan tunggu Yeon Hee dekat sini,"kata Yeon Hee,mulai bimbang.Dia cuba menghubungi lelaki itu namun panggilannya itu tidak berjawab.Yeon Hee semakin resah.

"Oppa...ottoke?Yeon Hee risaukan dia,"kata Yeon Hee,meluahkan rasa bimbangnya.Nichkhun sekadar memandang ke arah Yeon Hee.Dia mendekati ke arah Yeon Hee sambil memegang bahunya.

"Kita pergi cari ByungHee kat rumah dia okey?Mungkin dia ada kat rumah ke?"Cadang Nichkhun.Yeon Hee angguk,bersetuju dengan cadangan Nichkhun itu.

*************************************

ByungHee menahan kesakitan apabila dia dipukul berkali-kali oleh orang-orang suruhan Tuan Lee itu.Namun,dia tetap melawan dengan kudratnya yang masih bersisa itu.Namun,dia tidak terdaya apabila tubuhnya sekali lagi dipukul oleh sekumpulan lelaki itu.ByungHee hanya mampu bertahan,dan dia tidak lagi berdaya untuk membalas pukulan sekumpulan lelaki itu.

"Ini amaran terakhir daripada Tuan Lee.Kau ingat tu?!"Jerkah salah seorang daripada lelaki berkot hitam itu sebelum dia memberi arahan kepada orang-orang bawahannya untuk beredar dari situ.ByungHee memegang perutnya yang sakit itu.Dia cuba bangun,berniat untuk beredar dari situ.Dia mesti kembali semula ke stesen tren itu.Pasti Yeon Hee sudah menunggunya di situ.Dia berjalan dengan langkah perlahan,menahan kesakitan.Pandangan matanya berpinar.Dia tidak dapat melihat dengan jelas.Dunia ini bagaikan berpusing untuknya.ByungHee memegang kepalanya yang sakit itu.

"Encik...encik cedera ni..nak kami bawakan encik ke hospital ke?"ByungHee tidak dapat melihat jelas seseorang yang menegurnya itu.Dia hanya mampu menggeleng lemah dan meneruskan langkahnya.

"Saya kena cepat..."katanya lemah.Dia terus melangkah dengan lemah sekali.Dia cuba mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas.Dia kemudiannya cuba melintas ke seberang jalan tanpa menyedari sebuah kereta yang sedang meluncur laju ke arahnya itu.

***************************************

Yeon Hee cuba menghubungi telefon bimbit ByungHee sekali lagi sambil diperhatikan oleh Nichkhun yang sedang memandu itu.Yeon Hee melepaskan keluhan berat.

"Tak dapat call dia lagi ke?"Soal Nichkhun.Perlahan-lahan Yeon Hee menggeleng.

"Oppa..miane..Yeon Hee faham kalau oppa nak terus bencikan Yeon Hee sekarang.Yeon Hee memang jahat.Yeon Hee tak patut buat macam ni dekat oppa,"kata Yeon Hee,mulai sebak.Nichkhun menyentuh tangan Yeon Hee,cuba menenangkan Yeon Hee yang sedang gelisah itu.

"Oppa cakap tak ada apa-apa yang Yeon Hee perlu minta maafkan?Yeon Hee tak salah apa-apa.Yeon Hee berhak tentukan hidup Yeon Hee,bukan oppa.Arasso?"Kata Nichkhun.Nichkhun kemudiannya memperlahankan sedikit keretanya apabila mendapati begitu ramai orang sedang mengerumuni sesuatu di tepi jalan sambil diawasi oleh pihak polis.

"Oppa..kenapa tu?"Soal Yeon Hee,ingin tahu.

"Oppa...oppa pun tak pasti,"kata Nichkhun.Yeon Hee kemudiannya keluar dari kereta itu.Nichkhun turut mengikutnya dari belakang.Entah mengapa,hati Yeon Hee berasa tidak senang sekali.Matanya kemudiannya ternampak ke arah sesuatu yang begitu dikenalinya itu.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah benda berwarna putih itu.Matanya terbuka luas apabila melihat barang yang dilihatnya itu adalah telefon bimbit milik ByungHee.Hiasan yang tergantung pada telefon bimbit itu begitu mirip dengan hiasan pada telefon bimbit lelaki itu.Tanpa menghiraukan arahan daripada pihak polis,Yeon Hee segera mendekati ke arah jasad yang sedang terbaring di situ.Air matanya mengalir laju apabila melihat ByungHee yang berlumuran darah itu sedang terbaring di atas jalan.

"ByungHee!!!!"Jerit Yeon Hee lalu menerpa ke arah ByungHee yang tidak sedarkan diri itu.Yeon Hee menggerak-gerakkan tubuh ByungHee.

"ByungHee!!!!Bangunlah!!!"

Nichkhun segera mendapatkan Yeon Hee.

"Yeon Hee!"Dia memeluk Yeon Hee dengan erat.

"ByungHee!!!"Tangisan Yeon Hee semakin kuat apabila melihat tubuh ByungHee yang tidak bernyawa itu ditutup dengan kain sebelum dimasukkan ke dalam ambulans.

"ByungHee!!!!!!!!"

"Saya janji yang saya akan sentiasa berada di sisi awak,Yeon Hee.Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak..."

"ByungHee!!!"

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe