Chapter 19

Hello & Goodbye

 

Gayoon melihat jam tangannya.Lebih kurang lagi 5 minit sebelum Dayoung melangkah keluar dari tadikanya itu.Dia bercadang untuk berjumpa dengan anak saudaranya itu untuk seketika dan membawanya bersiar-siar.Apa yang pasti,kehadirannya di situ langsung tidak diketahui oleh Ji Hoon mahupun Aron.Gayoon tersenyum lebar apabila melihat Dayoung yang baru sahaja melangkah keluar dari tadika itu.

“Dayoung ah!!!”Gayoon memannggil nama Dayoung sambil melambai ke arahnya.

“Aunty?”Soal Dayoung.Gayoon masih lagi melambai ke arahnya.Gayoon kemudiannya melangkah ke arah anak saudaranya itu.

“A’ah.Ni aunty.Dayoung ingat aunty lagi tak?”Soal Gayoon,mesra.Dayoung tersenyum ke arahnya sambil angguk.

“Mestilah ingat.Dah lama Dayoung tak Nampak aunty.Aunty pergi mana?”Soal Dayoung,petah.Gayoon mengusap lembut rambut Dayoung yang panjang hingga ke paras bahu itu.Wajah kanak-kanak itu saling tak tumpah seperti mendiang kakaknya.

“Aunty tak pergi mana-mana pun.Aunty sibuk kerja je,”kata Gayoon,lembut.

“Dayoung ah...aunty rindu sangat nak jumpa dengan Dayoung.Kalau aunty nak bawa Dayoung jalan-jalan,Dayoung nak ikut tak?Aunty bawa sekejap je...lepas tu aunty hantarla Dayoung balik rumah,okey?”Soal Gayoon,cuba mengajak Dayoung untuk bersiar-siar dengannya.

“Tapi Dayoung kena beritahu appa dulu,”kata Dayoung.

“Aunty dah beritahu appa dah.Appa bagi Dayoung jalan-jalan dengan aunty,”kata Gayoon,berbohong.

“Yeke?Kalau macam tu,Dayoung nak jalan-jalan dengan auntylah,”kata Dayoung,bersetuju dengan ajakan Gayoon itu.Gayoon tersenyum puas hati.

“Okey.Jom,”kata Gayoon sambil menghulurkan tangannya kepada Dayoung.Dayoung menyambut huluran tangannya.

 

***********************************

 

Aron bergegas menuju ke arah tadika Dayoung.Jadual kelasnya yang sibuk itu membuatkan dia terpaksa pulang sedikit lewat dari kolej.

“Minta-mintalah Dayoung tak meraju dengan aku hari ni,”katanya.Dia segera menekan loceng pada pintu masuk tadika itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan seorang wanita sedang menuju ke arahnya.

“Eh,Encik Aron...ada apa datang ni?”Soal wanita itu.Sememangnya dia sudah mengenali Aron selaku penjaga kepada Dayoung.

“Maaf cikgu.Saya lambat sikit nak ambil Dayoung hari ni.Dayoung ada?”Soal Aron.

“Eh?Dayoung dah balik dah tadi.Baru je balik,”kata wanita itu.Riak wajah Aron berubah.

“Dia dah balik?Dengan siapa?Dengan Ji Hoon Hyung ke?”Soal Aron.Wanita itu menggeleng.

“Tak silap saya tadi,dia balik dengan seorang perempuan tadi.Dayoung pun macam dah lama kenal dengan perempuan tu,”kata wanita itu lagi.Dahi Aron berkerut.Perempuan?Yeon Hee noona kah?

“Em...arasso.Kamsahamida,”kata Aron sambil tersenyum sebelum beredar meninggalkan sekolah itu.Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Noona!”

 

*********************************

 

Entah mengapa hati Ji Hoon berasa sedikit tidak senang.Semua kerja yang dilakukannya itu sedikit pun tidak menjadi.Dia terpaksa menangguhkan kelasnya pada hari itu.Dia kemudiannya bersandar pada kerusi pejabatnya itu sambil memandang gambar Dayoung yang berada di atas mejanya itu.Perlahan-lahan dia mengambil gambar itu sebelum ditatapnya dengan penuh rasa kasih.

“Dayoung kita dah besar,Ji Eun.Muka dia...saling tak tumpah macam awak.Sama sangat,”katanya.Dia tersenyum.

“Saya janji...yang saya akan jaga Dayoung dengan baik.Seperti yang awak mahukan,”katanya lagi.

 

Imbas kembali:

 

Ji Hoon menggenggam erat tangan Ji Eun yang sedang terlantar lesu di atas katil itu.Ji Eun memandang ke arahnya sambil mengukir senyuman manis ke arahnya.Ji Hoon turut membalas senyumannya itu.

“Kenapa ni?”Soal Ji Hoon.Perlahan-lahan,Ji Eun menggeleng.

“Tak ada apa-apa...saja...saya rindu dekat awak,”kata Ji Eun,lemah.Ji Hoon tersenyum.

“Saya temankan awak kat sini tiap-tiap hari pun...awak rindu lagi dekat saya?”Soal Ji Hoon,masih lagi menggenggam erat tangan Ji Eun yang sejuk itu.Dia merenung wajah isterinya yang pucat itu dengan penuh kasih sayang.Hatinya sayu melihat rambut Ji Eun yang kian menipis itu.Penyakit kanser yang dihidapinya itu kian kronik.Rawatan kemoterapi yang dijalaninya itu pun membuatkan keadaannya semakin serius.

“Saya nak tengok muka awak puas-puas...sebelum saya mati,”kata Ji Eun.

“Apa awak cakap ni,Ji Eun?Ternyata Ji Hoon berasa tidak senang dengan kata-kata Ji Eun itu.

“Ji Hoon...awak..dan saya pun tahukan mengenai penyakit saya ni?Lagipun...penyakit saya dah tak boleh dirawat lagi,”kata Ji Eun.

“Tapi awak kena lawan penyakit awak,Ji Eun.Awak kena bersemangat kuat.Tak boleh terus mengalah,”kata Ji Hoon.Ji Eun tersenyum ke arah Ji Hoon sambil mengusap lembut pipi lelaki itu.

“Saya cintakan awak,Ji Hoon,”ucap Ji Eun,lemah.Ji Hoon menyentuh tangan Ji Eun yang menyentuh pipinya itu.

“Ji Eun ah...”Entah mengapa,matanya mulai bergenang.

“Kehadiran awak dan Dayoung...betul-betul buat hidup saya sempurna.Betul-betul sempurna...”Kata Ji Eun,perlahan.Ji Hoon sekadar membisu.

“Awak ingat lagi tak...kali pertama kita berjumpa dulu?”Soal Ji Eun.Ji Hoon tersenyum nipis sambil angguk.

“Kita terambil buku yang sama waktu dekat perpustakaan kan?”Soal Ji Hoon,cuba mengenangkan kembali detik perkenalan mereka yang singkat itu.Ji Eun angguk.

“Tapi awak sombong dengan saya masa tu,”kata Ji Hoon.Ji Eun tertawa kecil.

“Bukan sombonglah.Malu je.Awak kan student yang paling hot dan popular,”kata Ji Eun.Ji Hoon tertawa kecil sebelum mencapai tangan Ji Eun dan dikucupnya lembut.

“Saya akan buat apa saja untuk awak asalkan awak boleh sembuh,Ji Eun,”kata  Ji Hoon.Ji Eun membisu.

“Ji Eun ah...”

“Awak kena janji dengan saya dulu,Ji Hoon...Awak kena janji yang akan jaga Dayoung baik-baik.Saya yakin...awak boleh jadi appa yang terbaik untuk Dayoung,”kata Ji Eun.

“Saya tak boleh buat semua tu.Saya perlukan awak dalam hidup saya,Ji Eun,”kata Ji Hoon.

“Saya takkan hidup lama,Ji Hoon.Saya takkan hidup lama!”Ji Hoon terdiam apabila mendengar kata-kata Ji Eun itu.

“Saya takkan hidup lama...”kata Ji Eun lagi.Dia kemudiannya menyentuh lembut tangan Ji Hoon.

“Saya minta maaf sebab saya tak dapat menjadi seorang isteri yang baik untuk awak,Ji Hoon.Tapi saya nak awak tahu yang saya sangat bahagia sepanjang saya bersama dengan awak.Dan Dayoung...merupakan hadiah yang sangat bermakna dalam hidup saya.Gomawo...”Ucap Ji Eun,sebak.Ji Hoon menahan air matanya daripada mengalir.

“Janji dengan saya,Ji Hoon.Janji yang awak akan jaga Dayoung dengan baik...”Kata Ji Eun lagi.Perlahan-lahan,Ji Hoon angguk walaupun berat hatinya untuk mengiyakan kata-kata isterinya itu.Mana mungkin dia sanggup berpisah dengan wanita yang amat disayanginya itu.

“Arasso.Saya akan jaga Dayoung dengan baik.Awak jangan risau,okey?Yang penting...awak kena rehat.Biar cepat sembuh.Nanti kita boleh bersama-sama dengan Dayoung macam dulu,”kata Ji Hoon sambil mengusap lembut kepala Ji Eun.Hatinya sebak apabila melihat beberapa helai rambut Ji Eun yang melekat pada jarinya itu,namun dia tetap cuba menyembunyikan kesedihannya itu.Dia perlu kuat di hadapan Ji Eun.

“Awak tidur dulu ya.Biar saya temankan awak,”kata Ji Hoon.Ji Eun angguk sebelum dia menutup matanya perlahan-lahan.

“Saya cintakan awak,Ji Hoon,”kata Ji Eun,perlahan.Ji Hoon tersenyum.

“Saya pun cintakan awak,Ji Eun,”balas Ji Hoon sambil mengucup lembut tangan isterinya itu.Sebaik sahaja memastikan Ji Eun sudah lena,perlahan-lahan Ji Hoon membaringkan tubuhnya di sebelah Ji Eun.Tubuh Ji Eun yang membelakanginya itu dipeluknya erat.

“Jangan tinggalkan saya,Ji Eun...”Ucapnya perlahan.Air matanya mengalir.

 

*************************************

 

Lamunannya terhenti apabila menyedari pintu biliknya itu ditolak dari luar.Ji Hoon memandang ke arah pintu.Kelihatan rakan setugasnya Taec sedang berdiri di situ dengan wajah yang cemas.Ji Hoon memandang wajah Taec dengan penuh tanda tanya.

“Ji Hoon...”

 

Ji Hoon segera berlari menuju ke wad kecemasan sambil ditemani oleh Taec.Wajahnya kelihatan bimbang sekali.Jantungnya bagaikan berhenti berdegup sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh Taec itu.

 

 

“Ji Hoon...”

Ji Hoon memandang ke arah Taec sambil meletakkan semula gambar Dayoung di tempat asalnya.

“Dayoung...”

Mata Ji Hoon terbuka luas apabila mendengar nama anak perempuannya disebut oleh Taec.Dia segera bangun dari tempat duduknya.

“Dayoung?Kenapa dengan Dayoung?”Soal Ji Hoon,bimbang.Taec kelihatan teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.Ji Hoon menghentak mejanya dengan kuat.

“Kenapa dengan Dayoung?!”

“Dia kemalangan.Sekarang ni dia ada dekat Emergency,”kata Taec.

 

 

Ji Hoon segera mendekati ke arah Dayoung yang sedang terlantar di atas katil itu.Kepalanya berlumuran darah.Tangan Ji Hoon menggigil apabila melihat darah yang begitu banyak mengalir dari kepala Dayoung yang cedera itu.

“Dayoung ah...Dayoung ah...”Ji Hoon cuba menggerakkan tubuh anak perempuannya itu,namun langsung tiada respon daripada kanak-kanak itu.

“Dayoung ah!!!”Sekali lagi Ji Hoon menggerakkan tubuh Dayoung.Kali ini dia menggerakkannya dengan lebih kasar.

“Dayoung ah!!!”

Beberapa orang petugas di situ cuba menenangkan Ji Hoon.

“Lepaslah!”

“Saya akan bawa Dr.Jung keluar dari sini.Awak tolong uruskan,”kata Taec kepada petugas-petugas di situ sebelum dia menarik Ji Hoon keluar dari situ.

“Lepaslah!”

“Ji Hoon!Kau tak boleh berada di dalam kalau kau terus macam ni.Kau nak keadaan Dayoung makin serius ke?”Soal Taec,cuba menenangkan perasaan Ji Hoon itu.Air mata Ji Hoon mengalir.Sungguh dia berasa bimbang dengan keadaan satu-satunya anak perempuannya itu.

“Aku tak nak kehilangan Dayoung...Aku tak nak kehilangan Dayoung...”Rintihnya,sebak.Taec memegang kedua-dua bahu Ji Hoon.

“Kami akan cuba selamatkan Dayoung.Kau jangan risau.Walau apapun terjadi,kau kena bertenang.Dayoung betul-betul perlukan kau sekarang ni...”kata Taec lagi.Ji Hoon terduduk.Dia benar-benar terkejut dengan kejadian malang yang menimpa Dayoung itu.

“Dayoung ah...”Rintihnya.Taec memandangnya dengan penuh simpati.Dia sendiri terkejut dengan semua yang berlaku ketika itu.

“Dayoung ah...”Air mata Ji Hoon mengalir laju.

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe