Chapter 20

Hello & Goodbye

 

Ji Hoon resah menunggu selama hampir 2 jam di luar bilik pembedahan itu.Jantungnya berdegup kencang.Nafasnya terasa berat.Jika diikutkan hati,mahu sahaja dia merempuh masuk ke dalam bilik pembedahan itu,namun memikirkan keadaan Dayoung yang serius itu mematikan niatnya.

 

Imbas kembali:

 

“Aku minta maaf,Ji Hoon.Tapi surgeon tak benarkan kau masuk,”kata Taec,sambil memegang bahu kanan Ji Hoon.Ji Hoon menepis tangan Taec.

“Tapi,aku ni ayah dia.Dan aku pun doktor kat sini.Kenapa aku tak boleh masuk tengok dia?”Soal Ji Hoon,tidak puas hati.Taec melepaskan keluhan berat.Dia sangat memahami keadaan Ji Hoon ketika itu.Fikiran lelaki itu sedang bercelaru.

“Aku tahu.Aku tahu kau ayah dia..tapi dengan keadaan kau yang sedang bercelaru macam ni...kau rasa yang kau boleh selamatkan Dayoung?Keadaan dia mungkin akan bertambah teruk,kau faham kan?”Kata Taec lagi.Ji Hoon mengalihkan pandangannya daripada Taec.Rambutnya yang menutupi dahi itu ditolaknya ke belakang.Taec memegang bahu Ji Hoon sekali lagi.

“Kami akan cuba bantu selamatkan Dayoung.Kau mesti percayakan kami.Kami akan cuba,”kata Taec lagi.Ji Hoon tidak membalas.Air matanya mengalir laju.Dia kemudiannya memandang semula ke arah Taec.

“Tolong selamatkan Dayoung...”Dia terpaksa akur dengan rasa berat hati.Dia terpaksa akur demi Dayoung.

 

 

******************************************

 

“Hyung!”

Ji Hoon menoleh.Kelihatan Aron dan Yeon Hee sedang bergegas menuju ke arahnya.Riak wajah mereka kelihatan begitu bimbang sekali.Namun,perhatiannya tertumpu ke arah Gayoon yang turut berjalan bersama mereka.Ji Hoon segera bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan menuju ke arah Gayoon.

“Kau!”

Leher wanita itu dicekiknya sehingga membuatkan wanita itu berasa sukar untuk bernafas.

“Hyung!Hyung!Lepaskan noona!”Aron cuba menghalang Ji Hoon.Dia cuba menarik tangan Ji Hoon.Namun,Ji Hoon enggan.Kemarahannya terhadap Gayoon sudah sampai kemuncak.Matanya berubah merah kerana kemarahannya yang teramat itu.

“Apa kau dah buat dengan Dayoung?!”Jerkah Ji Hoon tanpa mempedulikan mata lain yang memandang.Gayoon terbatuk-batuk kerana kesukaran untuk bernafas.

“Hyung!Jangan buat Gayoon macam ni!”Aron tetap cuba menghalang Ji Hoon daripada terus berkelakuan kasar terhadap Gayoon.Ji Hoon akhirnya melepaskan juga tangannya.Gayoon terduduk sambil mengurut-urut tengkuknya yang sakit itu.

“Hyung...ni semua salah Aron.Kalau Aron tak balik lambat...”Aron cuba menjelaskan sesuatu kepada Ji Hoon namun kata-katanya dipintas oleh Ji Hoon.

“Kau siapa yang nak bawa Dayoung keluar tanpa pengetahuan aku hah?!Kau siapa?!”Ji Hoon cuba melepaskan geramnya terhadap Gayoon lagi,namun tindakannya sempat dihalang oleh Aron.Yeon Hee cuba melindungi Gayoon dengan memeluk wanita itu erat.

“Op..oppa...miane...Gayoon..Gayoon tak berniat nak buat..tak berniat nak buat Dayoung macam ni...Ta..tapi..Gayoon tahu...semua ni salah Gayoon..Kalau Gayoon..kalau Gayoon tak tinggalkan Dayoung sekejap tadi...Dayoung..Dayoung takkan kena langgar dengan kereta,..”Kata Gayoon,tergagap-gagap.Air matanya mengalir laju.Dia tidak berani untuk memandang ke arah Ji Hoon.

“Op..oppa..miane..jeongmal miane...”Ucap Gayoon penuh penyesalan.Suara esakannya semakin kuat.Ji Hoon melepaskan tangan Aron,kasar.

“Argh!!!”

Dia menendang tong sampah yang berada di sebelah tempat duduk itu sebelum dia melangkah beredar dari situ.

“Hyung!”Aron cuba memanggil Ji Hoon namun panggilannya langsung tidak diendahkan oleh lelaki itu.Aron menoleh ke arah Gayoon yang masih lagi menangis teresak-esak itu.Yeon Hee turut memandang ke arah Aron.Sungguh dia berasa bimbang dengan keadaan Dayoung dan juga Ji Hoon.

 

*********************************

 

Yeon Hee berhenti beberapa langkah daripada tempat Ji Hoon berada.Lelaki itu kelihatan sedang termenung,langsung tidak menyedari kehadiran Yeon Hee di situ.Perlahan-lahan,dia menarik nafas panjang sebelum dia melangkah mendekati ke arah lelaki itu.

“Ji Hoon...”Yeon Hee memanggil lembut namanya.Perlahan-lahan,Ji Hoon menoleh ke arahnya.Yeon Hee kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Ji Hoon.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon tanpa berkata apa-apa.Ji Hoon turut membisu.Dia lebih memikirkan mengenai keadaan Dayoung di dalam bilik pembedahan itu.Yeon Hee menyentuh tangan Ji Hoon dengan lembut.Hatinya sungguh sayu apabila melihat keadaan Ji Hoon yang tidak terurus itu.Ternyata lelaki itu sedang berada dalam keadaan tertekan.

“Ji Hoon ah...”Sekali lagi Yeon Hee cuba menyebut nama lelaki itu.Lelaki itu tetap membisu.Tangan lelaki itu digenggamnya erat.

“Saya tahu...yang saya mungkin tak kenal Dayoung..seperti yang awak kenal dia.Tapi...saya yakin,Dayoung seorang yang kuat.Dia tak mudah mengalah...”Kata Yeon Hee.

“Jadi...awak pun kena kuat hadapi semua ni.Awak pun tak boleh putus harapan terhadap Dayoung,”kata Yeon Hee lagi.Ji Hoon langsung tidak membalas kata-kata Yeon Hee.Hanya air matanya sahaja sudah cukup menggambarkan perasaannya ketika itu.Yeon Hee cuba menahan air matanya daripada mengalir.Ternyata penderitaan yang dialami oleh Ji Hoon begitu berat sekali.Ji Hoon sudah pun kehilangan Ji Eun dan Byung Hee sebelum ini.Kali ini,nyawa Dayoung pula berada di hujung tanduk.Perhatian Yeon Hee beralih seketika apabila menyedari kelibat Aron yang sedang berjalan mendekati kea rah mereka.

“Hyung.”Panggil Aron.Ji Hoon menoleh ke arahnya.

“Dayoung...”

 

***********************************

 

“Dalam kelima-lima organ deria yang ada,deria dengar adalah deria terakhir yang akan hilang.Jadi,bila kami menguji deria dengar terhadap Dayoung sebagai ujian untuk memastikan cerebrum dia masih berfungsi atau tak...kami dapati...Dayoung tidak memberi tindak balas terhadap ujian tu...”

“Kami juga dah jalankan ujian terhadap sel-sel cerebrum Dayoung...keputusan menunjukkan cerebrum dia telah mati.”

Pakar neurologi itu menunjukkan kertas laporan mengenai keadaan Dayoung itu kepada Ji Hoon.Ji Hoon mengambil kertas itu sebelum membaca segala keputusan ujian yang telah dijalankan terhadap Dayoung.Keterangan yang diberikan oleh pakar neurologi itu tepat sekali.Semua ujian yang dijalankan terhadap Dayoung menunjukkan cerebrum kanak-kanak itu telah mati akibat kemalangan yang dialaminya itu.

“Jadi?”Soal Ji Hoon, walaupun dia sendiri sudah menduga jawapan yang akan diberikan oleh pakar neurologi itu.

“Jadi..Dayoung dah...”

“Jantung dia masih lagi berdegup.Jantung dia masih lagi berdegup,”kata Ji Hoon,menafikan kata-kata pakar itu.

“Ji Hoon shi...”

“Saya tak akan tanda tangan surat DNR tu.Saya percaya...Dayoung akan sembuh.Dia akan sembuh,”kata Ji Hoon sebelum beredar meninggalkan bilik pakar neurologi itu.Ji Hoon bersandar pada dinding bersebelahan dengan pintu bilik pakar neurologi itu.Tangannya menghentak dinding itu berkali-kali.Air matanya mengalir.Berita itu amat sukar diterima olehnya.

“Tak...Dayoung akan selamat.Dia akan sembuh...dia akan sembuh...”Ji Hoon terduduk di situ.Esakannya semakin kuat.Yeon Hee yang melihatnya dari jauh itu turut mengalirkan air mata.

 

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe