Chapter 22

Hello & Goodbye

 

Ji Hoon membuka matanya perlahan-lahan.Siling bilik itu ditenungnya.Fikirannya benar-benar keliru ketika itu.Aku...aku dekat mana sekarang ni?Hatinya menyoal dirinya sendiri.Dia meletakkan tangannya pada dahi apabila merasakan seperti ada sesuatu diletakkan di atas dahinya itu.Tuala basah.Dahinya berkerut.Kenapa dengan aku?Soalnya lagi.Dia kemudiannya memerhatikan sekeliling.Dia menghela nafas lega apabila mendapati bahawa dirinya sedang berada di dalam bilik tidurnya sendiri.Ji Hoon kemudiannya melihat jam pada meja sebelah katilnya itu.Sudah pukul 6 petang.Perlahan-lahan,dia bangun dari pembaringannya walaupun dia masih merasakan kepalanya berdenyut-denyut.Mungkin kerana dia sudah lama terlantar di atas katil itu cuma dia tidak pasti berapa lama.Ji Hoon menoleh ke arah pintu apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka dari luar.Kelihatan kelibat seseorang sedang berdiri di muka pintu itu namun dia tidak dapat melihatnya dengan jelas.Dia kemudiannya mencapai cermin matanya yang berada di atas meja itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman apabila melihat Yeon Hee yang sedang melangkah masuk ke biliknya itu.

“Awak dah sedar,Ji Hoon?”Soal Yeon Hee,gembira apabila melihat Ji Hoon yang sedang duduk di atas katil itu.Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu,Yeon Hee meletakkan tangannya pada dahi Ji Hoon.

“Em...demam awak dah kebah sikit.Baguslah...”kata Yeon Hee,lega.Ji Hoon kemudiannya memegang tangan Yeon Hee yang masih lagi berada di atas dahinya itu.

“Dah berapa lama saya tak sedar,Yeon Hee?”Soal Ji Hoon,keliru.

“Em...dah nak dekat dua hari juga awak tak sedarkan diri,Ji Hoon.Demam awak teruk juga,”kata Yeon Hee sambil melabuhkan punggung di atas katil lelaki itu.

“Yeke?Em...saya tak pernah demam teruk macam ni.Mungkin penat sangat kot,”kata Ji Hoon.Dia memandang Yeon Hee sambil tersenyum nipis.

“Miane...saya dah banyak susahkan awak.Sekarang ni saya dah okey.Awak baliklah rumah dulu,Yeon Hee.Awak pun kena rehat juga,”kata Ji Hoon,sebelum dia turun dari katilnya.Kelihatan dia hendak bersiap-siap untuk menuju ke suatu tempat.

“Em...awak nak pergi mana,Ji Hoon?”Soal Yeon Hee,hairan dengan kelakuan lelaki itu.

“Saya nak pergi hospital la.Nak tengok Dayoung,”kata Ji Hoon sambil tersenyum.Mata Yeon Hee membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata Ji Hoon itu.Ke Hospital?Tengok Dayoung?Adakah Ji Hoon tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri itu?

“Em...tapi...tapi awak betul-betul tak sihat lagi.Awak rehat-rehatlah dulu.,Ji Hoon,”kata Yeon Hee,cuba memujuk lelaki itu supaya membatalkan sahaja niatnya itu.Dia yakin lelaki itu masih lagi dalam keadaan keliru.Ji Hoon sekadar tersenyum.

“Saya dah okeylah,Yeon Hee.Awak jangan risau.Lagipun,kesian dekat Dayoung.Tak ada siapa jaga dia sejak saya demam ni.Lagipun saya rindu sangat dekat dia ni,”kata Ji Hoon,sambil menyarungkan jaket berwarna biru muda.Dia kemudiannya melangkah keluar dari biliknya sebelum sempat dihalang oleh Yeon Hee.

 

“Hyung!”Aron tersenyum lebar apabila melihat Ji Hoon yang sedang menuruni tangga itu.Yeon Hee pula mengikutinya dari belakang.

“Hyung dah okey?”Soal Aron.Ji Hoon sekadar tersenyum ke arahnya.

“Hyung nak pergi mana ni?”Soal Aron,ingin tahu.

“Ke hospitallah,”jawab Ji Hoon.

“Eh,hospital?Tapi kan pihak hospital bagi kelonggaran untuk Hyung bercuti selama seminggu?”Soal Aron,hairan.

“Hyung kan memang cuti.Sebab nak jaga Dayoung dekat ICU tu,”kata Ji Hoon lagi.Riak wajah Aron berubah apabila mendengar kata-kata Ji Hoon itu.Dia menoleh ke arah Yeon Hee yang berada di belakang Ji Hoon itu.

“Tapi Hyung...Dayoung...”Aron serba salah untuk berterus-terang terhadap abangnya itu.Ji Hoon pula menanti kata-katanya.

“Tapi apa?”Soal Ji Hoon,tertanya-tanya.Namun,Aron masih serba salah untuk berterus-terang.Dia yakin Ji Hoon masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri itu,sehingga membuatkan lelaki itu tidak dapat mengingati mengenai kematian Dayoung itu.Aron memandang Yeon Hee.

“Korang ni kenapa?Pelik je Hyung tengok korang ni.Hyung dah sihat okey?Hyung boleh pergi hospital sendiri.Lagipun Hyung dah lama tak jumpa Dayoung ni,”kata Ji Hoon.Dia cuba untuk senyum namun hatinya mulai tidak senang apabila melihat riak wajah Yeon Hee dan Aron yang muram itu.

“Kenapa ni?Ada apa-apa yang Hyung tak tahu ke?”Soal Ji Hoon lagi sambil memandang ke arah Aron.

“Hyung...”Aron melepaskan keluhan berat.Ternyata begitu sukar baginya untuk memberitahu perkara sebenar kepada Ji Hoon.

“Ji Hoon.”Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee.Yeon Hee mendekati ke arahnya.

“Ji Hoon...saya nak cakap pasal Dayoung,”kata Yeon Hee.Ji Hoon sekadar mendengar.Sesekali Yeon Hee memandang ke arah Aron.

“Awak memang tak ingat apa-apa langsung ke sebelum awak pengsan?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon menggeleng.Sungguh dia tidak mengingati kejadian yang berlaku sebelum itu.

“Dayoungie...Dayoungie...”

“Kenapa dengan Dayoung?Dia ada masalah apa-apa ke sepanjang saya tak ada kat hospital ni?”Soal Ji Hoon,tidak sabar.Hatinya mulai bimbang lagi-lagi apabila hal itu berkaitan dengan anak tunggalnya itu.Yeon Hee memandang tepat ke arah anak mata lelaki itu.

“Dayoungie...dia...”Yeon Hee menutup matanya,enggan untuk memandang wajah lelaki itu.

“Dia dah tak ada.”Yeon Hee tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

“Apa?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee menggigit bibirnya.

“Dayoung dah meninggal dunia,Hyung.Dah nak dekat empat hari...Dayoung tinggalkan kita semua,”kata Aron pula.Ji Hoon tersenyum.

“Apa korang cakap ni?Hyung tahu keadaan dia tak stabil.Tapi Hyung yakin yang dia akan sembuh.Hyung tak percaya dengan apa yang korang cakapkan ni,”kata Ji Hoon,ternyata tidak mudah untuk mempercayai kata-kata Aron dan Yeon Hee itu.

“Dahlah...Hyung dah lambat ni,”kata Ji Hoon,bersedia untuk beredar dari situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tangannya dicapai oleh Yeon Hee.

“Awak ingat kami nak bergurau pasal benda ni ke?Saya tahu benda ni berat untuk awak terima.Tapi Dayoung dah tak ada.Dia memang dah tak dapat diselamatkan lagi.Dia dah tinggalkan kita semua.Awak kena terima hakikat ni walau sesukar manapun,”kata Yeon Hee lagi.Suaranya kedengaran sebak.Ji Hoon tidak membalas apa-apa.

“Waktu upacara pengebumian Dayoung hari tu,Hyung jatuh pengsan.Hyung sakit teruk waktu tu.Doktor cakap,mungkin Hyung terlalu tertekan dengan kematian Dayoung,”kata Aron pula.Dia kemudiannya mendekati ke arah abangnya itu.Ji Hoon pula enggan untuk memandang adiknya.

“Hyung...kami faham perasaan Hyung sekarang ni.Kami pun sayangkan Dayoung.Kami pun susah nak terima hakikat ni.Tapi kami kena kuat sebab kami nak bantu Hyung untuk hadapi semua ni.Hyung masih ingatkan?Walau apa pun terjadi kepada Hyung...Aron sentiasa ada untuk Hyung.Kalau Hyung perlukan seseorang kongsi kesedihan Hyung...Aron ada..Yeon Hee Noona pun ada.Hyung takkan keseorangan.”

“Dayoung seorang anak yang baik.Dia tak pernah buat Hyung marah.Sebab tu Tuhan lebih sayangkan dia.Aron yakin...dia akan bahagia dekat sana.Hyung tak perlu risau sebab sekarang ni Dayoung berada di tempat yang lebih baik.”

“Sebab tulah,Hyung tak boleh terus macam ni.Hyung kena kuat.Lagipun,Hyung mesti tak nak Dayoung tengok keadaan Hyung macam ni kan?Dia mesti sedih tengok Hyung macam ni.”

Ji Hoon kemudiannya melepaskan tangannya daripada pegangan Yeon Hee.Yeon Hee sekadar membiarkan.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah pintu.

“Hyung...”panggil Aron.

“Hyung nak pergi jumpa dengan Dayoung.”Kata Ji Hoon,lemah.

 

 

 

Ji Hoon menatap wajah Dayoung yang  tersenyum manis di dalam gambar itu.Gambar kanak-kanak itu diletakkan bersebelahan dengan gambar ByungHee.Ji Hoon menguntum senyuman apabila melihat gambar kedua-dua insan yang amat penting dalam hidupnya itu.Cermin rak kayu itu disentuhnya bagaikan dia sedang mengusap lembut wajah Dayoung itu.Matanya bergenang namun dia berusaha untuk menahan dirinya daripada mengalirkan air mata.Dia tidak mahu menunjukkan dirinya yang lemah kepada Dayoung.Dia kemudiannya melihat gambar saudara kembarnya itu.

“Dayoung ah...miane...appa tak dapat nak temankan Dayoung dekat sana.Tapi...appa yakin...omma..dengan ByungHee ahjussi boleh temankan Dayoung.Kalau Dayoung rindukan appa...ByungHee ahjussi ada.Dia boleh bersama-sama dengan Dayoung...Dia akan menyanyangi Dayoung macam appa sayangkan Dayoung,”katanya sambil tersenyum.

“Hyung...tolong tengokkan Dayoung.Dia anak yang baik.Ji Hoon pasti dia takkan susahkan Hyung.Dan Ji Hoon yakin yang Hyung akan sayangkan dia seperti mana Ji Hoon sayangkan dia selama ni,”kata Ji Hoon.Dia menoleh semula ke arah gambar Dayoung sambil tersenyum.

“Gwencahana...semuanya akan baik.Appa akan selalu datang jumpa Dayoung.Okey?”Suaranya mulai berubah sebak.Ternyata dia tidak menahan air matanya daripada mengalir.

“Nanti appa datang...Dayoung kena tunggu appa...arasso?”Katanya lagi.Ji Hoon kemudiannya terduduk di situ.Dia menghamburkan segala kesedihannya di situ.Dia berusaha untuk tidak menangis sekuatnya di hadapan Dayoung.Dia tidak mahu untuk menunjukkan dirinya yang lemah di hadapan anak tunggalnya itu.

“Appa akan cuba hidup dengan baik lepas ni...Appa janji...”

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe