Chapter 5

Hello & Goodbye

ByungHee mengeringkan rambutnya yang basah itu sebelum melabuhkan punggung di atas katilnya.Dia memandang kosong ke arah tingkap biliknya sebelum tersenyum seorang diri.Dia teringatkan saat-saat bersama dengan Yeon Hee siang tadi.Padanya,Yeon Hee bagaikan seorang anak kecil yang begitu seronok bermain di taman tema siang tadi.

"Comel betullah dia tu,"katanya kepada diri sendiri.Walaupun dia tidak pasti masalah yang merunsingkan wanita itu siang tadi,asalkan wanita itu dapat melupakannya untuk seketika.Dia yakin pasti ada jalan penyelesaian terhadap masalahnya itu.Entah mengapa,tiba-tiba dia teringat akan lelaki yang bernama Nichkhun itu.Lelaki yang bakal menjadi tunang kepada Yeon Hee.ByungHee melepaskan keluhan kecil.

"Agaknya...Yeon Hee runsingkan pasal pertunangan tu ke?"Soalnya sendiri.Kasihan Yeon Hee.Sudahlah kehidupan remajanya dikongkong oleh keluarga.Malah perkahwinannya juga dirancang oleh keluarga.Byung Hee yakin.Masalah itulah yang sedang difikirkan oleh Yeon Hee.

"Apa yang awak nak saya buat untuk menggembirakan awak,Yeon Hee?"Soal Byung Hee,sendiri.Dia kemudiannya melihat gambar Yeon Hee yang ditangkapnya semasa wanita itu bermain di taman tema siang tadi,tanpa wanita itu sedari.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat senyuman yang terukir pada wajah Yeon Hee itu.

"Saya suka tengok senyuman awak,Yeon Hee.Awak nampak cantik sangat,"bisiknya.Gambar itu diusapnya lembut.

Lamunannya terganggu apabila ada panggilan masuk dari luar negara untuknya.Dia tersenyum sebelum menjawab panggilan telefon itu.

"Hello,"ucapnya.

"Hello,Hyung,"balas si pemanggil.Senyuman Byung Hee kian lebar.

"Ada apa adik call Hyung malam-malam ni?"Soal Byung Hee.

"Malam ke?Kat sini cerah je lagi,"kata si pemanggil.

"Memanglah.Adik dekat mana...Hyung kat mana,"kata Byung Hee.Kedengaran si pemanggil ketawa mendengar kata-kata Byung Hee itu.

"Sorrylah kacau,Hyung.Actually...i have something to ask you.Itu pun kalau hyung free la,"kata si pemanggil itu.ByungHee bersandar pada kepala katilnya.

"Apa dia?Tanyalah,"kata ByungHee.

"Em..ingat tak waktu kita cakap dalam phone...hari..Isnin pagi?"Soal si pemanggil itu.ByungHee diam untuk seketika.

"O..okey..ingat...kenapa ekh?"Soal Byung Hee.Kedengaran si pemanggil ketawa kecil.

"Sebenarnya apa yang terjadi waktu tu?Sebab tiba-tiba adik terdengar suara perempuan dalam phone Hyung.Girlfriend ke?"Soal si pemanggil,mengusik.Byung Hee ketawa.

"Girlfriend?Mana adalah.Time tu handphone terjatuh.Entah macam mana,handphone hyung tertukar dengan handphone dia,"Kata Byung Hee.

"Macam tu je?Takkan tak ada apa-apa jadi kot,"kata si pemanggil itu.Byung Hee tersenyum.Agak lama dia mahu memulakan kata-katanya.

"Entahlah..Hyung rasa...Hyung dah jatuh cinta dengan dia..."ByungHee berterus terang mengenai perasaannya yang sudah lama dipendamnya itu.

"Cinta pandang pertama,"balas si pemanggil.Byung Hee tersenyum.Malu.

"Tapi...Hyung rasa..dia mungkin bukan untuk Hyung,"kata Byung Hee,perlahan.

"Why?Sebab dia dah ada orang lain ke?"Teka si pemanggil.Perlahan-lahan,ByungHee angguk.

"Hyung...apa kata kalau Hyung cuba dulu?Manalah tahu...dia memang untuk Hyung?"Kata si pemanggil.ByungHee tersenyum nipis.

"Hyung nak minta nasihat dari adiklah.Adik kan ada pengalaman dalam bab-bab cinta ni.Tengoklah...sampai sekarang ni dah ada anak seorang lagi,"kata Byung Hee,sekaligus mengusik si pemanggil.

"Eh eh...dia nak kenakan kita pula.Hyung...cuba jelah tackle dia.Manalah tau...dalam diam dia pun sukakan Hyung.Abaikan je orang ketiga tu.Kalau betul dia bukan untuk Hyung,Hyung lupakan dia.Kan mudah tu,"kata si pemanggil.

"Adik dengan mendiang Ji Eun pun macam tu ke?'Soal Byung Hee.

"Dia wanita yang paling sempurna yang pernah adik jumpa , Hyung.Adik yakin...tak ada wanita yang sama seperti Ji Eun,"balas si pemanggil.Nadanya berubah perlahan.ByungHee tersenyum nipis.

"Tapi Hyung yakin...suatu hari nanti..adik akan jumpa seseorang yang istimewa seperti Ji Eun,"kata Byung Hee.

"Gomawo,Hyung.Tapi...sebelum adik yang jumpa..adik nak Hyung kejar dulu cinta Hyung tu.Arasso?"Kata si pemanggil itu.

"Arasso...em..okeylah dik..Hyung nak tidur dulu.Kirimkan salam sayang Hyung dekat semua ya?"Kata ByungHee,sebelum mematikan panggilan telefonnya itu.Sekali lagi,wajah Yeon Hee pada skrin telefon bimbitnya itu ditatapnya.Entah mengapa,terbit rasa rindu terhadap wanita itu.

"Goodnite,Yeon Hee."

***************************************

ByungHee tersenyum lebar apabila ternampak kelibat Yeon Hee yang sedang berdiri di suatu sudut di dalam gerabak tren itu.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah Yeon Hee.Dia kemudiannya mencuit bahu kanan Yeon Hee.Yeon hee menoleh ke arahnya.

"Eh,ByungHee."Yeon Hee tersenyum lebar apabila melihat Byung Hee yang sedang berdiri di sebelahnya itu.

"Selamat pagi,"ucap Byung Hee.

"Selamat pagi,"balas Yeon Hee.ByungHee kemudiannya mengeluarkan pemain mp4nya lalu dihulurkan kepada Yeon Hee.Yeon Hee memasang earphone pada telinga kanannya,manakala ByungHee memakai yang sebelah lagi.Mereka kemudiannya diam sesama sendiri.Entah mengapa,mereka tiada idea untuk berbual seperti biasa.Mereka lebih selesa melayani lagu-lagu yang sedang dimainkan oleh pemain mp4 milik ByungHee itu.Seperti ada sesuatu yang membuat bibir mereka terkunci.Sesekali mereka mencuri-curi pandang antara satu sama lain.Tren sudah pun melepasi dua stesen perhentian,namun mereka masih lagi membisu.Akhirnya mereka terus menyepi tanpa sepatah kata.

Tiba-tiba,Yeon Hee merasakan ada sesuatu yang bergerak pada bahagian pinggulnya.Dia mulai berasa takut.Dia ingin menjerit namun dia tidak berani untuk berbuat demikian.Tanpa dia sedari,dia terus memaut lengan ByungHee yang sedang memegang tiang di dalam gerabak tren itu.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Yeon Hee,kenapa ni?"Soal ByungHee,bimbang apabila melihat wajah Yeon Hee yang berubah pucat itu.Pautan Yeon Hee kian erat.

"Tolong saya,ByungHee,"bisik Yeon Hee,ketakutan.ByungHee cuba melihat sekeliling.Semua penumpang yang berada di situ semuanya berlagak biasa sehinggalah dia melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di belakang Yeon Hee yang kelihatan amat mencurigakan.ByungHee kemudiannya menarik Yeon Hee supaya beralih dari situ sebelum dia menumbuk wajah lelaki itu.Yeon Hee begitu terkejut dengan tindakan mengejut daripada ByungHee itu.

"Apa yang kau cuba buat ni hah?!"Gertak ByungHee,marah.

"Yang kau tiba-tiba nak tumbuk aku ni kenapa hah?!"Balas lelaki itu,tidak puas hati.Yeon Hee berdiri betul-betul di belakang ByungHee.Dia benar-benar ketakutan ketika itu.

"Kau kacau kawan aku ni kan?!Kau ingat aku tak nampak ke?!"Sekali lagi Byung Hee menghadiahkan tumbukan pada muka lelaki itu.Lelaki itu membalas tumbukan Byung Hee sehingga mengenai wajah Byung Hee.Orang ramai cuba menleraikan pergaduhan antara dua lelaki itu.

"Kau jangan berani muncul depan aku lagi!Kalau tak,siap kau!"Gertak ByungHee.

**************************************

"Ouch!"ByungHee mengaduh kesakitan apabila mulutnya yang berdarah itu disapu oleh Yeon Hee.

"Keanapa awak begaduh dengan lelaki tu tadi?Tengok sekarang ni mulut awak dah luka,"kata Yeon Hee.

"Yang awak diam je waktu dia kacau awak tadi tu kenapa?"Balas ByungHee,masih bersisa marahnya.Yeon Hee tersentap.Belum pernah ByungHee meninggikan suara terhadapnya sejak dari awal perkenalan mereka.Yeon Hee menundukkan wajahnya.Air matanya mengalir secara tiba-tiba.Byung Hee mulai berasa bersalah.

"Mi..miane..Saya..tak patut marah awak,"kata Byung Hee,cuba memujuk Yeon Hee.Yeon Hee menggeleng.

"Saya tak ada apa-apa,"balas Yeon Hee,sebak.ByungHee melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya memandang ke arah Yeon Hee yang sedang menangis itu.Perlahan-lahan,dia menarik Yeon Hee ke dalam pelukannya.Yeon Hee terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Miane...saya..betul-betul tak sengaja nak tinggikan suara dekat awak tadi.Saya betul-betul risaukan awak,tahu tak?Awak ingat saya boleh diamkan diri saja ke bila ada sesuatu terjadi kepada awak?Awak ingat saya nak diam je,hah?"Soal ByungHee.Kali ini,suaranya kembali lembut.

"Saya tak suka kalau ada apa-apa terjadi kepada awak,"katanya lagi.Perlahan-lahan,Yeon Hee membalas pelukan ByungHee itu.

"Saya..takut tadi..Sebab tu..saya diam je.."katanya,sebak.ByungHee kemudiannya mengeratkan lagi pelukannya terhadap Yeon Hee.

"Dah...awak jangan risau...saya ada.Saya akan jaga awak,okey?"Kata ByungHee,cuba menenangkan Yeon Hee.Perlahan-lahan,Yeon Hee tersenyum lega.Sungguh dia berasa selamat berada di dalam pelukan lelaki itu.

"Gomawo,ByungHee,"ucapnya.ByungHee tersenyum.Yeon Hee kemudiannya melepaskan pelukan lelaki itu.Dia memandang ke arah ByungHee.ByungHee mengesat air matanya yang masih bersisa itu.

"Lepas ni,kalau ada apa-apa masalah,terus bagitahu saya,faham?Jangan buat macam ni lagi,"kata ByungHee.Yeon Hee tersenyum sambil angguk.Byung Hee melepaskan nafas lega sambil mengusap lembut kepala Yeon Hee.

 

To be continued....

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe