Chapter 13

Hello & Goodbye

Ji Hoon memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumah agam milik keluarga Yeon Hee itu.Kedua-dua mereka lebih selesa membisu,seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang sedang membebani fikiran mereka ketika itu.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah Yeon Hee.

"Awak okey?"Soal Ji Hoon,sedikit bimbang melihat keadaan Yeon Hee itu.Yeon Hee menoleh ke arahnya sambil tersenyum nipis.

"Saya okey.Terima kasih sebab hantarkan saya balik,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum.Namun,senyumannya mengendur apabila melihat wajah Yeon Hee yang muram itu.Pasti wanita itu masih lagi terkejut dengan hubungannya dengan ByungHee itu.Yeon Hee kemudiannya membuka pintu kereta Ji Hoon,namun perbuatannya itu terhenti apabila tangan kirinya dipegang oleh Ji Hoon.Yeon Hee menoleh ke arah lelaki itu.

"Jangan terlalu bebankan fikiran awak mengenai hal ni,Yeon Hee.Saya tak nak awak muram macam ni,"kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar membisu.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.

"Saya faham perasaan awak,Yeon Hee.Sebab saya pun turut merasai kehilangan ByungHee,saudara saya sendiri.Malah saya tak sempat langsung untuk bertemu dengan dia selepas saya berpindah ke New York.Hinggakan Dayoung sendiri tak pernah tahu mengenai hyung saya.Kami hanya berhubung melalui telefon dan emel,"kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar mendengar.

"Walaupun sekarang ByungHee dah tak ada...saya tak boleh terus bersedih.Hidup kita mesti diteruskan,betul kan?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon.Ji Hoon tersenyum ke arahnya.

"Saya tahu...awak sangat cintakan Hyung saya.Dan..saya takkan sesekali pun menghalang awak untuk terus mengingati dia.Tapi,saya tak nak awak terus bersedih macam ni.Bukan ini yang Hyung saya mahukan.Dia nak awak tetap hidup bahagia seperti mana awak yang dulu,"kata Ji Hoon.Dia kemudiannya mengeratkan genggaman tangannya terhadap Yeon Hee.

"Saya boleh bantu awak,Yeon Hee.Tapi...kalau kehadiran saya ni..membuatkan jiwa awak terseksa kerana Hyung saya...saya akan pergi jauh dari awak.Asalkan awak boleh hidup dengan bahagia,"kata Ji Hoon.

"Tak.Tolong jangan tinggalkan saya.Tolong jangan tinggalkan saya lagi...."Air mata Yeon Hee mengalir.Ji Hoon terkejut.

Tolong jangan tinggalkan saya lagi?

"Tolong jangan tinggalkan saya..."Kata Yeon Hee,sebak.Ji Hoon tersenyum nipis sambil mengesat air mata Yeon Hee itu.

"Arasso...saya janji yang saya takkan tinggalkan awak...kalau itu yang awak mahukan,"kata Ji Hoon,mengikat satu janji.

"Dah...jangan nangis lagi,okey?"pujuk Ji Hoon,sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Yeon Hee angguk.Ji Hoon kemudiannya berura-ura mahu membuka pintu keretanya,namun dihalang oleh Yeon Hee.

"Awak nak pergi mana?"Soal Yeon Hee.

"Saya nak bukakan pintu kereta untuk awak.Kaki awakkan sakit?"Kata Ji Hoon.

"Tak apa.Saya boleh jalan sendiri.Awak jangan risau.Lagipun..."Yeon Hee memandang ke arah tingkat dua rumah agamnya itu.

"Saya risau kalau kehadiran awak di sini...membuatkan appa saya rasa tak senang,"kata Yeon Hee,terpaksa berterus terang.Ji Hoon sekadar tersenyum.

"Arasso.Nampaknya...masih ada banyak yang saya masih belum tahu pasal awak,Yeon Hee,"kata Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum.

"Baiklah.Hati-hati jalan tu okey?Jangan lupa...cuci luka tu,"kata Ji Hoon,sekaligus berpesan kepada Yeon Hee.Yeon Hee angguk sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia melangkah keluar dari kereta Ji Hoon itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumahnya.

 

 

"Siapa yang hantar kamu balik tadi,Yeon Hee?'Soal Tuan Lee sebaik sahaja dia melihat Yeon Hee yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu.Yeon Hee langsung memandang ke arah ayahnya itu apatah lagi mahu menjawab pertanyaannya itu.Semenjak kematian ByungHee dan semenjak pertunangannya bersama Nichkhun putus,hubungannya dengan Tuan Lee menjadi renggang.

'Yeon Hee!"

"Appa nak apa lagi?Takkan appa nak sekat semua benda yang Yeon Hee buat?Kaki Yeon Hee sakit.Salah ke kalau kawan Yeon Hee nak hantarkan Yeon Hee balik?"Soal Yeon Hee,rimas.

"Yeon Hee pergi mana?Hari ni,appa tak nampak pun Yeon Hee di pejabat,"kata Tuan Lee,ingin tahu.

"Saja keluar.Ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan.Takkan itu pun appa nak ambil tahu.Kenapa?Takut Yeon Hee ada buat apa-apa jenayah ke?"Sindir Yeon Hee.Tuan Lee terdiam.Yeon Hee menoleh ke arahnya.

"Appa jangan ingat...yang Yeon Hee tak tahu  perbuatan appa 2 tahun yang lepas.Yeon Hee yakin.Kematian ByungHee...pasti ada kena mengena dengan appa.Yeon Hee akan pastikan...yang Yeon Hee akan jumpa buktinya suatu hari nanti.Appa hanya perlu tunggu dan lihat,"kata Yeon Hee,melepaskan geramnya.Tanpa menunggu kata-kata daripada Tuan Lee,dia segera melangkah masuk ke dalam biliknya sebelum menghempas pintu biliknya sekuat hati.Tuan Lee menggenggam erat tangannya.

 

************************

 

Ji Hoon melihat gambar ByungHee dan Yeon Hee yang masih lagi tersimpan kemas di dalam telefon bimbit milik ByungHee itu.SeungHo yang sedang duduk di hadapannya itu sekadar membisu.

"Apa yang membuatkan awak tiba-tiba datang ke sini,Ji Hoon?"Soal SeungHo,ingin tahu.Ji Hoon memandang ke arah SeungHo,kawan baik kepada ByungHee yang pernah tinggal serumah dengan saudara kembarnya itu ketika kembarnya itu berada di Seoul.

"Saya...saya dah jumpa dengan teman wanita Hyung,"kata Ji Hoon,sambil tersenyum.

'"Jinja?"Soal SeungHo,tidak percaya.Ji Hoon angguk.

"Dia...macam mana?Dia tahu tak mengenai hubungan awak dengan ByungHee?"Soal SeungHo,ingin tahu.Perlahan-lahan,Ji Hoon angguk.

"Dia tahu..."Kata Ji Hoon.SeungHo melepaskan keluhan kecil.

"Sebab tu,saya datang sini.Saya nak tahu mengenai kisah silam mereka.Sebab saya nak cuba bantu dia.Saya tak nak tengok dia hidup dalam kesedihan lagi,"kata Ji Hoon.

"Miane...kalau saya ada waktu ByungHee dalam kesusahan waktu tu...mungkin semua ni takkan terjadi.Awak patut meletakkan kesalahan tu kepada saya,Ji Hoon.Sayalah yang menyebabkan kematian ByungHee,"kata SeungHo,rasa bersalah.

"Apa awak cakap ni?Kematian ByungHee bukanlah disebabkan oleh awak,SeungHo.Saya janji...saya akan cari punca kematian Hyung saya,tak kira apa pun yang terjadi.Saya berjanji,"kata Ji Hoon,bersungguh-sungguh.Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbitnya berdering.

"Appa!Bila appa nak balik?"Suara comel Dayoung bergema di dalam telefon bimbitnya itu membuatkan bibirnya menguntum senyuman manis.

"Appa ada kat rumah kawan appa.Nanti appa balik,okey?Suruh Uncle sediakan dinner macam biasa,"kata Ji Hoon.

"Okey!Uncle,appa suruh Uncle sediakan dinner!"Kedengaran suara Dayoung menjerit.

"Alah..Hyung!!!!"

Ji Hoon tersenyum apabila terdengar jeritan seorang lelaki di dalam telefon bimbitnya itu.

"Okeylah,Dayoung.Nanti kita jumpa kat rumah ye,"kata Ji Hoon,sebelum mematikan panggilan telefon bimbitnya itu.SeungHo sekadar tersenyum melihat perbualan telefon antara Ji Hoon bersama anak perempuan tunggalnya itu.

"Ji Hoon ah..."Ji Hoon menoleh ke arah SeungHo.

"Sampai bila lagi nak menduda ni?Tak terfikir ke nak carikan mama baru untuk Dayoung tu?"Soal SeungHo,ingin tahu sekaligus mengusik.Ji Hoon tertawa kecil.

"Ish...apa ni.Tak adalah.Setakat ni,saya lagi selesa hidup berdua dengan Dayoung.Tak pernah terfikir pun pasal hal tu,"kata Ji Hoon,sedikit malu.SeungHo tertawa.

"Tapi takkan nak biarkan Dayoung membesar tanpa kasih sayang seorang ibu?Sekurang-kurangnya,dia berhak untuk merasai kasih sayang seorang ibu,kan?"kata SeungHo.Ji Hoon terdiam,memikirkan kata-kata SeungHo itu.

"Entahlah.Saya tak pernah terfikir lagi untuk berkahwin lain selepas Ji Eun meninggal dunia.Saya cuma nak tumpukan perhatian saya untuk membesarkan Dayoung.Tak pernah fikirkan hal lain pun,"kata Ji Hoon.

"Saya rasalah...pertemuan awak dengan Cik Yeon Hee tu...pasti ada tersimpan suatu makna.Manalah tahu kan?"Kata SeungHo,sambil tersenyum.Ji Hoon sekadar membisu,sambil tersenyum nipis.Sekali lagi,dia melihat gambar Yeon Hee dan ByungHee di dalam telefon bimbit ByungHee itu.

 

Tolong jangan tinggalkan saya lagi...

 

Kata-kata Yeon Hee itu masih lagi terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe