Chapter 12

Hello & Goodbye

"Ada sesiapa yang tak datang lagi?"Soal Ji Hoon sambil memandang ke arah sekumpulan pelajarnya yang sedang berdiri di hadapannya itu.Kelihatan pelajar-pelajarnya sedang memandang sesama sendiri.

"Min Joo tak datang lagi,Dr,"kata salah seorang daripada pelajarnya itu.Ji Hoon sekadar angguk.

"Okay,tak apa.Kita teruskan dulu tanpa Min Joo.Baik,siapa yang present case ya hari ni?"Soal Ji Hoon sambil membetulkan cermin matanya itu.

*******************

Yeon Hee sekadar memerhati suasana di dalam kafe hospital itu.Dia sendiri tidak pasti akan tujuan dia berada di situ.Dia kemudiannya mengeluarkan kad nama milik Ji Hoon itu.

"Dr.Jung Ji Hoon."

Perlahan-lahan,Yeon Hee menyebut nama lelaki itu.Dia begitu ingin mengenali lelaki itu.Benarkah Ji Hoon itu tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Byung Hee atau pun memang benar bahawa mereka hanyalah sekadar pelanduk dua serupa?

Oleh sebab itulah,Yeon Hee berada di situ.Tetapi dia sendiri tidak pasti jika dia dapat bertemu dengan Ji Hoon yang semestinya sedang sibuk bertugas di dalam wad ketika itu.Yeon Hee melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya untuk melangkah keluar dari kafe itu.Yeon Hee menuju ke arah keretanya,berniat mahu pulang ke tempat kerjanya semulanya.Namun,entah di mana silapnya,sebuah motor yang tidak tahu dari mana munculnya itu hampir-hampir sahaja melanggar Yeon Hee yang sedang berjalan ke arah keretanya itu.Yeon Hee terjatuh sehingga membuatkan lututnya berdarah.Yeon Hee mengaduh kesakitan.

"Cik!Cik tak apa-apa?"Soal seorang gadis muda yang berpakaian kot putih itu.Yeon Hee menoleh ke arahnya.

"Cik,saya betul-betul minta maaf.Saya tak sengaja nak langgar cik tadi.Saya dah lewat nak pergi kelas.Cik tak apa-apa?Biar saya bawa cik ke bilik rawatan,"kata gadis itu.Yeon Hee menggeleng.

"Saya sakit sikit je.Saya tak ada apa-apa,"kata Yeon Hee,cuba menahan kesakitan pada lututnya itu.

"Mari cik,saya bawakan cik ke bilik rawatan ye?"Kata gadis itu,bersungguh-sungguh mahu membantu Yeon Hee yang kesakitan itu.Mahu tidak mahu,Yeon Hee terpaksa angguk.

*********************

"Cik Yeon Hee,saya betul-betul minta maaf atas kecuaian saya tadi.Kalau saya berhati-hati bawa motor tadi,mungkin perkara ni takkan terjadi,"kata Min Joo,menyesal.Yeon Hee sekadar tersenyum nipis.

"Tak ada apa-apalah,Min Joo.Saya okay je.Ni pun salah saya juga.Kalau saya berhati-hati tadi,mungkin saya sempat mengelak tadi,"kata Yeon Hee.Min Joo tersenyum lega.

"Jadi,Cik Yeon Hee maafkan saya?"Soal Min Joo.Perlahan-lahan,Yeon Hee angguk.Min Joo tersenyum lega.

"Saya pun nak minta maaf sebab menyusahkan awak je,Min Joo,"kata Yeon Hee,turut mengakui kesilapannya itu.

Perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi pintu dibuka dari luar.Kelihatan wajah Ji Hoon muncul di muka pintu itu.Yeon Hee yang menyedari kehadiran Ji Hoon itu berasa terkejut.Begitu juga dengan Ji Hoon.

"Cik Yeon Hee?"Soal Ji Hoon.Min Joo segera berdiri apabila melihat Ji Hoon yang sedang berdiri di hadapannya itu.Perhatian Ji Hoon kemudiannya beralih kepada Min Joo.

"Min Joo?"

"Saya minta maaf,Dr.Saya yang buat Cik Yeon Hee cedera macam ni sebab saya tak berhati-hati bawa motor tadi,"kata Min Joo,bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Ji Hoon itu.Ji Hoon kemudiannya memandang ke arah Yeon Hee yang sedang duduk itu.Perlahan-lahan,dia melihat luka Yeon Hee yang sudah dibalut kemas itu.

"Awak ke yang balut lutut Cik Yeon Hee ni?"Soal Ji Hoon,sambil menoleh ke arah Min Joo.Laju sahaja Min Joo angguk,mengiyakan kata-kata Ji Hoon itu.Ji Hoon kemudiannya berdiri sebelum melangkah ke arah Min Joo.Min Joo pula menundukkan sedikit wajahnya,takut dimarahi oleh doktor muda itu.Namun,sesuatu yang tidak dijangka berlaku.Perlahan-lahan,kepalanya diusap lembut oleh Ji Hoon.Mata Min Joo terbuka luas,terkejut dengan tindakan Ji Hoon itu.

"Bagus.Awak dah buat kerja awak dengan bagus sekali,Min Joo.Awak dah bertanggungjawab atas kesalahan yang awak sendiri lakukan.Saya bangga dengan awak,"kata Ji Hoon,memuji sikap Min Joo yang bertanggungjawab itu.Muka Min Joo berubah merah mendengar pujian daripada Ji Hoon itu.

"Dah.Lain kali,jangan lambat datang kelas saya lagi.Ini amaran terakhir,arasso?"Ji Hoon memberi amaran kepada Min Joo.Tegas dalam lembut.Laju sahaja Min Joo angguk.

"Baik,Dr,"kata Min Joo.

"Baiklah,awak masuk wad dulu,"kata Ji Hoon.Min Joo menundukkan sedikit badannya sebelum menoleh ke arah Yeon Hee.

"Saya pergi dulu,Cik Yeon Hee,"katanya,sebelum beredar dari situ.Yeon Hee sekadar angguk sambil tersenyum.Ji Hoon kemudiannya memandang ke arah Yeon Hee sebaik sahaja Min Joo melangkah keluar dari bilik rawatan itu.Yeon Hee menundukkan wajahnya.Ji Hoon mendekati ke arah Yeon Hee.

"Apa awak buat kat sini,Cik Yeon Hee?Awak ada sakit apa-apa ke?"Soal Ji Hoon,ingin tahu.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon.Senyuman lelaki itu membuatkan hatinya tidak keruan.Senyuman itulah yang membuatkannya sukar untuk melupakan ByungHee yang sudah dua tahun meninggal dunia itu.Perlahan-lahan,Yeon Hee bangun dari tempat duduknya.

"Ouch!"Cepat-cepat Ji Hoon memaut lengan kanan Yeon Hee itu sebaik sahaja menyedari keadaan Yeon Hee yang masih belum boleh berjalan dengan stabil itu.Yeon Hee tergamam dengan tindakan lelaki itu.Ji Hoon kemudiannya meletakkan tangan Yeon Hee di atas bahunya.Dia cuba untuk memimpin wanita itu untuk berjalan.

"Awak nak pergi mana?Saya pimpinkan.Kaki awak ni sakit lagi,mesti susah kalau awak nak berjalan seorang,"kata Ji Hoon.Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon.

"Saya tak tahu tujuan awak datang ke sini,Cik Yeon Hee.Tapi...saya tetap akan bantu awak bila awak dalam keadaan sakit macam ni.Kira kita dah sama adillah kan?Awak tolong saya...saya tolong awak,"kata Ji Hoon.

"Encik Ji Hoon..."Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee sebaik sahaja mendengar namanya disebut oleh wanita itu.

"Boleh saya berjumpa dengan awak sekejap?"Soal Yeon Hee.

*********************

Yeon Hee dan Ji Hoon membisu untuk seketika sambil melihat kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan hospital itu.

"Cik Yeon Hee...nak bincang apa dengan saya?Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Soal Ji Hoon sambil menoleh ke arah Yeon Hee.Kelihatan Yeon Hee menelan air liur.

"Saya tak pasti...kalau saya boleh bercakap mengenai hal ni dengan awak,Encik Ji Hoon.Tapi...saya tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni.Fikiran saya buntu,"kata Yeon Hee.Ji Hoon hanya sekadar mendengar.

"Encik Ji Hoon...masih ingat lagi kan soalan adik saya tempoh hari?"Soal Yeon Hee.Kelihatan Ji Hoon berfikir untuk seketika.

"Mengenai...yang kita pernah berjumpa sebelum ni?"Soal Ji Hoon,inginkan kepastian.Yeon Hee angguk.

"Su Ji tanya soalan tu sebab...dia nak pastikan...yang Encik Ji Hoon...bukanlah teman lelaki saya yang meninggal dunia dua tahun yang lepas,"kata Yeon Hee.Kelihatan dahi Ji Hoon sedikit berkerut.

"Teman lelaki awak?"Soal Ji Hoon tidak faham.Kelihatan Yeon Hee mengukir senyuman nipis.Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menunjukkan sesuatu kepada Ji Hoon.Telefon bimbit itu bertukar tangan.Matanya terbuka luas apabila melihat gambar seorang lelaki yang seiras dengannya yang sedang berdiri di sebelah Yeon Hee itu.Sungguh mirip sekali wajah mereka.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.Namun,dia mengukir senyuman nipis tidak lama selepas itu.Dia menoleh ke arah Yeon Hee.Yeon Hee turut memandang ke arahnya.

"Adakah...Yeon Hee inilah yang dimaksudkan olehnya?"Soal hatinya sendiri.

"Lelaki ni...Jung ByungHee kan?"Soal Ji Hoon,perlahan.Yeon Hee terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Ji Hoon itu.Ji Hoon melihat sekali lagi gambar ByungHee yang berada di dalam telefon bimbit Yeon Hee itu.

"Saya faham maksud awak,Cik Yeon Hee.Dan...kali ni baru saya faham...kenapa awak seperti terkejut ketika kali pertama kita berjumpa dulu,"kata Ji Hoon.Yeon Hee masih lagi membisu.Dia masih terkejut dengan soalan Ji Hoon sebentar tadi.Bagaimana Ji Hoon boleh mengenali ByungHee?Adakah...

"Rupanya...awaklah yang Hyung saya maksudkan.Dia selalu cerita pasal awak...waktu saya masih berada di New York dulu,"kata Ji Hoon,sambil tersenyum.Kelihatan matanya bergenang.

"Dia selalu bercakap mengenai awak...bagaimana dalamnya perasaan cinta dia terhadap awak,Cik Yeon Hee.Dia sangat mencintai awak...sehingga akhir hayatnya,"kata Ji Hoon,sambil tersenyum nipis.

"Takkan awak..."

"Saya Jung Ji Hoon...saudara kembar kepada Jung Byung Hee..."kata Ji Hoon.

 

"Dulu saya tinggal di Changwon bersama appa...omma...dan dongsaeng...sewaktu umur saya 10 tahun,amma dan appa saya bercerai.Jadi,saya tinggal dengan appa di Changwon manakala omma saya pula bawa dongsaeng saya ke New York,dan bina hidup baru di sana."

 

Air mata Yeon Hee mengalir laju.Kata-kata ByungHee 2 tahun yang lalu kembali menerjah ke dalam fikirannya.Sungguh dia tidak sangka,dongsaeng yang dimaksudkan oleh ByungHee itu ialah , Ji Hoon...lelaki yang sedang berada di sebelahnya ketika itu.

Ji Hoon mengesat air mata Yeon Hee yang mengalir itu.

"Miane...mungkin kehadiran saya di sini...membuatkan awak teringatkan hyung saya.Miane..."Ucapnya,lembut.Yeon Hee pula masih lagi menangis.Perlahan-lahan,tubuh wanita itu dipeluknya.

"Miane..."Ucap Ji Hoon lagi.Yeon Hee pula terus menangis di dalam pelukan Ji Hoon itu.Ji Hoon memeluk erat Yeon Hee.Air matanya turut mengalir perlahan.Dia juga amat merindui saudara kembarnya yang sudah meninggal dunia itu sebelum sempat mereka bertemu antara satu sama lain.

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe