Chapter 1

Hello & Goodbye

Kelam kabut Yeon Hee melangkah keluar dari rumah agamnya sambil menggigit sekeping roti bersalut coklat.Panggilan daripada pemandu peribadinya itu langsung tidak dihiraukannya.Dia benar-benar sudah terlambat untuk ke kelas ketika itu.Inilah padahnya apabila tidur terlalu lewat malam semalam.Argh!Semuanya kerana kerja khususnya yang perlu dihantar pada hari ini.

"Cik Yeon Hee!" Yeon Hee menoleh ke arah pemandu peribadinya apabila menyedari kereta milik keluarganya berada di sebelahnya.

"Cik Yeon Hee tak nak saya hantarkan cik ke kolej ke?"Soal pemandunya itu.Yeon Hee memandang ke arah jam tangannya.

"Tak apalah.Saya dah lambat ni.Lagipun sekarang ni jalan mesti sesak kan?Saya naik tren jelah hari ni.Cepat sikit sampai,"kata Yeon Hee.

"Tapi nanti...Tuan Lee..."

"Apa-apa nanti biar saya yang jawab dengan appa nanti ye.Lagipun saya memang dah lambat ni.Hari ni saya naik tren je.Lagipun tak jauh kan stesen tren dari sini.Saya boleh sampai ke kolej lagi cepat kalau naik tren.Saya pergi dulu ye."Belum sempat pemandunya itu menghabiskan kata-katanya,Yeon Hee memotong kata-katanya sebelum beredar dari situ.

"Cik Yeon Hee!!!"

**********************************

Yeon Hee berasak-asak dengan orang ramai untuk memasuki ke dalam tren itu.Usahanya berhasil apabila dia berjaya juga memasuki ke dalam gerabak tren itu walaupun dia terpaksa berasak-asak dengan penumpang-penumpang yang lain sebentar tadi.Walaupun tiada lagi tempat duduk yang kosong di situ,sekurang-kurangnya dia berjaya juga menaiki tren itu untuk ke kolejnya.

Yeon Hee sekadar memerhati keadaan sekeliling di dalam gerabak tren yang dinaikinya itu.Matanya kemudian tertumpu ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri dalam dua langkah jaraknya dari tempat dia berdiri.Lelaki itu memakai topi berwarna putih dan menutup sebahagian daripada dahinya.Dia memakai baju kemeja yang tidak berbutang bercorak kotak-kotak putih dan biru,dan memakai t-shirt berwarna putih di dalamnya.Terdapat sebuah beg galas berwarna hitam di belakangnya.Kelihatan terdapat sekeping kad yang tergantung pada leher lelaki itu,namun Yeon Hee tidak dapat melihat jelas tulisan yang tertulis pada kad itu.Tetapi dari gaya pemakaian lelaki itu,berkemungkinan lelaki itu juga merupakan seorang pelajar kolej seperti dirinya.Niat Yeon Hee untuk terus memerhatikan lelaki itu terbantut apabila terdengar telefon bimbitnya berdering.Sebaik sahaja dia ingin melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu,tiada pula tanda-tanda ada panggilan untuknya.

"Yeoboseyo."Yeon Hee memandang ke arah lelaki yang asyik diperhatikannya sejak tadi.Kelihatan lelaki itu sedang menjawab panggilan telefonnya.

"Ceh,telefon dia rupanya.Sibuk je pakai ringtone yang sama macam aku punya,"bisik hatinya.Sekali lagi,Yeon Hee memerhatikan lelaki itu.Sepanjang lelaki itu berbual ,adakalanya lelaki itu akan tersenyum...kemudian ketawa kecil...

"Handsome juga dia ni,"bisik hati Yeon Hee.Sesekali dia turut tersenyum apabila melihat lelaki itu tersenyum.Senyuman Yeon Hee mati apabila lelaki itu menoleh ke arahnya.Yeon Hee segera mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu.Entah mengapa,wajahnya menjadi panas.Malu apabila lelaki itu menyedari dirinya sedang diperhatikan olehnya.Yeon Hee kemudiannya cuba berlagak biasa.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Ya,kali ini,memang telefon bimbitnya yang berdering.Kali ini memang ada panggilan telefon untuknya.Pantas sahaja Yeon Hee menjawab panggilan telefonnya itu.

"Yeoboseyo."

"Apa?Appa marah kat unni?"Soal Yeon Hee.Kedengaran dia melepaskan kelihan kecil.

"Yelah.Manalah appa tak marah kat unni.Lagi-lagi bila appa tahu yang unni naik tren pergi kolej.Appa risaukan unni lah tu,"kata adik perempuannya,Su Ji.

"Ala...hari ni je.Unni memang dah lambat sangat tadi.Kalau naik tren,cepat sikit sampai ke kolej.Kalau naik kereta,confirm jalan sesak tadi,"kata Yeon Hee."Em...tak apalah.Nanti unni cakap elok-elok dengan appa.Unni dah agak dah appa mesti marah dengan unni."Kata Yeon Hee."Su Ji tengah buat apa ni?Tak pergi sekolah ke harini?"

Belum sempat Yeon Hee mendengar jawapan daripada adiknya,telefon bimbitnya terlepas dari pegangannya apabila seorang wanita terlanggarnya untuk melangkah keluar dari gerabak tren itu.Yeon Hee ingin mengambil semula telefon bimbitnya yang terjatuh itu.Namun,terdapat lagi satu telefon bimbit yang serupa dengannya turut berada di situ.

"Alamak!Yang mana satu aku punya ni?"Tanpa berfikir panjang,Yeon Hee segera mengambil telefon bimbit yang berada dekat dengannya itu sebelum melangkah keluar dari gerabak tren itu.Dia kemudiannya meletakkan kembali telefon bimbitnya pada telinganya untuk menyambung perbualannya dengan Su Ji.

"Sorry Su Ji.Handphone unni terjatuh tadi.Apa yang Su Ji cakap tadi?"Soal Yeon Hee.

"Yeoboseyo?Hyung?"Mata Yeon Hee terbuka luas apabila terdengar suara seorang lelaki melalui panggilan telefonnya itu.Yeon Hee melihat semula telefon bimbitnya itu.Alamak!Jangan kata...yang...

Yeon Hee menoleh ke arah tren yang dinaikinya sebentar tadi.Kelihatan tren itu sudah mulai untuk bergerak,menuju ke stesen seterusnya.

"Ah!!!Tunggu!!!Saya nak ambil telefon saya balik!!"Lariannya terhenti seketika apabila telefon bimbit yang dipegangnya itu berdering.Matanya terbuka luas apabila melihat nombor yang tertera pada skrin telefon bimbit itu.Pantas sahaja dia menjawab panggilan itu.

"Yeoboseyo!"Jawab Yeon Hee.

"Yeoboseyo?"Kedengaran suara seorang lelaki di dalam panggilan telefon itu.Yeon Hee cuba memerhatikan sekeliling ,cuba mencari pemilik telefon bimbit yang dipegangnya itu, yang mungkin turut berada di situ.

"Telefon cik ada kat saya sekarang ni.Mungkin handphone kita tertukar masa terjatuh dekat dalam tren tadi.Em..cik kat mana ye sekarang?"Soal lelaki itu.

"A..a...sa..saya dekat stesen C.Em..Encik ada kat mana ye?Saya nak pulangkan balik telefon encik ni,"kata Yeon Hee pula.

"Em...cik ni..yang pakai kemeja warna merah jambu dengan seluar jean putih ni ke?"Soal lelaki itu.Yeon Hee terkejut apabila lelaki itu mengetahui pakaian yang sedang dipakainya itu.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.Kelihatan seorang lelaki bertopi putih dan berbaju kemeja bercorak kotak putih dan biru sedang berada di situ.Eh...ni bukan lelaki yang...

Lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Nasib baik saya jumpa cik.Sebab saya perasan cik pun berbual dengan telefon ni waktu dalam tren tadi,"kata lelaki itu,masih lagi meletakkan telefon bimbit Yeon Hee pada telinganya,walaupun dia sudah berada dalam 2 langkah jaraknya dengan Yeon Hee.Yeon Hee masih lagi terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Cik?"Lelaki itu cuba mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Yeon Hee.

"Ya?"

"Saya nak handphone saya balik ni.Cik tak nak pulangkan balik ke?'Soal lelaki itu.

"Oh ya.Nah."Bagaikan dikawal oleh alat kawalan jauh,Yeon Hee segera menghulurkan telefon bimbit kepada lelaki itu semula.Lelaki itu tersenyum sambil mengambil semula telefonnya itu.

"Err..saya pergi dulu,"kata Yeon Hee,berpaling daripada lelaki itu.

"Eh,awak tak nak telefon awak balik ke?'Soal lelaki itu.Yeon Hee menggigit bibirnya,malu.Aih..macam mana boleh lupa nak ambil balik telefon aku ni?Bisik hatinya sendiri.Yeon Hee menoleh semula ke arah lelaki itu.Dia kemudiannya mengambil semula telefon bimbitnya daripada lelaki itu.

"Kamsahamida,"ucap Yeon Hee,tanpa memandang ke arah lelaki itu.Malu.

"Lain kali cik letaklah tanda kat telefon tu.Selalunya kan perempuan ni suka letak hiasan kat telefon,"kata lelaki itu.Yeon Hee sekadar angguk.Lelaki itu menundukkan sedikit wajahnya,dengan niat untuk melihat wajah Yeon Hee itu.Yeon Hee yang menyedari kelakuan lelaki itu ,cuba memandang tepat ke arah lelaki itu.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"Soal Yeon Hee.Lelaki itu tersenyum.

"Saja.Awak pun...kenapa tengok saya je dalam tren tadi?"Soal lelaki itu.Sekali lagi wajah Yeon Hee menjadi panas.Ternyata lelaki itu menyedari dirinya diperhatikan oleh Yeon Hee di dalam tren tadi.

"Saja.Tak boleh?"Balas Yeon Hee.Lelaki itu tertawa kecil.

"Awak ni pelajar kolej ke?Soal lelaki itu.

"Yang awak nak sibuk kenapa?"Balas Yeon Hee.

"Amboi garangnya."Balas lelaki itu.

"Awak ni pelajar kolej mana?"Soal lelaki itu lagi.

"Kolej KY."Balas Yeon Hee,pendek.Yeon Hee kemudiannya melihat jam tangannya.

"Damn!!!Dah lewat sangat ni!!!"Yeon Hee mulai beredar dari situ.

"Eh cik!Nak pergi mana ni?"Soal lelaki itu.

"Ke kolejlah.Saya dah lewat sangat ni!"Balas Yeon Hee.Larian Yeon terhenti seketika apabila tangannya dicapai oleh lelaki itu,sebelum menuju ke suatu tempat.

**************************

"Motor?"Soal Yeon Hee apabila melihat sebuah motosikal di hadapannya.Lelaki itu tersenyum.

"Jom kita naik.Saya tumpangkan awak ke kolej,"kata lelaki itu.

"T..tapi..."

"Naik jelah.Awak pun kata yang awak dah lambat kan?'Kata lelaki itu,sebelum memakaikan topi keledar kepada Yeon Hee.Yeon Hee terpaksa menurut.Lelaki itu kemudiannya menunggang motosikalnya laju menuju ke kolej KY.

"Yes.Dah sampai pun,"kata lelaki itu.Yeon Hee segera turun dari motosikal lelaki itu apabila dia menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh segelintir pelajar kolej di situ.Dia membuka topi keledarnya sebelum menyerahkannya kepada lelaki itu semula.

'Em..kamsahamida.Awak dah banyak tolong saya hari ni.Em..saya masuk dulu ya,"kata Yeon Hee.Lelaki itu sekadar tersenyum ke arahnya.Dia kemudiannya memerhatikan Yeon Hee yang kelam kabut melangkah masuk ke dalam bangunan kolejnya itu.Lelaki itu kemudiannya melihat jam tangannya.

"Em..nampaknya aku pun dah lambat pada hari pertama aku,"kata lelaki itu.Dia kemudiannya menunggang motosikalnya menuju ke suatu tempat.

*****************************

"Lambatnya awak hari ni,Yeon Hee."Yeon Hee menundukkan sedikit tubuhnya apabila ditegur oleh pensyarahnya.

"Maafkan saya,Puan.Saya ada sedikit masalah tadi.Saya janji perkara ni takkan berulang lagi,"kata Yeon Hee.Pensyarah itu sekadar angguk sebelum memberi izin kepada Yeon Hee untuk pergi ke tempat duduknya.Dalam 10 minit kemudian,tiba-tiba kedengaran pintu bilik kuliah itu diketuk dari luar.

"Maafkan saya."

Yeon Hee menoleh ke arah suara seorang lelaki yang mengganggu tumpuannya di dalam kelas itu.Matanya terbeliak apabila melihat pemilik suara lelaki yang didengarinya sebentar tadi.

"Em..nampaknya awak dah lambat pada hari pertama awak,Encik Jung,"kata pensyarah wanita itu.Lelaki itu tersenyum.

"Saya minta maaf,Puan.Saya ada masalah waktu dalam perjalanan ke sini tadi,"kata lelaki itu.

"Baiklah.Kita ada pelajar baru yang akan mengikuti kelas kita mulai hari ini.Kenalkan ini Jung Byung Hee."Lelaki itu menundukkan sedikit tubuhnya sambil mengukir senyuman manis.

"Annyeonghaseyo.Nama saya Jung Byung Hee.Selamat berkenalan,"kata lelaki yang dikenali sebagai Byung Hee itu.Yeon Hee pula masih lagi tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi di hadapannya itu.Tiba-tiba matanya bertembung dengan pandangan mata Byung Hee.Kelihatan ByungHee mengukir senyuman ke arahnya.

"Apa yang dah berlaku sebenarnya ni???"Soal hatinya sendiri.

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe