Chapter 26

Hello & Goodbye

“Kenapa awak nampak muram saja ni?” Soal Ji Hoon,hairan melihat sikap Yeon Hee yang berubah diam itu.Kebiasaaannya wanita itulah yang lebih banyak berbual jika mahu dibandingkan dengan Ji Hoon yang lebih pendiam orangnya. Yeon Hee memandang ke arahnya sambil menggeleng.

“Tak ada apa-apalah.Saya okay ,”balas Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum nipis. Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon yang kelihatan segak berkaca mata itu. Penampilannya juga kelihatan ringkas dengan hanya memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jean biru. Tiada langsung kelihatan imejnya sebagai seorang doktor seperti kebiasaannya. Gayanya lebih ringkas namun tetap kelihatan kemas dan segak.

“Appa awak ada cakap apa-apa lagi pasal saya?”Soal Ji Hoon,ingin tahu. Jus oren itu dihirupnya sambil memandang ke arah Yeon Hee yang sedang duduk berhadapan dengannya.

“Kenapa awak tanya?”Soal Yeon Hee.

“2 minggu lepas dia cakap yang dia nak jumpa dengan saya.Tapi saya sibuk pula dengan kerja.Manalah tau kalau-kalau dia ada tanya awak apa-apa ke?”Balas Ji Hoon.

“Oh...em...” Yeon Hee buntu untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Ji Hoon ah...” Yeon Hee menyebut nama lelaki itu perlahan. Ji Hoon memandang ke arahnya.

“Boleh tak kalau saya nak tanya awak satu soalan?”Soal Yeon Hee. Ji Hoon sekadar angguk,membenarkan wanita itu untuk meneruskan soalannya.

“Tapi awak jangan marah tau,”kata Yeon Hee. Ji Hoon tertawa kecil.

“Awak tanya pun belum..macam mana saya nak marah.Tanya sajalah.Apa dia?”Soal Ji Hoon.

“Saya Cuma nak tahu saja.Macam mana awak dapat tahu mengenai...mengenai kematian ByungHee?”Soal Yeon Hee,teragak-agak.Senyuman Ji Hoon mengendur apabila mendengar soalan daripada wanita itu.

“Pasal tu...saya dapat tahu daripada SeungHo,kawan serumah dia.Dia cakap yang ByungHee terlibat dalam kemalangan.Dia dilanggar kereta,”kata Ji Hoon,perlahan. Timbul perasaan bersalah dalam hati Yeon Hee apabila menimbulkan pertanyaan yang ternyata kurang menyenangkan bagi lelaki itu.

“Saya minta maaf sebab tiba-tiba timbulkan soal ni,Ji Hoon.Saya...saya Cuma nak tahu.Tu saja,”kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum nipis.

“Tak ada apa-apalah.Apa salahnya kalau awak nak tahu kan...Awak pun kenal dengan ByungHee,”kata Ji Hoon. Yeon Hee menundukkan sedikit wajahnya.

“Tapi saya yakin...mesti ada sesuatu yang terjadi kepada ByungHee sebelum dia ditimpa kemalangan tu,”kata Ji Hoon. Yeon Hee tersentak apabila mendengar kata-kata lelaki itu.Pantas sahaja dia mendongak wajahnya. Wajah Ji Hoon berubah serius sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya itu.

“Sebab tu saya datang ke sini. Sebab saya nak cari punca sebenar kematian abang saya. Saya yakin...pasti ada sesuatu yang terjadi sebelum abang saya dilanggar kereta waktu tu,”kata Ji Hoon.

“Apa maksud awak?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon memandang tepat ke arah anak mata Yeon Hee itu.

“Itu Cuma andaian saya. Awak tak perlu risau apa-apa,”kata Ji Hoon,sambil tersenyum kelat.Yeon Hee pula mulai berasa tidak senang hati dengan kata-kata Ji Hoon itu sebentar tadi. Bagaimana sekiranya Ji Hoon mengetahui punca sebenar kematian saudara kembarnya itu mempunyai kaitan dengan ayahnya sendiri? Adakah Ji Hoon akan memusuhi dirinya juga suatu hari nanti?

“Yeon Hee ah?” Ji Hoon menyentuh lembut tangan Yeon Hee.

“Yeon Hee ah?” Sekali lagi Ji Hoon menyebut nama wanita itu. Bagaikan dikejut dari lena, Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon yang kelihatan bimbang terhadapnya itu.

“Awak ni kenapa?Awak nampak macam tak sihat je,”kata Ji Hoon,bimbang melihat wajah Yeon Hee yang berubah pucat itu.Yeon Hee segera menggelengkan wajahnya.

“Saya tak ada apa-apa.Saya okey,”kata Yeon Hee,cuba berlagak biasa.Dia kemudiannya cuba bangun dari tempat duduknya namun entah mengapa dia merasakan tubuhnya menjadi lemah sevara tiba-tiba. Mujur Ji Hoon bertindak pantas dengan memaut bahunya,menghalang tubuhnya dari rebah ke atas lantai.

“Kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni?Awak memang tak sihat ke?”Soal Ji Hoon,cuba meletakkan tangannya pada dahi wanita itu.

“Kenapa awak tak cakap yang awak demam?”Soal Ji Hoon,sedikit marah.

“Saya okeylah.Badan saya memang panas macam ni.Cuma tiba-tiba saya rasa badan tak sihat sikit,”kata Yeon Hee,cuba melepaskan tangan Ji Hoon yang sedang memaut bahunya itu.

“Mari saya bawakan awak balik,”kata Ji Hoon,terus membantu Yeon Hee untuk melangkah keluar dari kafe itu.

“Saya tak nak balik rumah...” Rungut Yeon Hee.

“Tapi awak demam ni.”Balas Ji Hoon.Ji Hoon terkejut apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir pada pipi wanita itu.

“Saya cakap tak nak balik..tak nak baliklah.Awak ni tak faham ke?”Balas Yeon Hee, sebak. Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.

“Okey.Habis tu...awak nak pergi mana?”Soal Ji Hoon,cuba mengikut rentak Yeon Hee itu.

“Saya tak kisah...asalkan bukan rumah saya,”kata Yeon Hee.

“Okey,”balas Ji Hoon sambil terus memaut bahu wanita itu sambil melangkah keluar dari kafe itu.

 

 

Ji Hoon meletakkan tuala basah di atas kepala Yeon Hee. Yeon Hee yang sedang terbaring lemah di atas katil itu ditatapnya.Perlahan-lahan dia membelai lembut rambut Yeon Hee yang hitam keperangan itu.

“Saya ada cakap sesuatu yang melukakan hati awak ke,Yeon Hee?”Soal Ji Hoon,perlahan.Wajah Yeon Hee yang pucat itu ditatapnya lagi.Suatu keluhan kecil dilepaskan.Mujurlah demam Yeon Hee itu tidak begitu teruk.

“Awak rehat dulu okey.Saya nak buatkan awak bubur sekejap,”kata Ji Hoon,masih lagi membelai rambut Yeon Hee yang panjang itu.Ji Hoon kemudiannya mulai bangkit dari katilnya itu.Namun langkahnya terhenti apabila merasakan tangannya dipegang oleh wanita itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah Yeon Hee.Kelihatan Yeon Hee sedang memandang ke arahnya.

“Ji Hoon ah...”

Ji Hoon kemudiannya kembali duduk di atas katil itu sambil memandang ke arah Yeon Hee yang sedang terbaring itu.

“Ada apa?”Soal Ji Hoon sambil tersenyum.

“Jangan tinggalkan saya,”kata Yeon Hee,sebak.Ji Hoon tersenyum apabila mendengar kata-kata wanita itu.

“Kenapa awak ni?Saya Cuma nak pergi dapur,nak buatkan awak bubur,”kata Ji Hoon.Air mata Yeon Hee mengalir . Dia kemudiannya memaut erat lengan lelaki itu,seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

“Saya minta maaf, Ji Hoon,”ucap Yeon Hee. Dahi Ji Hoon berkerut apabila melihat perubahan sikap Yeon Hee yang drastik itu.

“Yeon Hee ah...kenapa dengan awak ni?Awak nampak lain sangat hari ni,”kata Ji Hoon.

“Dan kenapa awak tiba-tiba nak minta maaf dengan saya ni?”Soal Ji Hoon,hairan.Yeon Hee tidak segera menjawab.Sebaliknya dia terus memaut erat lengan lelaki itu sambil mengalirkan air mata.

“Saya sayangkan awak,Ji Hoon...saya tak nak kehilangan awak lagi...”ucap Yeon Hee,perlahan. Ji Hoon terkejut apabila mendengar kata-kata Yeon Hee itu. Yeon Hee memandang ke arahnya.

“Saya sayangkan awak...saya tak nak kehilangan awak,”katanya lagi. Ji Hoon menelan air liur. Ternyata dia masih terkejut dengan pengakuan mengejut daripada wanita itu.

“Apa yang awak cakap ni,Yeon Hee?Awak rehatlah dulu,okey?Badan awak panas lagi ni.Nanti lepas awak makan,saya bagi awak makan ubat,”kata Ji Hoon,cuba berlagak tenang.Dia cuba melepaskan pautan tangan Yeon Hee terhadap tangannya itu.Yeon Hee terpaksa akur. Ji Hoon tersenyum ke arahnya.

“Awak tunggu sini sekejap ekh.Nanti saya datang balik,”kata Ji Hoon sambil mengusap kepala Yeon Hee,sebelum dia beredar meninggalkan Yeon Hee bersendirian di situ.

 

Yeon Hee melihat ke arah Ji Hoon yang mulai keluar dari biliknya itu.

“Saya takut kalau awak bencikan saya suatu hari nanti,Ji Hoon,”katanya,perlahan sambil mengalirkan air mata.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe