Chapter 6

Hello & Goodbye

"Unni mainlah piano untuk buat surprise waktu unni punya majlis pertunangan nanti.Mesti Nichkhun oppa suka punyalah,"cadang Su Ji,sambil membelek-belek majalah perkahwinan di hadapan Yeon Hee.Yeon Hee menekan-nekan butang piano itu dengan sumbang sekali.Su Ji menutup telinganya.

"Unni!!Sumbanglah!Tak sedap!"Marah Su Ji.Yeon Hee tersenyum.

"Mesti reaksi Nichkhun oppa pun macam Su Ji kan bila dengar unni main piano macam ni?'Soal Yeon Hee,sambil ketawa.

"Nak surprise apanya.Unni tak pandailah main piano,"kata Yeon Hee.

"Kita upahlah cikgu untuk sementara.Ala...minta dia ajarkan main satu lagu je pun okey,"kata Su Ji.

"Tak payahlah,Su Ji.Lagipun...unni..unni tak rasa excited pun pasal majlis pertunangan ni,"kata Yeon Hee,perlahan.Su Ji menoleh ke arah kakaknya itu.Kelihatan wajah Yeon Hee berubah muram.

"Unni...unni tak bersedia dengan semua ni.Lagipun...mana mungkin unni nak bertunang dengan Nichkhun oppa yang unni dah anggap macam abang sendiri.Unni tak nak semua ni,"kata Yeon Hee.Su Ji beralih tempat,melabuhkan punggung di sebelah kakaknya itu.

"Sebenarnya...Su Ji pun tak setuju dengan semua ni,"kata Su Ji,perlahan.Yeon Hee menoleh ke arah adiknya.

"Memang Nichkhun oppa tu baik orangnya..tapi..kalau unni sendiri tak cintakan dia..Su Ji takut..yang nanti unni tak bahagia.Su Ji tak nak tengok unni menderita,"kata Su Ji.Yeon Hee tersenyum nipis ke arah adiknya.Tangan adiknya itu dicapai sebelum diramasnya lembut.

"Kan bagus kalau appa pun memahami perasaan unni macam Su Ji.Appa memang dah nekad untuk teruskan pertunangan ni demi urusan bisnes keluarga kita dengan keluarga Nichkhun oppa.Unni dah pernah bincangkan hal ni dengan appa,tapi...appa tetap dengan keputusan dia.Unni dah tak tahu nak buat apa lagi,"kata Yeon Hee.

"Unni...boleh tak kalau Su Ji nak tanya satu soalan?"Soal Su Ji.Yeon Hee menoleh ke arahnya.

"Sebenarnya,Su Ji tak percaya kalau unni tak nak bertunang dengan Nichkhun oppa hanya disebabkan oleh Nichkhun oppa tu..unni dah anggap macam abang sendiri.Su Ji tak percayalah.Su Ji yakin...unni mesti ada sebab lain juga kan?Contohnya macam...unni dah ada orang lain yang unni suka ke?"Teka Su Ji,sekaligus cuba mengusik Yeon Hee.Wajah Yeon Hee berubah panas.

"Eh,mana adalah.Pandai-pandai jela Su Ji ni,"kata Yeon Hee,cuba berdalih.Su Ji tertawa kecil.

"Eleh,tak payahlah nak berdalih la unni.Tu apa tu?Selama ni yang Su Ji tahu...unni tak suka hiasan-hiasan macam tu,"kata Su Ji sambil menunjukkan hiasan yang tergantung pada telefon bimbit Yeon Hee itu.Yeon Hee cuba tidak menjawab pertanyaan adiknya itu.Malas mahu membuka cerita.

"Unni!!!"Su Ji memaut lengan Yeon Hee,sebelum digoyangnya lembut."Unni...bagitahulah.Su Ji nak tahu juga.Unni dah ada boyfriend kan?"Soal Su Ji,benar-benar ingin tahu.Yeon Hee berkeras untuk tidak memberitahu Su Ji mengenai hal peribadinya.

"Ala unni...sharing is caring.Nak tahu juga...ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati kakak Su Ji yang keras kepala ni,"kata Su Ji,mengusik.

"Yah!Keras kepala?Mana ada!"Balas Yeon Hee,marah.Su Ji ketawa.

"Okeylah.Maybe Su Ji tak dapat jawapan sekarang.Tapi Su Ji akan cuba cari sendiri jawapannya,"kata Su Ji,sebelum beredar meninggalkan Yeon Hee.Yeon Hee sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Hiasan pada telefon bimbitnya itu dipandangnya.Bibirnya menguntum senyuman manis.Entah mengapa,dia merindui Byung Hee tiba-tiba.

"Cik Yeon Hee."Yeon Hee menoleh ke arah pembantu rumahnya."Ada tetamu nak jumpa dengan Cik Yeon Hee kat luar,"kata pembantu rumahnya itu.

"Kat luar?Kenapa tak panggil dia masuk?'Soal Yeon Hee.

"Entahlah,Cik.Dia tak nak masuk.Dia nak jumpa Cik kat luar.Katanya...dia kawan Cik dekat kolej,"kata pembantu rumah itu lagi.Tanpa menyoal lagi,Yeon Hee segera melangkah menuju ke luar rumahnya.

"ByungHee?"Yeon Hee terkejut apabila melihat ByungHee yang sedang berdiri di luar rumahnya itu.ByungHee mengukir senyuman ke arahnya.

"Apa awak buat kat sini?'Soal Yeon Hee,teruja dengan kehadiran ByungHee secara mengejut itu.

"Saja datang.Wah...meriahlah rumah awak.Mesti tengah sibuk untuk persiapan majlis awak kan,Yeon Hee?"Soal ByungHee.Yeon Hee tersenyum nipis. "Lagipun..majlis pertunangan awak nanti..lusakan?"Soal ByungHee.Yeon Hee angguk lemah.ByungHee yang menyedari riak wajah Yeon Hee yang muram itu berasa pelik.

"La...kenapa awak macam tak seronok ni?'Soal ByungHee.

"Bukan tak seronok...cuma..penat,"kata Yeon Hee,berdalih.ByungHee tersenyum.Dia sememangnya sudah mengetahui masalah yang dipendam oleh wanita itu.Tetapi,entahlah...dia sendiri buntu untuk membantu wanita itu.

"Eh,siapa ni?"Yeon Hee dan Byung Hee menoleh ke arah Su Ji yang baru muncul itu.Su Ji tersenyum sumbing sambil memandang ke arah Yeon Hee.

"Rasanya...saya tak pernah nampak awak.Awak ni kawan Yeon Hee unni ke?"Soal Su Ji,ingin tahu.Belum sempat, ByungHee membuka mulut,tiba-tiba sahaja Yeon Hee mencelah.

"Ni Byung Hee,kawan unni.Unni call dia tadi sebab nak minta tolong dia ajarkan unni main piano.Tadikan Su Ji cadangkan unni main piano untuk surprisekan Nichkhun oppa dalam majlis nanti kan?"Kata Yeon Hee,sambil memandang ke arah Byung Hee.Su Ji turut memandang ke arah Byung Hee,meminta kepastian.

"Ah...a'ah.Saya ni kawan Yeon Hee.Tadi Yeon Hee call saya,minta ajarkan main piano.Kebetulan saya ada kat kawasan ni,saya pun datanglah sini,"kata ByungHee,berbohong.Yeon Hee tersenyum.

"Em..ok.Kalau macam tu,masuklah dulu.Takkan nak main piano kat luar pula kan?"Kata Su Ji,menjemput Byung Hee masuk ke rumahnya.Yeon Hee memberi isyarat kepada ByungHee untuk mengikut kata-kata adiknya itu.ByungHee sekadar menurut walaupun dia sendiri kurang pasti dengan situasi yang sedang berlaku itu.

"Main piano?"Soal ByungHee,berbisik.

"Em..macam yang awak dengar dari adik saya tadi lah,"balas Yeon Hee,turut berbisik.

"Awak kena ajar unni saya mainkan satu lagu yang istimewa untuk majlis pertunangannya nanti.Ajarkan satu lagu yang romantik sangat...yang boleh buat Nichkhun oppa tak tidur malam,sebab teringatkan unni,"kata Su Ji,mengusik.ByungHee tersenyum.

"Dah,dah.Jangan nak mengarut lagi.Pergi,pergi!"Yeon Hee cuba menghalau Su Ji dari situ.

"Ala..nak tengok ByungHee oppa main piano juga,"kata Su Ji,berdegil.

"Tak apalah kalau dia nak tengok sekali,"kata ByungHee,cuba mencelah.Yeon Hee menurut.Su Ji tersenyum kemenangan.ByungHee mengambil tempatnya.Dia kemudiannya membuat isyarat kepada Yeon Hee untuk duduk di sebelahnya.Yeon Hee sekadar menurut.Su Ji pula sekadar memerhatikan mereka.ByungHee mula memainkan lagu pada piano itu.

"Sum jocha shigi himdeun shigandeul, nae mogeuljo ineun sesangeun

Amuri jiuryeo aesseo bwado, gyesok nareul jakkuman sseureojige haneunde
Naega gajin jeonbu ojik neo hana ppunya
Neoreul nohji anheulge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Su manheun shigane sang cheodeul do, oh baby, apeumi seororeul jjijeodo
Ssahigo ssahini chuwok deureun, seoroye nunmureul dakka juneun geol
Yeogi mureup kkulko neoreul boneun nareulbwa
Neol wihae nareul geolge

You're my last love, neon nae majimak sarang
You're my last love, kkeuteul hamkke hal saram
Geochin sesange seo bada naen hanaye seonmul
Nae nunape tto dareun gijeok, you're the last love

Ijageun banjiro neun malhalsu eopjiman
Yaksok halkke modeun geol nan neoreul wihaeseo

You're my last love, you are the love of my life
You're my last love, you are the love of my life
Eodun gireul balkge bichu neun hanaye deungbul
Nae nunape ttodareun gijeok, you're the last love"

Yeon Hee dan Su Ji terpaku mendengar nyanyian merdu ByungHee diikuti dengan alunan muzik piano yang merdu itu.Su Ji memberikan tepukan kepada ByungHee.

"Daebak!!!Apa kata kalau ByungHee oppa yang buat persembahan untuk majlis Yeon Hee unni nanti?"Cadang Su Ji.ByungHee dan Yeon Hee memandang sesama sendiri.

"Em..tak apalah.Biarlah Yeon Hee saja yang nyanyi.Saya cuma ajarkan je,"kata ByungHee,sambil memandang ke arah Yeon Hee.Muka Yeon Hee berubah merah.Su Ji yang sudah dapat menghidu sesuatu antara ByungHee dan Yeon Hee itu sekadar tersenyum.

"Em...tapi nyanyian ByungHee oppa tadi memang best.Sangat romantik.Nyanyian Byung Hee oppa tadi macam nak meluahkan perasaan cinta oppa kepada seseorang.Sweet sangat,"kata Su Ji,memuji nyanyian ByungHee sambil menjeling ke arah Yeon Hee.Yeon Hee sekadar membisu,malas mahu mencelah.ByungHee sekadar tersenyum.

"Kamsahamida,Su Ji,"ucap ByungHee.ByungHee memandang ke arah Yeon Hee di sebelahnya.

"Yeon Hee,kita buat lagi sekali ye?"Soal ByungHee.Yeon Hee memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia tersenyum ke arah ByungHee.

"Kenapa tiba-tiba ada bunyi piano dari luar ni?"Ketiga-tiga mereka terkejut apabila terdengar suara garau dari belakang yang menegur mereka itu.

"Appa."Yeon Hee terkejut dengan kehadiran ayahnya itu.ByungHee segera berdiri sebelum menundukkan sedikit badannya di hadapan Tuan Lee.

"Kamu ni siapa?"Soal Tuan Lee,kurang mesra.

"Jung Byung Hee.Kawan Yeon Hee dekat kolej.Dia datang sini sebab nak ajarkan Yeon Hee main piano untuk majlis pertunangan nanti,"kata Yeon Hee,memperkenalkan ByungHee kepada ayahnya.Tuan Lee memandang ByungHee dengan pandangan yang kurang menyenangkan bagi ByungHee.Tidak lama selepas itu,Tuan Lee mengeluarkan sesuatu dari dalam dompetnya,sebelum menghulurkannya kepada ByungHee.ByungHee memandang ke arah not kertas yang berada dalam pegangan Tuan Lee itu.

"Pastikan awak ajar anak saya sampai dia betul-betul boleh main.Arasso?"Kata Tuan Lee,sambil meletakkan not kertas itu di atas piano sebelum beredar dari situ.

"ByungHee..miane.Appa saya mungkin ada masalah dekat office.Awak jangan kecil hati ye,"kata Yeon Hee,rasa bersalah atas sikap ayahnya yang kurang mesra terhadap ByungHee itu.ByungHee sekadar tersenyum nipis.

"Tak apa.Saya faham,"kata ByungHee.Su Ji turut membisu,rasa bersalah atas layanan kurang mesra Tuan Lee terhadap ByungHee itu.

"Jom,kita teruskan?"Soal ByungHee.Yeon Hee tersenyum sambil angguk.

Lagak ByungHee dan Yeon Hee itu diperhatikan Tuan Lee dari atas.Dia berasa curiga dengan Byung Hee.Adakah lelaki yang dimaksudkan oleh Yeon Hee sebelum ini adalah Byung Hee?Jika benar,dia takkan sesekali biarkan Byung Hee menjadi batu penghalang dalam majlis pertunangan antara Yeon Hee dan Nichkhun yang sudah lama dirancangnya itu.

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe