Chapter 24

Hello & Goodbye

Ji Hoon yang sedang menuju ke arah keretanya itu sedikit terkejut apabila melihat Yeon Hee yang sedang menunggunya di tempat letak kereta itu.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah wanita itu sambil menguntum senyuman manis.

“Awak buat apa dekat sini?”Soal Ji Hoon.

“Saja.”Jawab Yeon Hee,pendek.Ji Hoon sekadar tersenyum mendengar jawapan wanita itu.Yeon sekadar memandang ke arah Ji Hoon yang masih kelihatan muram itu.Aron sudah menceritakan segala-galanya kepada Yeon Hee.Ji Hoon masih lagi bersedih atas kematian Da Young yang berlaku secara mengejut itu.Pastinya amat sukar bagi Ji Hoon untuk menerima hakikat itu dalam tempoh yang singkat.

“Awak dah habis kerja ke?”Soal Yeon Hee,sambil memandang ke arah Ji Hoon yang memakai kot berwarna biru gelap itu.Ji Hoon sekadar mengangguk sebagai menjawab pertanyaan wanita itu.

“Em...awak nak tak keluar dengan saya malam ni?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon memandang ke arahnya tanpa bersuara.

 

 

Ji Hoon dan Yeon Hee melangkah masuk ke dalam COEX Aquarium yang merupakan akuarium terbesar di Korea Selatan itu.

“Kenapa awak bawa saya ke sini?”Soal Ji Hoon,ingin tahu.Yeon Hee sekadar tersenyum ke arahnya.

“Oh...em...saya dapat 2 tiket percuma.Saya tak ada kawan nak pergi sekali,sebab tu saya ajak awak.Kenapa?Awak tak suka ke?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon menggeleng perlahan.

“Taklah.Saya suka...saya suka tempat ni,”kata Ji Hoon,perlahan.Wajahnya berubah muram tidak lama selepas itu.Yeon Hee masih lagi memandang ke arahnya.Tanpa menunggu lama,dia terus mencapai tangan Ji Hoon sebelum digenggamnya erat tangan lelaki itu.Ji Hoon kelihatan terkejut dengan tindakan wanita itu.

“Dah,jom kita masuk,”ajak Yeon Hee,teruja.Dia terus menarik tangan lelaki itu sebelum lelaki itu sempat membalas kata-katanya.

 

“Comelnya ikan-ikan dekat sini!”Yeon Hee kelihatan begitu teruja melihat kepelbagaian spesies ikan-ikan yang berada di tempat itu.Ji Hoon sekadar tersenyum,sedikit pun tidak bersuara.Yeon Hee menoleh ke arahnya sambil menepuk lembut bahu lelaki itu.

“Awak rasa tak seronok ke keluar dengan saya,Ji Hoon?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon cepat-cepat menggeleng.

“Eh,taklah.Saya...saya suka.Saya terkejut tengok awak seronok sangat macam ni,”kata Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum lebar.Dia kemudiannya memegang tangan lelaki itu.

“Malam ni...awak mesti pegang tangan saya kuat-kuat.Biar saya punya perasaan seronok ni...masuk dalam tubuh awak.Tak seronoklah kalau awak nampak macam stress saja.Sekali sekala awak mestilah lepaskan stress awak tu juga,”kata Yeon Hee.Ji Hoon sekadar tersenyum.Dia tahu.Yeon hee sedang cuba menghiburkan hatinya yang sedang galau itu.

“Baiklah.Saya takkan lepaskan tangan awak,”kata Ji Hoon sambil tersenyum.Yeon Hee tersenyum lebar.

“Baguslah kalau macam tu.Janji okey?Jangan lepaskan tangan saya,”kata Yeon Hee,bersungguh-sungguh.Ji Hoon angguk.

 

Mereka kemudiannya duduk sambil memandang ke arah akuarium besar yang berada di hadapan mereka itu.Masing-masing tidak bersuara,seolah-olah sedang asyik melihat ikan-ikan yang sedang berenang di dalam akuarium itu.Tangan mereka pula masih berpegangan antara satu sama lain.Yeon Hee kemudiannya menoleh ke arah Ji Hoon.Sejak belakangan ini,Ji Hoon tidak banyak berkata-kata seperti waktu awal perkenalan mereka dahulu.Lelaki itu lebih selesa mendiamkan diri.Entah apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu,langsung Yeon Hee tidak tahu.Apa yang pasti,lelaki itu masih lagi sedang bersedih.

“Ji Hoon ah...”

Ji Hoon menoleh ke arahnya.

“Gwenchanayo?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon angguk perlahan sambil tersenyum nipis.Yeon Hee tahu lelaki itu sedang berbohong dengannya.Wajah Ji Hoon yang seiras dengan ByungHee itu ditatapnya.Cuma kali ini,wajah Ji Hoon mulai ditumbuhi oleh kumis nipis,seolah-olah menggambarkan perasaan sedihnya yang masih bersarang di dalam hatinya itu.

“Ji Hoon ah...”

Sekali lagi Yeon Hee memanggil nama lelaki itu.Ji Hoon memandang ke arahnya.

“Awak masih ingat tak....waktu kita mula-mula jumpa dulu?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon tidak bersuara.Yeon Hee memandang ke arah tangan Ji Hoon yang dipegangnya itu.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut tangan lelaki itu.

“Saya selalu menangis bila saya jumpa awak...dua tahun lepas kematian ByungHee.Dan awak...banyak bantu saya untuk tidak terus bersedih atas kehilangan ByungHee.Awak selalu temankan saya walaupun waktu tu kita baru saja berkenalan.Hanya kerana saya ni...pernah menjadi teman wanita ByungHee...awak anggap saya sebagai antara orang yang penting dalam hidup awak.Awak selalu cakap...yang saya tak boleh berputus asa untuk teruskan hidup.Yang dah pergi...biarkan ia berlalu.Hidup perlu diteruskan.”

Yeon Hee berhenti seketika.Tangan Ji Hoon itu digenggamnya erat.

“Saya akui...saya selalu anggap awak seperti ByungHee.Saya selalu rasa nak jumpa dengan awak sebab saya anggap awak seperti ByungHee,”kata Yeon Hee lagi.Ji Hoon sekadar mendengar.

“Tapi...semua tu dah berubah.Bayangan ByungHee dalam diri awak mulai hilang secara perlahan-lahan.Seolah-olah ByungHee nak saya terima hakikat yang...awak dan dia...adalah orang yang berbeza.Walau semirip mana pun rupa awak berdua...awak tetap bukan ByungHee.Dan ByungHee...tetap dah tak ada lagi di dunia ni,”kata Yeon Hee,perlahan.Ji Hoon masih mendiamkan diri.

“Ji Hoon ah...”

“Saya tahu dugaan yang menimpa awak ni sangat berat.Tapi awak jangan lupa...yang awak masih ada lagi keluarga yang amat menyanyangi awak.Awak masih ada omma..appa..dan Aron.Mereka sangat sayangkan awak...seperti awak sayangkan isteri awak...ByungHee...dan Dayoung...”Kata Yeon Hee.Kelihatan mata Ji Hoon mulai bergenang.

“Saya yakin...yang mereka hidup dengan bahagia dekat sana.Jadi awak tak boleh terus bersedih macam ni.Lagipun...”Yeon Hee mulai sebak.

“Saya rindukan Ji Hoon yang dulu,”kata Yeon hee,perlahan.Perlahan-lahan,Ji Hoon menguntum senyuman nipis.

“Gomawo...Yeon Hee yah...”

 

 

Yeon Hee cuba memapah Ji Hoon yang sedang mabuk itu masuk ke dalam rumah lelaki itu.

“Aish jinja...berat juga dia ni,”ngomel Yeon Hee.Dia kemudiannya cuba menggagahkan dirinya untuk memapah lelaki itu masuk ke dalam bilik tidur lelaki itu.Sebaik sahaja mereka sudah masuk ke dalam bilik lelaki itu,perlahan-lahan Yeon Hee membaringkan tubuh Ji Hoon di atas katil.Yeon Hee duduk di atas katil itu sambil menghela nafas lega.Dia menoleh ke arah Ji Hoon yang sedang baring di atas katil itu.Bibirnya menguntum senyuman nipis sebelum dia menarik selimut membaluti tubuh lelaki itu.Wajah Ji Hoon itu ditatapnya.Perlahan-lahan,dia mengusap lembut pipi Ji Hoon yang ditumbuhi oleh kumis nipis itu.Wajahnya kelihatan sedikit kusut namun ketampanannya itu tetap tidak pudar.

“Yeon Hee ah...”

Yeon Hee terkejut apabila melihat Ji Hoon yang mulai sedar itu.Cepat-cepat dia mengalihkan tangannya daripada terus menyentuh wajah lelaki itu.

“Em...Ji Hoon ah...em...saya dah hantarkan awak balik.Awak rehatlah dulu okey?Saya balik dulu,”kata Yeon Hee,berura-ura mahu beredar dari situ sebelum tangannya dipegang oleh Ji Hoon.Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon.Perlahan-lahan lelaki itu menarik tangannya sehingga membuatkan Yeon hee terbaring di atas katil.Mata Yeon Hee membulat apabila melihat wajah Ji Hoon yang begitu dekat dengannya itu.Tubuhnya seolah-olah kaku apabila lelaki itu menyentuh lembut wajahnya.Kelihatan Ji Hoon tersenyum nipis ke arahnya.

“Kajima...”Bisik Ji Hoon.Yeon Hee masih lagi kaku di situ.Tangan lelaki itu masih lagi mengusap wajahnya dengan lembut.

“Saya baru sedar yang mata awak sangat cantik,Yeon Hee,”kata Ji Hoon lagi.Yeon Hee masih lagi membisu.Perlahan-lahan,Ji Hoon mendekatkan wajahnya pada wajah Yeon Hee sebelum dia mengucup lembut bibir wanita itu.Yeon Hee terkejut dengan tindakan lelaki itu.Namun,perlahan-lahan,dia memejamkan matanya sambil meletakkan tangannya pada pinggang lelaki itu.

 

Yeon Hee membuka matanya secara perlahan-lahan.Dahinya berkerut apabila melihat suasana bilik yang begitu asing baginya itu.

“Dekat mana ni?”Soalnya sendiri.

Yeon Hee terkejut apabila merasakan tubuhnya yang sedang dipeluk dari belakang itu.Matanya terbuka luas apabila melihat tangan seorang lelaki yang sedang merangkul kemas tubuhnya itu.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Jantungnya bagaikan berhenti berdegup apabila melihat Ji Hoon yang sedang terbaring di sebelahnya itu.Dia menelan air liurnya.Cuba mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku pada malam itu.

“Kajima...”

Yeon Hee tergamam untuk seketika.Tidak lama selepas itu,dia segera bangun dari katil itu sambil menarik selimut untuk menutupi tubuhnya yang langsung tidak berbaju itu.Perbuatannya itu membuatkan Ji Hoon turut terjaga dari lenanya itu.Ji Hoon menoleh ke arahnya.Mata lelaki itu terbuka luas apabila melihat Yeon Hee yang sedang berdiri di hujung katilnya sambil membaluti tubuhnya dengan selimut itu.Ji Hoon turut terkejut melihat dirinya yang hanya berseluar pendek itu.Kedua-duanya bagaikan kehilangan kata-kata untuk menjelaskan situasi yang sedang berlaku antara mereka itu.

 

“Miane...”Ucap Ji Hoon perlahan,sambil meletakkan tangan pada dahinya.Yeon Hee yang sedang duduk di sebelahnya itu sekadar membisu.

“Saya betul-betul minta maaf.Saya...saya betul-betul tak sedar dengan apa yang dah terjadi sebelum ni,”kata Ji Hoon,menyesali perbuatannya sebelum ini.Yeon Hee sekadar mengeluh perlahan.

“Miane..jeongmal miane...Yeon Hee ah...”ucap Ji Hoon lagi.Yeon Hee menggeleng lemah.

“Gwenchana.Bukan salah awak je.Salah saya juga.Awak tak perlu menyalahkan diri awak,Ji Hoon,”kata Yeon Hee.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.Yeon Hee menoleh ke arahnya.

“Awak dah okey?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon memandang ke arahnya.

“Saya...sejujurnya saya tak suka tengok awak sedih macam semalam.Tapi...kalau...malam semalam tu...saya dapat kurangkan rasa sedih awak sebelum ni...saya tak kisah.Sebab saya nak awak kembali kepada Ji Hoon yang dulu,”kata Yeon Hee,perlahan.Perlahan-lahan,dia tersenyum ke arah lelaki itu.

“Asalkan awak dah rasa okey...semua tu dah cukup untuk saya,”kata Yeon Hee,sebelum dia bangun dari katil lelaki itu.Namun langkahnya terhenti apabila tangannya dipegang oleg lelaki itu.Yeon Hee menoleh ke arahnya.Mata Ji Hoon kelihatan bergenang.

“Kenapa awak cakap macam tu?Saya tak pernah pun anggap awak macam tu,Yeon Hee.Awak tak patut anggap yang...”Ji Hoon tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Miane...”Hanya itu yang mampu dikatakan olehnya.Yeon Hee kemudiannya duduk semula di sebelah lelaki itu.Wajah lelaki itu disentuhnya.Senyuman manis terukir pada bibirnya itu sebelum bibirnya mengucup lembut bibir Ji Hoon itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe