Chapter 3

Hello & Goodbye

"Cik Yeon Hee nak saya hantar sampai ke stesen tren saja?"Soal pemandu peribadinya,terkejut dengan permintaan anak sulung majikannya itu.Yeon Hee mengangguk.

"Awak bawa saja saya ke stesen tren tu.Nanti saya naik tren je sampai ke kolej.Lagipun memang lagi cepat sampai ke sana kalau naik tren,"kata Yeon Hee,beralasan.

"Tapi Cik...semalam kan Cik dah kena marah sebab naik tren tanpa pengetahuan Tuan..kalau Tuan tahu pasal ni..."

"Ala...saya bukannya buat jenayah besar pun.Saya cuma nak naik tren je.Naik tren je.Ala...please please...biar saya je yang bertanggungjawab sepenuhnya.Awak jangan risau.Kalau appa saya tanya...saya takkan libatkan awak,okey?"Yeon Hee terus menerus memujuk pemandu peribadinya itu.Pemandu peribadinya itu masih lagi teragak-agak untuk memenuhi permintaan anak majikannya itu.

"Okey...kalau awak tak nak bawa saya ke sana,saya boleh pergi sendiri macam semalam,"kata Yeon Hee,berura-ura mahu membuka pintu kereta dan keluar dari situ.

"Eh Cik Cik!Okey,okey...saya bawakan Cik ke sana,"kata pemandu peribadinya itu,segera menghidupkan enjin kereta.Yeon Hee tersenyum kemenangan.Puas hati.

 

*********************************

 

Yeon Hee melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam gerabak tren itu.Yeon Hee tersenyum lebar kerana dia tiba lebih awal daripada hari sebelumnya.Yeon Hee kemudiannya mencari-cari kelibat Byung Hee di situ,namun tidak kelihatan.

"Mana pulak Byung Hee ni?Kata nak jumpa kat sini,"bisik hatinya.Yeon Hee sedikit hampa.Dia melihat jam tangannya.Bimbang sekiranya dia tiba terlalu awal daripada Byung Hee.

"Hai,cari siapa tu?"Yeon Hee terkejut apabila terdengar suara seorang lelaki yang menegurnya dari belakang.Yeon Hee menoleh ke arah belakang.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat Byung Hee yang sedang duduk di belakangnya.

"Awal awak sampai hari ni?"Soal Byung Hee.

"Hari ni saya bangun awal,"kata Yeon Hee.

"Family awak tak marah ke awak naik tren lagi hari ni?"Soal ByungHee.

"Saya berpakat dengan driver saya.Kalau dia beritahu appa saya,siap dia,"kata Yeon Hee.ByungHee tertawa kecil."Awak dah sarapan,ByungHee?"Soal Yeon Hee.ByungHee memegang perutnya sambil membuat riak wajah kesakitan.

"Nasib baik awak tanya.Memang saya tengah sakit perut ni.Laparlah,"kata ByungHee,mengaduh kesakitan.Yeon Hee tersenyum.Dia kemudiannya mengeluarkan sebungkus roti coklat dari dalam begnya lalu dihulurkan kepada ByungHee.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Nah.Orang lelaki ni selalu sangat skip breakfast dia.Sebab tu saya bawa in case kalau awak tak breakfast lagi,"kata Yeon Hee.

"Untuk saya?"Soal ByungHee,tidak percaya.Yeon Hee kemudiannya membukakan bungkusan roti itu sebelum diberikan kepada ByungHee.

"Ala...roti je pun.Tak payah nak buat muka terharu sangatlah awak ni,"kata Yeon Hee.Byung Hee tersenyum lalu mengambil roti itu daripada Yeon Hee.Dia kemudiannya menggigit sedikit roti coklat itu sebelum dihulurkan kembali kepada Yeon Hee.

"Awak pun makanlah sekali,"kata ByungHee.

"Hah?Em...tak apalah.Saya dah makan tadi.Awak makan jelah,"kata Yeon Hee.

"Saya seganlah makan sorang-sorang.Awak ambillah sikit,"kata ByungHee.Yeon Hee kemudiannya menggigit sedikit roti itu.ByungHee tersenyum.

"Untunglah awak.Pagi-pagi lagi dah dapat indirect kiss daripada saya,"kata ByungHee,sengaja mengusik.Muka Yeon Hee berubah merah.Dia memukul belakang ByungHee.

"Yah,awak memang sengaja nak kenakan saya kan?"Marah Yeon Hee,malu.ByungHee tertawa ,seronok mengusik Yeon Hee.Yeon Hee kemudiannya memalingkan wajahnya daripada ByungHee.ByungHee sekadar tersenyum.Dia kemudiannya memasangkan earphone pada telinga kiri Yeon Hee.Yeon Hee menoleh ke arahnya.Kelihatan ByungHee sedang tersenyum ke arahnya.

"Ni lagu kegemaran saya...Eric Benet..Still With U,"kata ByungHee,separuh berbisik.ByungHee kemudiannya menyanyi mengikut muzik yang sedang dimainkan itu.Yeon Hee memandangnya dengan penuh asyik.Suara Byung Hee yang merdu itu begitu mendamaikan jiwanya.Untuk seketika,pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Entah mengapa,Yeon Hee merasakan bahawa hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam tren itu.ByungHee menguntum senyuman manis ke arahnya.Begitu juga Yeon Hee.

"Sedap tak lagu ni?"Soalan Byung Hee itu segera mematikan lamunan Yeon Hee.

"Ya?"

"Sedap tak lagu ni?"Sekali lagi ByungHee mengulangi soalannya.Laju sahaja Yeon Hee mengangguk.ByungHee tersenyum.

"Esok kita dengar lagu ni lagi,boleh?"Soal Yeon Hee,tiba-tiba.

"Err...boleh je.Kalau awak suka,"kata Byung Hee,sedikit terkejut dengan permintaan Yeon Hee itu.Yeon Hee tersenyum gembira.

Perbualan mereka terhenti apabila Byung Hee bangun dari tempat duduknya untuk memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita tua.Byung Hee kemudiannya mengukir senyuman ke arah Yeon Hee yang sedang duduk berhadapan dengannya.Begitu juga dengan Yeon Hee.

 

****************************************

 

Yeon Hee sangat seronok menghabiskan masanya bersama Byung Hee sepanjang berada di kolej.Entah mengapa Yeon Hee berasa begitu selesa apabila meluangkan masa dengan Byung Hee walhal mereka baru sahaja berkenalan selama 2 hari.

"Hari ni awak balik dengan siapa?"Soal Byung Hee.Kelihatan Yeon Hee berfikir sejenak.

"Kalau saya nak naik tren lagi boleh tak?"Soal Yeon Hee.

"Nanti driver awak tak cari ke?"Soal Byung Hee.

"Tapi..."

"Awak balik dengan driver awak jelah.Melainkan kalau awak memang dah berpakat dengan driver awak macam pagi tadi,"kata Byung Hee.Yeon Hee tertawa kecil.

"Okeylah.Esok saya try pujuk driver saya jemput saya dari stesen juga,"kata Yeon Hee."Esok jangan lupa bawa mp4 awak tu lagi tau.Nak dengar lagu tadi sekali lagi,"kata Yeon Hee.Byung Hee tertawa kecil sambil angguk.

 

"Yeon Hee!"

Perbualan mereka terhenti apabila kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam sedang melambai-lambai ke arah Yeon Hee.Yeon Hee terkejut dengan kehadiran lelaki itu.Byung Hee pula sekadar melihat ke arah lelaki itu tanpa mengetahui apa-apa.

'Siapa tu?Awak kenal dia ke,Yeon Hee?"Soal Byung Hee.Yeon Hee tidak terus menjawab pertanyaan Byung Hee itu.Perlahan-lahan,dia melangkah mendekati ke arah lelaki yang bercermin mata hitam itu.Kemudian,tubuhnya dipeluk oleh lelaki itu.Yeon Hee terkejut dengan pelukan lelaki itu.Begitu juga dengan Byung Hee yang memerhatikan mereka dari jauh.

'Awak makin cantiklah,Yeon Hee!I miss u sooooooooo much!"Kata lelaki itu,sekali lagi memeluk Yeon Hee dengan erat sekali.

'Err...oppa...bila oppa balik dari Bangkok?"Soal Yeon Hee.Lelaki itu kemudiannya melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah Yeon Hee.

"Baru je.Oppa terus datang sini direct from airport.Oppa rindu sangat lah dekat Yeon Hee sampai terus datang sini dari airport.Oppa memang dah tak sabar nak jumpa dengan Yeon Hee ni,"kata lelaki itu sambil mencuit hidung Yeon Hee.Yeon Hee tersenyum hambar.Dia kemudiannya menoleh ke arah Byung Hee yang berada tidak jauh darinya itu.Lelaki itu sekadar memandang ke arahnya.Lelaki bercermin mata hitam yang menyedari pandangan Yeon Hee ke arah Byung Hee itu turut memandang ke arah Byung Hee.

"Siapa tu?"Soal lelaki itu.

"Em...tu kawan Yeon Hee.Dia baru je pindah ke Seoul,"kata Yeon Hee,sebelum membuat isyarat kepada Byung Hee untuk datang ke arahnya.Byung Hee yang menyedari isyarat Yeon Hee itu segera melangkah mendekati ke arah Yeon Hee.

"Emm..oppa..kenalkan ini Jung Byung Hee...dan Byung Hee..kenalkan..ini Nichkhun.."kata Yeon Hee.Byung Hee menghulurkan tangannya kepada Nichkhun.Nichkhun kemudiannya menanggalkan cermin mata hitamnya sebelum menyambut huluran tangan Byung Hee itu.

"Byung Hee,"kata Byung Hee sambil tersenyum.

"Nichkhun,"balas Nichkhun.

"Em..betul ke awak ni baru pindah ke sini?Soal Nichkhun.

"Em..ya..saya masih lagi baru kat kawasan ni.Yeon Hee dah banyak tunjukkan saya selok-belok kawasan di sini,"kata Byung Hee.Entah mengapa,Nichkhun ketawa sebaik sahaja mendengar kata-kata Byung Hee itu.

'Seriously?Wah...Yeon Hee oppa ni memang dah besar lah sekarang ni.Dah pandai tunjuk jalan kat orang lain,"kata Nichkhun.Yeon Hee sekadar tersenyum.

"Oh ya...memandangkan awak ni salah seoarang kawan Yeon Hee...jadi saya rasa tak salah kalau saya nak jemput awak ke majlis pertunangan kami yang bakal berlangsung minggu depan,"kata Nichkhun.Kedua-dua ByungHee dan Yeon Hee begitu terkejut dengan kata-kata Nichkhun itu.

"Apa?Tunang?"Soal Yeon Hee,tidak percaya.Byung Hee pula terus membisu.

"Yela.Parents kita kan dah berbincang pasal ni.Lagipun oppa balik Seoul ni pun sebab nak uruskan pasal pertunangan kitalah,"kata Nichkhun.

"Ta..tapi..appa tak cakap apa-apa pun dengan Yeon Hee?"

"Surprise!!!"Balas Nichkhun sambil ketawa.Yeon Hee menoleh ke arah Byung Hee.Byung Hee sekadar tersenyum hambar ke arahnya.Byung Hee kemudiannya memandang ke arah Nichkhun sambil tersenyum.

"Chukae.Kalau saya ada masa nanti,saya akan datang ke majlis awak,"kata Byung Hee,sambil tersenyum.Nichkhun angguk.

"Bagus bagus.Kita jumpa lagi ya nanti,"kata Nichkhun,sambil tersenyum.Byung Hee angguk.

"Em..saya balik dululah.Kita jumpa esok ya,Yeon Hee,"kata Byung Hee,sebelum beredar dari situ.Yeon Hee melepaskan keluhan kecil.Entah mengapa dia berasa bersalah terhadap Byung Hee.Dia ingin memanggil nama Byung Hee namun tidak mampu untuk melakukannya.

"Jom balik,Yeon Hee,"kata Nichkhun sambil memegang tangan Yeon Hee.Yeon Hee menoleh ke arah Nichkhun sambil tersenyum hambar ke arahnya.Sesekali dia menoleh ke arah Byung Hee yang sedang berjalan keseorangan itu.

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe