Jidan

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
"Aku tak tahu nak mula dari mana..." Jackson membuka bicara. Dari tadi, pandangan matanya asyik menjurus ke bawah. Tidak sesaat pun kerutan di atas dahinya hilang, hinggakan Eunwo yang melihat pun ikut sama merasa rimas.
"Sejak dia ikut aku balik hari tu dia tak tanya aku apa-apa pun sehinggalah beberapa hari lepas...dan itu pun t-tentang D-Dasom..." Tenggelam timbul suara Jackson mencuba mahu menyuarakan onah yang tertanam di dalam hatinya. " this! I-I d-dont even know how to go from here on..."
"Parents kau dah tahu?" Eunwo mengujar perlahan. Badannnya dirapatkan ke meja sementara kedua tangan disatukan. "Sampai bila kau nak biar Jina duduk terperuk di dalam rumah je?" Menyuarakan pendapat dari sudut pandang yang lain, kata-kata Eunwo berjaya memancing perhatian Jackson.
Bagaikan batu besar yang berjaya dibebaskan dari dadanya, Jackson berjaya mengatur nafasnya yang tidak keruan tadi. Dari itu, anak matanya mulai bertemu dengan Eunwo. Mengangguk lemah, dia hanya mampu berdehem kecil.
"Tempoh hari aku memang nak bawa dia jumpa parents kami...t-tapi apabila dia bertanya pasal D-Dasom, a-aku pun...huh," Sambil meraup rambutnya berkali-kali, perasaan bersalah mulai memakan hatinya.
"Takpe bro. You've done your best." Eunwo kembali memainkan peranannya sebagai penenang. Segaris senyuman terpalit di hujung bibirnya. "Siapa pun yang koma selama bertahun-tahun macam tu pasti takkan normal terus setelah sedar," ujar Eunwo. "Jina...kini masih berada di antara realiti dan mimpi..."
Sedikit-sebanyak, kata-kata Eunwo tadi berjaya membuka minda Jackson. Pabila direnungkan kembali, dia tidak sekalipun terfikir tentang tempoh peralihan yang dialami oleh Jina setelah sedar daripada koma. "A-Aku...tak terfikir pasal tu," ujarnya kesal. "J-Jina yang aku kenal ialah seorang yang berpersonaliti kuat...j-jadi aku pun anggap dia m-masih macam tu-tu," 
Eunwo mengangguk paham. "Aku rasa Jina bukan tak nak tanya kau...tapi mungkin dia sendiri tak tahu apa yang nak ditanya..." tambah Eunwo . 
Mendongakkan kepala ke arah Eunwo, Jackson menelan liur pahit yang sejak tadi menjajah tekaknya. Satu kesedaran yang tidak pernah mendatangi minda kini mulai menyerap ke seluruh urat saraf otaknya. "J-Jina tak tahu nak t-tanya apa...?" Membisik sendiri, Jackson memukul kepalanya buat kali yang kedua. "Aah lah, macam mana orang yang takde ingatan boleh tahu nak tanya apa kan? Aku ni gila bodoh..."
'Atau yang kedua...Jina tak percayakan kau...' Eunwo menambah di dalam hati.
Tidak mahu merumitkan keadaan, Eunwo membuat keputusan untuk menyokong kedua adik-beradik itu sedaya yang termampu. "So bila kau nak bawa Jina balik jumpa parents?" Soal Eunwo seraya meneguk minuman di tangan.
Keadaan berubah serius ekoran lontaran soalan daripada Eunwo itu tadi, namun Jackson memiliki fikiran kedua. "Dengan situasi Jina sekarang ni, aku tak rasa dia sedia untuk berjumpa dengan mak ayah..." Jackson melemparkan pandangan ke luar kaca kafeteria itu.
Kening kanan Eunwo ternaik atas, di detik itu terdapat satu teori jawapan terhadap sifat waspada Jackson. "Adakah disebabkan...ayah Taeyong?" Agaknya.
Jackson pasti Eunwo akan dapat mengagak kerisauan yang membendung fikirannya. Namun, ada sesuatu lagi yang perlu dia sembunyikan daripada Jina...selama yang mungkin.
Pada masa yang sama, otak Eunwo mulai mengembleng tenaga untuk memecahkan rahsia yang hendak dilindungi Jackson itu. Sifat ingin tahunya terlalu kuat untuk diendahkan. "Ah-ha!" Seiringan dengan itu, Eunwo bangkit daripada tempat duduk. Jarinya dipetik di hadapan wajah Jackson. "Abang kembar!" 
Jackson hanya mampu bersandar pasrah ke kerusi di belakangnya. Ternyata tiada apapun yang dapat dirahsiakan daripada temannya yang seorang ini.
"Jidan Kwon..." Eunwo menyebut nama nostalgia itu. "Kau tak nak Jina ingat tentang abang kembarnya?" soalnya lagi.
Segaris senyuman yang tawar terpacar pada hujung mulut Jackson, "Kerana Jidan...ialah segala-galanya buat Jina..." Bernada sedih, hatinya juga merasa sebak apabila memori lalu kembali mengisi ruangan pemikirannya. "Hubungan dengan Han Taeyong...Nana King, dan Jeon Jungkok, semuanya adalah bermula daripada Jidan." Sinar dalam mata Jackson berubah tatkala nama Jidan diutarakannya.
Kembali melabuhkan punggung ke tempat duduk, pandangan mata Eunwo masih melekat ke arah Jackson. Meskipun mereka berdua sudah berkenalan semenjak di bangku sekolah lagi, namun perihal Jidan Kwon tidak pernah dibangkitkan oleh Jackson selama ini. Maka inilah waktunya untuk dia mengetahui cerita yang lebih...
Berhati-hati, Eunwo melemparkan satu persoalan yang paling ingin diketahuinya, "Apa sebenarnya yang terjadi dekat abang kembar Jina?"
Tujuh tahun lepas
Scarlett
Masih segar di dalam kota ingatan Jackson, perbualan di antara Jina dan Jungkok pada hari dia datang ke Scarlett untuk menemui kekasih hatinya, Dasom.
"Berapa kali aku nak ulang baru kau akan puas hati, wahai Puteri Jina..." Jungkok membalas pertanyaan Jina sebelumnya dengan bersahaja.
Memakai wajah yang ketat, Jina kelihatan begitu payah untuk mengeluarkan kata. Ekspresi Jina itu menjadi tatapan yang mengasyikkan bagi Jungkok. Lalu tanpa berfikir panjang, Jungkok menambah lagi serabut di dalam fikiran gadis itu, "Jidan sendiri yang serahkan rantai ini dekat aku...after all, we're best friend! So, what's the big deal about it?" Nadanya yang bersifat mengusik itu jelas kedengaran. 
Kedua tangan Jina digenggam erat di sisi pehanya. Sungguh, dia kehilangan kata-kata. Tentu saja, berita kehilangan abang kembarnya, Jidan yang sampai ke pengetahuannya pada pagi itu telah melumpuhkan segala deria yang dia ada. Menurut berita ringkas yang diterimanya, Jidan langsung tidak kembali ke asrama semenjak minggu lepas lagi. Yang anehnya, dia juga tidak pulang ke rumah ibu mereka. Pelbagai andaian timbul, namun Jina terlalu takut untuk menghadapi semua keberangkalian tersebut.
"D-Dan...Alice?" Nama yang ternyata tidak asing buat Jina itu terluah juga akhirnya setelah sekian lama dia membatukan diri. Rantai yang dimiliki hanya dia dan Jidan itu tidak mungkin akan sampai ke pegangan orang lain andai bukan Jidan sendiri yang menyerahkannya. Bahkan ia terlalu bernilai untuk diserahkan begitu saja.
Jelas terpapar pada wajah Jina, bahawa betapa dia diselubungi perasaan risau sepenuhnya. Menyaksikan ketegangan di muka Jina, wajah Jungkok turut berubah serius. "Alice?" Jungkok menyahut tidak tahu. "Is she pretty?" Soalnya saja-saja.
Meluru ke arah Jungkok, Jina menarik kolar baju jejaka itu lantas hampir menyatukan wajah mereka. "Sebelum kehilangan Jidan pada hari valentine seminggu lepas, dia ada kirimkan sepucuk surat dekat aku..." Jina mengujar sambil mengetap keras bibirnya. "What the hell that you guys do to him, uh?" Suara lantangnya melonjak naik.. Genggaman pada kolar baju milik Jungkok semakin erat hinggakan Jungkok tidak mampu hendak berbuat apa-apa melainkan mendengar.
"Rantai yang kau pakai tu ialah milik aku! Kami bertukar rantai, dan dia sendiri beritahu dekat aku yang rantai tu dia hadiahkan buat teman wanitanya bernama Alice..."
Sinar tajam ibarat laser di dalam pandangan mata Jina saat itu bertindak seperti ubat bius terhadap Jungkok yang seolah-olah gagal bersuara sepatah perkataan pun semenjak tadi. 
"Sekarang beritahu aku! Kenapa r-rantai tu boleh bergantung di leher kau?!" Tidak mampu membendung perasaan marah yang membuak-buak di sebalik dadanya, Jina berteriak sekuat hati. Pada masa sama, air mata mulai membanjiri wajahnya.
Menerusi pandangan Jungkok, gadis yang berdiri di hadapannya sekarang bukan Jina Kwon yang digelar puteri ais oleh semua orang, tetapi dia ialah...seorang watak kakak yang setulusnya merisaukan keberadaan abangnya.
"You can take everything away from me...but not my brother...not Jidan!" Tersedu-sedan Jina meluahkan setiap patah perkataan yang terpancar langsung dari dalam hatinya. "Jidan ialah segala-galanya untuk aku..." bisiknya tanpa henti.
Insan yang paling bernilai sekali di dalam hidup Jina, ialah abang kembarnya Jidan. Demi Jidan, Jina mampu berbuat apa sahaja; termasuklah bercinta dengan Taeyong semata-mata untuk menanggung kos perubatan Jidan setelah penceraian kedua orang tua mereka.
Menyaksikan keadaan Jina yang sedang berhadapan dengan kesakitan kehilangan Jidan, segaris senyuman yang jelik dipamerkan pada bibir Jungkok. "Apa yang kau rasa sekarang ini hanyalah permulaan, Jidan..." Jungkok menyebut setiap satu perkataan, lalu diakhiri nama 'Jidan'.
Seperti seseorang yang baru bangun daripada mimpi ngeri, Jina yang terdengar kata-kata itu tadi diselubungi perasaan kecam yang ganjil. Dari situ, pegangan Jina pada baju Jungkok semakin longgar, dan tubuhnya mulai tersasar ke belakang. Namun belum sempat Jina berundur ke belakang, Jungkok merentap pergelangan tangannya lalu menariknya kembali ke sisinya.
Disertai senyuman jolokan pada bibir, Jungkok menambah, "Jina Kwon, aku akan buat kau ingat...nama sebenar kau semula. And until then, I will get closer to you...
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^