Silam

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Hotel Wonderland,
Seoul.
Berhadapan pemandangan luar yang tenang menerusi beranda hotel tersebut, Jungkook mengatur setiap hembus nafasnya sambil meneguk minuman bir di tangan kanannya. Detik pertemuannya dengan Jina pada lapan tahun lalu seolah-olah bermain di hadapan mata minda; antara memori yang dia takkan lupa biar sampai ke liang lahad sekalipun.
"Sampai kau ingat nama sebenar, aku akan selalu di sisi kau...Kwon Jina,"
"Han Taeyong, Song Eunwo, dan aku...ramai betul peminat kau Kwon Jina!"
"Tapi aku, akan sentiasa pilih abang aku Jidan,"
Dialog silam yang seperti merentung saraf-saraf badan, tiap-tiap saat menggandakan penantian dan dendam yang harus dibalas. Jungkook telah berada di dalam dilemma tersebut semenjak umuran sebelas tahun lagi.
Sambil menyandar di tepi pintu beranda, Nana memerhatikan setiap gerak tubuh Jungkook yang kelihatan tidak keruan semenjak kembali dari rumah Dasom. Dia malas mahu bertanya kerana sudah pasti Jungkook tidak akan memberikan jawapan yang diingininya.
"Dasom tak patut tahu tentang Jiro..." kecil saja suara Jungkook berbicara. "Sejauh mana dia tahu...kita perlu pastikan..."
"Jungkook yah," Nana melangkah mendekati jejaka tersebut. "Lupakan segalanya, aku takkan minta kau buat tu," Dari belakang, tangan Nana melingkari tubuh sasa Jungkook dengan lembut. Tersenyum pahit, dia menyambung, "Jina pun kira dah bayar dosa dia...Tujuh tahun lalu, kemalangan tu berlaku ketika dia dalam perjalanan ke balai polis...lambat-laun dia akan ingat semula semuanya...and it's like a repeat torture to her..."
'...and to you,' Nana mengumam perlahan. 'Because you loved her so much...even before everything started...'
Jungkook hanya membisu. Berdamping dengan Nana tidak mendatangkan kehangatan sama yang Jina pernah lakukan dahulu. Meskipun dia dapat menanam semua memori pahit pada waktu silam mereka, ada satu memori yang selamanya melekat di dalam kotak ingatannya—paparan wajah Jidan pada detik dia ditimpa kecelakaan.
Kerana itu...memori amat menakutkan. Kematian abang angkatnya sewaktu kecil, telah menjalin takdir yang tidak berpenghujung. Jungkook merapatkan mata; insiden 13 tahun dahulu mulai menjelma di hadapan mata mindanya.
***
Pusat Anak Yatim Sera,
Daegu.
"Jidan hyung!" Pintu bilik sempit itu dibuka kasar dari luar. Kelihatan seorang budak lelaki sedang berdiri termengah-mengah di sebalik pintu, dengan satu tangannya yang seakan-akan mencengkam bahagian atas dada. Matanya sepet, bibir terbuka tutup, nampak penat sekali. "A-Ada se-seorang p-pak cik nak jumpa de-dengan hyu-hyung!" Ujar budak lelaki tersebut. Kini tangan sebelahnya sudah memegang daun pintu sambil membetulkan posisi berdiri. 
Seorang budak perempuan menarik hujung lengan baju budak lelaki yang dipanggil Jidan oleh tetamu tadi. Matanya bulat umpama bulan purnama manakala kulitnya putih bak puteri salju. Dia dan budak lelaki bernama Jidan itu saling berpandangan."Oppa, J-Jungkook d-datang..." Bersama jejari telunjuk yang dihalakan ke arah tetamu di pintu, budak perempuan itu bersuara lagi, lagaknya seperti seorang pemberita.
Pada saat itu juga, sebuah senyuman kecil bermain di hujung bibir Jidan. Dia memegang kedua bahu budak perempuan tadi sambil melutut di hadapannya. "Alice jangan risau. Oppa akan balik kejab lagi," ujarnya penuh kelembutan.
Jidan dan Alice, dua beradik itu masing-masing berusia sepuluh dan sembilan tahun. Beberapa bulan lepas, keluarga mereka terlibat dengan kemalangan jalan raya, dan malang tidak berbau hanya mereka yang sempat diselamatkan daripada kecelakaan yang melibatkan sembilan nyawa terkorban, termasuklah ayah dan ibu mereka. Sejurus kejadian tragik tersebut, dua beradik itu ditempatkan sementara waktu di Pusat Anak Yatim Sera.
"Jidan hyung! P-Pak cik tu k-kata nak bawa hyung ke-keluar dari s-sini!" seru Jungkook, yang masih tercegat di pintu. Wajahnya kelihatan tidak bermaya, seakan tidak serasi dengan suara lantangnya.
Jidan menoleh laju ke arah Jungkook. Tenungannya tajam, sekaligus membuatkan Jungkook terpana lalu meletakkan tangannya di mulut. "Alice tunggu sini dengan Jungkook, ok?" kata Jidan dengan nada mahu meyakinkan adik perempuannya itu.
Tanpa berfikir dua kali, Jungkook melangkah ke arah dua beradik tersebut. "Hyung! Jungkook nak ikut juga! Biar la Alice ikut sama apa salahnya?" Jungkook menjuihkan bibir sambil menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal.
"Yah...Jeon Jungkook!" Sergahan besar Jidan mengejutkan Jungkook. Kedua bebola matanya bagai hendak tersembul keluar. 
Sementara itu, segaris senyuman terpancar pada wajah Alice. Interaksi abang dan kawan baru mereka ini tidak pernah gagal tuk menceriakan suasana. Jidan, Alice, dan Jungkook. Tiga kanak-kanak itu tersenyum sesama sendiri, tidak menyedari akan takdir rumit yang bakal menimpa.
***
"Kwon Jidan! Mari sini sayang...jangan main kat sana!" Seorang jejaka berusia 30-an melambai-lambai tangan kanannya di udara ke arah seorang anak kecil. Lantas, dudak perempuan bernama Jidan itu berhenti dari lariannya. Kepalanya didongak ke sumber suara tadi. Bibirnya menjuih ke bawah. Kedua tangan pula bersilang di atas dada. Gelenggan kepalanya jelas menonjolkan protes.
"Jidan ah, aish!" Mahu saja jejaka tersebut mengejar jejak si anak kecil tadi namun langkahnya terhenti apabila melihat tiga orang kanak-kanak yang dinanti-nantikan sudah berada di jarak yang dekat dengannya. Anak matanya mengecil, memerhatikan setiap seorang kanak-kanak yang berjalan mendekatinya.
Jungkook melantukan suara kuat sambil menunjuk-nunjuk ke arah jejaka tersebut: "Jidan hyung, itu lah p-pak cik yang nak jumpa dengan kau," serunya. Jejaka berpakaian serba merah gelap itu segera memusatkan pandangan terhadap kanak-kanak lelaki yang berada di tengah antara mereka bertiga.
Di saat mata bertembung, jari-jemarinya digenggam terus. 'Wajahnya...seiras Taeyeon.' bisiknya di dalam hati.
"Ayah! Jidan la-par nak makan..." Si anak kecil, Kwon Jidan, tadi muncul dari belakang ayahnya. Sekelip mata, semua tumpuan beralih kepada anak tersebut.
"Jidan?" Tanpa sedar, nama itu terpacul daripada bibir Alice, yang memegang erat tangan abangnya sejak tadi. Sesekali, dia mencuri pandang ke arah budak perempuan yang turut menggelar dirinya Jidan. 
Seperti kebiasaan, Jungkook pula menggaru-garu kulit kepalanya yang tidak gatal. Anak matanya juga tidak berkerdip memandang ke arah Jidan perempuan itu. "Nama perempuan tu pun Jidan..." ujarnya perlahan.
Tidak mahu berlengah lagi, terpancar senyuman manis pada wajah jejaka yang bergelar ayah itu. Sebelah tangannya menyentuh bahu anak perempuannya, Jidan, dan yang satu lagi menghala ke arah Jidan lelaki. "Cakap hi Jidan ah, yang itu ialah...abang kamu. Nama dia sama dengan Jidan." Pengenalan ringkas itu disuarakan dengan laju oleh jejaka tersebut.
Masih belum sepenuhnya memahami situasi ketika itu, dua kanak-kanak berlainan jantina yang memikul nama sama yaitu 'Jidan' itu berpandangan sesama sendiri.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^