Sakit

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Julai 6, 2015
Yumi Apartment,
Gangnam, Seoul.
Dengan langkah kecil dan perlahan, Jina mengekori abangnya Jackson dari belakang. Proses pemulihan berjalan bukan lah perkara yang mudah untuk dilakukan dalam masa sebulan namun Jina berjaya memecah rekod sendiri.
"H-Hati-hati..." Jackson mengerling sekilas lalu ke arah belakang, memastikan setiap masa yang Jina tidak tercicir daripadanya. 'Aigoo Jackson, kau ingat dia baby ke apa...' fikirnya sambil menggeleng.
Jina menongkat dagu, bibirnya terbuka sedikit, "Hm," biarpun hanya menggumam, Jackson berpuas hati.
"Meh masuk," Seruan Jackson kedengaran seperti guruh berdentuman. Langkah Jina terhenti di daun pintu. Entah sejak bila mereka berjalan sampai ke sini. Tanpa sedarnya, tangan kiri sedang menggenggam tombol pintu dengan erat. Belum sempat melangkah ke dalam rumah, tekaknya sudah berasa loya.
"Jina?"
Ketika itu, paparan wajah Jackson adalah salah satu sebab Jina berasa teragak-agak hendak meneruskan langkah. Sejujurnya, sampai lah ke detik ini, dia menghadapi kesukaran untuk menanam kepercayaan terhadap siapa pun; biarpun dengan jejaka yang menggelar diri sebagai abang tirinya.
Jackson membetulkan kaca mata ala-ala harry potternya sambil meraup rambut yang sedia serabut. "O-Oppa kerja shift malam lepas ni. Jina duduk rumah, abang akan hantar seseorang datang..."
Perasan yang gerak Jina malah semakin perlahan, dan kekok dengan kedua tangannya dirapatkan ke sisi, Jackson tidak jadi meneruskan kata-katanya. Sampai bila lah dia nak deal dengan kejanggalan di antara mereka? Bermadah manis memang bukan forte-nya, terus...apa lagi yang perlu dilakukannya?
"Jangan takut dengan oppa, Jina...please," Jackson hampir saja mahu melutut dan menyusun sepuluh jari memohon agar adik perempuannya berhenti berkelakuan seperti seorang banduan di hadapannya.
Membulat mata Jina mendengar kata-kata daripada Jackson, dan meskipun diserbu dengan perasaan kurang enak, akhirnya dia menyoal, "A-Abang a-akan balik...k-kan?"
Buat seketika, tumpuan Jackson berpusat di lantai, yang mana geser tapak kasut Jina kedengaran menghasilkan bunyi seperti heretan kaki. Dari situ, dia meneliti cara jalan Jina yang kelihatan sedikit kekok dan tempang sebelah. Dia silap sekiranya dia menganggap fizikal Jina telah pulih seperti sedia kala.
"Jina r-rehat dulu dekat sofa, oppa akan sediakan dinner sebelum pergi kerja," Jackson mencuba sedaya upayanya agar kerutan di atas dahinya tidak kelihatan namun percubaannya gagal apabila raut wajah Jina semakin muram.
Di dalam setiap buah fikiran Jina, tiada permulaan apatah lagi akhirnya. Dalam keadaan mindanya sekarang yang tidak bersedia, wanita itu takutkan segala kemungkinan. Di kala perasaannya berbaur, Jina hampir berharap yang dia masih berada di dalam koma. 
"J-Jina...minta maaf oppa," Wanita itu menarik nafas dalam. "T-Tapi hakikat yang Jina tak sedar tujuh tahun dekat hospital masih terasa seperti mimpi," sambungnya lagi.
"Oppa faham," Jackson menghembus nafasnya perlahan, di dalam otaknya sedang mengarang bait-bait kata yang hendak ditujukan buat Jina. "Tapi dah sampai masanya untuk Jina keluar dari alam mimpi,"
Penangan kata Jackson membuatkan tubuh Jina perlahan-lahan tersasar ke belakang. Liur pahit ditelannya; kepala pula semakin menunduk.
Tidak membuang masa, Jackson membimbing tangan Jina lalu membawanya duduk di atas sofa. "Mulai hari ni, oppa akan berusaha lebih untuk tebus semula tujuh tahun masa Jina yang terbuang dekat hospital. Jina hanya perlu percayakan oppa...arasso?"
Apabila Jina mendongakkan muka, pandangannya menjadi kabur. Dengan mata yang separuh terbuka, wajah yang menyapanya bukan milik Jackson, malah dari situ, peluh seakan membasahi setiap liang rongga tubuhnya...
"Percaya dekat Jun, Jina," Jejaka yang berkulit cerah, memiliki wajah bujur sireh dan renungan mata berbentuk badam terbit di hadapan mata mindanya. Telapak tangan jejaka itu menyentuh lembut belah pipi Jina. Sementara mata mereka berdua berpautan buat suatu tempoh.
"Kalau aku percaya, dapat kah kau kembalikan Jidan kepadaku?" 
Sebaik saja dengung suara yang dikenali miliknya itu terujar, mata Jina terbuka luas. Dadanya turun naik bagai baru berlari bermeter-meter jauhnya. Di dalam keadaan separa sedar, kelopak mata Jina memberat, air mata bertakung laju, dan sesaat kemudian, ia mulai jatuh bercucuran merentasi pipi mulusnya.
"J-Jina!" Jackson hampir tersungkur tatklaa tergesa-gesa dari dapur ke ruang tamu sebaik mendengar rintihan adik perempuannya. "J-Jina apa yang berlaku huh? Ada tak sihat dekat mana-mana ke?" Si abang melutut di hadapan adik, kedua tangannya berada di atas bahu si adik. Jantungnya bagai dirobek menyaksikan esakan Jina yang menusuk kalbu itu.
"Jidan ah...Jidan! Jidan ah...ahhh! Jidan!" Sambil memukul dadanya bertubi-tubi, jeritan Jina hanya menjadi kuat setiap saat. Sesuatu yang tidak diketahui seolah-olah merasuki tubuh dan mindanya, namun dengan jelas, Jina dapat merasakan seperti beratus anak panah menusuk tepat ke dalam teras jantungnya, dan pada saat tersebut hanya satu perasaan mendominasi emosinya—sakit.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^