Diari

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Julai 6, 2015
Yumi Apartment,
Gangnam, Seoul.
Di saat Jina mendongakkan wajah, imbasan wajah jejaka yang tidak dikenali tadi telah lesap, sebaliknya yang menyapa penglihatannya hanya lah wajah gusar seorang abang. "J-Jina perlu jumpa dengan d-dia, oppa," Kedua tangan Jackson dicapainya, kemudian dieratkan. "J-Jeon...Jungkok," Ucapnya satu persatu, tidak ubah seperti kanak-kanak yang baru mula belajar.
Terpamer suatu reaksi yang di antara keliru dan pilu pada permukaan wajah Jackson pabila kata-kata Jina yang terucap tadi mulai memberikan kesan di dalam dirinya. "Jina d-dah in-ingat?" soalnya bernada sedikit gugup. Malahan peluh yang membasahi mukanya dibiarkan saja bercambah.
'Tidak,' Jina menyahut di dalam hati. Entah mengapa, mulutnya terasa begitu berat untuk mengujar jawapan tersebut. 'Tapi hati aku...ingat dia,' Kata-kata itu tersebar di seluruh urat sarafnya, yang mana tanpa gagal, kesakitan mula menular ke pelusuk jantungnya—daripada detik dia tersedar koma.
"Diari...siapa yang berikannya kepada Jina?" Jackson menambah satu soalan yang baru. Bebola mata coklat Jina ditenungnya dalam. "Doktor Song...bagitau abang yang Jina terima bungkusan diari bersama-sama satu kad..." Kali ini Jackson tidak teragak-agak untuk menghamburkan segala misteri yang berbumbung di dalam sanubari.
Pegangan Jina terhadap tangan abangnya menjadi longgar, mulutnya masih tertutup rapat.
'Bukan kau ke?' Suara bersulam tuduhan itu berdengung dalam ruang dada Jina. 'Kenapa aku tak dapat percayakan kau, Jackson oppa? Beritahu aku...kenapa kau tak tanya apa-apa pun dekat aku? Adakah kau sedang sembunyikan sesuatu? Kalau benar kau risaukan aku, kenapa tak terus terang...kenapa aku harus tahu setiap perincian hidup aku sebelum ini daripada sebuah diari?' Pelbagai persoalan tercetus dari dalam, namun Jina gagal mengucapkannya.
"Aku...tak tahu," Setelah beberapa lama, baru lah Jina menjawab. Kepalanya digeleng lemah namun masih tidak meyakinkan Jackson. Pada masa sama, senyuman kelat terpancar di bibirnya. "Diari tu milik aku..." ujarnya seraya menggigit bahagian bawah bibir. "Siapa yang simpan dan pulangkan diari tu tidak penting bagi aku." Jelas Jina dengan yakin. 
Ibarat tunggul, Jackson hanya membatukan diri. Mulutnya ternganga seperti ingin mengatakan sesuatu tapi tiada sepatah pun perkataan yang berjaya dikeluarkan. "Jina Kwon," Nama penuh Jina disebut penuh penekanan. Sesaat kemudian, tubuh Jackson bangkit daripada melutut di hadapan Jina. Sepanjang masa, pandangan matanya masih tertancap ke arah Jina. "Orang-orang di dalam diari kau...ialah mereka yang menyebabkan kau koma," ujar Jackson di samping merendahkan kepala agar menjadi separas dengan Jina.
Dengung suara Jackson mengisi setiap penjuru ruang tamu apartment tersebut. Bayu malam bertiup seolah-olah memukul tubuh Jina yang kelihatan terganggu dengan kata-kata Jackson tadi.
"Mungkin kau tak ingat sepenuhnya lagi t-tapi apa yang mereka lakukan dekat kau dulu-" Cengkaman suara yang melambung naik itu membuatkan Jina menggenggam erat tangannya.
"Sebab tu aku-" Sepasang mata Jina bertaut dengan Jackson, seiring dengan dada yang berombak ketika itu, dia meneruskan, "Aku nak...memori aku semula." 
***
Diari (muka surat 26)
September 29, 2008
Aku yakin rantai tu milik Jidan oppa. Kalau Jeon Jungkok memegangnya, tak syak lagi...orang yang menerima hadiah Jidan tu ialah orang yang sama menyerahkannya kepada Jungkok...
Aku akan siasat hal ni...tanpa pengetahuan Jidan. Jeon Jungkok dan Alice, di saat aku dapat bukti yang korang khianat Jidan...both of you would suffer endlessly.
Tapi Jidan, kenapa oppa tak balas lagi surat Jina minggu lepas? Adakah sebab...Alice? Atau, Jeon Jungkok? Argh. I'm dying to know! Kalau apa-apa yang buruk terjadi dekat oppa, aku takkan maafkan diorang!
***
Hotel Wonderland,
Seoul.
"Jungkok oppa!" Lontaran suara seorang wanita yang kedengaran terdesak sebaik tutupan pintu berkumandang di seluruh pelusuk bilik hotel tersebut langsung tidak memberi kesan kepada jejaka yang ketika itu berdiri menghadap pemandangan beranda kaca di hujung penjuru bilik.
Masih terselit ros merah pada kocek hadapan tuxedo hitam yang dipakai daripada parti malam tadi.
"Nana King...dah sampai dekat airport," ujar wanita berpakaian blouse putih dengan skirt pendek berwarna coklat gelap itu. Langkahnya dipercepat menuju ke arah satu-satunya jejaka yang berada di situ.
Masih membelakangkan wanita berambut panjang ikal mayang yang berlari anak mendekatinya, Jungkok membalas malas, "Her pictures were all over the internet...thanks to media," 
"Oh? Ah...ye lah, m-maaf a-aku ingat J-Jun tak tahu lagi,"
Sejurus panggilan 'Jun' diucapakan, Jungkok lantas mengiringkan wajah ke kiri, "Kim Dasom berapa kali aku nak ingatkan kau jangan panggil aku Jun..." serunya dengan pancaran mata yang jelas bersulam kemarahan.
Langkah Dasom terhenti di tengah-tengah, mulutnya separuh terbuka, terkejut dengan lemparan suara Jungkok tadi. "Heol...maaf okay, a-aku lupa sekejab yang panggilan tu hanya untuk Ji-" Laju saja tangan menekup mulutnya agar tidak melalut lebih. "Sorry..." sambungnya pendek.
Sinar di dalam mata Jungkok seperti berubah jinak tatkala nama nostalgia itu hampir terucap oleh Dasom. "Tujuh tahun..." bisiknya perlahan. 
Dasom bagai mahu tersedak mendengar bisikan kecil daripada Jungkok, sekatan di dalam lehernya seakan menyempitkan salur pernafasannya. "O-Oppa masih..." Pada detik pandangan Jungkok akhirnya menyahut tenungannya, Dasom seolah-olah terbayangkan Jeon Jungkok daripada tujuh tahun yang lalu.
'Hati kau...masih sama macam dulu, Jungkok ah,' ujar Dasom di dalam hati. 'Sebab tu juga kenapa aku...tak dapat berhenti untuk jadi kawan kau,' 
"Entah-entah dia dah berumahtangga...dan berbahagia...sebab tu lupakan kita semua," Dasom berniat mahu meringankan situasi tegang di antara mereka namun gagal dengan teruk sekali.
Seluruh otot badan Jungkok menjadi tegang mendengar jolokan daripada Dasom tersebut. Sesaat kemudian, dengan gelengan kepala yang lemah, Jungkok berkata, "Kalau dia dah berumahtangga, aku akan pisahkan mereka! Orang macam dia tak layak bahagia, dan kalau dia lupa sekalipun, aku akan buat dia ingat...dari awal sampai ke akhirnya,"
Susulan kata-kata Jungkok hampir saja menggugat kestabilan tubuh Dasom. Kepala lututnya seperti hendak tercabut. "Is that a joke? Wujud ke 'akhir' di antara korang berdua?" Dasom bertanya sinis.
"Hanya ada satu pengakhiran...asalkan Alice selamat," Luahan suara Jungkok yang rendah itu langsung kontra dengan pantulan wajah sayunya.
"Asalkan Alice selamat..." Dasom mengulangi ayat akhir Jungkok, pandangan matanya seperti mencari sesuatu dalam ekspresi muka yang Jungkok pamerkan. Sebelum meneruskan kata, Dasom menelan liur pahit yang seakan menyerakkan suaranya, "Berbanding Jina, Alice takde siapa-siapa..." Setelah itu, dia meleraikan sekatan di dalam tekaknya, "Orang yang benci dekat Jina boleh sampai menggunung tapi Jina selalu berada atas mereka semua tanpa perlu buat apa-apa, kerana adanya Taeyong, dia berbuat sesuka hatinya dan-"
Sedar saja, Jungkok sudah terpacak di depan Dasom, merentap pergelangan tangannya, "Hanya Alice yang layak lontarkan kata-kata tu kepada Jina, bukan aku...ataupun kau, Kim Dasom,"
Dasom kelihatan seperti mahu menangis sementara Jungkok menyaksikan setiap gerak gerinya dengan tenang. "Please don't be this pathetic, Jungkok..." Seusai kata, Dasom meletakkan telapak tangan di atas dada, "Dalam sini..." Berhenti seketika, Dasom meleraikan pegangan tangan Jungkok terhadapnya. "Dalam sini, Jina kosong...Taeyong yang cinta dekat dia bagai nak rak tu pun, dia buat macam hamba! What makes you think you're different? She didn't even...responded to any of you and Taeyong's kisses!"
Jungkok memalingkan badannya tuk menghadap ke tingkap semula. Menerusinya, dia dapat melihat pantulan wajah pucatnya. Di sat memejam mata, beberapa imbasan silam mulai menjelma di dalam kotak ingatannya.
"Kau boleh kiss aku tapi...jatuh cinta adalah perkara paling bodoh sekali."
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^