Pukau

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Kelab Yue Hwa,
Gangnam Seoul.
"Biar aku teka," Eunwo merampas bir yang hampir diteguk oleh Jackson, entah buat kali yang ke-berapa pada malam tersebut. Selesai meminum bir yang kini bertukar milik di tangannya, Eunwo memaparkan senyum kemenangannya, "Kau masih tak dapat nak handle Jina Kwon..." 
Jackson menggeleng pasrah. Segaris senyuman kelat melekat di bucu bibir, "Wrong." Serunya. Jari telunjuk dihayunkan ke arah Eunwo. "Never in my life I'd be able to..." tersedak dalam kemabukan, kata-kata Jackson tergantung sebentar. 
Eunwo yang mula memasang radar sebagai pendengar itu menyambung perlahan, 'Handle her...' 
"Are you guys even brother and sister?" Eunwo bercanda sambil memesan minuman daripada pelayan bar di sebalik kaunter.
Jackson menggeleng lagi. Dan jari telunjuk dihayun semula ke arah Eunwo. "We are not brother and sister..." ujarnya dengan nada tenggelam timbul.
Menyeringai sendiri, Eunwo menepuk belah bahu temannya itu. "Aku tanya soalan yang salah..." Seruan itu membuatkan Jackson berpaling menghadap wajahnya.
Menaikkan kening kanannya, Jackson menyoal, "Tanya lah soalan yang betul...heol," balasnya bersahaja.
Sekilas pandangan yang tajam, Eunwo mengujar, "Are you guys even family?
Wajah Jackson berubah merah padam, terkesima atas soalan pedas yang seakan menusuk jauh ke dalam teras jantungnya. "Ouch, that's stings..." bisiknya perlahan. Di dalam mindanya, terapung persoalan Jina pada persemukaan mereka tempoh hari.
"Dan...Jungkook John? Adakah dia yang tergila-gilakan aku atau...aku, Kwon Jina yang tak boleh hidup tanpa dia?"
Dengan minda separa sedar, Jackson bertutur sejujur-jujurnya, "Jungkook...bukan hanya tergila-gilakan kau...dia juga tak boleh hidup tanpa kau Jina..." 
Si pendengar setia, Song Eunwo merenung kaca minuman yang baru sampai di hadapannya. Nama yang disebut Jackson tadi...adalah nama yang paling dibenci olehnya suatu ketika dulu.
***
Oktober 01, 2008
Uji Bakat Scarlett's Dream
"Kau dapat rantai tu daripada seorang pelajar perempuan yang bernama Alice?" - Perbualan di antara Jina Kwon dan Jungkook John ketika Eunwo secara kebetulan melalui kawasan pejalan kaki di luar sekolah menengah tempoh hari, entah mengapa begitu sukar tuk meninggalkan kotak ingatannya.
Song Eunwo, merupakan antara beratus pelajar dari sekolah idol yang mahu menyertai uji bakat Scarlett's Dream. Dikurniakan wajah yang digelar genius, Eunwo dengan mudah sekali melepasi saringan pertama dan kedua. Sudah nekad bahawa dia akan menjadikan Scarlett's Dream sebagai platform untuk bergelar idol...sehinggalah Jungkook John muncul.
Dia dan Jungkook seusia. Kalau diukur dengan populariti, dia dan Jungkook setaraf. Namun, terdapat satu kelebihan yang membuatkan Jungkook mendapat lebih publisiti daripada dirinya—yaitu Jina Kwon.
Skandal Jina Kwon yang kelihatan selalu bersama-sama Jungkook membuatkan jejaka itu menjadi tumpuan utama setiap kali dia membuat persembahan. Dia yakin Jungkook lah yang dengan sengaja melibatkan dirinya bersama Jina. Bukan sekali dua dia terserempak dengan Jungkook yang seakan menunggu Jina di tempat yang sering dilalui gadis tersebut. Dengan sifat pemerhati dan ingin tahu Eunwo, tidak hairan lah kalau dia merasa curiga terhadap niat Jungkook terhadap Jina Kwon yang ketika itu hangat dilabel sebagai kekasih Putera Scarlett, Han Taeyong.
"Peserta seterusnya...Jungkook John!" Seruan juri terhadap nama tersebut menyemarakkan lagi pentas persembahan di dalam dewan yang mampu menampung hampir 300 orang penonton itu.
Eunwo berada di barisan hadapan sekali, memerhatikan penuh perhatian persembahan saingannya itu nanti. Pabila saja Jungkook tampil bersama gitar klasiknya yang berpadanan secara langsung dengan baju kemeja putih dan jeans biru gelap, hampir bergegar seluruh dewan dengan sorakan fangirls Jungkook.
Memilih lagu 'Last Farewell' daripada Big Bang, dengan mudah, Jungkook mencuri hati setiap pasang mata yang menonton berbekalkan sifat tenangnya dan aura yang menyerlah. Di saat dia membuka mulut untuk melakukan rap,
Yeah, love is pain (come again)
Dedicated to all my broken-hearted people
One's old a flame, Just scream my name
And I'm so sick of love songs
Yeah, I hate damn love songs, memento of ours
Lies
Bukan paduan sorakan yang membingitkan telinga, tapi ialah perasaan cemburu yang memakan dirinya. Eunwo memejam erat matanya di samping menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi. Hakikat menyedarkan, bahawa Jungkook John jauh lebih berbakat daripada yang disangkakan.
Membuka langkah mahu meninggalkan tempat tersebut, di hujung penjuru dewan, Eunwo menyaksikan sekujur tubuh Jina yang sedang mengamati persembahan daripada Jungkook itu. Mengesan naluri lelakinya, dia mengerling ke arah dewan, lalu dramatiknya dia menyaksikan daripada tengah, bahawa dua insan itu saling berpandangan di antara satu sama lain.
Mengatur langkah mendekati gadis itu, Eunwo mengatakan sesuatu yang membuatkan Jina langsung bertukar tumpuan ke arahnya. Pada masa yang sama, dia sempat merakam detik-detik tersebut dengan video handphonenya.
"Jina Kwon," ujar Eunwo bersama video live pada tangannya. "Apa kata Han Taeyong nanti apabila dia nampak video kekasihnya yang sedang menyaksikan persembahan lelaki lain dengan khusyuk sekali?
Jina sekadar menginjut-injutkan bahu seraya membalas, "Why don't you try sending it to him?
Ternganga Eunwo tatkala ucapan lantang Jina itu tadi terbentang di hadapan mindanya. Buntu hendak berkata apa, Eunwo bertindak mengikut langkah Jina yang mahu meninggalkan dewan tersebut.
Reaksi unik yang ditunjukkan oleh Jina tadi seratus peratus memukau minda separa sedar Eunwo. Bukan saja tidak gentar, Jina Kwon malahan bersahaja menempis ancaman tadi.
Sejurus berada di luar dewan, Eunwo mempercepatkan langkah agar seiring dengan Jina. Biarpun tidak tahu hendak berbicara apa, dia tetap menjejak langkah bersama gadis itu sehingga ke bangunan sebelah.
"E-Eunwo...Song Eunwo," Mengumpul seluruh khudratnya, akhirnya Eunwo berjaya mengemukakan namanya kepada Jina. 
Langkah Jina terhenti, kepalanya dihadapkan ke arah Eunwo, "Awak dah tahu nama saya, Song Eunwo," balas Jina dengan pandangan yang kosong.
"A-Ah t-tentang v-video tu, aku-" Kelam-kabut Eunwo mahu membina ayat semenjak pandangan gadis itu terus menerus memerhatikan dirinya.
"Have you sent it?" soal Jina acuh tak acuh. Senyuman mengejek terbit di hujung bibirnya. 
"T-Tak bu-bukan!" Menggeleng laju, Eunwo terus mengocek keluar handphone daripada seluarnya.
"Ah, kau nak number Han Taeyong?" sahut Jina. Pandangannya kini bertambah serius. Game on, sesungguhnya jejaka itu tadi yang memulainya semua ini, dan dia sekadar menurut sahaja.
'Han Taeyong? Huh, dia sebut nama boyfriend dia...Han Taeyong?' fikir Eunwo penuh curiga.
Seakan mampu membaca apa yang tercalit di dalam pemikiran Eunwo, Jina menapak langkah agar lebih dekat dengan Eunwo. "Do you have a girlfriend?" soalnya tanpa segan silu.
Hampir serentak, Eunwo mengeleng-gelengkan kepalanya. Maka Jina meneruskan, "Kau tahu tak apa maksudnya bila kau mula panggil nama girlfriend dengan formal?"
Satu langkah lagi, wajah Jina dan Eunwo hampir bersatu, pada detik itu, degupan jantung Eunwo seperti gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.
Memakai senyuman kecil yang kelihatan begitu comel pada pandangan Eunwo, Jina bersuara seenak-enaknya, "If you starts calling your girl name formally, it's a sign that you're about to ditch her..." 
Dan seusai ucapan tadi, degup jantung di sebalik dada Song Eunwo telah ditawan oleh Jina Kwon.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^