Roda

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Diari (muka surat 38)
November 10, 2008
Han Taeyong, Kim Dasom, dan aku—takdir kami ibarat roda. Cumanya, tidak kira berada di atas atau di bawah, tiada seorang pun pemenangnya.
Kerana terlalu cintakan Jackson, Dasom berpaling daripada persahabatan, dan menggadaikan dirinya menjadi hamba Taeyong, agar Taeyong tinggalkan aku...
Kalau motif dia adalah untuk bersama semula dengan Jackson, dia dah gagal. Meski masa berulang beratus kali sekalipun, aku takkan kesal pisahkan dia dengan abang tiri aku. Tetapi, kalau motif dia sebab nak balas dendam dekat aku, nak bagi aku sakit hati...then, she will never ever get the satisfaction.
Kerna aku tak pernah benar-benar cintakan Taeyong. I have nothing to lose because I love no one, nor truly loved by anyone, except Jidan. Aku percaya terhadap karma Tuhan, aku percaya yang kejahatan pasti akan dibalas setimpalnya...
***
"Hello?" Dasom bersuara sejurus selepas menekan punat 'jawab' pada kaca skrin telefon bimbit. Sambil membetulkan gincu pada tepi bibirnya di hadapan cermin meja solek, Dasom menekan pula punat 'speaker' lalu meletakkan telefon bimbit tersebut ke meja.
Beberapa saat tiada jawapan daripada talian tadi, Dasom menanya, "Ini Kim Dasom, siapa di talian? Hello?" ujarnya dengan nada sedikit geram. Sekali sekala pandangan matanya mengerling ke arah paparan nombor tidak dikenali pada telefonnya. "Ehem, kalau tak nak cakap-"
"Sebab dah lama sangat..." Lantunan suara dari talian tersebut langsung membuatkan mulut Dasom tertutup rapat. Dalam detik itu, seolah-olah ada suatu emosi yang mahu meledak dari dalam dadanya. 
"Dah lama sangat...tak dengar suara Dasom," sambung suara tersebut lagi. "Dasom ah, ini...Jina, kawan awak." Bicara di sebalik talian itu hampir membuatkan jantung milik Dasom gugur.
"H-Huh? K-Kwon J-Jina? Ji-Jin-Jina?" T-Ta-Tapi m-m-mac-macam m-mana..."Tergugup-gagap Dasom jadinya apabila mengetahui pemilik suara di sebalik panggilan misteri pada pagi itu.
Seakan membebaskan sesuatu yang amat berat di sebalik tekak, Jina bersuara, "Aku nak jumpa dengan kau...hari ni," ujarnya mendatar. 
Berkerut dahi Dasom, panggilan yang mengajak agar bertemu semula dengan seseorang yang tersimpan di dalam ingatan silamnya pada ketika ini kedengaran begitu berat untuk dijadikan realiti. Tidak terkata, Dasom bertindak menggigit kukunya, terlalu terkejut atas jemputan yang mendadak itu.
"U-Untuk a-apa..." adakah ia soalan ataupun jawapan, Dasom sendiri bingung. "A-Aku s-sibuk..." Kata-kata yang beralasan itu terlalu ketara biarpun tanpa melihat kepada wajah yang mengucapkannya.
"Tolong aku Dasom ah," Jina menyambung bicara, "Aku baru sedar daripada koma, dan aku...tak ingat apa-apa..." Sekali hembus nafas, Jina meluahkan resah di dalam hati. "Kawan-kawan kita dulu, aku nak jumpa semuanya..." sambungnya penuh pujuk rayu.
Memejam mata rapat, Dasom menggigit atas bibirnya. "Jina, kenapa kau nak jumpa kitaorang lagi? I-I mean...kalau betul kau hilang ingatan, m-macam mana kau boleh ingat tentang k-kami?" Seru Dasom.
Segaris senyuman kelat terpancar pada wajah Jina. Ternyata, bukan mudah untuk menembusi perisai Dasom. Demi menyiasat punca komanya selama ini, dia harus berjumpa dengan setiap seorang watak di dalam diarinya, tidak kira dengan apa cara sekalipun. 
"Diari..." sahut Jina mendatar.
"Diari?" Laju Dasom menanya. Seperti ada kefahaman baru yang terbit di dalam minda, Dasom menambah pula, "Diari...kau yang lama? T-Tapi m-macam mana diari tu boleh ada dekat kau?"
"Hanya separuh..." Jina menjawab. Sinar matanya sayu mengucapkan perkataan dusta itu. "Diari lama aku dulu...hanya separuh, yang selebihnya telah rosak." 
Agak lama juga Dasom membisu. Dia sama sekali tidak menjangkakan semua ini akan berlaku pada hari ini. Malahan, dia tidak pasti andai keputusannya seorang sahaja mencukupi...
"Adakah...aku tersilap?" Jina memecah kesunyian di antara mereka setelah beberapa minit. "Nana King...adakah aku patut temui dia dulu?" Soalan Jina itu serta-merta membuatkan anak mata Dasom hampir tersembul.
"T-Tidak!" Dasom mengangkat tangannya ke udara, seraya mendekatkan mulutnya ke telefon. "A-Aku akan jumpa kau J-Jina...t-tapi,"
"Atau...Jungkok?" Jina melontarkan umpan yang kedua. Kali ini, dia yakin Dasom akan menemuinya.
Menggeleng-gelengkan kepala, Dasom berseru, "O-Ok kita jumpa nanti! Aku akan datang secepat yang mungkin!" 
Sejurus talian diputuskan, Jina menyandarkan tubuhnya ke badan sofa. Pandangannya dilontarkan jauh ke luar jendela. Dadanya masih bergelora ekoran daripada perbualan dengan Dasom tadi.
"Kau lakukan dengan baik, Jina..." ucapnya sendiri seraya menepuk perlahan atas dadanya yang terasa seperti dihembap oleh sesuatu yang terlalu menyesakkan. "Tuhan tolonglah beri aku kekuatan untuk mencari memori aku semula..."
***
"Siapa telefon?" soal Nana di samping meletakkan cawan kopi di atas meja solek Dasom. Entah sejak bila lagi wanita itu masuk ke dalam bilik, fikiran Dasom terlalu kacau ketika itu. "Apesal kau berpeluh-peluh ni?" Tidak mengalihkan pandangan daripada Dasom, Nana mula lah melabuhkan punggung di tepi bucu katil lalu meneguk minumannya.
Biarpun telah menjana gelaran pemberita wanita popular di tanah air, Kim Dasom dari dulu masih lagi tinggal di dalam kondominium yang sama. Dengan hanya berlatar belakangkan keluarga yang sederhana, wanita elegan berdikari itu tidak pernah melupakan asal usulnya dengan bersikap takbur mahupun riak atas segala yang diperolehi. Lebih-lebih lagi sekarang, apabila Dasom suda memiliki beberapa calon suami yang pastinya membuat setiap wanita di dunia ini merasa iri terhadapnya.
Memerhatikan setiap inci wajah Dasom yang seperti baru saja menerima khabar berita yang kurang baik itu membuatkan Nana dirundum perasaan risau. "Anti-fan? Stalker? Boyfriends?" usiknya saja-saja mahu meringankan suasana yang tegang ketika itu.
Riak wajah Dasom kelihatan seperti seorang watak dalam filem seram. Jari-jemarinya digenggam dengan erat. Peluh bukan saja membasahi wajah tetapi seluruh tubuhnya. Terasa seperti dikelilingi unggun api, apatah lagi jiwa yang berkecamuk dari dalam. Setiap saat yang berlalu ibarat sehari lamanya. Memori tujuh tahun lalu bersilih ganti di hadapan mata mindanya...kelopak matanya kini semakin berat dijajahi air mata.
"Kim Dasom. kenapa muka kau macam tu?" Nana menekan soalannya sambil menepuk ringan bahu kanan milik Dasom. "Is something wrong?" Kali ini, nada Nana berubah sedikit serius. Dia menjenjangkan lehernya untuk mencuri lihat nombor yang tertera pada skrin handphone Dasom, namun sepantas kilat, Dasom telah pun memasukkan handphone tersebut ke dalam tas tangan. "Unknown number?" tanya Nana seraya menaikkan kening belah kanan. "Dari tadi asyik aku je yang bercakap...heol," Nana mencebik bibir demi menarik perhatian Dasom namun sekali lagi ianya tidak berjaya.
"H-Han T-Taeyong...adakah dia tahu Jina telah sedar daripada koma?" Soalan rambang daripada Dasom tersebut lantas membuatkan Nana terkesima daripada meneguk minumannya. 
Membulat matanya memandang ke arah Dasom, "J-Jina da-dah s-sedar da-daripada k-koma?" Di saat itu, hampir saja dia terlupa cara untuk bernafas. Dadanya turun naik sebagai reaksi panik yang bagai melumpuhkan seluruh urat saraf tubuhnya. "A-Adakah J-Jina...yang telefon?" 
Semenjak kematian Jidan, personaliti Jina berubah pelik. Kwon Jina yang disegani ramai kerana karisma dan kebijaksanaannya di dalam sekelip mata saja mulai berhidup ibarat mayat yang hidup. Sejak daripada itu, hubungan royaltinya dengan Taeyong beransur tegang. Mempergunakan ruang kosong tersebut, Dasom mengambil peluang mendekati Taeyong...
"Kalau Taeyong tahu Jina dah sedar, d-dia akan..." Dasom memicit-micit pelipis kepala membayangkan segala kemungkinan yang bisa terjadi kelak.
"What is it that you are worried of?" Sampuk Nana, kakinya yang bersilang tadi dicecahkan ke lantai, sebelum dia perlahan-lahan bangkit mendekati Dasom. "Apa yang Jina cakap dengan kau, huh?"
Dasom tersenyum sinis sendiri. Jina kehilangan ingatannya kedengaran terlalu fantasi baginya. Kerna tidak masuk akal Jina akan menelefon kalau dia ingat lagi segala pengkhianatan yang dilakukannya dahulu. Gara-gara liputan media tentang Jina yang kurang siuman dahulu, Taeyong tidak memiliki pilihan melainkan memutuskan perhubungan di antara mereka. Dan dari situ, barulah dia dapat menapak akar di antara Jina dan Taeyong. Menurut hati nuraninya, dia mereka kepercayaan sendiri—bahawa orang yang paling bersalah di dalam skandal mereka bertiga...bukan dia.
"Dasom ah..." Nana mematikan langkah betul-betul di hadapan wanita yang ibarat tunggul di depan meja solek. "Boleh tak kau jawab soalan..." Nada desakan daripada Nana ternyata sedikit menyedarkan Dasom daripada terus hanyut dengan memori silamnya.  
"Kwon Jina cakap kat aku...dia tak ingat apa-apa..." Akhirnya menjawab persoalan, namun Dasom masih belum mampu tuk bertentang mata dengan Nana. "D-Dia...hilang ingatan..." 
Tubuh tinggi lampai si Nana hampir terhuyung ke tepi meja setelah mendengar ucapan daripada Dasom itu tadi. "Oh Tuhan..." bicaranya seraya meletakkan telapak tangan ke hadapan mulut. 
"Terhadap Jina yang kehilangan memorinya...apa yang patut kita lakukan?" Dasom merenung ke dalam anak mata Nana yang kini berkaca air mata. "Apa pula...kata John nanti?"
Esakan pedih terpacul daripada mulut Nana. "Asalkan kita yang berada dekat atas...dan dia di bawah,  segalanya akan terkawal..." ujar Nana penuh penekanan.
Dasom pula mengecilkan pandangan matanya ke atas Nana, "Apa kau dah lupa? Jina Kwon ada bukti tentang kemalangan Jiro! Kalau lah memori dia pulih, tempat pertama dia akan pergi ialah balai polis!"
Riak wajah Nana berubah 360 darjah pabila terdengarkan ucapan nama 'Jiro' menerusi kata-kata Dasom tadi. "Macam mana kau boleh tahu tentang nama tu?" Soalnya seolah-olah bertukar watak. Urat-urat timbul pada tepian wajahnya di saat soalan itu dilemparkan.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^