Niat

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
"And even without those memories, you'd still acting like a brat!"
Umpama rakaman suara, lontaran kata Jackson pada tempoh hari kekal berputar di dalam kotak pemikiran Jina, menemani setiap hirupan nafasnya.
Pandangan Jina berpaksikan bulan purnama di luar jendela biliknya. Disentuhi bayu malam, pemandangan tersebut tidak sedikitpun mendatangkan tidur, namun sebaliknya. Sekali sekala, fikiran Jina terseru oleh bunyi jam berdetik, lalu saat seterusnya, ia beralih merenung kad jemputan yang terletak di tepi pasu bunga jendela.
"Wahai bulan..." Segenggam tangan didekatkan ke atas dada. Bebasnya satu keluhan berat daripada hujung bibir, titisan air mata kembali menghujani pipi mulus gadis itu.
"Kenapa mereka sakitkan aku..." Bisiknya penuh penekanan. "K-Kenapa..." Jina menggigit bawah bibir di samping merenung dua nama yang tertera pada kad jemputan tadi.
Jungkok John. Nana King.
Dalam sesaat, sinaran yang tajam terpacar menerusi pantulan anak matanya, "Aku nak memori...aku semula."
Tujuh Tahun Lalu
Oktober 1, 2008
Sekolah Menengah Tinggi Scarlett,
Daegu.
"Tugasan berkumpulan?" Sejak sahaja cikgu beredar keluar, Dasom menaikkan suara seraya mengerling singkat ke arah beberapa rakan kelas mereka. "Bila masa Jina berkumpulan dengan korang?" Sambil memalingkan tubuhnya agar berhadapan dengan kumpulan yang diseru tadi, kedua tangan Dasom disilangkan ke dada, "Apesal letak nama dia macam tu je? Yah, mentang-mentanglah Jina tak cakap apa-apa..."
"Kim Dasom! Yang kau overreact ni dah apesal? Is this even the first time?" Pelajar perempuan berambut tocang yang paling dekat dengan Dasom lantas berdiri daripada tempat duduknya, mulai mengorak langkah...
"Yura ah, jangan!" Hyosung menapak langkah mendahului rakannya, Yura. Meletakkan dirinya betul-betul di antara Dasom dan juga rakan sekumpulannya, Yura, mulutnya membuka bicara lagi, "Yang penting...kumpulan kita dapat markah paling tinggi, ok?" 
Dasom mencebik, "Are you kidding me?!" Serunya seraya menunjal bahu Hyosung yang sedang membelakangkannya. "Guna nama Jina tanpa izin macam tu...dan apa?! Yang penting dapat markah paling tinggi?! Yahhh, korang tahu tak betapa payah Jina siapkan tugasan tu seorang diri?!"
Buat seketika, kelas tersebut seolah-olah dilanda kilat, semua pelajar yang lain hanya menjadi pemerhati; tiada satupun berani bersuara. Kerna setiap seorang mereka telah belajar daripada peristiwa yang lepas, bahawa satu perkataan daripada Jina Kwon sahaja, mereka tidak akan dapat pulang ke rumah dengan tenang pada hari ini...
Di dalam puncak kekalutan, bunyi tapak kaki bangkit daripada tempat duduk kedengaran dari belakang. "Princess my ..." Seraya menyeluk sesuatu daripada kocek seluar, Jungkok bersuara kecil namun masih jelas kedengaran. 
"J-Jungkok oppa, shhh..." Beberapa bisikan amaran dilontarkan terhadap jejaka itu, namun Jungkok masih melangkah maju mendekati tempat duduk Jina.
Berhenti betul-betul di hadapan meja Jina, Jungkok membongkoknya tubuhnya ke hadapan, agar wajahnya selaras dengan Jina. Tangan kanannya mencapai alat pendengar musik di tepi telinga Jina, lalu setelah itu, bibirnya didekatkan, "Jidan akan kecewa..." 
Mendengar bisikan nama 'Jidan' tadi, anak mata Jina perlahan-lahan bertemu dengan milik Jungkok. Pada saat merenung anak mata Jungkok, seakan ada sesuatu berpusar dari dalam minda Jina, langsung mencetuskan perasaan ganjil namun tidak asing buatnya. Adakah sebelum ini dia pernah melihat ke dalam sepasang anak mata di hadapannya itu?
"Yah Jeon Jungkok! Apa yang kau cuba nak buat sekarang ni?" Baru Dasom mahu melangkah, lengannya dipegang oleh seseorang dari belakang.
"Lepaskan aku!" Dasom merenung tajam ke dalam anak mata Hyosung yang malah mengeratkan genggaman tangannya. "Yah, Jung Hyosung!" Ujarnya separuh menjerit.
"Kim Dasom, sejak dari awal lagi...kau seorang yang nak membatu-batukan perkara ni!" Hyosung membuka bicara apabila wajahnya dekat dengan Dasom, tidak mahu perbualan mereka terbuka kepada yang lain. "Jina tak pernah kisah kalaupun kitaorang guna nama dia untuk tugasan kumpulan!" Sambungnya seraya mengetap keras bibir.
Membulat mata Dasom jadinya. Di samping mahu meleraikan pegangan Hyosung tadi, Yura pula mencapai lengannya yang satu lagi. "Hoi perempuan!" Yura menarik kasar lengan milik Dasom hinggakan tubuh gadis itu teranjak ke arahnya. "Kau buat semua ni semata-mata nak kaburkan mata Jina kan? Agar dia tak perasan hubungan tak bermoral kau dengan abang tirinya?!" Seru Yura dengan sinisnya.
Hyosung menambah pula, "Orang yang Jina percaya, kau ingat ada ke?" Seusai kata, Hyosung melepaskan lengan Dasom. Lontaran wajahnya ketika itu seperti sedang menyaksikan sesuatu yang kotor di hadapan mata.
Terpukul oleh realiti ujaran kata-kata Hyosung tadi, tubuh Dasom secara spontan mengundur ke belakang. Tanpa pegangan tangan Yura, pasti dia sudah jatuh terjelepok ke lantai. Matanya yang berkaca itu pada bila-bila masa saja akan tewas...
"Setelah apa yang berlaku terhadap Jihyun...aku ingat kau akan berubah..." Yura pun mula meleraikan pengangan tangannya. Sebelum berpaling, dia menyambung, "Sebagaimana Jihyun korbankan nyawanya untuk korang, kami pun akan gunakan Kwon Jina sebaik-baiknya..." Sengaja Yura melontarkan suaranya dengan kuat agar didengar oleh semua.
Serentak itu, Jina bangkit daripada tempat duduk. Dalam beberapa saat saja, langkahnya telah mendahului Yura dan juga Hyosung. Berhadapan dengan dua rakan kelasnya itu, Jina terus menerus merenung dalam ke arah mereka.
"Gunakan istilah korban untuk orang yang masih hidup..." Ujar Jina tenang. Bibirnya dirapatkan, "Aku hairan sangat, bagaimana orang macam korang boleh berada dekat sini..."
Hampir hendak tersembul keluar kedua anak mata milik Hyosung dan Yura ekoran daripada kata-kata Jina tersebut. Bibir Yura berkumat kumit hendak berkata sesuatu namun Jina sekali lagi mendahului.
"I'm fine with you guys using my name but if you ever messed up with Jihyun again..." Jina mendekatkan bibirnya ke tepi telinga kedua pelajar perempuan tersebut, "Aku akan musnahkan korang..."
2015
Secret Garden Condominium
"Selamat kembali," Jungkok bersuara sebaik saja pintu terbuka. "Nana King..." Disertai segaris senyuman, nama itu dilontarkan dengan alunan yang terlalu berhati-hati.
Tanpa sebarang reaksi pada wajah, wanita bergelar Nana tersebut sebaliknya menghadiahkan pandangan waspada terhadap jejaka yang bertapak di hadapan rumahnya itu.
Jungkok mengangkat kedua tangannya dan berkata, "Surprise." Senyumannya malah bertambah kekok daripada tadi.
Seraya membuka kaca mata gelapnya, Nana merengus kecil, "Wow...dear future husband," Sahutnya bersahaja.
Reaksi Nana yang suam kuku itu dibalas lebih kurang oleh Jungkok. Dan jauh dari dalam lubuk hati, mereka berdua tahu semua ini hanyalah lakonan.
"So, can I come in? Dear...future wifey?" Jungkok menyoal dengan senyuman senget pada hujung bibir.
Melipatkan kedua tangan ke dada, Nana hampir hendak menjulingkan matanya ke atas, "Help yourself..." Ujarnya selamba lalu memusingkan tubuhnya kembali ke dalam ruang rumah. 
Beberapa buah kotak yang masih berlabel bergunung di dalam ruangan tamu condo tersebut. Sekembalian Nana ke Korea tidak lain tidak bukan adalah kerana berita pertunangan di antara mereka yang diumumkan agensinya pada beberapa hari lepas. Tujuh tahun merantau, akhirnya Nana King kembali ke tanah air. Meskipun bukan atas kerelaan, Jungkok berasa lega melihat sekujur tubuh Nana yang sihat berada di hadapannya.
Nana kembali menyambung kerja mengemas yang terbengkalai, yakni tidak kisah akan kehadiran Jungkok semenjak beberapa minit lepas. Malahan, jambangan bunga ros pada tangan Jungkok tadi kini sudah berada di atas meja tamu namun tidak sekalipun diambil perhatian wanita itu.
Ungu cair. Tema interior condo yang diduduki oleh Nana itu. Jungkok tahu ada seorang gadis lagi, yang menggemari warna sama. Nana yang seperti memahami erti tatapan Jungkok terhadap warna dinding rumahnya itu secara tidak langsung berhenti melakukan kerja mengemasnya. Pada ketika itulah, baru pandangan matanya mendarat ke arah sejambak bunga ros ungu yang terletak indah di tengah-tengah meja ruang tamunya.
Senyuman yang kelat terpamer di atas wajah berbentuk bujur sireh Nana. Dengan nada mengalah, bibirnya bersuara, "Do you even having plan to propose?" Jari-jemari digenggam erat tatkala menantikan jawapan daripada Jungkok.
Mengangguk perlahan, Jungkok masih membelakangkan Nana. "Aku dah umumkan dekat media..." ujarnya acuh tak acuh. Gerak kakinya melangkah mendekati sofa sebelum melabuhkan punggung bersebelahan dengan Nana.
Sambil merenung telefon bimbit di tangan, Nana membisu. Setelah bertahun lama tidak bersua, pertemuan seperti ini adalah jauh sekali daripada jangkaannya. "Agaknya masanya dah tiba..." Suara kecilnya memecah kesunyian memanjang di antara mereka. "Tanpa beritahu aku apa-apa pun, kau yang buat keputusan semuanya...sama macam dulu, sama macam yang kau buat dekat orang tu," sambungnya perlahan.
Nana mencuba hendak meluruskan posisi duduknya kemudian wajahnya ditoleh ke sebelah. "Fahamkan aku Jungkok..." Nana mengetap keras bibir seraya meraup rambut panjang ikalnya ke belakang. "Everything should have ended seven years ago...after all, she had paid her sin, no?" Dia meneruskan kata-katanya tanpa memberi peluang buat Jungkok untuk mencelah.
Ujaran Nana tadi bukan saja berdengung di seluruh pelusuk ruang tamu tetapi di sebalik dada jejaka yang mendengarnya. "Kesakitan dosa-dosanya hilang bersama memori..." Jungkok menyandarkan tubuhnya ke muka sofa. Kepalanya dihadapkan ke sebelah kanan, agar menghadap Nana. "Her memories would eventually lead her to us..."
Nana turut sama merehatkan kepalanya di tepi muka sofa. Anak mata mereka berdua bertemu dan berpautan buat suatu tempoh yang agak lama. "Dengan nyawa ini, aku nak lindungi Alice...sekali lagi," bicara Jungkok kecil.
Setiap bait kata Jungkok tadi memanggil hiba di dalam hati Nana. Tanpa sedar, Nana meletakkan telapak tangannya ke atas dada.  "Alice pun bukan seseorang yang layak tuk dilindungi..." balas Nana dengan nada membisik. 
Menelan liur pahit, Jungkok bersuara lagi, "Kau dah berubah, Nana King." Sinar dalam matanya memancarkan aura berlainan. Namun Nana pantas mengeleng-gelengkan kepala.
"Kau salah, Jungkok," seru Nana. "Yang berubah ialah kau..." Susulan kata-kata Nana menimbulkan kerutan pada atas dahi Jungkok. Dia ingin mengatakan sesuatu namun Nana laju menambah, "Kerna apa yang kau buat sekarang ni adalah bukti yang mencerminkan niat dalam hati kau," Tidak lagi mahu berselindung, Nana membebaskan segala yang terbuku di dalam sanubarinya. "Kahwini aku adalah peringatan untuk kau agar tidak kembali ke sisi Jina...Dan itulah sedalam-dalam cinta kau terhadap dia." 
Jungkok gagal membalas apa-apa. Anak matanya hanya menjurus ke bawah, seakan tidak sanggup hendak bertentangan dengan Nana lagi.
Dengan perlahan, Nana mencapai tangan Jungkok lalu mengeratkan pegangannya. Hanya suara hatinya berbicara, 'Jungkok ah, kau tak payah risau apa-apa pun...kerna Jina juga takkan terima kau kembali ke sisinya...'
'Entah sejak bila, Jina Kwon dah sedar bahawa nama abang kembarnya yang sebenar ialah Jin...bukan Jidan.' Pada masa yang sama Nana berteka-teki di dalam hati, Jungkok pula sudah mula memerhatikannya.
Kata-kata terakhir Jina sebelum kemalangan tujuh tahun yang lepas kini terngiang-ngiang di dalam kotak ingatan Jungkok.
"Kemaafan? Aku tak perlukannya. Dosa aku, biar Tuhan yang membalasnya. Sejak dari awal lagi, niat korang dah tak betul. Siapa korang, untuk menghukum aku?"
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^