Milik

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Kelab Yue Hwa,
Gangnam, Seoul.
"Jackson Kwon, kawanku! Kelmarin aku dengar kau bawa balik seorang gadis cantik dari kampung!" Lantunan suara Mark hampir melucutkan gelas di dalam pegangan Jackson. Saat seterusnya, kepala jejaka itu berarah tepat ke tubuh Mark yang sedang melabuhkan punggung di kerusi sebelah. "Aku tak minta sewa lebih, don't worry..." Tambah jejaka memiliki tattoo berupa naga di bahu kanannya yang terdedah, kelihatan seolah-olah sedang membaca buah fikiran Jackson. "Tapi..." Mark membisik kecil, memastikan yang kata-katanya itu dikhaskan buat Jackson sahaja. "I want a piece of her...too," sambungnya seraya tersenyum sinis.
Riak wajah Jackson berubah kepada merah merona, malah genggaman tangannya dipererat. "You don't know what you're saying..." ujarnya berupa ketapan gigi keras. "She's my..."
"Jangan nak tipu bagitau dia tu adik kau! Aku takkan percaya..." sampuk Mark laju, lantas merampas gelas di tangan Jackson dan meneguknya tanpa segan silu.
"Adik?" Bagai tersebar satu kelab apabila suara tadi dilontar keras seiring dengan latar bunyi band rock yang sedang dimainkan. Kelibat seorang jejaka berpakaian t-shirt putih meluncur laju ke arah dua jejaka, Jackson dan Mark.
"Han Taeyong..." Di saat nama itu terucap daripada mulut Jackson, kepala Mark turut sama berpusing ke arah empunya suara tadi.
"Jina-" Belum pun sempat nama tersebut sempurna diucapkan daripada Taeyong, Jackson bertemu dengan jejaka itu di tengah lalu terus memegang kolar bajunya.
"Kau takkan sebut nama dia di sini!" Jackson bersuara seakan membisik di tepi telinga Taeyong. Membulat anak mata Taeyong bertentang dengan Jackson namun dari situ, bibirnya tidak lagi menyuarakan apa-apa. "Kalau kau banyak masa, baik pergi settle semua skandal sebelum jadi gunung!" sambung Jackson seraya melepaskan pegangan pada kolar Taeyong. Jari telunjuknya dihalakan di depan wajah Taeyong, "She's no longer yours..." 
Senyuman yang kelat terbit di hujung bibir Taeyong, kakinya menapak langkah mendekati Jackson yang pula menjarakkan dirinya ke belakang, "Kau jangan lupa, nyawa dibalas dengan nyawa..." ujarnya sambil memperlahankan langkah. "Ayah aku ialah orang yang benar-benar melindungi dia selama ini!" Serunya bersungguh-sungguh. "Kalau ayah tahu dia dah sedar..."
"Macam yang kau cakap, orang yang benar-benar melindungi dia ialah ayah kau, bukan kau!" Jackson bertembung bahu dengan Taeyong. Sekali lagi, kolar baju jejaka itu digenggamnya. "Bukan macam sesetengah orang, aku takkan khianati orang yang berbudi!" Tambah Jackson, hampir menaikkan tangannya untuk memukul Taeyong.
"Jina, d-dia masih ingat dekat aku?" Soalan rawak yang disuarakan oleh Taeyong membuatkan Jackson terkedu. Pegangannya menjadi longgar. "Let me see her...please," Taeyong menyatukan kedua telapak tangannya memohon. Sinar matanya memancarkan sesuatu yang ikhlas.
Walaubagaimana sekalipun, ayah Taeyong ialah orang yang telah melindungi Jina selama dia koma daripada gangguan media masa, oleh itu, sama sekali Jackson tidak mampu menyisihkan Taeyong daripada semua ini—daripada Jina.
***
"Jina Kwon ialah milik aku, Han.Tae.Yong," Taeyong, selain menyambut hari lahirnya yang ke lima belas di Scarlett pada hari tersebut, dia mengambil kesempatan mengumumkan kepada semua warga sekolah tentang Jina.
Empat belas tahun adalah usia yang mana perkara paling penting buat Jina Kwon ialah melindungi abang kembarnya, Jidan. Dan kerana hanya keluarga berpengaruh seperti Han Taeyong sahaja yang mampu membantu abangnya, Jina merelakan dirinya dihakmilik kepada jejaka berlatar belakang politik itu.
Sedar saja, Taeyong sudah terpacak di hadapan Jina yang membatukan diri semenjak pengumuman tadi disebarkan. Taeyong, dengan aura putera idaman itu berdiri dengan sejambak bunga ros merah, anak matanya hanya berpaksikan ke arah pelajar perempuan bernama Jina Kwon di hadapan.
"Jangan risau, aku akan lindungi Jidan," dan jambangan bunga tadi diserahkan kepada Jina, disertai suatu senyuman lebar yang kelihatan begitu ikhlas di dalam pandangan setiap mata memandang.
'Kerana Jidan ialah segala-galanya...' suara hati Jina membisik seiring pautan matanya ke atas Taeyong.
Cinta berputik tidak kira masa dan usia. Namun, bukan kah sudah menjadi satu norma bahawa setiap satu yang bermula akan berakhir?
Tatkala bertentang mata, Jina sudah dapat membayangkan penghujung di antara dia dan Han Taeyong kelak. Mungkin akan tiba suatu ketika yang mana Taeyong sedar akan ilusi cinta mereka, dan apabila saat itu tiba, Jina melukis janji di dalam diri—dia akan berundur keluar daripada hidup Taeyong, selama-lamanya.
***
Diari (Muka surat 1)
Mei 26, 2006.
Kwon Jidan. Untuk pembedahan oppa, Jina dah lakukan satu dosa. Jina setuju couple dengan Han Taeyong, si Putera Scarlett. No matter what I've tried, he was the only person who could help with the procedures. Lagipun, Han Taeyong yang jatuh cinta dengan Jina dulu. I didn't even do much...
Tiga tahun dah mak dan ayah cerai. Tiga tahun kita tak tinggal sama-sama. Kalaupun oppa marah kat Jina lepas ni, Jina janji Jina takkan merajuk. Kerana Jidan ialah segala-galanya buat Jina. 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^