Nama

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Secret Garden Condominium,
Seoul.
"O-Oppa?" Sejurus pintu dibuka, sekujur tubuh Jungkook berdiri di hadapan. Niat Dasom untuk keluar bertemu Jina di saat itu juga terkubur. "T-Tak c-cakap a-apapun n-nak d-datang?" Terketar-ketar lontaran suara Dasom, apatah lagi organ yang di sebalik dadanya.
Dengan kedua tangan tersimpan rapi di dalam kocek seluar, Jungkook memerhatikan saja wanita di depannya itu sedang berlakon berusaha hendak menyembunyikan sesuatu—sesuatu yang membuatkan dia tanpa berfikir dua kali, bertindak meninggalkan set penggambaran pada pagi itu.
Kwon Jina. Melalui Nana, dia mendapat tahu Dasom bakal bertemu dengan wanita itu setelah sekian lama. Dan tentu sekali, dia tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.
"O-Oppa si-silalah mas-masuk..." Jemputan Dasom yang teragak-agak itu terlalu ketara untuk diendahkan. Jauh dari dalam lubuk hati Jungkook, dia tahu. Tujuh tahun merupakan tempoh yang sudah memadai untuk dia mengenali wanita bernama Kim Dasom itu.
"Let's us straight to the point, ok?" Jungkook mengeluarkan tangan kanannya dari kocek lalu meletakkan ia di atas bahu kiri Dasom. Wanita itu hanya mampu mengangguk keras. Setelah pengetahuannya tentang apa yang berlaku dahulu, dia sama sekali tidak mahu mengundang masalah dengan Jungkook. Kalau tidak berhati-hati, dia pula yang akan berbaring di atas katil yang menemani Jina selama tujuh tahun. 
"Beri alamat tempat yang kau nak berjumpa dengan Jina..." Ujar Jungkook laju.
Dasom langsung tergamam. Ternyata perbualan di antara dia dan Nana sejam lepas sampai ke pengetahuan Jungkook. "Aku tak faham situasi ni," Dasom mengundurkan diri, membuka ruang agar Jungkook masuk ke dalam. Perbualan ini terlalu berisiko untuk dibicara di hadapan pintu.
Jungkook menghadapkan telapak tangannya ke udara, sebagai tanda tidak mahu masuk. "Beri alamat tu," ujarnya dengan nada mengarah.
Dasom mengecilkan kedua mata, dia masih tidak percaya yang Nana akan membongkar isi perbualan mereka terus kepada Jungkook. Bukan kah mereka bakal bertunang? Apa motif Nana memberitahu perihal Jina kepada Jungkook...
"Sama seperti Han Taeyong, kau dan Nana hanya pergunakan aku..." Dasom mengenggam tangannya erat. "And in the end, this is how the stories would continue..." 
"It still not the end...yet." tambah Jungkook. 
"Isn't this how you want it to be? For each of us...to be completedly insane before it ends..." balas Dasom. Air mata mulai bertakung di tepi kelopak mata. Bermacam perasaan berbaur dari dalam sanubarinya ketika itu, semua memori yang telah berlalu terasa seakan baru berlaku kelmarin.
Merenung dalam ke anak mata Dasom yang berkaca itu, Jungkook menarik nafas sedalam mungkin, "Cukup dengan kata-kata, kalau kau tak kisah terlibat, lontarkan soalan sekarang..."
Memejam mata, setitis air mata mengalir. Genggaman tangan Dasom tadi kini beralih ke hadapan dadanya, memukul ringan ruang tersebut. "Jungkook please, aku tak nak Jina ingat tentang kisah dulu..." Bergetar seluruh tubuhnya menahan esakan yang hanya perintis sebelum ia semakin parah. "Bermula dengan aku dan Jackson bercinta, dan apabila aku burukkan dia waktu dia kehilangan Jidan...dan apabila aku rampas Taeyong dari dia...semua t-tu, aku tak nak dia tahu d-daripada d-diari..." Tubuh Dasom seperti terpukul ke belakang dan langsung terduduk di atas lantai. 
Jungkook memilik tuk membatukan diri. Semua kisah di antara mereka, tidak ada satupun yang dilupainya. Dan kerna itu jugalah, Kwon Jina harus mengingati setiap inci daripadanya. 
"She could recall everything else but just not remembering me as the only bad person...it'd be too unfair, and cruel..." Seru Dasom seraya menghentam lantai marmar dengan telapak tangannya.
"Apa masalahnya?" Jungkook mengalah, dan akhirnya melangkah masuk ke rumah Dasom sebelum ada sesiapa melalui situ dan menangkap gambar mereka. Seiring dengan bunyi pintu tertutup, suara Jungkook turut berdengung: "Kim Dasom, kau ialah orang yang sepatutnya diingati seperti itu...so what if she knew it from a diary? Would the memories changed?
Dasom menudingkan jarinya, "Aku takkan lakukannya kalau Jina tak halang percintaan aku dengan Jackson!" Menggeleng laju, dia menambah, "Dia pisahkan aku dan Jack! Dan kalau aku teruskan hubungan dengan Jack, ayah aku yang bekerja di syarikat milik keluarga Taeyong akan dipecat! Adanya Han Taeyong di sisi Jina, dia mampu berbuat apa saja!" Laungan suara Dasom berkumandang penuh di dalam ruangan rumahnya itu.
Jungkook menghembus nafas kecil, langkah demi langkah diatur mendekati Dasom, "Give.Me.The.Damn. Address..." Ketegasan pada arahan suara Jungkook membuatkan seluruh tubuh Dasom ibarat dilanda kejutan elektrik. "Simpan cerita lama kau tu, aku tak nak tahu...aku tak kisah pun." Pasrah dengan sikap bertolak dalih si Dasom, Jungkook membuat keputusan untuk mengetahui sendiri alamat yang dijanjikan dengan menyentap telefon bimbit Dasom daripada genggamannya.
Menerusi 'call logs', dia berjaya menjejak nombor yang tidak dikenali. Sekali imbas, nombor tersebut dihafalnya dan dia terus memasukkannya ke dalam kenalan telefonnya.
Dasom tidak berdaya untuk menghalang Jungkook yang tampak tekad mahu bertemu dengan Jina. Banyak-banyak soalan yang terbit, hanya ada satu soalan yang telah berlegar terlalu lama di dalam benaknya. Mengumpul seluruh khudratnya, Dasom membuka mulut melontarkan soalan tersebut: "Jina tak pernah wujud...kerana nama sebenar dia ialah Jidan, kan?"
Langsung kaku tubuh Jungkook sebaik saja soalan daripada Dasom itu mencecah ke telinganya. Hampir terlucut pegangannya terhadap telefon bimbit di tangan kalau bukan kerana ada suara daripada sebalik talian...
"Hello? Ini telefon bimbit milik seorang pelanggan di Kafe Luna," Suara daripada talian tersebut membuatkan dua insan tadi membisu.
"Nampaknya setelah bergaduh dengan teman lelakinya, dia pun terlupa dengan telefon-"
Mendengar kata-kata tadi, Jungkook menyampuk laju seraya mendekatkan telefon ke telinganya, "Jina? A-Apa yang berlaku dekat Jina?" 
"Jina? A-ah, rasanya itu nama cik itu tadi. Baru sepuluh minit yang lepas, dia dan teman lelakinya beredar daripada sini...Uhm, kalau tak silap saya, lelaki tu kelihatan seperti chaebol terkenal Han Taeyong..." 
Baris kata terakhir suara daripada talian tersebut hampir mengugurkan jantung Jungkook.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^