2008 2005

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Tujuh Tahun Lalu
September 29, 2008
Sekolah Menengah Tinggi Scarlett,
Daegu.
"Dekat Scarlett, siapa lagi yang tak kenal kau, Jina yah? Siapa pun yang berani buat masalah dengan kau, I bet they haven't really met the real ice princess!" Pegangan pada beg selendang dieratkan sewaktu kata-kata meluncur laju daripada mulut Dasom, pelajar tingkatan empat yang ramai mengenalinya sebagai satu-satunya kawan Jina Kwon.
Setiap gerak geri Dasom, pelajar perempuan berpakaian uniform sekolah sama di sebelah itu perhatikan dengan renungan tajam dari tepi. 'Kim Dasom...kau sedang berbohong...' bisik Jina di dalam hati.
Jina Kwon dilahirkan memiliki gerak hati yang sentiasa tepat. Dia hanya perlu memerhatikan seseorang tidak kira lah menerusi penampilan, pembawaan kata, malah bahasa badan mereka, semua itu antara perkara yang sinonim dengan karakter Jina sendiri.
"Nahas lah diorang bila Taeyong balik dari States nanti...hu huh," Langkah Dasom tidak tentu arah. Sekejab ke kiri, lalu terserong pula ke kanan, malah hampir bertembung dengan Jina.
Mempunyai ayah yang berkhidmat sebagai seorang sukarelawan tetap rumah anak yatim, semenjak kecil lagi Jina sudah berjinak mengunjungi hampir setiap rumah anak yatim di Seoul. Begitu lah takdir menemukan dia dengan Dasom.
"Oh ya Jina! Kau tahu kan sekolah kita dipilih jadi tuan rumah untuk audition 'Scarlett's Dream'? Jom ikut sekali...nak? Jom ah, pastu kau akan jadi juara dan aku, nombor dua!" Dasom memalingkan kepala ke belakang, jarinya membentuk nombor dua. Namun senyuman yang terpapar di bibir Dasom sebaliknya membuktikan sesuatu yang lain kepada Jina.
Segaris senyuman yang tawar dijadikan balasan buat Dasom, dan seraya mengetap bibirnya rapat, Jina menaikkan kening kanan lalu berkata, "Sebelum tu, kau kena jauhkan diri daripada abang tiri aku..."
Saat berikutnya, tiada lagi kedengaran tapak kasut Dasom. Sepertu tugu, tubuh gadis itu langsung kaku sejurus kata-kata Jina diajukan kepadanya. 
"Kau tahu kan...Jackson ialah anak isteri kedua ayah aku?" Nada Jina beralunan sarkastik. Wajah Dasom yang berubah pucat ditenungnya penuh makna. 
Berkerut dahi Dasom dan mulutnya terbuka separuh, seakan bersedia mahu membicarakan sesuatu. Tetapi entah mengapa, matanya gagal bertemu dengan Jina.
"Memandangkan kau tak jawab, aku anggap kau dah faham...Kim Dasom." Jina menyuarakan setiap patah perkataan di tepi telinga Dasom, di setiap saat, pandangan matanya merenung dalam ke arah Dasom. "Sebab kau dah pernah jumpa ice princess, you wouldn't want to see her again..." sambungnya lalu dengan sengaja membiarkan begnya memukul tubuh Dasom sewaktu melimpasi jalan gadis tersebut.
Sejak kedua orang tua Jina bercerai, kehidupannya seakan dirombak. Jangan kan ayahnya, malah abang kembarnya, Jidan turut gagal menyelami apa yang bermain dalam fikirannya. Saban hari, mendengar lagu daripada mp3 player yang dihadiahi Jidan, sudah sebati dengan rutin hariannya. Cumanya, tiada siapa tahu bahawa tersimpan di dalam mp3 tersebut, hanya sebuah lagu yang dimainkan berulang kali, tanpa jemu. Melodi yang berkumandang sedih menerusi earphone di telinga tidak pernah gagal mengingatkannya kepada wanita yang digelar ibu.
***
Sepuluh Tahun lalu
April 2005,
Kediaman Keluarga Kwon,
Vila Maya.
Dua beradik yang baru menyambut hari lahir ke-sebelas pada minggu lepas kini berpelukan di pintu pagar. Air mata berlumuran di pipi masing-masing. Di dalam dunia pemahaman adik muda itu, hanya satu: Kalau ibunya pergi, abang kembarnya pasti berangkat bersama ibu mereka.
"Ibuuu, J-Jidan nak ikut juga..." Seru kanak-kanak perempuan berpakaian jakel tebal berwarna putih di hadapan pagar rumah. Kedua tangannya dijangkaukan seluas-luasnya, mahu dirinya digendong bersama abang kembarnya.
Wanita yang dipanggil mak itu melontarkan suatu pandangan jijik ke arah kanak-kanak perempuan itu di samping mengeratkan pelukan terhadap kembar lelaki yang satu.
Si abang yang sedang digendong ibu itu mengajukan jari telunjuk ke arah adik kembar perempuannya, "Ibu, kenapa Jidan tak ikut sekali uh? Ayah mana? Ibuuu..." Kanak-kanak lelaki itu bertanya sambil memuncungkan bibir ke arah ibunya. Suaranya tersekat-sekat ekoran daripada tangisan yang setiap minit, hanya berganda membingitkan telinga.
"Berapa kali ibu nak bagitau, nama adik kamu Jina, bukan Jidan! Mulai sekarang, Jidan ialah nama kamu...faham?" Si ibu bersuara separuh menjerit kepada si abang. Namun bukan lah budak namanya kalau tangisan akan berhenti serta-merta.
"Jisoo!" Jeritan seseorang dari dalam rumah mengejutkan si kecil berdua. Langkah ayah yang pantas menyusuri halaman rumah ke pagar tempat mereka berkumpul telah menerbitkan harapan yang baru ke dalam hati dua kembar tersebut.
"Ayah!" Ujar mereka serentak. Masing-masing melakarkan suatu senyuman di bibir. Tersedu-sedan dua kanak-kanak itu minta diambil.
Destinasi si ayah ternyata ialah ke arah isterinya, Puan Jisoo. Anak matanya merah saga seraya mengajukan satu jari ke hadapan wanita yang baru saja dilafazkan cerai itu. "Are you out of your mind?!" Urat-urat di sekeliling wajahnya mulai timbul tatkala suaranya melonjak naik.
"Taehyung, aku takkan bawa Jida- ah tidak, maksud aku J-Jina...sebaliknya aku nak J-Ji...ah this!" Puan Jisoo merintih sendiri, tubuh kecil adik lelaki kembar itu diletakkan ke bawah. Sejurus itu, tubuhnya dipalingkan daripada mereka bertiga. Bahunya kelihatan terinjut-injut menahan esakan dari dalam.
"Jina," Taehyung mencapai tangan kecil milik kembar perempuan itu, "Dan Jidan..." Kepalanya ditoleh pula ke arah kembar lelaki yang berlari anak mahu memeluknya. "Ayah dan ibu nak bincang sesuatu, boleh tak masuk rumah, uhm?" Lembut sekali nada si ayah berbicara, dan sebelum melepaskan putera puterinya itu, dia sempat lagi menghadiahkan kucupan pada dahi mereka berdua.
"Jom masuk Jina!" Kanak-kanak lelaki itu menghulurkan tangan kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Lalu, bersama-sama, mereka berjalan menuju ke dalam rumah.
"Sampai bila kau nak sembunyikan semua ni Taehyung ah?!"
Di setiap langkah, suara kedua orang tua mereka kian perlahan. Namun bagi Jina, biarpun dia tidak memahami teriakan suara tersebut, ia seolah-olah meninggalkan kesan pada hatinya.
"For ing God sake, how can you ignored that she murdered the child?!"
Bagaikan ada batu besar yang menghalang jalanan dua beradik itu, langkah mereka tiba-tiba terhenti.
"Semua ni kerana Kim Taeyeon, perempuan simpanan kau kan?"
Buat kali pertama, di dalam dada Jina seperti ada duri yang menusuk, lalu telapak tangan anak kecil itu dilekapkan ke atas dada. Sesaat kemudian, pandangannya berpinar, dan tubuhnya rebah ke tanah.
***
September 29, 2008,
Sekolah Menengah Tinggi Scarlett,
Kelas 4A.
Tidak kira macam mana Jina mencuba, memori sewaktu sebelum usianya sebelas tahun seolah-olah terpadam daripada kotak ingatannya. Yang pasti, perintis semua ini ialah penceraian ibu dan ayahnya. Perubahan Jina secara tidak langsung menggaris sempadan di antara dia dan kawan seusia. Pada umuran seawal 16 tahun, dia digelar 'ice princess' dan ramai lagi nama timbangan yang lain.
"Jina!" Suara gema dari belakang menyeru namanya langsung tidak diendahkan.
Di saat bahunya disentuh, baru lah langkah Jina terhenti. Bibirnya dirapatkan, tanda bahawa angin buruknya bakal melanda.
"J-Jina yah, t-tolong...a-aku," Dasom membawa kedua belah bahu Jina agar menghadap dirinya. Walau dengan itu, wajah Jina masih enggan bersemuka dengannya.
Status 'kebal' Jina terhasil daripada hubungan istimewa dia dengan Han Taeyong, anak tunggal Menteri Pertahanan Negara. Jejaka yang juga bergelar seniornya itu mengumumkan kepada seluruh penduduk Scarlett bahawa Jina Kwon ialah miliknya, dan gadis itu berada di dalam perlindungannya sepenuh masa, biarpun dia tidak berada di situ.
Berhidup umpama puteri di Scarlett, tiada siapa pun yang berani mengganggu Jina. Berbekalkan sifat cemburu tahap naga Han Taeyong, mana-mana kaum adam yang mendekati Jina akan menemui pengakhiran yang selama-lamanya akan terpahat di dalam sejarah kehidupan mereka.
"Aku c-cinta dekat Jackson, Jina ah..." Seiringan itu, pandangan mata Jina mulai perlahan-lahan bertemu dengan Dasom.
"Percayalah...kau tak tahu apa yang kau sedang katakan," sahut Jina tenang. "Cinta?" Bibirnya tersenyum senget tatkala mengucapkan perkataan itu. "Don't make me repeat myself. Leave him or...you'll face the real ice princess,"
“Yah korang berdua boleh tak bagi ruang untuk orang lain lalu?” Suasana tegang Jina dan Dasom langsung tergendala oleh suara garau jejaka yang berada di belakang antara mereka berdua.
Jina menjeling ke kanannya, anak mata bertemu pandang dengan milik jejaka yang berpakaian uniform sekolah mereka. Di Scarlett, tidak ada satu orang pun berani menaikkan suara terhadapnya, meskipun para guru dan pengetua sekalipun.
Sama sekali tidak diduga, jejaka memakai pembayang mata hitam pekat itu dengan selamba membalas jelingan Jina, tidak cukup dengan itu, ia bahkan disertai senyuman jolokan di hujung bibirnya.
“J-Jeon J-Jungkok?” Dasom yang lama membisu tadi akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan suara biarpun agak terketar-ketar. Menggerakkan sedikit tubuh ke kiri, jarinya dihalakan ke arah jejaka tersebut. “K-Kau s-seorang i-idol kan? Jeon Jungkok?!” Tidak semena-mena, Dasom segera menekup mulut mengguna telapak tangannya. Di samping melompat anak, jelas terpamer kegembiraannya bersua dengan jejaka yang dipanggil Jeon Jungkok.
‘Jung-Jungkok?' Jina menyilangkan tangannya, atas dahinya membentuk suatu kerutan. 'Ah, dia ni lah budak artis yang bersekolah di sekolah oppa!' Seperti ada lampu menyala di atas kepala, Jina terangguk-angguk sendiri. 'Uh? Tapi kenapa dia pakai seragam Scarlett pula?' soalnya di dalam hati, tidak sedar yang bibirnya memuncung ketika dia hanyut dengan dunia soal-jawabnya.
Sementara Jina menyahtafsir setiap bait informasi di dalam otak, jejaka bernama Jeon Jungkok itu tanpa segan silunya bertindak mendekatkan jarak di antara mereka hinggakan hampir bertembung hidung dengan Jina.
Apabila Jina sedar dengan situasi tersebut, panik mendatangi dirinya ibarat kilat, “Apa yang kau buat ni?” pekiknya, terkejut bukan main terhadap perlakuan mendadak jejaka itu. Sepantas kilas, kakinya diundurkan ke belakang namun sepantas itu juga, lengan Jungkok dengan mudah melingkari pinggangnya.
Tidak berkerdip kelopak mata Jina di saat berpandangan hanya seinci jauh dari wajah Jungkok. Nafasnya ditahan dari dalam; pada detik itu, tiada bunyi melainkan degupan jantungnya sendiri. Lup dup...Lup dup...
Berlainan dengan Jina, Jungkok sebaliknya menggunakan masa itu meneliti wajah gadis itu. “Jidan...” Spontan nama tadi dibisikkan.
Dasom tidak pernah melihat mata Jina membulat sebesar pada waktu ini. Gagal mencerna apa drama yang sedang bermain di hadapannya, Dasom tidak henti mengutuskan doa agar tiada siapa yang sedang merakam video mereka. Masalah besar kalau adegan ini tersebar ke telinga Han Taeyong.
Seakan tersedar dari alam lamunan, buat seketika, baru lah Jina punyai kekuatan untuk menolak tubuh Jungkok daripada terus bersentuhan dengannya.
Masih dengan senyuman jolokannya, Jungkok menghulurkan tangannya ke hadapan, “Selamat berkenalan, Jida- ah bukan! Sepatutnya ialah kakak kepada Jidan...” ujar Jungkok ditemani senyuman penuh keterpaksaannya.
'Dia kenal abang aku,' suara hati Jina mula berbicara. Ada sesuatu tentang senyuman Jungkok, juga caranya bercakap terhadap dirinya yang membuatkan Jina dituai rasa curiga.
Jungkok menghayunkan beg galasnya ke belakang lalu mendongak puas ke atas langit. Pandangan Jina yang menyeluruh itu gagal memahami tindakan jejaka tersebut. Di kala fikirannya sibuk menilai setiap sudut, tiba-tiba fokus matanya terpaku ke leher Jungkok.
Itu rantai yang hanya aku dan Jidan ada!’ serunya di dalam hati.
Melangkah satu tapak mendekati Baehyun, Jina membuka bicara, “Kenapa rantai Jidan boleh ada dekat kau?” Dan tiada alasan mengapa gadis itu harus teragak-agak untuk melemparkan soalan yang terbit di dalam hatinya.
Tersenyum bangga seperti mencapai sesuatu yang hebat, Jungkok membalas, “Uh, this one? It’s a gift for me...from someone. A girl, of course..." Ungkapan bibirnya langsung tidak meyakinkan buat Jina.
'Tak mungkin! Di dalam surat, Jidan beritahu yang rantai tu dia hadiahkan dekat seorang pelajar perempuan...’ Sesaat terasa seperti sejam lamanya, Jina menjadi semakin tidak keruan dengan kata-kata Jungkok yang tidak berpadanan dengan pengetahuannya.
Merenung tajam ke dalam anak mata Jungkok, Jina menyoal lagi, “Kau dapat rantai tu daripada seorang pelajar perempuan yang bernama Alice?” Tentu sekali, nada suaranya yang tenggelam timbul tadi merupakan sesuatu yang julung kali berlaku.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^