Embun

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Diari (muka surat 50)
November 22, 2008.
'Embun' ialah pena nama Dasom. Dia tu macam embun pagi. Orang yang pertama sekali menegur aku dekat sekolah. Beraura positif dan periang, sifat yang berbeza dengan aku tapi aku...cemburukannya. Dasom senantiasa mengingatkan aku dekat seseorang...sewaktu aku kecil dulu.
Dasom takkan tahu, tapi di dalam hati ini, embun ialah kawan yang baik. Kekadang tu, terlalu baik buat aku. Dan sebab tu lah aku akan lindungi dia...daripada Jackson.
"Dasom ah, aku sebenarnya takde niat pun nak halang hubungan kau dengan sesiapa...kecuali Jackson. Kau terlalu baik untuk abang tiri aku tu, percayalah..."
Jina membaca setiap patah perkataan yang tertulis dalam halaman diari tersebut. Di setiap saat, terhasil suatu perasaan yang berat tuk ditafsirkan di sebalik dada, dan lama-kelamaan menjadikan pembacaannya semakin sukar.
***
Awal pagi lagi, Jackson melangkah keluar dari rumah. Bukan hanya hari ini, tapi hari-hari sebelumnya pun dia melakukan yang sama. Gara-gara segan bersemuka dengan Jina, Jackson nekad menjadikan bangun awal sebagai rutin harian. Meski itu, di setiap detik, persoalan 'sampai bila' kekal bermain di belakang mindanya.
Sekilas pandang skrin telefon, Jackson mengeluh pendek "Han Taeyeong..." dia menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal. "Mamat ni memang...ouh," gerutunya sendiri.
82 miss calls daripada Han Taeyeong. Siapa yang tak stress? Kalau ikutkan hati, Jackson memang dah sampai limit. Harap je muka genius bagai, tapi perangai takde nilai kematangan biarpun usia hampir mencecah 25 tahun. 
"Hyung tolong benarkan aku berjumpa dengan Jina...tolong hyung, aku merayu sangat-sangat..." seruan Taeyong tempoh hari di Kelab Yue Hwa masih lagi terngiang-ngiang di dalam pemikiran Jackson.
Jina masih lagi di dalam tempoh peralihan daripada koma, dan ia bukan lah masa yang paling sesuai untuk Jina bertemu dengan teman-teman lama. Bahkan boleh jadi memori Jina bisa terganggu. Lebih-lebih lagi sekarang, Jackson harus berhati-hati. Dia tidak tergamak mahu melihat Jina ditindas oleh kemurungan lagi.
Terlalu banyak yang mengisi ruang fikiran, tidak sedar Jackson telah pun tiba di tempat kerja. Sudah dijangkanya, Taeyong akan berada di hadapan bangunan tempat kerjanya. Dan hari ini, ternyata dia tidak salah.
Setiap derapan kaki Jackson ibarat memberikan peluang keemasan buat Taeyong. Seperti kanak-kanak riang, dia langsung memecut ke arah Jackson yang ketika itu baru hendak 'punch in' di mesin khas hadapan bilik pejabat mereka.
"Hyung!" Taeyong mengujar. "Saya ada bawakan breakfast untuk hyung, jom-" belum pun sempat menghabiskan kata-kata, tubuh Jackson telah melimpasi Taeyong.
"H-Hyung!" Taeyong memanggil tanpa mengenal erti penat. Mengekori setiap langkah Jackson dengan cermat, kedua tangan Taeyong penuh dengan plastik makanan yang kelihatan begitu ekslusif dipandang.
Mengikut alur tanda 'Editor', Jackson melangkah kaki menuju ke salah satu ruang pejabat terbuka yang terletak di hujung sekali. Membetulkan tag nama 'Editor Jackson Wang' sebelum meletakkan beg galasnya merupakan rutin yang biasa dilakukannya pada setiap pagi.
Tersenyum senget, Taeyong berkata lagi, "I can get you thousands more better job than here..."
Tanpa mempedulikan celoteh si Taeyong, Jackson menekan punat 'power on' pada laptop mac-nya. Di sepanjang waktu, kelibat Taeyong seperti tidak diendahkan sama sekali. Hakikatnya, Jackson sudah terbiasa dengan perkara sebegini. Semenjak berita Jina tersedar mencecah pengetahuan Taeyong, semenjak itu juga lah jejaka itu tidak henti merayu kepadanya agar dipertemukan dengan Jina.
"Sampai bila hyung nak sembunyikan Jina daripada semua orang?" Taeyong bersuara lagi. "Jina deserved to live better...after all those wasted years that she spent sleeping...
Memicit pelipis kepalanya, Jackson melontarkan sekilas pandangan tajam ke arah Taeyong sebelum mengalihkan perhatiannya semula ke laptop di hadapan.
Pantang dicabar, Taeyong bertindak memukul tepi meja Jackson dengan kuat. "Tujuh tahun! Tujuh tahun aku tunggu dia hyung!" Ujarnya separuh menjerit. Mujurlah belum ada pekerja lain di dalam pejabat tersebut, kalau tidak, pasti ramai mulut yang mengata. Han Taeyong merupakan orang kenamaan yang tidak pernah tidak menempah nama di dalam berita harian negara. Kalau bukan skandal dengan perempuan, pasti liputan berkaitan dengan isu pewaris di dalam keluarga mereka.
"Han Taeyong berikrar mahu mengikat jodoh dengan cinta pertama, Jina Kwon?" Jackson menyuarakan tajuk artikel utama yang dihantar ke emailnya pada pagi itu. Anak matanya seperti mahu terbelalak tatkala bertemu pandang dengan Taeyong. "Says who? Apa kau dah gila ke buat artikel cam gini?" soalnya separa berteriak.
Taeyong membalas dengan pandangan bosan. Bahunya diinjut ke atas. "I need her..." luahnya kecil.
Jackson menjegilkan anak mata, "Mengikat jodoh konon..." sahutnya penuh dengan nada menyindir. "Kau buat macam ni takde gunanya," Senyuman mengejek dipamerkan pada bibir, "Semua orang tahu yang kau tu dah nak bergelar papa kedana...dan kalau bukan kerana ayah kau yang nak sangat Jina jadi menantu dia, takkan punya kau buat semua benda tolol ni!" Seiring lantunan suara itu, laptop tadi turut ditutup kasar. 
Berkerut dahi Taeyong memikirkan kata-kata pedas Jackson terhadapnya sebentar tadi. Maruah lelakinya seakan dipertaruhan, namun dia langsung tidak mampu membalas sesuatu.
"Jina is better off without you. Don't you dare going closer to her..." nada berisi ugutan si Jackson itu ternyata sekali bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.
Memejam celik matanya, Taeyoung menelan liur pahit yang mengairi tekaknya, "Tak faham aku," Kedua genggam tangannya dipererat ke sisi peha, "Hyung...apa yang hyung tak suka sangat dengan aku huh?" 
Mulut Jackson sudah mahu menyuarakan sesuatu namun Taeyong menambah pula, "I did Jina dirty, I know. I ditched her, and been played around even with her friends...but-"
"Dan kau berani cakap tak faham pasal apa aku tak suka kau?" Jackson memotong laju. "Kau sendiri yang mengaku!" Jari telunjuknya diajukan ke hadapan wajah Taeyong. "Kau tinggalkan dia pada waktu dia paling lemah, dan...bukan setakat 'play around' dengan kawan, tapi dengan kawan baik Jina, ex-girlfriend aku...Kim Dasom!" Luahan Jackson itu seakan sudah dapat diagak oleh Taeyong, justeru reaksi wajahnya juga tidak menunjukkan perubahan yang besar.
Tercetusnya konflik Taeyong dan Jackson menerusi kisah cinta tiga bersegi mereka dengan Dasom. Semenjak kematian Jidan, Jina yang seperti mayat hidup itu menjadi fokus orang ramai, malahan menjadikan hubungan romantiknya dengan Taeyong diperbual dari masa ke semasa. Atas nama reputasi, Taeyong mula menjarakkan diri dengan Jina, yang mana peluang itu diambil oleh Dasom sebagai platform membalas dendam. 
"Kalau nak kata Jina tu tragik, aku rasa kita ni lagi lah..." Jackson menambah. Kelihatan dadanya turun naik seakan menahan sesuatu yang parah dari dalam. "Kau bukan saja rosakkan Jina t-tapi-"
"Kesimpulannya, semuanya salah aku, betul?" Kini Taeyong pula mencantas kata-kata Jackson. Seraya memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar, dia menapak satu langkah mendekati Jackson. "Tapi untuk pengetahuan kau, bukan aku yang rosakkan Jina..." Segaris senyuman pudar tertampal di bibir jejaka itu. "Kwon Jina hanya gunakan aku untuk adik kembar dia, Jidan..." luahnya sayu. "Bila Jina dah jadi tak siuman macam tu, kau rasa orang yang normal macam aku ni akan begitu bodoh nak kekalkan hubungan kami yang aku sorang je bertepuk sebelah tangan?!" 
Secara perlahan, tangan Jackson jatuh ke sisi. Kebenaran kata-kata Taeyong itu seperti realiti yang memukul dirinya. Semua kekusutan berlaku setelah pemergian mendadak Jidan, ibarat suatu sumpahan.
"Habis tu, apa lagi yang kau nak dengan Jina?" Jackson menyoal dengan nada biasa. Dia sudah penat mahu meneruskan pertelingkahan yang tidak berpenghujung sebegini. "A living doll, that's who she is right now...
Senyuman yang terpalit di sebalik wajah Taeyong sukar untuk ditafsikan Jackson ketika itu. Namun yang pasti, Han Taeyong si diktator yang dikenali sejak kecil itu tidak akan berputus asa sekali tidak memperoleh apa yang diingininya. 
"Tak kisah lah dia patung apa pun yang penting...dia hidup...bersama aku." Jelas Taeyong dengan konfidennya. "Kau nampak news kan..." Jejaka itu mempamerkan wajah bersahaja sambil mengundurkan badannya ke belakang. "Ayah takkan jadikan aku waris melainkan aku bernikah dengan Jina Kwon..." 
"Are you kidding me right now? Why would he do that..." Jackson mengecilkan mata merenung sekujur tubuh Taeyong dari atas ke bawah, dengan sinaran yang musykil. 
Menginjutkan bahu, Taeyong menjawab, "Apa kata kau tanya dekat ayah aku..." Mencapai kotak minuman di atas meja, Taeyong bersuara lagi setelah meneguk sedikit minumannya, "Kenapa dia sanggup habiskan beratus ribu untuk rawatan Jina...malah sembunyikan dia daripada media selama tujuh tahun...aku rasa bukan aku je yang curious..."
Kali ini, Jackson memilih untuk berdiam diri. Dia tidak mahu meneka. Kerna kalau tekaannya betul, maka sejak dari awal lagi, Kwon Jina ialah target mereka semua.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^