Koma

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gifv

pqnEres.gif
 
Jun 6, 2015
Hospital Besar Daegu,
Unit Rawatan Rapi II.
Doktor Eunwo mengeluarkan pen torch daripada kocek kot putihnya lalu menyuluh ke kedua mata pesakit wanita di bilik isolasi bernombor 1 itu. Menyaksikan reaksi pupil positif kedua mata pesakit tersebut, bucu bibirnya terangkat sedikit ke atas. "Alert the primary team! Prepare scans ASAP!" beritahunya kepada dua orang jururawat yang bertugas di unit tersebut.
"Baik, Doktor Song." Jawab mereka serentak kemudian mengorak langkah pantas beredar dari situ.
Seusai menekan punat intercom yang terletak di dinding belakang katil, doktor pelatih itu mengimbas lalu nama pesakit yang dilaporkan memiliki tanda-tanda kesedaran pada awal pagi tadi. "Jina...Kwon," Di saat bibirnya menyebut nama empunya bilik selama hampir tujuh tahun tersebut, monitor tepi pada detik sama pula menunjukkan gelombang yang positif.
"Tujuh tahun..." Doktor tinggi lampai berkulit cerah itu tersenyum seraya mengembalikan salah satu wayar yang tertanggal dari permukaan dada pesakit tadi sewaktu melakukan pemeriksaan. "Selamat kembali, Kwon Jina."
***
Tiga hari kemudian,
Unit Pemulihan Carakerja,
Yang kekal berlatih di pejalan khas dewan itu ialah pesakit perempuan memakai memakai tag nama 'Jina Kwon'. Semenjak sedar daripada koma pada tiga hari lepas, wanita berambut ikal mayang paras bahu itu seakan tidak mengenal siang malam, saban hari, kebanyakkan masa dihabiskannya di dalam dewan carakerja.
Tidak jauh dari ruangan pesakit, seorang jejaka berdiri di hujung penjuru sedang memerhatikan gelagat Jina. 
"Kau...dah cuba bercakap dengan Jina?" sebuah tangan menyambar bahu kanan milik jejaka tersebut. Doktor Song berdiri di belakang, turut sama menyaksikan kepayahan Jina yang gigih berjalan menggunakan alatan tersedia biarpun terjatuh berkali-kali.
Tujuh tahun berada dalam koma mengakibatkan otot-otot Jina kejang. Meski laporan imbasan radiologi adalah normal namun ia tidak menjamin yang Jina akan mampu berjalan seperti dahulu tanpa latihan fizikal berperingkat.
Jackson membebaskan sekat di dalam tekaknya sambil memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar. Wajahnya ditundukkan. "Aku tak rasa dia ingat dekat aku," sahutnya mendatar. "Dan aku pun belum bersedia untuk jawab soalan-soalan dia nanti," suara Jackson semakin perlahan, hinggakan Doktor Song secara automatik menapak langkah mendekatinya.
"Sebenarnya..." Doktor Song berbicara di samping meletakkan genggaman tangan di hadapan mulut. "Jina bukannya hilang ingatan sepenuhnya, dia cuma...terlalu lama koma sebab tu ingatan dia agak payah sikit nak hurm," 
Jackson tertawa kecil menerima penjelasan daripada teman satu universitinya dahulu itu,"Itu lah pasal...aku risau sebab aku tak tahu apa yang dia ingat dan yang tidak...I'm lost! A-Aku t-tak tahu macam mana...ah, !"  
Sebagai pemerhati dan pendengar, Doktor Song Eunwo membiarkan saja Jackson meluahkan segalanya. Pandangan matanya lebih tertarik ke arah tubuh kecil Jina, yang dari tadi masih di fasa membuka langkah dengan kakinya, dan kedua tangan sebagai penyokong pada palang pejalan kaki tersebut.
"Tujuh tahun aku bawa dia tukar hospital untuk lari daripada liputan media yang tak tentu pasal...dan sekarang ni, sejujurnya, aku tak tahu macam mana lagi nak sembunyikan dia daripada semua orang!" Kedua tangan Jackson kini hinggap atas rambutnya, gaya seperti mahu memulas segalanya sebagai jalan penyelesaian.
Kening belah kanan Doktor Song ternaik ke atas apabila Jackson menyebut sesuatu yang menarik perhatiannya, "Sembunyikan dia daripada semua orang?" Dia mengulangi ayat akhir Jackson tadi sambil melemparkan muka penuh persoalan kepada Jackson di sebelah.
Mengangguk lemah, Jackson memfokuskan semula pandangan ke arah Jina, "Kalau boleh, aku nak je dia lupakan segalanya..." 
Di penghujung kata-kata Jackson, kerut pada dahi Doktor Song malah bertambah, "Habis tu?" Kali ini, tubuhnya sudah sepenuhnya menghadap Jackson, "Kenapa bagi dia diari tu?" soalnya bersulam nada yang sedikit melonjak.
"D-Diari?" Jackson membalas menyoal kembali. "Diari apa?" 
Buat seketika, dua jejaka itu hanya bertentang mata tanpa siapa pun bersuara. Di dalam dewan yang hanya didiami beberapa orang itu, jelas kedengaran suara rintihan Jina yang masih setia menjalani latihannya.
"Aku yakin di dalam bungkusan yang Jina terima semalam...turut disertakan satu kad..." Doktor Song memecah kesunyian di antara mereka dengan sebuah lagi berita misteri...
Pucat lesi muka Jackson jadinya, bibirnya berkumat-kumit seperti hendak berkata sesuatu, namun tiada perkataan yang berjaya terluah.
"It's an invitation...I think," sambung Doktor Song lagi.
***
Jina Kwon,
Anda telah dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan Encik Jungkok John dan Cik Nana King pada August 29 bertempat di Hotal Le' Meridian, Seoul.
Di ruang udara hadapan mulut Jina, terbentuk kepulan haba yang terhasil daripada nafasnya sendiri. Pandangan matanya kelihatan sayu, memandang kosong ke arah kad jemputan yang diterima kelmarin, bersama-sama sebuah diari lama atas namanya.
"Jungkok John..." bibirnya mengucap perlahan nama pengantin lelaki yang tertera pada kad tersebut. Seiring dengan sebutan, perasaan aneh menular ke pelusuk jantungnya. Dalam sesaat, dia seolah-olah terbayangkan bisikan suara-suara yang mengersing di tepi telinga.
"Kalau berdua je, boleh tak...Jina panggil oppa '' Jun'?"
"Senyuman Jina buat Jun tak dapat tidur semalaman..."
Apa semua ni?
"Kenapa di sini..." Telapak tangan Jina disinggahkan ke permukaan dadanya. "R-Rasa macam nak...meletup?" Emosi yang terjana dari dalam itu terlalu serabut untuk ditafsirkan, dan dia hanya mampu mengeluh kerana segala-galanya seperti berada di luar kawalan.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^