Penawar

infectious ONESHOT
 
Penawar

Hyuna | Luhan | Jessica

"Weh," Jerkahan Jessica, senior tingkatan enam tinggi itu kedengaran bingit sekali. "Kalau senior suh minta maaf, buat jelah!" Badan Hyuna yang kaku itu ditenung dari hujung rambut sampai ke kaki. 

 

'Fuh, berani betul orang baru ni duduk dekat meja makan aku? Cis. Nak makan penampar ni...' Fikirnya dalam. Semakin membuak-buak perasaan marah di dalam hati.

 

"Kau takde mulut ke? Kuang ajaq!" Hayunan tangan Jessica di udara digenggam seseorang dari belakang. Kini, semua anak mata tertumpu ke arah seorang pemuda yang muncul dari kelompok pelajar di sekeliling. 

 

"Jessica Jung, cikgu kelas kita nak jumpa kau sekarang." Satu tangan Luhan memegang pergelangan tangan Jessica yang berada di udara manakala sebuah lagi tersimpan rapi di dalam kocek seluar. 

 

Jessica meniup helaian rambut yang mengena permukaan bibirnya. Kepalanya ditoleh sedikit ke belakang. Sebaik saja wajah Luhan menjadi tatapan, pandangan mata Jessica yang tajam tadi berubah jinak; senyuman di bibirnya tidak mampu disembunyikan. 

 

"E-Eh Luhan oppa!" Jessica berpaling ke arah Luhan. Kepalanya tunduk penuh hormat. "O-Oppa d-dah lama ke..." Tidak sempat bertanya, tubuh Luhan telah melimpasinya.

 

Bayu dingin menghempas pipi Hyuna. Sejak tadi, anak matanya berpusat ke lantai kafeteria itu. Ini merupakan hari pertama dia datang ke sekolah tersebut. Mana mungkin dia tahu tentang peraturan meja senior bagai ni. Malas berbalah, dia hanya mendiamkan diri dan enggan bersuara. 

 

Langkah Luhan berhenti di depan Hyuna. "Bila lagi kau keluar hospital?" 

 

Degupan jantung Hyuna mula berganda pabila persoalan Luhan menerpa telinganya. Serentak itu, wajahnya mendongak ke atas. Langsung berkerut dahinya. Siapa dia ni? Bagaimana dia boleh tahu tentang hospital? 

 

Melalui pandangan asing Hyuna, Luhan dapat mengagak yang gadis itu tidak berjaya mengenalinya. Terbit perasaan hampa di dalam hatinya, namun sekarang bukan masa yang sesuai untuk menjelaskan. 

 

"O-Oppa kenal ke dengan orang ni?" Tidak mahu ketinggalan, Jessica menapak langkah sehingga berada di tengah-tengah Luhan dan juga Hyuna. Pandangan matanya berselang-seli melihat mereka berdua. Perasaan curiga, marah, dan cemburu berbaur di dalam kalbu. Dia berasa terdesak untuk melakukan sesuatu. 

 

"T-Tadi oppa cakap c-cikgu nak jumpa Jessica k-kan? Jom ah teman Jessica pergi sekali..." Lengan Luhan dipaut tanpa izin. Jessica tersenyum malu dengan perbuatan beraninya tadi. Mata-mata yang memandang tidak tahu, betapa besar maknanya dia dapat bersentuhan kulit dengan Luhan macam ni.

 

Hyuna perhatikan pegangan Jessica terhadap Luhan. Seraya itu, wajahnya kembali melihat lantai. Entah mengapa, perasaan pilu mengisi ruang dadanya. 

 

Ekspresi Luhan semakin mengelirukan Jessica. Sejak tadi, dia asyik melihat ke arah Hyuna. Jessica cuba menarik tangan Luhan agar beredar sama namun Luhan masih tidak mahu berganjak.

 

'Dia dah tak ingat dekat aku. Perempuan ni...' bisik Luhan perlahan namun masih dapat didengar oleh orang yang berdekatan, termasuk Hyuna dan Jessica.

 

Semakin berkerut dahi Jessica. Sinar matanya kembali seperti tadi. Setiap inci wajah Hyuna diteliti. Tidak semena-mena, perasaan marahnya terseru kembali. Apa sebenarnya hubungan pelajar baru tu dengan Luhan? 

 

Antara sedar dengan tidak, Hyuna mengeratkan genggaman tangannya. Liur pahit yang bertakung di dalam anak tekak semakin terasa. Dia cuba mengusirnya dengan susulan batukan yang lemah namun tidak berhasil.

 

"Oppa, jom lah...kata tadi cikgu nak jumpa kita," gesa Jessica. Berkertak giginya menahan geram di dalam dada apabila Luhan langsung tidak mengendahkan dirinya. 

 

Hyuna akhirnya menanya, "Kau...kenal aku?" Wajahnya masih menghadap lantai. Entah sejak bila, perkara seperti bertentang mata dengan orang telah menjadi sesuatu yang berat untuk dilakukan. Keluar masuk hospital kerana memerlukan permindahan darah, Hyuna lebih selesa berada di dalam hospital. Orang yang tidak sihat sepertinya mungkin tidak sesuai untuk bersekolah. Kalau bukan kerana hasrat arwah ibu, dia tidak akan menjejakkan kaki ke sekolah.

 

Kerana selama-lamanya hidup terperuk di dalam rumah lebih baik daripada menerima pandangan serong daripada orang yang tidak dikenalinya.

 

Luhan mendekatkan jarak dia dan Hyuna. Tanpa segan, dia melipat lengan baju sehingga ke paras atas tangan. "Lihat parut ni..." Parut pada permukaan lengan Luhan itu jelas memberi kesan terhadap Hyuna yang menekup mulutnya terkejut.

 

"Tahun lepas, aku dimasukkan ke dalam hospital Seoul..." 

 

* * *

 

Keluar saja dari bangunan peringatan, Luhan mempercepatkan langkahnya. Hyuna yang berpakaian dress serba putih ditinggalkan jauh di belakang. 

 

Kelopak mata Luhan semakin memberat. Di setiap hujung nafas, dadanya sendat menyukarkan pernafasan. Sama sekali dia tidak menyangka, gadis yang dimasukkan ke dalam hospital bersamanya pada tahun lepas ialah kakak kembar kepada Hyuna, Yuna. Dan Yuna, sudah tidak ada di dalam dunia ini. Luhan hanya mampu menerima kenyataan apabila Hyuna sendiri membawanya ke mari.

 

Cinta pertamanya itu telah lama pergi. Padanlah gadis itu tidak pernah lagi membalas surat dan mesej selama ini.

 

Kelibat Luhan makin menjauh, dan Hyuna tiada pilihan kecuali hanya memerhatikan. Peti memori yang menyakitkan terbuka lagi. Tiada penawar yang mampu mengusir malapetaka di dalam hati dan kalau ada sekalipun, Hyuna tidak yakin untuk memaafkan dirinya atas segala yang menimpa Yuna. Kalau bukan kerana pembedahan pemindahan buah pinggang setahun lepas, kakak kembarnya pasti masih bernafas, bergelak ketawa seperti selalu. Atas ketentuan takdir, tanpa rela, roh dan jasad Yuna telah dipadamkan dari alam realiti.

 

***

 

Loceng terakhir sudah lama berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas Tingkatan 6-4. Beberapa minit kemudian, kedengaran detapan tapak kaki memasuki ruang kelas. Destinasi Luhan ialah ke meja Hyuna. Walaupun sudah bergelar pelajar kolej, dia masih meluangkan masa ke sekolah lamanya. 

 

"Hoi bangun!" Luhan menunjal kepala Hyuna. Boleh pula gadis itu terlena macam ni. Wajah pucat Hyuna menerbitkan perasaan gusar di dalam hati Luhan. Samada Hyuna sengaja ataupun tidak reti menjaga diri, Luhan tidak larat hendak mencari jawapannya. Yang dia tahu, Hyuna ialah seorang kawan yang bernilai. Dan sebagai seorang kawan, dia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga gadis itu...di setiap masa. 

 

"Makan ubat!" Sebuah kotak ubat yang tertera perkataan 'hematinic' diletak dekat ke sisi wajah Hyuna. "Tulah pasal malas nak makan ubat, sebab tu selalu tidur waktu kelas...eei!" Luhan mula meleter. 

 

Hyuna menggosok kedua mata. Tubuhnya ditegakkan. Tangannya menggeliat lepas bangun. Dengan mata masih tertutup, dia membalas, "Ubat ni makan sekali je lah...huh, kacau betul orang nak tidur." Ujarnya sambil mencebik bibir. "Kau bukan ada date dengan Jessica ke...alih-alih nak jugak kacau aku tidur...haih." Sambung Hyuna. 

 

Apabila kabur matanya kian menghilang, tiba-tiba kehadiran satu lagi tubuh manusia bersebelahan Luhan serta-merta mengejutkan Hyuna. Warasnya kembali normal. "Woah!" Hyuna menjerit dengan tangan di atas dada. "Terkejut aku! Aish." Serunya lagi.

 

Jessica berusaha menahan tawa. Dia cuba menayangkan wajah straight seperti selalu namun kali ini ia tidak berhasil. Luhan di sebelah menyiku lengan Jessica dengan aksi comel. Mereka berdua saling tersenyum. Couple lah katakan. Baru official bulan lepas.

 

Hyuna menarik muka masam. Dah lah tidur diganggu, boleh pula diorang berdua tersengih-sengih di hadapan mejanya. Macam perangai budak menengah dah. 

 

"Yah, please..." Hyuna membuka suara sekecil-kecilnya. Luhan dan Jessica merupakan senior yang berbakti di dalam hidupnya. Setelah berpindah ke sini setahun lepas, walaupun pada awalnya timbul sedikit salah faham namun setelah segala-galanya terlerai, perhubungan mereka bertiga semakin erat. 

 

Hyuna yang dilahirkan serba kekurangan dapat merasakan nikmat persahabatan melalui Luhan dan Jessica. Tanpa mereka, dia tidak akan dapat menangai masalah murungnya selama ini semenjak kematian Yuna. 

 

"Kau tanya Lu! Dia tu yang beria-ia nak datang pantau kau makan ubat ke tak...hurm. Geram aku." Jessica merapatkan tangan ke dada. Bibirnya muncung konon merajuk. Luhan pula tersipu-sipu di sebelah, menyaksikan gelagat comel teman wanitanya. 

 

"Tsk. Tak baik marah, nanti cepat tua...hehe." Usik Luhan separuh serius. 

 

"Ah ah, tak dengar!" Ingin memprotes, Jessica segera menekup kedua telinganya.

 

Hyuna terhibur sama. Walaupun pada awalnya, dia tidak begitu selesa bergaul dengan Luhan, juga Jessica, namun atas dorongan mereka, hatinya sedikit terbuka. Mereka selalu menegurnya kerana bersikap terlalu menyendiri. Kebelakangan ini, Hyuna selalu memikirkan persoalan itu. Akhirnya, dia mengetahui jawapannya...

 

Terlalu mudah menerima hadirnya kasih seseorang itu, tetapi untuk menerima kenyataan bahawa orang dikasihi itu telah pergi adalah suatu proses yang sungguh memenatkan.

 

"Kawan-kawan, terima kasih kerana menjadi penawar...hati ini," Hyuna berbisik sambil tersenyum.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD