Kaleidoskop

infectious ONESHOT
 
Kaleidoskop

 

Zuup! Mataku terbuka luas. Dadaku turun naik bak gerabak KTM. Sesaat kemudian, aku duduk bersila sambil menggeliat malas dan memerhatikan setiap pelosok di dalam bilikku. Keluhan aku pada pagi ini amatlah panjang daripada biasa. Aku menyentuh bibirku dan terbayangkan mimpi tadi. 

 

“Hmm, apelah punya mimpi,” gumamku sendirian.

 

Aku menekup wajah yang berkeringat dek termimpikan benda bukan-bukan. Hari ini merupakan hari bersejarah kerana keputusan peperiksaan Professional II untuk Ijazah Doktor Perubatan bakal diumumkan. Hari ini aku akan tahu sekiranya aku layak untuk menjadi doktor dalam masa tiga bulan lagi ataupun, sob sob, terpaksa mengulang. 

 

Yong Hwa. 

 

Bahuku jatuh, pandanganku berpusat ke arah seutas rantai tangan 'Pandora' yang melingkari di pergelangan tangan ini. Ada tiga manik yang menghiasi braceletku. Setiap manik membawa simbol yang tersendiri; salah satu merupakan hadiah daripada mak setelah aku berjaya memasuki fakulti doktor perubatan; satu lagi dihadiahkan oleh Kai dan yang terakhir merupakan... 

 

Tit, Tittt. You have a new message. 

 

Dengan laju tangan aku mencapai handphone yang terlantar di tepi meja. 

 

‘Perhatian kepada Pelajar Perubatan Tahun Akhir : Keputusan Peperiksaan Perofessional II telah ditampal di Dewan Canselor. Sila berkumpul di halaman Sekolah untuk mengambil gambar. Harap maklum.’ 

 

‘Krokkk…’ Ok, tak yah cari tu bunyi ape, because it’s from my stomach. Lapor-nye. Sob sob.

 

Aku membuat wajah sepuluh sen sambil memegang perutku yang minta diisi itu. 

 

Yong Hwa. 

 

Aku teringatkan dia lagi – Yong Hwa, adik tiriku. Kami telah tinggal sebumbung selama empat tahun sejak ayah meninggal dunia. Dan selama itu jugalah dia yang telah menyediakan breakfast, lunch, dinner, supper…segala macam dishes semua dia boleh buat. Aku yang bergelar hawa ni pun, tak boleh nak kate ape lah. 

 

Yong Hwa. Dia melanjutkan pelajaran ke luar negara pada lima tahun yang lalu, iaitu ketika aku berada dalam tahun pertama pengajianku. Dia pernah berjanji akan kembali untuk menemaniku tapi aku tahu, dia tipu. Dan yang lucunya di situ, dia juga seolah-olah tahu bahawa aku dapat mengagak penipuannya itu. So, kiranya kami dua-dua saling menipu dan tertipu lah – dengan redhanya.

 

Tit, Tittt. You have a new message. 

 

Aku mengeluh kecil sambil menekan butang “read” dan sejurus selepas aku melihat nama si pengirim, mataku bagai nak tersembul keluar. 

 

“Huh? Oppa? Oppaaa…”

 

Kai.

 

Kai-oppa… Kai-oppa is backkk? Habislah. Disaster. Ok, yang aku takut sangat ni apesal? Reminder kepada Jun yang bakal bergelar doktor : Kai tu ex-boyfriend yang kau tinggalkan macam tapau cina lima tahun yang lalu. Kau dah lupa ke, meh rewind sikit… 

 

________________________________________ 

 

“Kai, jom break.” 

 

1 saat… 2 saat… 3 saat...

 

Kai merentap pergelangan tanganku dan menarik aku untuk menghadap wajahnya. Serius benar pandangan matanya ketika itu. Hatiku yang tak berapa nak parah pun tiba-tiba jadi parah. 

 

“Break? Hmmph!” 

 

Aku menggenggam tanganku dengan erat. Steady Junnie, you can do this. This is for the benefits of both of you. Let him go, just let him go. 

 

“Kau dengar sini baik-baik Jun, aku tak kisah kalau kau nak break pun. I’m cool. Tapi...” kata-katanya terhenti di situ. 

 

Aku yang menahan nafas sejak tadi akibat terlalu berdebar dengan pernyataannya itu terus terbatuk di hadapan mukanya. Dia lantas merapatkan matanya, tempias aku terkena pada bibirnya yang seksi itu. Ouch. What a timing. Tergetar-getar tangan aku hendak mengelap kesan tempias itu pada bibirnya, namun pada saat jariku bersentuhan dengan bibirnya, matanya terus terbuka dan tangannya yang satu lagi bertindak memegang pergelangan tanganku. Aku terkesima. Pandangan matanya yang tajam bak pisau cukur ketika itu membuatkan aku kehilangan kata-kata. 

 

“Perjanjian kita sampai di sini saja, Jun. Selepas ini, kau tak layak lagi menyentuh mana-mana bahagian tubuh aku.” 

 

Nasib baik aku tak terbatuk lagi dek terdengar ayat machonya itu. Geli semacam je aku dengar. Lantaran itu, aku berdehem dan melarikan anak mata daripada pandangan lasernya itu. Aku ingin menarik tanganku semula namun dia masih tidak meleraikan pengangannya. Aku hairan, dan aku cuba tarik lagi tapi dia masih pegang dengan erat. 

 

“Yah, Kai! Kau cakap aku tak layak nak…” Sebelum sempat aku menghabiskan kata-kata, bibir Kai sudah hinggap pada bibir milikku. Aku kaku di situ. Dia memegang leherku dan mendekatkan wajahku ke arahnya. Dengan selamba je dia French-kiss kan aku. 

 

“Kau tak layak sentuh aku, tapi aku boleh sentuh kau bila-bila masa aku nak.” Sepatah demi sepatah dia ucap, macam lah aku ni budak sekolah rendah baru nak belajar membaca. Aku menggerenyotkan bibirku. 

 

‘What a brat! Dia ingat aku ni ape? Handphone touchscreen? Mmm,’ gerutuku dalam hati. 

 

Aku ingin mengelap kesan ciumannya itu namun sekali lagi dia menyekat tanganku. Aku membundarkan mata ke arahnya. “Yah, kau ni kenape? Uh? Aish, dah memang dari awal lagi kita couple sekadar untuk buat Jessica naik berang, yang kau ikut perasaan sangat ni kenapa, hah?” 

 

Kali ini, aku benar-benar marah. Aku sudah tidak peduli dengan latar belakangnya sebagai ketua gangster dalam sekolah kami. Lantak lah. Aku tak kisah cinta-cinta ni. Aku couple dengan dia pun sebab nak buat adik perempuan tiri aku, Jessica, cemburu. Biar adik tiri perempuan aku rasa macam mana perasaan apabila seseorang yang kita sayang dirampas daripada kita. Dia merampas mak daripada aku dan aku rampas boyfriend dia, same-same. 

 

“Kau kejam, Jun…tak pernah aku nampak perempuan tak berhati perut macam kau ni.” Aku menarik tanganku dengan kasar. Okay, dia nak main kasar, aku pun boleh. No problem. 

 

“So what? Kau nak bunuh aku sebab aku kejam? Well, go ahead then…like I care.” 

 

Dia ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan daripada aku itu. Aku mulai dibelenggu perasaan tidak sedap hati. Lain macam je ketawa mamat ni, macam kelawar pun ada. 

 

“Yong Hwa.” 

 

Sejurus selepas nama itu terpacul daripada mulutnya, jantungku seolah-olah terhenti pada saat itu juga. Kenapa dengan Yong Hwa? Kenapa dia menyebut nama budak tu? Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya ke arahku semula. 

 

“Kau kisah pasal Yong Hwa kan. Adik tiri special ko tu. Kau ingat aku tak tahu kamu tinggal sama-sama?” Aku menyilangkan siku ke dada dan mencebik bibir. 

 

“So? Memang kami tinggal sama-sama, semua orang tahu kot. Kau baru tahu ke?” balasku acuh tak acuh. 

 

“Please-lah Jun. Aku tahu kau suka dia, kau suka adik tiri ko…kan?” 

 

Aku terdiam. Kata-kata Kai itu memang…mengena tepat ke dalam teras hatiku. 

 

“Kau tahu tak yang Yong Hwa tu sebenarnya tak ada sakit apa-apa pun? Apa punya dyslexia kejadah, itu semua tipu! Kau...tak tahu kan?” Kai menaikkan kening kanannya sambil mempamerkan senyuman yang sinis pada wajahnya. Aku membulatkan mata, “Huh? A-Apa yang kau merepek ni?” aku menyoal dengan nada tersekat-sekat. 

 

“Adik tiri kesayangan kau tu tak sakit ape pun…dia saja buat-buat sakit agar dapat ambil kesempatan dengan orang bodoh macam kau ni! Ayah dia, ops…I mean ayah korang tu kan orang kaya, takkanlah dia tak tinggalkan sikit harta pun untuk Yong Hwa? Mengapa Yong Hwa tiba-tiba sibuk nak tinggal dengan kau selepas kemalangan ayah korang? Tak pernah terfikir? Ke…kau bodoh sangat tak perasan benda-benda macam tu?” 

 

Kai tersenyum puas manakala aku pula yang terpinga-pinga mendengar kata-kata tomahannya itu. Dadaku terasa pedih sekali, nafasku menjadi semakin singkat dan…air mata sudah mulai bertakung pada kelopak mata. 

 

“Yong Hwa nak tidur dengan kau je, dia sendiri yang bagitau aku dulu. Lepas dia pakai ko, bye-bye. Kau mesti nak tau kenapa dia buat macam tu kan? Alasannya sama macam kau, dia nak balas dendam sebab kau rampas ayah dia. Katanya, ayah dia kemalangan sebab nak jumpa kau…kononnya nak bagi hadiah kaleidoskop sempena hari lahir ke-15 kau,”

 

________________________________________

 

'Jun, kau mesti kuat. Tak, kau TERPAKSA kuat. Biarpun semua orang panggil kau bodoh, kau senang diambil kesempatan, kau tak boleh goyah. Kau harus berjalan ke hadapan dan buktikan yang kau tu lebih baik daripada diorang,

 

Itulah kata-kata semangat yang sering aku tanamkan dalam jiwa ini. Namun, tidak kira betapa berusahanya aku, pada setiap penghujung hari, aku TETAP teringatkan dia, dan dia. Tidak kiralah betapa aku menanam perasaan benci terhadap mereka yang berbuat begitu terhadapku, namun pada setiap malam, aku TETAP termimpikan mereka. Agaknya, inilah yang dikatakan...balasan. 

 

Tic Tic Tic. 

 

Setiap pagi, selepas aku bangun daripada tidur aku akan berfikir sendirian, mengamit masa lalu dan setiap saat jam itu berdetik, jantungku juga seolah-olah turut berdegup dengan detik yang sama. 

 

Ada satu petikan dalam drama yang aku nonton dalam TV, ia berbunyi begini, 

 

Dunia ini bagaikan cermin. Sekiranya kita bermusuhan dengan dunia, maksudnya kita bermusuh dengan diri kita sendiri. Sekiranya kita senyum dengan dunia, dunia pun turut tersenyum dengan kita. 

 

Dengan erti kata lainnya, dunia ini adil. Kalau kita buat orang sakit hati, suatu hari nanti, kita juga akan kena, malah mungkin berlipat kali gandanya. Samalah situasinya seperti aku. Kerana dendam, aku menyakiti orang di sekelilingku, aku merampas Kai daripada adik tiri perempuanku, Jessica. Aku menggelar Yong Hwa bodoh dan perampas dalam khalayak ramai untuk memalukannya, padahal aku tidak kurang bezanya. 

 

Aku Jun. 

 

Kaleidoskop itu terlalu indah buatku tapi sayang konsepnya tidak bersesuaian dengan diriku. Kerana takdir, aku berubah, aku menyakiti orang yang tidak bersalah. Natijahnya, aku sendiri yang menanggung penderitaan. Aku kehilangan kawan-kawan sekolah menengahku; aku kehilangan saudara-mara terdekatku; dan aku kehilangan kaleidoskop yang menerangi hidupku. 

 

Yong Hwa. 

 

Baru kini aku sedar bahawa dialah insan yang paling berjasa dalam hidupku. Dan baru kini aku sedar bahawa selama ini, aku sebenarnya tidak pernah membencinya dengan seluruh ragaku.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD