Rahsia Hati

infectious ONESHOT
 

Rahsia Hati

'Ah, nervous-nye...' Peluh mula bercambah di atas permukaan dahi Hani. Mulutnya sibuk meniup rambut yang hinggap ke tepi bibir. Terbit sedikit kesal di dalam hati kerana tidak mengikat rambutnya. Gara-gara mahu tampil seperti girl-next-image yang konon sempurna, dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja rambut panjangnya terjurai.

 

Hari ini, dia harus kelihatan lebih cantik daripada sesiapapun. Biar tidak memiliki latar belakang keluarga secantik pelajar-pelajar perempuan yang lain, dia nekad membuktikan bahawa Jung Hani dengan tulus ikhlasnya memuja Kang Suho, senior tahun akhir di sekolah mereka yang turut menyandang jawatan Ketua pengawas, dilabelkan sebagai pelajar berprestasi cemerlang malah ialah atlet harapan yang telah menjunjung nama sekolah hingga ke peringkat negeri dalam bidang sukan memanah.

 

"Suho-Suho oppa dah keluar! Dia d-dah keluar!" Teriakan salah seorang pelajar perempuan dari arah bangunan pelajar tingkatan enam bertindak seperti penggera kepada segerombolan pelajar perempuan yang bersama menunggu di bahagian bawah bangunan peperiksaan tersebut.

 

Mata Hani membundar. Pandangannya berpusat ke kawasan tangga hadapan bangunan tempat mereka berkumpul. Setiap detik, dia seolah-olah dapat mendengar degupan jantung sendiri. Sekejab laju, sekejab terhenti akibat tahan nafas dek terlalu cemas. Tangannya dilekapkan pada pemukaan mulut. Laungan para pelajar yang lain semakin menyemarakkan suasana namun Hani berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

 

'Oppa, jaebal...H-Hani cuma nak tengok senyuman oppa...macam selalu. Jaebal...itu pun...dah mencukupi.' Telapak tangan Hani disatukan di hadapan dadanya. Matanya dipejam erat bagi melafazkan doa di dalam hati.

 

Bagi Hani, senyuman senior-nya itu ibarat penawar kepada segala permasalahan yang dihadapinya dahulu dan sekarang. Dia tahu, Suho ada ramai peminat, dan dia merupakan salah satunya. Hani sekadar mahu menyukai jejaka itu dengan sendiri. Dia malah sentiasa mendoakan agar Suho memperoleh teman wanita yang selayak-layaknya. Kerana jauh di dasar hati, Hani mengerti, tidak semestinya jikalau kita memendam perasaan suka terhadap orang itu, kita harus hidup semati dengan mereka. Mungkin hari ini, hati ini terpaut kepadanya namun esok hari pula, bisa terjadi ada lagi yang lebih baik datang bertandang ke taman hati...

 

"Kyaa! Suho-oppa! Suho oppa!"

 

Sungguh membingitkan telinga paduan suara-suara peminat. Ibarat lebah-lebah yang pulang ke sarang, mereka semua sekaligus menyerbu ke hadapan tangga, massing-massing mahu menyerahkan hadiah buat Kang Suho. Maklumlah, ini merupakan hari terakhir peperiksaan. Boleh jadi, selepas ini mereka takkan dapat menemui Suho lagi. Ada khabar angin yang mengatakan Suho akan bercuti bersama keluarga sebaik saja peperiksaan tamat. Oleh itu, jumlah pelajar perempuan kali ini dua kali ganda daripada kebiasaannya. 

 

"Ya, Yah! S-Sabar la, woi!" Park Chanyeol, iaitu pelajar nerd berkaca mata tebal, juga merangkap kawan rapat Suho yang terlebih dahulu bersuara. Suho di sebelah memaparkan wajah manis seperti selalu. Kesian Chanyeol, kewujudannya seolah-olah tidak dipedulikan. 

 

"Woi perempuan!" Seganas-ganas beliau namun mulut dan personaliti tidak lah se-nerd penampilannya. Kalau perlu, dengan cikgu-cikgu pun dia boleh bersuara lantang. 

 

Terkedek-kedek Hani ke kiri lalu ke kanan semata-mata mahu menyaksikan wajah Suho yang digerumuni ramai orang itu. Alih-alih, Park Chanyeol juga yang menjadi tatapan kerana layanan dingin orang di sekeliling terhadapnya. Terbit perasaan kesian di dalam hati Hani namun apakan daya, bukannya dia boleh mempraktikkan teknik judo-nya dengan pelajar-pelajar di situ. Susah pula kalau ada yang tercedera nanti. Dan sama sekali, dia tidak mahu menimbulkan kekecohan, lebih-lebih lagi apabila Suho ada bersama.

 

Sudah menjadi prinsip Jung Hani agar tidak mendekati Suho lebih daripada lima meter. Sebabnya? Kerana dia risau kalau-kalau Suho bertembung mata dengannya—seperti pertama kali bersua enam bulan lalu. Tengok dari jarak jauh pun tangkai jantung dah rasa nak putus bagai, apatah lagi kalau dah dekat?

 

'Aww, kesian Suho oppa. Baru lepas periksa, mesti penat...hmm.' Pandangan mata Hani jatuh ke tangannya. Di sebalik genggaman erat tangan, tersimpan sekotak hadiah kecil.

 

'Nampaknya hari ni pun tak dapat nak bagi dia...hmm, takpe lah saya letak dekat loker oppa je...yang paling penting, hadiah ni sampai dekat tangan dia. Tak kisah lah kalau tak dapat serah sendiri...' Hani membisik sendirian. Perlahan-lahan dia membuka langkah untuk beredar.

 

Di setiap langkah, Hani asyik menoleh ke belakang. Sekurang-kurangnya dia mahu melihat wajah oppa-nya. Entah mengapa, situasi sekarang ini berasa begitu menyakitkan hati. Dadanya terasa panas. Dia seolah-olah tidak mengerti cara untuk bernafas. Saluran pernafasan seakan-akan tertutup. Kelopak mata pula terasa semakin memberat. 

 

Sedar-sedar saja, Hani telah tiba di kawasan loker senior lelaki. Pandangan matanya berpinar-pinar akibat terjahan air mata sehingga membasahi pipinya. 

 

"Le-Lepas ni, Suho-oppa d-dah nak t-tamat...form six...huhu...H-Hani t-tak d-dapat nak j-jumpa d-dia l-lagi...uuuhuu," Ibarat kanak-kanak yang terpisah daripa orang tua, menyusuri lorong lenggang tanpa satupun kelibat manusia itu, Hani gagal membendung perasaan hambar dan pilu di dalam palung hatinya.

 

"J-Jung H-Hani, ka-kau kena b-belajar bag-bagus b-baru d-dapat pe-pergi uni-universiti Se-Seoul...da-dan berju-jumpa de-dengan S-Suho o-oppa...aaahhh," 

 

Tahun lepas, Hani pindah masuk ke dalam keluarga sebelah ayahnya kerana sebelum ini, dia tinggal bersama emak namun setelah kemalangan menimpa si ibu, beliau dipisahkan daripada Hani. Kedua orang tuanya bercerai sejak dia melangkah ke sekolah rendah lagi. Walaupun ada kalanya tidak sefahaman namun si ayah masih mengambil berat terhadap dirinya. Dalam seminggu, ayahnya akan datang melawat sekurang-kurangnya sekali. Oleh itu Hani tidak pernah berasa jauh dengan ayahnya. Namun keadaan sedikit demi sedikit berubah pabila emaknya meninggal. Menetap bersama dengan ayah yang telah berkeluarga baru bukanlah perkara mudah...

 

Hani menyandarkan tubuhnya di bawah loker milik Suho. Kedua kakinya didekatkan ke depan perut. Kotak hadiah tadi diletakkan di sebelah kiri. Kepala lutut menjadi penampung bawah dagunya. Air mata masih bercucuran jatuh. Hani mencuba namun tidak berjaya. Hatinya bertambah pilu teringatkan emaknya yang meninggal pada tarikh sama tahun lepas, iaitu hari ini. Sungguh, dia begitu merindui kehangatan emaknya. Walaupun takdir memisahkan mereka berdua namun dia tidak bisa mengusir perasaan bara yang membiak di dalam salur jantung. 

 

"Kau buat apa depan loker aku?" Suara Chanyeol kedengaran dari tepi. Hani terkesima. Serta-merta dia berdiri namun kepalanya terhantuk pula dengan tepi pintu loker yang terbuka. 

 

"Ahh," rintihnya seraya mengusap-ngusap bahagian atas kepala yang mengenai bucu loker tadi. 

 

Chanyeol mengimbas Hani sekali lalu. Bibirnya menyeringai dengan sendiri. "Huh, here we go again. Another fangirls..." ujarnya acuh tak acuh. Renungan matanya dingin. Bukan itu saja, tubuh Hani yang masih membatu di situ langsung tidak diendahkan. Dengan selamba, Chanyeol mendekatkan jarak mereka berdua. 

 

"For your information, this was always been my locker, Miss Jung Hani." Sepatah demi sepatah perkataan itu meluncur pedas daripada mulut Chanyeol. Sambil tangan kanannya mencapai barang-barang di dalam loker, hampir tiada jarak memisahkan di antara mereka.

 

Mulut Hani ternganga luas. Tanpa sedar, setiap inci wajah Chanyeol diperhati dengan penuh teliti. "L-Loker ni...k-kau y-yang p-punya?" Terketar-ketar luahan suara Hani tadi. Kedua tangannya digenggam erat di sisi. 

 

Chanyeol membuka kaca mata tebalnya lalu meraup rambut tanpa mengambil kisah akan bagaimana ia bakal kelihatan nanti. Hampir tersembul keluar anak mata Hani menyaksikan perubahan wajah Chanyeol itu. Pada detik itu, masa seolah-olah berhenti. Rupa-rupanya selama setahun dia di sini, orang yang selama ini dianggap ialah Kang Suho...

 

"Dah puas tengok? Boleh tak kau blah sekarang?" Chanyeol bersuara dengan nada mendatar. Dari tadi dia fokus terhadap barang-barang di dalam loker, dan sesekali itu anak matanya mengerling ke arah Hani. Dia pelik juga, kerana Hani tak berganjak pun. Di setiap saat, dia seolah-olah merasakan haba mengenai permukaan kulit lehernya.

 

"Kalau boleh, aku nak tukar baju dekat sini...so, boleh tak kau datang kemudian?" Chanyeol menyambung. Mulutnya diketap keras. Geram dan bingung dengan sikap Hani. Bukan dia tak tahu, pelajar perempuan bernama Jung Hani itu selalu menghantar hadiah ke lokernya semenjak enam bulan lepas. Dia juga tahu, hadiah-hadiah tersebut sebenarnya ditujukan buat Kang Suho kerana penama di setiap hadiah itu ialah Suho. Siapa lah perempuan yang sampai tersalah loker nak bagi hadiah, dia sering bersoal sendiri namun tidak pernah terdetik untuk memberitahu Hani tentang kesilapan itu.

 

Chanyeol malas ambil tahu. Baginya, asal dapat tamat sekolah menengah tinggi pun dah cukup bagus. Dia bukan macam Suho, cita-cita mereka berbeza. Suho berminat dalam bidang penyelidikan perubatan manakala dia memang sejak azali lagi berniat untuk menjadi pemuzik. Bermacam-macam jenis lagu yang berjaya dihasilkannya sepanjang dia berada di sekolah ini. Sedikit masa saja lagi, dia akan menghantar semua hasil muziknya itu kepada agensi syarikat yang berkaitan.

 

"2 Januari tahun lepas, k-kau...yang menyanyi de-depan kubur m-mak aku?" Sederas-deras air mata Hani mengalir, deras lagi luka lama yang kembali berdarah.

 

Sinar mata Chanyeol ibarat ternyata dalam sesaat itu. Seperti teragak-agak, kepalanya mengiring perlahan-lahan ke kanan. Wajah dia dan Hani hanya terpisah satu inci saja. Terlalu dekat. 

 

"Park Chanyeol, k-kau ke y-yang tunaikan hajat terakhir m-mak aku?" Tidak sabar, Hani menyoal lagi. "O-Orang y-yang pakai baju hitam d-dan nyanyi de-depan k-kubur di-dia?"

 

Antara sedar dengan tidak, Hani mendekatkan lagi wajah mereka. Memandang setiap inci permukaan wajah Chanyeol. Kelopak mata memberat pada setiap saat namun tidak setanding nafas yang semakin menyukarkan pernafasan.

 

"T-Terima k-kasih. Ch-Chanyeol o-oppa." Ucap Hani seraya menekup mulutnya sejurus setelah menghabiskannya."

 

Semenjak Hani berpindah ke sekolah ini pada tahun lepas, hasratnya hanya satu: yaitu menemui jejaka misteri yang menunaikan hajat terakhir arwah maknya. Sangkanya, selama ini jejaka itu ialah Kang Suho. 

 

Chanyeol tersenyum hambar. Kepalanya ditundukkan sedikit ke bawah. Kedua belah tangannya seolah-olah sedang menepuk habuk di bahagian hadapan baju. Dia tidak akan lupa, insiden pada 2 januari lepas. Seorang gadis menyampaikan hasratnya di dalam radio daerah agar memainkan sebuah lagu di hadapan kubur emaknya.

 

"Jadi kau ialah budak perempuan yang menangis dekat radio waktu tu?" Soal Chanyeol, masih menayangkan wajah dinginnya. 

 

Hani menggigit bahagian bawah bibir. "A-ah. S-Saya J-Jung H-Hani." Jawabnya terketar-ketar.

 

"Sekarang ni kau...sangat terhutang budi dengan aku kan?" Soal Chanyeol laju. Bucu bibirnya terangkat sedikit. 

 

Merah padam wajah Hani apabila ditanya sebegitu. Barulah kini dia perasan akan jarak kedua mereka. Serta merta, langkahnya diundurkan ke belakang. 

 

"Okay. Mulai hari ni, aku nak kau...balas semua tu." Selamba Chanyeol meneruskan kata-kata. Kening kanannya terjongket ke atas. Kedua tangannya disilangkan ke dada.

 

Teragak-agak Hani mengangkat dagu untuk bertentang mata dengan Chanyeol. Tangkai jantungnya terasa hendak putus pada bila-bila masa saja lagi.

 

"B-Bag-Bagaimana?" Hani menyoal dengan suara yang kecil, tidak yakin.

 

"Habiskan semua coklat-coklat dekat loker ni!" Balas Chanyeol laju. Beberapa plastik kecil diserahkan kepada Hani. Chanyeol tersenyum puas.

 

Sekarang baru ialah permulaan. Setelah mengetahui identiti Hani yang sebenar, dia tidak akan membiarkan takdir ini berakhir begitu saja. 

 

Entah mengapa, hati Hani dibuai perasaan hangat menerusi kata-kata Chanyeol tadi. Dengan suara yang bersemangat dia menjawab: "Baik, sunbae!" 

 

Dan dua insan itu tersenyum sendirian pabila masing-masing tidak melihat.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD