Replaced (Part 1)

infectious ONESHOT
 
Replaced

 

"J-Jangan pergi! Jangan t-tinggalkan a-aku! A-Aku m-merayu..."

 

 

"Aku perlukan...kau, Jiyong."

 

 

Perasaan Sandara yang tidak terbalas oleh Jiyong sudah menjadi suatu fenomena di Bandar Enzo. Lapan tahun membesar bersama, berkongsi kejiranan yang sama, malah menuju sekolah sama, kini, dua insan itu telah biasa akannya. Daripada kecil lagi, Sandara tidak segan menunjukkan isi hatinya terhadap Jiyong, namun jejaka itu tidak pernah mengambil serius.

 

 

"Unnie," Minzy tampil di hadapan meja Sandara, tercungap-cungap. Ketika itu, Sandara baru hendak melelapkan mata sebelum masa rehat berakhir. Dengan malas, kepalanya didonggak ke atas. Kelopak mata masih separuh terbuka.

 

 

"Wae..." ujarnya malas. "Gong...Minzy...kau argh," suaranya tenggelam timbul kedengaran. 

 

 

Minzy meraup rambutnya beberapa kali. 'Patut ke aku bagitau unnie tentang Jiyong oppa dan Nana? Argh...t-tapi kalau aku tak cakap nanti dia sorang je di dalam sekolah ni yang tak tahu dua orang tu dah...'

 

Sekali lagi, Sandara mendongak. Dia pelik mengapa masih tiada perkataan yang keluar daripada mulut Minzy setelah mengejutkan dia daripada tidurnya.

 

 

"Apesal diam?" Hujung bibir Sandara ternaik sedikit ke atas. Dia dapat merasakan yang Minzy takut akan sesuatu. Dan, dia seakan-akan tahu apa yang hendak diberitahu oleh kawan sekolahnya sejak daripada sekolah rendah itu.

 

 

Minzy menarik nafas sedalam yang mampu, kemudian mulutnya berkumat-kumit mahu mengeluarkan suara, "U-Unnie! J-Jiyong dan N-Nana..."

 

 

"Aku takkan berputus asa..." suara halus Sandara bergema di dalam ruangan kelas yang hanya didiami mereka berdua itu saja. Kedua tangan Sandara yang bertapak di atas kedua pehanya digenggam erat.

 

Dia sudah biasa dengan situasi ini. Walaupun ianya masih mendatangkan kesakitan yang sama, setiap kali. Sandara fikir, semua ini harus ditempuhinya. Jikalau dia mahu memenangi hati Kwon Jiyong, semua ini hanyalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi.

 

Minzy tergamam setelah mendengar kata-kata Sandara tadi. Entah mengapa, hatinya turut dituai perasaan sedih. Bukan dia tidak tahu tentang alkisah Sandara dan Jiyong. Mereka membesar sama-sama. Semua yang teruk, malahan lebih teruk daripada kes Jiyong bercinta dengan pelajar perempuan di sekolah mereka, dia sudah saksikan setiap satunya.

 

Namun kali ini, yang bezanya: ialah Nana. Macam mana sekalipun, Minzy gagal tuk mengikis perasaan tidak sedap hati daripada dadanya. Kerna suatu ketika dahulu, Jiyong pernah mengumumkan bahawa Nana ialah cinta pertamanya. Dan cinta pertamanya itu telah kembali ke Korea 3 bulan lepas malahan bersekolah di sekolah mereka. Pertemuan ini ibarat suatu keajaiban buat Jiyong, yang sememangnya menanam perasaan suka terhadap Nana sejak daripada dahulu lagi, sebelum keluarga Nana berhijrah ke luar negara.

 

"Dara yah..." Minzy mengujar nama panggilan Dara dengan nafas yang berat. Tangan kanannya mengusap lembut rambut temannya itu. 

 

Dia menambah lagi, "Mungkin...dah sampai masanya...kau belajar untuk berputus asa. A-Aku...tak nak kau sakit macam ni." Sebutir air mata menitis daripada tepian kelopak mata milik Minzy. Tanpa disedarinya.

 

"Betul kata Minzy tu, Sandara Park!" Suatu suara lantang terseru daripada hujung kelas.

 

"Aku sokong!" Satu lagi suara menyusul.

 

Lee Chaerin dan Park Bom, kedua-dua teman sekolah Sandara berada di tepi pintu kelas, mempamerkan senyuman yang yakin.

 

Perlahan-lahan, Sandara menoleh ke arah teman-temannya itu.

 

"Korang..." Sandara tidak mampu membalas apa-apa. Nak kata penat, tak juga. Mengantuk? Dia dah mengatasi tahap itu tadi. Semenjak nama 'Jiyong' diucapkan oleh Minzy.

 

"Kawan, tolonglah...kita dah cakap pasal benda ni banyak kali dah. We're so not going to overdo it. Aku dah tegaskan beribu ah tidak, berjuta kali tentang perasaan ni..." Sandara menapakkan telapak tangan kanan di atas dadanya. Matanya tertunduk ke bawah, bibirnya mula mengucap dengan perlahan, "Sandara Park hanya sukakan Kwon Jiyong. Masa...masa akan menyatukan kami. Aku yakin, lambat laun...Jiyong pun akan..."

 

Sedar sedar saja, dua kelibat kawannya tadi kini sudah berada di hadapan dirinya. Tiga pasang mata merenung dirinya tajam. Sandara kehilangan kata-katanya. Sekali lagi.

 

"Kitaorang tahu la. Pabo!" Chaerin bersuara. Bibirnya diketap geram. Seraya menyilangkan tangan ke dada, matanya sengaja dijuling ke atas. "Di dalam sekolah ni, siapa tak tahu tentang cinta tepuk sebelah tangan si Sandara Park?" 

 

Bom mengangguk laju. Satu tangannya ditunjal ke arah dahi Sandara. "Kau suka dekat dia pun sebab ayah kau yang nak sangat korang bersama, kan? Eh eh leh...cinta sejati lah konon. Entah-entah kau tu yang konfius cinta ke tidak!" Bom berhujah bersungguh-sungguh sambil menapakkan punggung di atas meja milik Sandara.

 

"Mianhe, ayah Sandara sebab guna nama ayah macam ni..." Tiba-tiba, Bom berubah suara. Kedua tangannya disatukan dan mata anak kucingnya itu pula merenung jauh di luar jendela.

 

"Yah!" Minzy mencelah. "Park Bom!" Seru Sandara, Chaerin, dan Minzy sekali.

 

"Ayah lah sangat!" Chaerin mengomel dari tepi sambil memerhatikan kukunya.

 

Seperti diseru, Sandara turut mendongakkan kepala ke luar jendela. Menyaksikan warna lelangit yang kebiru-biruan. Memori ayahnya sebelum koma di hospital kembali menerjah di dalam kotak ingatan.

 

***

 

"Dara sayang, jangan asyik terperap di dalam rumah. Ayah dah sihat. Tengok ni hah," si ayah menayangkan otot lengannya terhadap budak perempuan berusia sembilan tahun itu.

 

Sandara tidak bercakap banyak. Perlahan-lahan, langkahnya mendekati si ayah. Dan sejuruh selepas si anak berada dekat dengannya, ayah pun membengkokkan lutut untuk menyambut anak kesayangannya itu.

 

Walaupun si ayah menebarkan kedua tangan, si anak hanya menekup kedua belah pipi ayahnya. Ekspresi wajah Sandara sama seperti tadinya. Kosong. Wajah yang langsung mengingatkan si ayah kepada isteri tersayang yang menemui ajalnya setelah melahirkan anak kedua mereka, iaitu Sanghyun.

 

"Tipu." Terpacul perkataan itu daripada mulut kecul Sandara. Pada saat berikutnya, anak mata Sandara mulai berkaca. "Tipu." Ujarnya lagi. Kini, sebutir air mata sudah mengalir keluar daripada anak mata si anak itu tadi. "Tipu!" Suara Sandara melonjak naik pada kali yang ketiga perkataan sama itu diucapnya.

 

"A-Ayah s-s-selalu cakap t-tak baik t-tipu..." Dua tangan Sandara telah jatuh ke sisi. Hujung jarinya digenggam erat. Bahu pula terinjut-injut menahan esakannya. "O-Orang ka-kata a-ayah ak-akan ma-mati...m-mereka k-kata di di d-dalam j-jantung a-ayah a-da m-mesin ro-rosak..." Sandara hanya mampu mengeluarkan semula kata-kata yang didengarinya daripada ayah Jiyong sewaktu hendak memunggah barangan ke dalam rumah mereka tadi.

 

Si ayah terpana setelah mendengar butir kata-kata anaknya itu tadi. Hatinya berasa kecut serta-merta. Perasaan takut mulai menyelubungi seluruh jiwanya.

 

Bagaimana dia hendak meninggalkan dunia ini dengan tenang melihat keadaan Sandara begini?

 

"Dara! Jom main dengan aku!" Suara kuat Jiyong kedengaran dari tingkat bawah rumah mereka.

 

Dan tanpa sedar, si ayah membebaskan keluhan ringan. Ketika itu lah, satu idea datang kepadanya. Memegang kedua belah bahu Sandara, si ayah bersuara: "Dara yah, dengar sini baik-baik sayang."

 

Tangisan Sandara terhenti seketika. Mata bertembung mata. Dua anak beranak itu seolah-olah sedang berkomunikasi dengan penuh perhatian.

 

Mengeratkan genggaman pada bahu Sandara, si ayah memeterai janjinya: "Separuh dari hati ayah, adalah milik Sandara. Dan yang satu lagi...terbenam di dalam diri seorang yan istimewa buat Sandara nanti. Dan orang itu..."

 

"Dara! Oh Sandara Park!" Tubuh kecil Jiyong muncul di hadapan pintu.

 

Dan janji tersebut termeterai, di antara mereka bertiga.

 

***

 

"Woohoo! Tahniah kawan!" Seungri muncul dikelilingi teman-teman mesra perempuannya. 

 

Jiyong dan TOP hanya menggeleng-gelengkan kepala pasrah.

 

"Apa masalah dia ni?" TOP merungut sendiri. Tujuan mereka ke rumah Jiyong pada malam itu ialah untuk menyambut perhubungan baru Jiyong dan Nana. Mujurnya ibu ayah Jiyong telah ke luar negeri atas urusan bisnes, boleh lah mereka menggunakan laman rumah tersebut untuk berparti sesama mereka. Namun segala-galanya terencat apabila Lee Seungri membawa teman-teman perempuannya.

 

Taeyang hanya tersenyum simpul. Lagaknya tidak mahu mengambil campur. Sesekali, pandangan matanya tertancap ke arah rumah di sebelah Jiyong, iaitu rumah yang didiami Sandara Park. Semenjak tadi, langsung tidak kedengaran apa-apa bunyi daripada rumah tersebut. Malahan, lamannya masih tidak berlampu.

 

Sambil meneguk minuman di tangan, spontan Taeyang menyoal, "Yah, jiran a.k.a kekasih gelap kau tu pergi mana?"

 

Sepantas kilat, pandangan mata Jiyong beralih arah ke sebelah kiri. Dahinya kerut sejenak memikirkan sesuatu.

 

Melihat wajah kebingungan Jiyong itu membuatkan bibir TOP ternaik ke atas. "Kau ni Jiyong. Tsk." Di sampung menggeleng kepala, tangan TOP mencapai gelas pepsi yang dituang oleh salah seorang teman perempuan Seungri tadi. Sekurang-kurangnya, ada juga fungsi mereka berada di sini. Ha.

 

Kening kanan Jiyong terjongket ke atas. Setelah ditegur, barulah dia teringat akan Sandara. Dari pagi tadi, dada dan kepalanya dipenuhi oleh Nana, hinggakan dia lupa akan Sandara.

 

Taeyang berbalas pandangan dengan TOP, menandakan yang mereka tahu apa bermain di dalam fikiran Jiyong ketika itu. 

 

"Sah." Ujar dua manusia itu, lalu mempamerkan senyuman mengejek ke arah Jiyong.

 

Jiyong mencuri pandang ke kawasan halaman rumah Sandara yang masih gelap itu. Kegembiraannya tadi menjadi hambar apabila membayangkan reaksi Sandara tentang perhubungannya dengan Nana.

 

Dia tahu, dan Sandara juga tahu namun gadis itu tidak pernah mengenal erti putus asa. Jiyong benar-benar bingung bagaimana Sandara boleh begitu nekad untuk meraih cintanya walhal sudah bertahun lamanya dia mengendahkan Sandara hinggalkan tiada satupun orang di Bandar Enzo yang tidak tahu tentang hubungan istimewa mereka itu.

 

"Sandara!" Pejam jelik, tubuh Sandara sudah berada di hadapan mata Jiyong. Gadis itu hanya mengenakan pakaian biasanya. Seperti biasa, dia akan menyapa setiap tetamu dengan menunduk hormat kepada mereka, tidak kira tua ataupun berusia lebih muda daripadanya.

 

Tanpa sedar, tubuh Jiyong yang tersandar malas pada kerusi tadi kini dengan pantas telah berubah posisi duduknya. Entah mengapa, Jiyong berasa cemas semacam sekarang ini. Peluh sudah mulai bercambah di seluruh ruang rongga badannya.

 

"Jiyong oppa, hi." Sandara berlari anak ke arah Jiyong dan menunduk hormat ke arahnya. Sekuntum senyuman yang manis terserlah dari hujung bibir gadis itu. Tidak semena-mena, jantung Jiyong mulai berdegup sedikit lajut daripada kadar yang biasa.

 

"Dara unnie, unnie daripada mana ni?" Seungri yang pertama sekali mengecam Sandara tadi terus melontarkan soalan yang pertama.

 

"Ah, Sanghyun yang jemput aku daripada sekolah tadi. Sebab tu aku tak ikut bas..." jelas Sandara.

 

Taeyang tidak membuang masa tuk melemparkan soalan seterusnya, "Abang kau Sanghyun dah balik dari luar negara?"

 

Sandara hanya mengangguk kecil. Dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Jiyong.

 

"Apesal tak jemput dia ke sini sekali?" tambah TOP pula. 

 

Sambil menjamah kacang di atas meja, Sandara menjawab dengan suara yang tenggelam timbul ekoran daripada aksi mengunyah makanan tersebut, "Sat lagi dia datang..."

 

Jiyong yang sejak tadi berdiam diri akhirnya bersuara, "Dia bercadang nak tinggal lama dekat Korea?" 

 

"Sudah tentu tidak!" Seruan suatu suara yang lantang dari arah pintu hadapan memancing perhatian setiap orang yang berkumpul di halaman rumah Jiyong. 

 

Sanghyun muncul bersama seorang lagi jejaka di sebelahnya. Bersama-sama, mereka mengorak langkah menuju ke meja di tengah laman tersebut.

 

"Sanghyun ah!" Sandara bangkit daripada tempat duduknya sejurus selepas berpaling ke belakang.

 

Keadaan halaman rumah Jiyong menjadi sunyi seketika apabila dua jejaka muda tersebut bertandang ke situ. 

 

Taeyang yang dahulu berbisik di tepi telinga TOP, "Hey, lelaki yang dekat sebelah Sanghyun tu nampak macam familiar kan?" ujarnya. Sejurus itu, bibirnya muncung mengarah kepada jejaka yang berdiri dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek, bersebelahan dengan abang Sandara.

 

TOP menggangguk perlahan, dahi berkerut ingin mengimbas memorinya tentang jejaka itu. "Ah!" Seperti teringat akan sesuatu, jari telunjuk TOP turut ternaik. "S-Song Joongki!" Serunya sehingga membuatkan beberapa kepala menghadap melihatnya.

 

Seiring realiti yang semakin jelas, tangan Taeyang menampar bersahaja belakang TOP, hampir menyebabkan jejaka itu terpelosok ke lantai akibat momentum pukulannya. "Woah, tapi dia nampak..."

 

"Lain..." Bersama-sama TOP, ayat Taeyang tadi berakhir tergantung.

 

Sepanjang masa, Jiyong sedang memasang telinga terhadap perbualan di antara teman-temannya di sebelah. Pada ketika itu, anak matanya berulang alik kepada Sandara dan Joongki.

 

Pandangan mata Sandara sejak tadi asyik menjurus ke bawah. Sesekali dia mendongak melihat Sanghyun namun jarang sekali bertentang mata dengan Joongki. Kedua tangannya disatukan di belakangnya manakala kaki kanannya dijolok-jolok ke tanah. Sekali pandang, Jiyong tahu, gerak badan Sandara itu menandakan yang dia cemas berhadapan dengan Joongki.

 

Sungguh misteri, Jiyong tidak pernah berperasaan seperti sekarang ini. Melihat Sandara berkelakuan seperti begitu terhadap jejaka lain membuatkan naluri prianya terganggu tanpa alasan yang pasti. 

 

"Yah, bila Nana nak sampai ni?" teguran Daesung dari tepi Jiyong sedikit sebanyak membawa beliau ke alam realiti. Meskipun anak mata masih tertumpu kepada adegan Sandara, Sanghyun dan Joongki, dia berjaya juga mengeluarkan senyuman yang nipis, tetapi singkat pada bibirnya.

 

"Sekejab lagi..." sahut Jiyong pendek.

 

Temannya yang lain hanya memandang sesama sendiri tatkala menyaksikan wajah Jiyong yang berkerut itu. Kalau lah mereka tidak tahu akar umbi perhubungan 'luar biasa' Jiyong dan Sandara, sudah tentu mereka berprasangka yang ketika ini, Jiyong jelas menonjolkan ciri-ciri seorang jejaka yang cemburu.

 

Tidak sampai satu minit, kehadiran Nana, iaitu teman wanita Jiyong telah mengubah suasana tegang di situ kepada riuh rendah. Parti terus bermula dengan pembukaan minuman dan lagu-lagu indi mulai berkumandang di seluruh halaman rumah Jiyong.

 

Daesung menyerahkan tempatnya buat Nana. Sebaik saja wanita itu melabuhkan punggung ke kerusi bersebelahan Jiyong, tangannya mulai melingkari tangan jejaka itu. Sebuah kucupan hinggap di tepi pipi Jiyong. Mereka berdua saling tersenyum.

 

Sandara tidak malu hendak mempamerkan wajah sedihnya. Walaupun sudah biasa melihat Jiyong bertukar pasangan hampir setiap tahun, ia langsung tidak membuatkan hati Sandara menjadi kebal.

 

Sanghyun bersedia untuk melangkah ke arah Jiyong dan kawan-kawannya namun ia tergendala apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa teragak-agak, Sanghyun menyambut panggilan telefon tersebut seraya memberi isyarat kepada Dara sebelum berjalan ke luar pagar.

 

"Sandara Park, kau tak pernah berubah..." Joongki bersuara sambil mendekatkan diri kepada wanita itu. "Dari dulu sampai sekarang, segala-galanya ialah Kwon Jiyong..." ujarnya lagi.

 

Sandara mengeluh kecil, menoleh sepintas lalu ke arah Joongki. "Itu...semua orang tahu..." balasnya lemah.

 

Joongki mendekatkan lagi jarak mereka berdua. Dahi hampir bersentuh kalau Sandara bergerak seinci lagi. Namun begitu, Sandara hanya tenang berhadapan dengan Joongki.

 

"Dara yah..." Joongki menyeru nama Dara selembut-lembutnya. "Ayah Dara masih lagi bernafas dekat hospital...kenapa Dara cepat sangat nak cari pengganti?" soalnya acuh tak acuh. Ada senyuman yang kelat tertampal di hujung bibir Joongki tatkala soalan itu dilontarkan.

 

Sandara mahu membalas namun lidahnya kelu. Sudah sepuluh tahun lamanya si ayah koma di dalam hospital, Sandara telah mengajar hatinya untuk menerima hakikat yang beliau bakal pergi meninggalkannya. Maka sebelum itu benar-benar berlaku, dia harus bersedia...dia harus mencari seseorang sebagai pengganti, dan Jiyong ialah orangnya kerana Jiyong merupakan orang terakhir yang bersama beliau sebelum ayahnya dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

 

"Dara yah!" Laungan Sanghyun dari luar pagar begitu lantang sekali sehingga kedengaran sampai ke pekarangan rumah tersebut. Kini semua anak mata berpusat ke arahnya.

 

Sepantas kilat Sanghyun sudah berada di hadapan Sandara, lalu memeluk adik perempuannya itu. Senyuman kegembiraan terpancar melalui wajah serinya, lalu dia menyeru: Appa, appa dah sedar daripada koma!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD