Bintang

infectious ONESHOT
 
Sandara | Jiyoung

Lutut kanan milik Sandara rebah, langsung menyembah lantai konkrit di hadapan pintu pangsapurinya. Sungguhpun begitu, surat tulisan tangan kakaknya, Bommie, masih berpaut erat di dalam genggaman.

 

 

"U-Unnie," luahan itu bagaikan rayuan. "J-Jangan ting-tinggalkan Dara..." sepatah demi sepatah ayat diucapkan. Telapak tangan Dara yang satu singgah di atas dada. Bertubi-tubi pukulan menghembap permukaannya, seakan-akan mewakili sakit yang melanda batinnya ketika itu.

 

 

"T-Tidak!" Sesaat berlalu, Dara bangkit dengan kakinya semula. Goyah dan dia hampir jatuh semula. Bibirnya diketap keras. Pandangan mata merenung tajam ke udara kosong di hadapan. Di saat itu, wajah Bommie seolah-olah terpampang di depan minda Dara. 

 

 

Tanpa berlengah, Dara membuka langkah memecut sepenuh khudratnya. Memakai pajama tidur, dadanya hampir hendak meletup menuruni setiap anak tangga dengan hanya berkaki ayam. Gadis berusia dua puluh tahun itu nekad. Kali ini, dia tidak akan bersembunyi lagi. Biar satu dunia mentertawakan dirinya, dia mahu menemui Bommie...

 

 

Sewaktu sedang berlari sakan, tangan Dara menggapai sebotol pil berwarna hitam daripada kocek pajama. Penutup botol itu dibuka rakus, dan tiga biji sekaligus ditelan. Air mata semakin deras mengalir menerjah pipi mulusnya. Di setiap langkah, jiwanya menjerit, melaung pedih nama Bommie. Tidak, daripada kehilangan Bommie, mati adalah lebih baik.

 

 

Kandungan surat yang dihantar oleh Bommie terpahat di dalam benak fikirannya. Dara mengetap giginya seraya menjerit, "Unnie! Unnie! Unnie!".

 

 

Cahaya terang matahari pada pagi itu bertindak seperti laser yang seakan-akan membakar permukaan kulit Dara. Tidak hairan kerana sudah dua tahun Dara tidak pernah keluar dari rumah. Selama dua tahun itu juga dia bergantung sepenuhnya kepada satu-satunya saudaranya di dalam dunia ini, iaitu Bommie.

 

 

Tanpa sedar, orang ramai mulai mengerumuni Dara. Mereka melemparkan pandangan seribu persoalan pada wajah. 

 

 

"Unnie di mana? Unnie! Bommie-unnie!", jeritnya lagi seraya menoleh seperti orang yang tidak keruan ke arah sekelilingnya.

 

 

Kelakuan Dara menyamai golongan yang tidak siuman. Mana tidaknya, dia hanya berpakaian pajama tidur dengan berkaki ayam, tambahan lagi, menjerit-jerit di tepi jalan raya.

 

 

Pada waktu tersebut, dia mulai sedar akan pandangan serong yang ditonjolkankan oleh orang ramai yang mengelilinginya. Liur pahit yang bertakung di ruang tekaknya ditelan. Perasaan takut semakin merajai dari dalam dirinya. Di saat yang genting begitu, dia teringatkan Bommie. Mindanya bersuara agar jangan membuang masa. Dia harus mendapatkan Bommie sebelum dia melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya.

 

 

"Sesiapa boleh beritahu aku di mana kelab Marcel? Tolonglah...sesiapa saja! Tolonglah..ajusshi..ajumma..adik..abang..sesiapa saja! Unnie aku..unnie aku dalam bahaya! Nyawanya dalam bahaya..tolonglah! Kelab Mar..cel di mana? Aku merayu sangat-sangat..tolonglah..."

 

Buntu, apa yang Dara mampu lakukan ketika itu ialah melaung meminta pertolongan. Jantungnya berdegup berpuluh ganda laju dari kadar biasa. Apapun, yang lebih penting ialah untuk mengetahui lokasi Kelab Marcel, tempat kerja Bommi.

 

Dia memerhatikan setiap satu wajah orang yang berkumpul melihatnya terkapai-kapai di situ sambil menyusun jari memohon pertolongan seikhlas-ikhlasnya. Namun, tiada siapa mahu bertentang mata dengannya. Kalau tidak menundukkan muka, mereka akan segera mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak ada seorang pun mempedulikan desak rayuannya ketika itu.

 

 

Tidak cukup dengan hanya menjadi pemerhati, terdapat beberapa orang pelajar di situ yang tanpa segan silunya mengambil foto serta merakam aksi kalut Sandara. Dinding jantung Dara pada detik itu terasa seolah-olah dicucuk pedih oleh jarum berbisa. Kini barulah dia perasan betapa kerdilnya dia berbanding dengan mereka.

 

 

Sandara merapatkan kedua-dua tangan ke sisi telinga. Seluruh tubuhnya menggeletar tanpa kawalan, seolah-olah terkena 'Panic Attack' . Walau keadaannya begitu, mulutnya masih tidak putus melaungkan nama Boomie di hadapan khalayak ramai.

 

 

Derianya lumpuh. Keliling kepala seperti dijerut oleh rantai besi. Menyalurkan pedih yang tidak terkata. Dara sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Tiba-tiba saja kakaknya telah menghilangkan diri sejak seminggu yang lalu. Dan baru pada hari ini dia menerima surat daripada kakaknya itu.

 

Bommie :

 

"Tiada yang lebih bernilai daripada Dara di dalam hidup unnie. Dara, tahu kan? I'd do anything for you. Namun sekarang, unnie terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Unnie akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dara sampai bila-bila. Maafkan unnie, Dara-yah."

 

Orang awam berbisik sesama mereka. Tiada seorang pun yang sudi tampil untuk bertanya apa yang berlaku kepada gadis malang itu, apatah lagi menghulurkan bantuan.

 

 

"Manusia. Yang menjarakkan aku dan kau ialah hati." Dara merintih di dalam hati.

 

 

"Ish rugi je muka cantik tapi perangai tak siuman..."

 

"Peliklah unnie ni! Kenapa dia keluar rumah berkaki ayam..."

 

"Dia cakap kelab Marcel? Ade ke kelab tu? Tak pernah pun aku dengar! Menggila di siang hari kut dia ni..."

 

"Orang macam ni baik duk rumah diam-diam je. Dah tak nak makan ubat, ini ah jadinya...tsk..."

 

"Weh telefon polis lah! Takut nanti dia cederakan sapa-sapa..."

 

 

Dara meloloskan tubuhnya pada jalanan konkrit itu. Tubuhnya yang longlai tidak berdaya lagi menampung dirinya. Bibirnya masih setia berkumat-kumit menyebut nama Bommie.

 

 

"Unnie...Bommie unnie...unnie..."

 

 

"Hey, apa yang korang semua buat ni?! Tepi-tepi! Polis nak lalu. Cepat bagi laluan!" Kedengaran pekikan seorang dari arah tidak jauh di belakang.

 

 

Tiga orang beruniform polis, termasuk seorang yang memiliki warna rambut oren berjalan menyusuri lorong jalanan awam itu. Jiyoung mengharap orang ramai yang berkumpul di situ.

 

 

Dua rakan sekerjanya berjalan di sebelah menyebelah. Di saat itu, matanya terpaku ke arah seorang gadis yang duduk melutut di tengah-tengah kerumun orang ramai tersebut. Tanpa membuang masa, dia meluru laju ke arahnya.

 

 

"C-Cik..cik tak apa-apa ke?" soalnya sejurus selepas melaraskan pandangan kepada Dara yang sedang menggigil seorang diri. 

 

 

Pandangan mata Dara berpusat sepenuhnya di lantai. Tubuhnya kaku di situ. Kedua tangannya disilangkan ke bahagian atas bahu. Bibir pula masih terbuka, menyebut sesuatu yang tidak difahami Jiyoung sepenuhnya. 

 

 

Keadaan gadis itu menimbulkan simpati di dalam hati Jiyoung. Seraya meraup rambutnya, renungan tajam dilontarkan di sekeliling orang ramai di situ. Dengan tona suara yang tertahan-tahan, dia menyeru, "Apa yang berlaku dengan dia?"

 

 

Sunyi sepi. Tiada balasan. Semuanya hanya berbisik sesama sendiri. Langsung tidak mengendahkan soalannya tadi.

 

 

"Cik! Hey, cik?" Sementara itu, Jiyoung masih tidak berputus asa menyedarkan Dara yang berada dalam alam kemamaian itu.

 

 

"Bommie unnie. T-Tolonglah jangan tinggalkan Dara sendirian..."

 

 

Perlahan-lahan Dara mengiringkan kepala ke arah Jiyoung. Dia menyentuh pipi Jiyoung dan meneruskan, "Da-Dara j-janji t-takkan lari lagi..." 

 

 

Anak mata Jiyoung bagai hendak tersembul keluar ekoran perbuatan Sandara tadi. Jantungnya mulai berdegup dengan laju pada saat pipinya dibelai lembut oleh gadis itu.

 

 

"T-Tolong..."

 

 

Dan itulah kata-kata terakhir daripada Sandara sebelum matanya tertutup rapat di samping tubuhnya terkulai layu di dalam dakapan Jiyoung—bintang yang bakal menyinari seluruh kehidupannya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD