Malang

infectious ONESHOT
 
MALANG

L I S A

 

Pertemuan pada 31 Disember 2000, ketika sambutan awam tahun baru di stadium Yueai, dan pada detik bunga api meletus indah di angkasa, dua insan bernama Kang Daniel and Rose bertemu mata, lalu cinta berputik mengukir lembah cinta. Dan sekali lagi, Lisa, si teman sepermainan yang terlebih dahulu memahat cinta terhadap Daniel daripada kecil hanyalah—seorang pemerhati. 

 

'Cinta pandang pertama...kenapa, ia tak berlaku ke atas aku?'

 

Yakin seyakinnya bahawa tiada manusia yang lebih bernasib malang daripadanya, Lisa hanya mampu memancarkan segaris senyuman pabila Daniel melambaikan tangan ke arahnya, sambil tangan yang sebelah lagi, memegang erat tangan milik teman wanitanya, Rose.

 

***

 

R O S E

 

Gadis menjunjung nama sekuntum bunga mawar 'Rose' itu tidak pernah menganggap dirinya secantik sesiapapun. Parut lahir yang bercorak seperti akar di atas dahinya ibarat suatu sumpahan buat Rose. Maka semenjak azali lagi, Rose tidak pernah membayangkan kehidupan yang berjalur romantik. Berbekalkan kosmetik menutup aib tersebut, segala-galanya seperti mimpi kaca. Siapa tahu bila rahsianya akan terbuka...

 

'Aku mohon, jangan sama kan aku dengan mana mana bunga...'

 

Dan kerana itu, bertahun lamanya dia menggelar dirinya malang sehinggalah jejaka bernama Daniel hadir di dalam hidupnya.

 

'Daniel, aku sendiri pun benci dengan wajahku yang tanpa mekup...bagaimana aku boleh jadikan kau milik aku sepenuhnya...'

 

***

 

D A N I E L

 

Keluarga Kang merupakan antara perintis tersohor pasaran minyak galian di negara Korea Selatan. Dalam erti kata lain, anak tunggal keluarga itu, Kang Daniel, ialah seseorang yang bakal mewarisi segala kekayaan yang dimiliki mereka termasuklah—tanggungjawab—yang mana, Daniel tidak akan pernah bersedia untuk memikulnya.

 

'Kerna semua orang hanya lah melihat aku sebagai Kang Daniel...bukan Daniel.'

Dari luaran, kelihatan seperti anak kelahiran Kang itu memiliki segala-galanya, namun tiada siapa yang tahu, betapa wajah luaran yang sentiasa tampak riang itu sebenarnya hanya memakai topeng.

 

***

 

J I M I N

 

Tidak akan ada dua putera di dalam sesuatu kerajaan—begitu juga di dalam hati seorang wanita. Minda separa sedar Jimin mulai menanam kepercayaan bahawa cinta tidak seharusnya dipaksa, seperti cinta sebelah tangannya terhadap Lisa namun...dia sendiri dilahirkan atas formasi cinta paksaan ayah dan ibunya, justeru itu, meskipun kedengaran menjelekkan, ada ruangan di dalam hatinya yang kekal berdoa agar suatu hari nanti, Lisa akan menyedari perasaannya.

 

'Cinta tepuk sebelah tangan...pun cinta juga.'

 

***

 

Baru satu kaki melangkah masuk ke dalam kelas, debaran di dalam hati Lisa telah berganda daripada biasanya. Imej pertama yang disaksikannya ialah adegan Daniel dan Rose sedang bicara berduaan di tepi jendela paling belakang dalam kelas. Reaksi automatik, tangan Lisa menggenggam erat tali beg galasnya. Bibirnya dirapatkan...perasaan senak ingin menangis mulai berkumpul di anak tekak, mahu saja dia melarikan diri daripada situ untuk melayan emosi melo-nya ketika itu kalau bukan kerana anak mata Daniel tiba-tiba berpaling ke arahnya.

 

'Great...he saw me. Sekarang kau tak boleh nak larikan diri, just go with the flow Lisa...' gerutu di dalam hati Lisa.

 

Langkah demi selangkah Lisa mencuba menenangkan ombak derau dari dalam dadanya. 

 

"Lisaaa! Gorgeous Lisaa..." teguran suara dari arah kanan Lisa hampir saja dibalas dengan kung fu cina seandainya cinta hatinya Daniel tidak berada di situ. Menyaksikan reaksi Lisa yang suam kuku, Jimin si pemilik suara itu tadi lantas melagukan melodi kegemaran Lisa, yaitu 'Stay' oleh kumpulan idol Korea yang terkemuka, Blackpink.

 

Menaikkan kening belah kanan, Lisa melontarkan pandangan sinis ke arah Jimin yang sentiasa melakukan pelbagai gimik tuk mencuri perhatiannya. "Kau dah kenape kucing..." Lisa mengujar perlahan.

 

Jimin mengeow seraya meletakkan kedua genggaman tangannya di sisi pipi, konon mahu menyerupai seekor kucing pula. Spontan, Lisa tergelak. Sungguh, hari-harinya pada waktu pagi selalu bermula dengan gimik sepuluh sen si Jimin.

 

"Terima kasih Tuhan kerana hiaskan wajah Lisa dengan senyuman yang menjerat jiwaku..." Jimin tidak semena-mena mendongak ke atas, berterima kasih gitu.

 

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, Lisa meletakkan beg galasnya di atas kerusi. "Tak faham aku dengan kucing sesat nie..." sambungnya kecil.

 

Interaksi di antara Lisa dan Jimin tidak sesaat pun lari daripada pemerhatian Daniel dan juga Rose. Pasangan kekasih itu berjalan bersama menuju ke arah dua teman mereka.

 

"Lisa, meh join pertandingan YG...you dance, and I rap." Seru Jimin dengan kedua telapak tangannya dihadapkan atas meja Lisa. Bersungguh-sungguh, Jimin bersuara lagi, "I'm sure we'll win this." Dan apabila Lisa bertemu mata dengannya, seukir senyuman yang manis dikerahkan serta-merta.

 

Lisa mencebikkan bibir, "Park Jimin..." 

 

"No No No!" Jimin menghayunkan jari telunjuknya di hadapan wajah Lisa. "Bukan Park Jimin tapi Jimin oppa...ok?" Tambahnya lagi.

 

Bagai mahu meletus kepala Lisa terpaksa melayan kerenah Jimin. Tetapi, tanpa sedar, itu lah penawar harian yang sedikit sebanyak membantu dia agar tidak kelihatan seperto loser Di hadapan semua orang, lebih-lebih lagi Daniel.

 

****

 

"Aku tahu, kau suka dekat Daniel oppa," Selamba Rose bersuara sambil menyerahkan setin minuman air bunga kegemaran Lisa itu. Pandangan dilontarkan ke arah padang bola, yang mana ketika itu latihan bola sedang berlangsung.

 

Seketika kemudian, Rose melambaikan tangannya seraya membuat aksi 'love formation' dengan kedua tangan. Lisa tidak perlu melihat siapakah pasangan yang seorang lagi. Tumpuan matanya hanyalah ke atas tin minuman tadi.

 

"Terima kasih sebab simpan rahsia leceh ni..." ucap Lisa dengan suara datar. 

 

Rose tersenyum kecil, "Tak leceh lah..." sahutnya perlahan. "Cuma ada sikit rasa tak selesa," sambungnya dengan jujur.

 

Kata-kata Rose berjaya memancing wajah Lisa ke arahnya. Seperti ada sesuatu yang pahit terasa Di dalam tekak, Lisa berdehem kecil, "Ye ke...aku minta maaf lah kalau..."

 

"Aku yang harus minta maaf," Rose mencatas laju. Mata mereka bertentang buat beberapa saat. "Tapi aku tak rasa kita boleh abaikan fakta ni..." Suara Rose perlahan sekali, seakan tidak mahu sesiapun mendengarnya.

 

Lisa mengangguk lemah. "You are right, we can no longer...act like before...like nothing wrong..."

 

Pandangan mata Rose jatuh ke riba. Entah mengapa, Lisa dapat merasakan sesuatu yang tidak kena terhadap rakan sekelasnya ini. Seolah-olah dial pula yang mahu menyenangkan hati, bibirnya menyambung lagi: "Aku...takkan buat apa-apa..." Genggaman tangannya cuba disembunyikan namun ia tidak mampu terlepas dari pandangan tepi Rose.

 

Mengumam kecil, Rose mengangkat tangan kanannya tinggi ke udara, mahu mendapatkan perhatian jejaka idamannya. "Lisa, dengar sini, aku hanya cakap sekali saja..." Anak matanya berkaca sewaktu melontarkan kata... Menarik nafas dalam,  sedaya upaya Rose menaikkan bucu bibirnya tuk membentuk suatu senyuman kelat buat Daniel yang turut sama menyambut lambaian tangannya dari arah padang bola. 

 

Segala bunyi langsung menyepi di sekeliling Lisa tatkala mendengar kata-kata Rose yang seterusnya. 

 

"Buat dia...jatuh cinta sepenuhnya dengan kau..." Setitis air mata jatuh seiringian ucapan dramatik itu meluncur dari bibir. Seakan pasrah dengan takdir yang harus dikandung badan, kedua bahu Rose langsung rebah. "Orang macam dia takkan dapat terima perempuan berwajah parut macam aku ni..." 

 

Lisa hanya berdiam. Sesekali itu, pandangan matanya hinggap pula ke arah Jimin yang ketika itu sedang beraksi lawan dengan Daniel di padang. Membisik kecil, bibirnya membentuk suatu garisan senyuman tawar, 'Kalau lah cinta pandang pertama...ialah magik...' 

 

***

 

Jauh dari lubuk hati, Jimin tahu Lisa tidak akan datang untuk bersama-sama mengadakan uji bakat dengannya. Oleh itu, kakinya mulai melangkah berat menuju ke hadapan pentas. Guitar di tangan menjadi alat untuknya melepaskan Segala emosi yang terkumpul di sebalik dada. 

 

"Aku dah datang!" Seruan suara dari arah belakang pentas itu lantas menghentikan langkah Jimin. Kepalanya ditoleh segera ke arah suara tersebut. Bucu bibirnya yang membentuk senyuman ring itu serta-merta lesap tatkala wajah orang lain yang menyapa - Rose.

 

Rose tersenyum kecil melihat perubahan wajah Jimin. Sambil menundukkan kepalanya sedikit, dia menyeru ke arah meja para juri yang berada tidak jauh dari pentas tempat persembahan: "Saya Rose Park, dan dia ialah Jimin...konsep yang kami nak sampaikan ialah: kekasih di langit biru!" 

 

Bukan hanya Jimin yang terkesima dengan pengenalan Rose itu, turut sama mendengar ialah Lisa yang sudah berada di belakang pentas. Ternyata kali ini, dia lewat lagi. Daniel mahupun Jimin, kedua-duanya...bukan lagi pilihan yang dia ada. Perlahan-lahan, dia mengundurkan langkah meninggalkan pentas audisi tersebut. 

 

****

 

"Mungkin kau betul, Rose..." Daniel menyerahkan sejambak bunga Lily buat Rose sebalik saja dia turun daripada uji bakat yang berlangsung dengan Jimin tadi. Biarpun tanpa latihan, mereka berdua masih mampu menyampaikan persembahan yang mantap sehingga menerima surat tawaran daripada salah sebuah agensi idol di situ.

 

Rose hampir tidak mahu menyambut bunga tersebut kalau bukan kerana mata yang memandang. Tersenyum kelat, dia mengujar, "T-Terima kasih..." 

 

Daniel melangkah menuju ke arah pentas uji bakat sebaik saja bunga bertukar tuan ke Rose. Kini wajah Rose pula yang tertampal seribu persoalan. Sangkanya, Daniel datang untuk mencuba memujuknya agar menerimanya semula namun...

 

"Jujurnya aku tak rasa Daniel datang untuk kau..." Jimin membisik di tepi telinga Rose.

 

Pandangan Rose hinggap sejenak ke arah Jimin, "Huh?" ujarnya bingung. Dahinya berkerut-kerut mahu menghadam situasi yang sedang berlaku. "D-Daniel p-pun nak u-uji b-bakat?" Terketar-ketar suaranya berbicara.

 

Tidak lama selepas Daniel memulakan tariannya, sekujur tubuh seseorang yang amat dikenali muncul sama ke atas pentas. Bersama-sama, Lisa menyempurnakan tarian dengan Daniel tanpa sebarang kesalahan. 

 

Jimin menyaksikan persembahan Lisa dan Daniel dengan bangganya. Dari situ, dia sedar betapa kerdilnya dia berbanding Daniel. Tanpa sedar, langkahnya semakin jauh meninggalkan tepi pentas tersebut.

 

"Sebenarnya..." Tidak lama selepas muzik tarian tadi terhenti, suara Lisa mulai berkumandang melalui pembesar suara yang mengisi ruangan stadium uji bakat tersebut. Langkah Jimin yang hampir melimpasi pintu exit itu lantas terbantut. 

 

"A-Aku datang u-uji b-bakat s-sebab ada seseorang beritahu...yang dia akan rap, dan aku menari..." Mendengar kenyataan dari suara yang amat dikenali itu serta-merta membuatkan tubuh Jimin berpusing semula ke arah pentas dewan.

 

Wajah Lisa terpapar besar pada kaca skrin atas pentas. Meski begitu, wajahnya kelihatan begitu ketat sekali, seakan sedang mengatakan sesuatu yang terlalu berat. Ketika itu, matanya meliar ke sekeliling bagai sedang mencari sesuatu. 

 

"Ehem, persembahan yang cukup bertenaga Cik Lisa uhm-" Belum sempat salah seorang juri memberikan maklum balas, Lisa mencantas lagi, "Ji-Jimin op-oppa..." 

 

Nama yang terpacul keluar dari mulut Lisa itu langsung membuatkan segerombolan pelajar yang mengenali mereka bersorakan di bahagian tempat dudut penonton. 

 

Rose yang masih terpaku di tepi pentas itu pula mulai membuka langkahnya menuju pantas ke arah Daniel. Seakan ini lah peluang terakhir bersama, Rose tanpa segan silu memeluk tubuh sasa Daniel itu dari belakang. Ekoran itu, sorakan gemerlapan semakin berdengung di dalam stadium tersebut.

 

Langsung membenamkan wajahnya ke tubuh Daniel, Rose mengeratkan lagi pelukannya, "Aku masih macam dulu...maaf..." Bisiknya hampir tersedak. Daniel menyentuh sepasang tangan yang membaluti tubuhnya. Wajahnya terpapar di kaca skrin kali ini, menambah lagi laungan dari arah penonton.

 

"LEPASKAN DANIEL, WITCH UGLY ROSE!" Seruan pedas yang terdengar itu hampir melucutkan pegangan Rose terhadap Daniel, pada masa sama, seakan menyedarkan dia terhadap realiti bahawa dia tidak sepadan dengan jejaka di hadapannya kini. 

 

Dengan pantas, Daniel memegang semula tangan yang mahu meninggalkannya itu. "Kalau kau rasa pilihan ini betul...tinggalkan pentas ini sekarang juga...dan dari hidup aku..." 

 

Hubungan kompleks dan dramatik empath orang pelajar itu telah menyemarakkan lagi pentas uji bakat yang sedang berlangsung live di Bandar tersebut. Dari pentas persembahan, ia bertukar menjadi medan melodrama sesama peserta. 

 

Hinggakan ada suatu masa, salah seorang juri utama melaung: "Peserta di atas pentas tolong nanti datang ke agensi kami minggu hadapan...korang ni dah boleh shooting drama sinetron..." ujarnya seraya menggeleng-geleng.

 

****

 

Di luar stadium, hanya beberapa langkah saja sebelum Jimin dan Lisa bakal berhadapan namun mereka berdua memilih untuk berhenti sebelum itu. 

 

Lisa yang terlebih dahulu membuka bicara, "A-Aku d-dah penat...Jimin ah. Aku tak nak nampak lemah...depan dia..." 

 

"Datang lah ke arah ku..." Jimin menyambung. "Untuk kau, aku tak kisah kongsi kelemahan ini..." Kata-kata Jimin itu tadi langsung mengukir sekuntum senyuman pada wajah Lisa yang telah berlumuran air mata itu. 

 

Dan sebaik saja Jimin membuka tangannya, tanpa menunggu sesaat pun, Lisa memecut laju ke dakapan pemuda itu. "Malangnya..." ucapnya kecil. 

 

Jimin membalas pelukan dari Lisa, "Yang ini aku tak nak kongsi..." ujarnya dengan suara mengejek. Lantaran itu, Lisa mendongakkan wajah ke atas, bertaut mata dengan Jimin. Bibirnya menjuih ke bawah...kononnya mahu merajuk. 

 

"Kau tahu tak...sejak pertama kali kita jumpa, aku dah jatuh cinta dengan kau..." Wajah Jimin sewaktu menyampaikan ucapan tadi kelihatan bersinar-sinar pada Pandangan Lisa, membuatkan dia terpinga-pinga. 

 

"Siapa yang dulu cakap...cinta sebelah tangan pun cinta juga?" Lisa memulangkan buah paku keras. Seiringan itu, bibirnya ditekupkan ke atas pemilik hatinya yang baru itu. 

 

***

 

"Kenapa bunga Lily?" Tidak jauh dari tempat Jimin Dan Lisa berada, Rose pula bersemuka dengan Daniel. 

 

Daniel tidak terus menjawab, sebaliknya dia hanya merenung wajah Rose yang tanpa sebarang mekup itu. Rose mahukan suatu jaminan daripadanya maka dia menanggalkan segala bentuk kosmetik yang mewarnai wajahnya.

 

"Sejak aku kenal kau, nama kau Rose ialah bunga di dalam taman hati ini..." Lancar saja bibir itu mengutarakan ucapan semanis gula-gula kapas...

 

"Daniel ah..." Rose menyebut nama jejaka di hadapan dengan penuh penekanan. Membuat anak mata Daniel jadinya. Tidak pernah ada orang yang memanggil namanya sebegitu. Kali ini, ia kedengaran begitu dekat...dengan teras jantungnya.

 

"Aku Sebenarnya nak bagitau...yang aku...allergik dengan bunga Lily dan-" Sebelum habis berkata, Daniel mencapai bunga Lily itu dari pegangan Rose, bertindak melontarnya ke tanah. Sejurus itu, kedua tangannya menekup wajah kecil wanita di hadapan, lalu menghadiahkan sebuah kucupan yang menjadi memori terindah dari saat ini...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD