Keliru

infectious ONESHOT
 
Keliru

 

"Kalaupun setitis air mata mengalir daripada mata kau...Aku Kwon Jiyong, akan buat kau sedar betapa hodohnya dunia ini."

 

...dan aku—Sandara Park—masih mempercayai kata-kata tersebut sampai ke detik ini. Talk about pathetic.

 

"Unnie, jom! Semua orang tengah tunggu." Seru Minzy dari arah pintu. Lalu itu, aku lantas tersedar daripada lamunan silam.

 

Silam? Ah-ha, silam. Nama pun silam, lalu mengapa wajah orang itu masih berlegar di dalam kotak ingatan ini setiap saat? Please lah. Butiran kata Jiyong yang diucapkan pada lima tahun lepas ibarat sebuah mentera.

 

Kwon Jiyong umpama Putera Kegelapan. Segala-galanya tentang dia tidak pernah gagal tuk membuatkan hati ini kecut—takut, hiba—malah langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Di antara keluarga kami, semua tahu yang Kwon Jiyong sejak azali lagi, hobinya ialah membuli atau lebih tepat lagi: menggunakan aku.

 

Sebabnya? Sebabnya kerana aku...membenarkan semua itu berlaku. Kerana aku berfikir yang kalau ialah Jiyong, maka segalanya akan berubah menjadi perkara yang baik-baik sehinggalah hati ini mengenal erti khianat.

 

"Dara nervous nak jumpa oppa yer?" Minzy memecah kesunyian di dalam kereta paduan roda yang dipandu suaminya, Daesung. 

 

Sekali imbas, aku terlihat senyuman kelat pada wajah Daesung dari sisi cermin kereta. Dari situ, seolah-olah ada sesuatu yang berat menghembap atas dada ini. 

 

Terbiar. Sakit.

 

Argh, perasaan ini! Setelah sekian lama ia terkubur, kini telah kembali! Semua gara-gara Kwon Jiyong. Kenapa orang tu harus kembali? Kalaupun dia telah bertunang, terus lah kahwin dekat sana. Mengapa perlu menjalani majlis perkahwinan di sini? Sudah tu, aku kena jadi pengapit pengantin pula. Ya Tuhan, tolong lah aku.

 

Kurniakan aku kekuatan.

 

Kwon Jiyong, insan tak guna tu, sejak dari awal lagi, hanya menggunakan aku sebagai batu loncatan untuk mendekati sepupuku iaitu Taeyeon. Pabila direnung semula, hubungan aku dan dia hanya beralaskan niat tersebut—yang mana Sandara Park hanyalah watak sampingan walhal selama ini, setulus ikhlas aku menganggap bahwa ianya merupakan suatu ikatan persahabatan yang murni. Atau lebih.

 

Bull.

 

"Dara noona dah berubah sekarang. Dia dah ada orang lain..." Kenyataan Daesung langsung membuatkan dahiku berkerut. Paduan suara tawa mereka malah membuatkan genggaman tanganku semakin erat.

 

Entah dari mana, secara beransur setiap orang menanam suatu kenyataan yang Sandara Park merupakan peminat tegar Kwon Jiyong. Lebih teruk lagi, di dalam ingatan semua orang daripada lima tahun lepas, mereka mulai menyimpan kenyataan yang aku terlalu menyukai manusia tu sampai tak lalu makan selama beberapa bulan.

 

Tak adil, bukan? Kerana orang yang mengucapkan kata-kata separuh ugutan itu tidak lain tidak bukan ialah Kwon Jiyong sendiri! Tanpa simpati, dia telah memahatkan trauma yang terdalam di dalam teras jantung ini.

 

"Sandara Park, aku nak seluruh manusia yang wujud di dalam universe ini melihat aku sebagai cinta pertama kau,"

 

"Jiyong ah, ak-aku sebenarnya tak rasa y-yang D-Dara suka dekat kau. Pada aku, dia nampak lebih takut daripada suka."

 

"Dia hanya berlakon. Percayalah..."

 

Di setiap langkah, aku terbayang-bayangkan perbualan di masa lalu antara Jiyong dan Taeyeon. Sehingga ke hari ini, aku yakin, pada waktu itu, mata aku dan Jiyong bertemu. Orang itu tahu kehadiran aku pada malam tersebut. Dia tahu bahawa aku mendengar setiap satu patah perkataan yang dibincangi mereka berdua.

 

Justeru mengapa...mengapa dia mengatakan aku...hanya berlakon?

 

Langkahku terhenti di hadapan pintu gerbang balai ketibaan penumpang. Telefon bimbitku yang sejak tadi bergetar sudah tidak diendahkan. Pandangan mataku tertancap ke ruang hadapan. Nafas ini kian sukar tuk dibebaskan.

 

Aku bukan aku—inilah perasaannya setiap kali orang itu bakal muncul.

 

"Jiyong ah!" Seruan Daesung bagaikan letupan bunga api di atas angkasa. Jantungku berdegup pantas. Otot sendiku semuanya terasa begitu berat sekali.

 

Pancaran senyuman kebahagiaan daripada wajah Jiyong bagaikan suis arahan agar jantung ini mulai mengepam darah ke seluruh batinku. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran ini bahawa posisi di sebelahnya akan terisi sehinggalah Kim Taeyeon muncul.

 

"Sandara. Hi." Jiyong menapakkan langkah demi langkah ke arahku. Gerak bibirnya menyebut nama ini amat ku kenali.

 

"Thanks for coming," ujarnya sebaik berada di hadapanku.

 

Buat beberapa saat, lidahku menjadi kelu. Kalau boleh sebenarnya aku tidak ingin bersuara deminya. Lima tahun bahkan bukanlah tempoh yang cukup untuk aku berlagar normal di dalam situasi ini.

 

"Dara yah." Taeyeon menyusuli dari belakang. Terpalit senyuman yang indah di hujung bibir bakal pengantin baru itu. Dan akhirnya aku tewas.

 

Aku mengerakkan bibir dan mempamerkan senyuman selebar-lebarnya kepada mereka.

 

"Selamat kembali ke Korea. Semoga kamu berbahagia sehingga ke anak cucu..." Lantas, senyuman aku berubah tawar. "Korang berdua ingat, aku akan mengucapkan kata-kata begini?" Aku meneruskan. Sedaya upaya aku menahan agar genggaman tangan ini tidak mengena ke wajah jejaka di hadapanku sekarang.

 

Minzy bergerak pantas. Lengannya ditebarkan di antara aku dan dua pasangan tersebut. "Sandara Park, apa yang kau-"

 

Tanpa mengalihkan pandangan mata daripada Jiyong, aku kembali bersuara: "Aku datang untuk menjelaskan sesuatu."

 

Dahi Taeyeon berkerut namun seperti yang aku jangkakan, riak wajah Jiyongnya tetap sama. 

 

"Kwon Jiyong, Kim Taeyeon...minta maaf kerana aku takkan dapat menghadiri perkahwinan korang berdua nanti." Ujarku senormal-normal yang termampu.

 

"Sandara..." Aku mendengar jelas namaku disebut oleh Jiyong dengan ketapan keras bibirnya. 

 

"From this moment on, you will never be able to confuse me...ever again. Kwon Jiyong, dunia aku hodoh...adalah berpunca daripada kau." Seusai kata, aku tersenyum bangga. Perlahan-lahan kaki ini berundur setapak demi setapak ke belakang.

 

Taeyeon, Minzy dan juga Daesung, mereka berempat memandang ke arahku dengan seribu persoalan pada wajah mereka. Kata-kata ku tadi pasti telah mengejutkan mereka.

 

Aku harus meluahkan isi hati yang terbeku di sebalik dada setelah sekian lama ini. Dengan itu, barulah aku mampu...meneruskan kehidupan.

 

I don't need reasons to live. I'll just have to create one.

 

Dan aku sebenarnya masih mempercayai—Kwon Jiyong, pada suatu ketika dahulu, benar-benar ialah sahabat aku. Sebab itu dia mengucapkan kata-kata tersebut...

 

"Kalaupun setitis air mata mengalir daripada mata kau...Aku Kwon Jiyong, akan buat kau sedar betapa hodohnya dunia ini."

 

Agaknya Jiyong telah lama sedar bahawa suatu hari nanti aku akan menitiskan air mata demi dirinya. Dan alangkah baik andainya dari awal pertemuan kami, dia tidak menghadirkan perasaan keliru di dalam hatiku.

 

Aku lebih rela menangis lalu bangkit semula daripada menahan tangisan demi kekeliruan yang hanya beralaskan suatu ilusi.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD