Hipnosis (Part 1)

infectious ONESHOT
 
Hipnosis

 

Bora | Jungkok

 

Tahun ini, masalah terbesar Jeon Jungkok ialah gagal untuk berkata 'tidak'. Dalam apa juga keadaan sekalipun, meluahkan 'tidak' akan menjadi pilihan terakhir buat remaja berusia dua puluh tahun itu. Namun, segala-galanya mulai berubah apabila pada suatu hari, dia bertemu dengan seorang wanita yang mahir menggunakan teknik hipnosis untuk mencari punca kepada sifat terlalu merendah diri pemuda tersebut.

 

Pada awalnya, Jungkok membantah bagai dunia nak khiamat. Sanggup mogok lapar seminggu, sanggup kad-kad kredit atas nama disapu oleh emaknya, Datin Mari. 

 

"Jungkok...anakku..." Entah bila masa Datin Mari menyelinap masuk ke dalam bilik anak tunggalnya, sampai Jungkok sendiri hampir terkantoi menonton video rated melalui telefon bimbit pintarnya. Budak lelaki ni, luar je nampak innocent zaman pari-pari tetapi di dalam—takde bezanya dengan orang yang kahwin empat, atau lebih.

 

"Mak!" Hampir terbuang handphone di tangan. Menggeletar tangan Jungkok tatkala memasukkan telefon tadi ke sebalik tilam. 

 

Dengan pandangan curiga, Datin Mari mencebik bibir. "Iye sayang? Panggil mak yer?" Si emak buat bodoh depan anak lelaki emasnya itu. Tangannya yang disembunyikan di belakang sejak tadi dikeluarkan ke hadapan. Tiga versi kad ditayangkan betul-betul di hujung hidung Jungkok. 

 

"Haih." Juling mata Jungkok menyaksikan kad kad yang dahulunya berteman kasih bersama.

 

Semakin dipandang, semakin berkilauan pula kad kad tersebut. Jungkok seperti melihat kad kad itu terapung penuh drama di hadapan mata. Macam rasa nak petik je. Tapi tidak. Jungkok nekad. SAY NO TO Sung Bora! Gila ke dia nak bagi perempuan setahun jagung tu lihat apa yang berkecimpung di dalam mindanya?

 

"Saya dah sampai! Yeay!" 

 

Sedang Jungkok menggelamun tentang perempuan bernama Sung Bora yang kononnya mistik itu, tiba-tiba telinganya disapa oleh suara yang kedengaran seperti perempuan tersebut. 

 

"Mak!" Jungkok jerit sambil tangan kanannya dijangkau ke luar. Sayang sekali, si emak sudah berada di muka pintu. 

 

"Fighting!" ialah ucapan terakhir si emak buat anaknya. Bukan main cerkap lagi dia menutup pintu dengan gari rantai sebesar belalai gajah (cewah) itu. 

 

"Wo-Woi! J-Jangan dekat!" Jungkok meletakkan dua belah tangan di atas dada. 

 

Wajahnya berubah jijik menyaksikan Bora yang berpakaian seperti orang nak pergi bercucuk tanam pada pagi mulia itu. Dah lah hujung minggu. Dah lah minggu ni takde group meeting. Adoi. Padan lah emak dia panggil balik rumah, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.

 

"Jeon Jungkok, apesal lah kau tak perasan semua ni? Adui..." gerutunya di dalam hati.

 

Riak muka Bora berubah masam. Seolah-olah dapat membaca apa yang bergelumang di dalam fikiran Jungkok, tapak demi setapak dia melangkah. 

 

"Yah, kau nak buat ke tak nak?" Sambil bersuara, jaket luarnya dibuka. 

 

Terjolok mata kuyu Jungkok tatkala terpandang lekuk dada Bora yang terdedah setelah jaket tadi dicerai daripada tubuhnya. Sampai tertelan-telan air liur. Untuk tidak kelihatan ketara, Jungkok segera melarikan anak mata dari 'situ' namun entah mengapa, pandangannya akan tetap tertancap di 'situ' juga akhirnya. 

 

Bora tertawa kecil. Nampak macam budak nerd tapi tengok mata, masih juga jantan namanya. Menggeleng, Bora meneruskan, "Cepat la weh, aku takde banyak masa ni! Haiz. Lagipun mak kau bagi aku masa sejam je, tahu?" Sambil mengipas-ngipas bahagian hadapan dadanya, Bora mendengus tidak puas hati. 

 

Sung Bora. Siapa tidak kenal dengan nama ini? Hipnosis? Petik jari je. Dia ni dikatakan memiliki fokus yang sungguh luar biasa sehingga mampu mengawal fokus orang lain. 

 

Bagaikan berlayar di dunia lain, Jungkok masih belum habis terpesona. Perempuan yang dikatakan kolot, traditional berabis, berdada kempis, seperti yang orang lain selalu bisikkan, kini tampil seperti idol korea di hadapan matanya. Sah tipu kalau dia kata langsung tak bergetar jiwa lelaki di dalam. Jiwa bergetar, termasuklah otot dan sendi segala. Bahkan nak berdiri pun, hanya Tuhan tahu macam mana dia bertahan. 

 

"Jeon Jungkok, sila kawal nafsu kau ok? Sebelum kita mula, aku nak bagi amaran sikit." Bora merenggangkan pengikat tali rambutnya. Perbuatan si gadis itu umpama pergerakkan yang perlahan sangat menerusi lensa pandang Jungkok. Peluh peluh berterbangan tatkala Bora menarik pengikat tali rambutnya kelihatan seperti perkara menarik pernah disaksikan.

 

"Ok. Aku dah selesai buka tali rambut. Sekarang kau pergi baring dekat katil..." Selamba Bora mengarah. Jari telunjuk dihalakan ke katil. Wajahnya masih serius, tiada langsung tanda gurau. "Sebelum aku gosok ketiak kau dengan batu asah, baik kau baring sekarang!" Langsung tidak bercanda, Bora malah menghayunkan tangan ke udara, bila-bila masa saja bersedia untuk memukul jejaka yang layak digelar 'oppa' kepadanya itu.

 

Jungkok tersentak. Langkahnya tampak terpaksa tetapi di hati, sebenarnya sudah berbunga-bunga. Bermacam-macam yang singgah sebentar di dalam kotak pemikirannya. Semuanya indah dan manis-manis belaka. Macam syurgawi pula. 

 

Bora mengekori dari belakang dan sampai suatu jarak, dia berhenti. Belakang Jungkok yang semakin menjauh, mengecil daripadanya meninggalkan kesan sama seperti dahulu. Anak matanya dijurus ke bawah. Dia risau kalau terus begini, fokusnya akan terganggu. Ini merupakan sesi kedua mereka. Yang pertama ialah setahun lalu. Ketika itu, Jungkok mengalami trauma terbesar di dalam hidupnya apabila teman wanita sejak di bangku sekolah menengah lagi meninggal dalam kemalangan mobil.

 

Bora ingat lagi, betapa teruk keadaan jejaka itu pada tahun sebelumnya. Dan berkat hipnosis yang dibekalkan buat Jungkok, jejaka itu berjaya menangani trauma tersebut namun masalah lain pula—Jeon Jungkok kehilangan personaliti asalnya yang dahulu. Daripada seorang yang berkarisma, setelah proses hipnosi mereka pertama dahulu, dia berubah menjadi seorang yang bak kata orang, takde tulang belakang. Jadi pak turut semata-mata. 

 

Sesuatu yang tak kena berlaku. Bora pasti. Besar kemungkinan ianya berkait rapat dengan hipnosis dulu...

 

* * *

 

Nama 'Jungkok' seakan-akan mengalir di dalam darah Bora. Bukan jatuh cinta kali pertama, tetapi sebelum bertemu lagi, dia sudah menanam hasrat untuk mencintai jejaka itu lebih daripada segala-galanya. Hyorin ialah kawan baik Bora, juga merupakan teman wanita Jungkok. Bora mengenali Jungkok melalui Hyorin. Dari situ, di dalam diam, dia menyimpan suatu rahsia yang memilukan. 

 

Tetapi Bora tidak mampu mengawal perasaannya. Itu sudah menjadi takdirnya. Pemuda pertama yang mencium bibirnya akan selama-lamanya bertakhta di jantung hatinya.

 

"I love you." Bisikan suara seseorang dari arah belakang, disusuli pula tangan yang mengelilingi pinggang Bora ketika itu, hati siapa tidak terusik? 

 

Seluruh tubuh Bora mengeras. Otot-otonya mengejang sama sekali. Nafasnya tersekat dari dalam. Sentuhan panas tadi seolah-olah mengaktivasi sesuatu yang lama terpendam di dalam dirinya—cinta. 

 

Sayang sekali, ia terjadi kerana salah faham. Pada hari tersebut, Hyorin dan Bora sama-sama menelaah di perpustakaan. Sebelum ke tandas, Hyorin meletakkan jaket di tepi Bora. Dari belakang, susuk tubuh Hyorin dan Bora agak sukar dibezakan. Sama-sama memiliki warna kulit kuning langsat. Tinggi pun tidak jauh berbeza. Apatah lagi rambut panjang ikal yang diwarna dengan pewarna kelabu gelap. 

 

Salah Jungkok sebab tidak memastikan identiti gadis yang dipeluk. Tanpa sebarang curiga, dia memalingkan tubuh gadis itu menghadap dirinya. Sebelum sempat bertentang mata, bibir mereka bertaut. Jungkok memejam matanya. Merasai nikmat berada di dalam dakapan orang tercinta. 

 

Bora tidak perlukan balasan cinta daripada Jungkok. Dia hanya mahu menyukai pemuda itu dalam diam sehinggalah kemalangan kawan baiknya, Hyorin berlaku.

 

* * *

 

"Tutup mata..." Bora menghembus nafas perlahan. Kalau boleh, dia tidak mahu kedengaran seperti orang yang kesesakan nafas. Terutama di hadapan Jungkok.

 

"Kau...akan rasa berat...kelopak mata semakin berat...terlalu berat sampai kau nak buka mata pun..." Bora terasa penangan kata-katanya sendiri. Dia sudah lama tidak mempraktikkan hipnosis. Kali terakhir ialah dengan Jungkok setahun lepas. Namun kerana mahu membantu Jungkok, dia kembali melakukan amalan yang sudah lama ditinggalkannya itu. 

 

Hipnosis memerlukan fokus dan emosi yang stabil ketika melakukannya. Tersilap langkah, bahaya akan melanda. Jungkok bisa terperangkap di dalam minda separa sedarnya. Dan Bora, tidak mahu itu terjadi. 

 

"Suasana kau sekarang...ada laut di hadapan. Pasir putih yang hangat di bawah tapak kaki. Kau dapat hidu bau laut, masin berbaur manis, sama macam kenangan waktu dulu...di antara kau dan H-Hyorin,"

 

Bersambung...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD