Hujan (Part 1)

infectious ONESHOT
 
daragon

 

"Melangkah ke alam dewasa merupakan suatu proses yang harus. Wajib. Tiada siapa pun yang dikecualikan daripada menjalani setiap peringkat hidup tersebut..."

 

 

"Argh! No No No! Kecuali aku! AKU! KWON JIYONG AKU! Aku tak nak jadi tua. Aku nak muda sampai bila-bila! Tak nak pergi sekolah, tak nak belajar, tak nak buat kerja rumah...tak nak kena bebel cikgu, tak nak buat ujian bangkit tubiii-ahhh-ahhh-ahhh..." 

 

 

Rungutan Jiyong terbengkalai dek cuping telinganya dicarik tanpa amaran dari belakang. Lengannya terkapai-kapai di udara, lagak seperti renang rama-rama gitu.

 

 

"Ah-Ah-Ahhh..." Jiyong mengerang kesakitan. Dengan badan sekali condong ke belakang. 45 darjah ha.

 

 

"M-Makkk t-tolong..." Terkial-kial ibarat ikan yang terdampar lemah di sisir pantai, begitu menyayat hati situasinya.

 

 

Pelajar wanita memakai uniform sekolah bertali leher merah itu memulas telinga Jiyong semahu-mahunya. Matanya, lubang hidung, mulut, pokoknya semua rongga luar badannya luas terbuka (*hiperbola). Asap kemarahan seolah-olah terpancar keluar dari kedua belah telinga gadis berambut pendek tersebut.

 

 

"Oo, nak muda ye? Kfine...nah, amik kau! Rasakan pulasan aku, cis!" Jeritan Dara tidak pernah gagal tuk menggegarkan segenap ruang bilik darjah yang semakin kosong setelah jam loceng rehat berbunyi tadi.

 

 

"Berani kau tak siapkan report huh?" 

 

 

"Aiya-Aiya, ke-kejab...D-Dara yah...t-tunggu," 

 

 

Dara mengheret Jiyong berarak mengelilingi kawasan bilik darjah. "Pasal kau aku kena bebel dengan cikgu penguin tu, aishh!" Seru Dara tanpa mengerling sekilas pun ke arah Jiyong. Satu-satunya aksesori yang menampakkan kewanitaannya iaitu klip rambut oren berbentuk rama-rama ditanggalkan dengan satu gerakan saja.

 

 

"Aku pun tak nak jadi perempuan sudah! Nah jahanam lah kau klip rambut!" Tidak cukup dengan menghumban klip rambut ke lantai, kaki Dara yang kurus tapi mengancam itu memijak-mijak aksesori tersebut.

 

 

Pucat lesi muka Jiyong jadinya. Bukan gigi saja yang menggeletar, seluruh tulang-temulang di dalam badannya seperti mahu retak seribu. Sebelum terlambat, dia segera menyatukan telapak tangan. "M-Minta maaf...argh...s-sakit woi!" 

 

 

"Tahu saakit?" Omel Dara mengetap keras bibirnya. Sambil menempeleng kepala Jiyong, kakinya pula mengerjakan klip rambut yang tidak berdosa... 

 

 

Beberapa minit kemudian, genggaman Dara menjadi longgar. Dan Jiyong hampir bersujud syukur sunat di atas lantai tersebut. 

 

 

Dara berpaling menghadap Jiyong. Kedua tangannya berganti target pula ke rambut jejaka itu. "Argh! Kwon Jiyong tak gunaaa! Aku ta-tak pua-puas hati!!!" 

 

 

Malang tidak berbau, habis punah rambut oren Jiyong itu ditarik tanpa simpati oleh ketua kelas yang juga merupakan ketua pelajar sekolah mereka, Sandara Park.

 

 

***

 

 

Sebut saja nama Kwon Jiyong, semua pelajar (perempuan) akan berbisik, tersenyum kambing sesama sendiri. Kacak adalah salah satu point utama Jiyoung. Seterusnya, latar belakang keluarga. Bukan saja tergolong di dalam keluarga berada, tetapi juga ialah adik kepada idol terkenal, Kwon Taehyung. 

 

 

Jiyong mewarisi ciri-ciri seorang lelaki yang ideal, prince charming di dalam hati setiap pelajar perempuan Sekolah Tinggi Hangeng. Mana tidaknya, walaupun kerap ponteng kelas, jarang jarang menghantar kerja rumah namun apabila peperiksaan saja, nama dia akan menjulang di dalam senarai TOP three.

 

 

Penampilan, latar belakang, dan otak geliga. Pakej yang sempurna untuk dibuat suami...tapi...

 

 

Buat Sandara Park, Kwon Jiyong hanyalah seekor parasit yang mengotorkan memori remajanya.

 

 

***

 

 

Jiyong mengeluh pendek. Sesekali anak matanya menjeling ke kanan. Dara yang sedang menghirup jus epal itu masih enggan memandang mahupun bercakap dengannya semenjak kejadian kelmarin. 

 

 

"Aish, bukan sekali dua aku tak hantar report..." Getusnya di dalam hati. Rambut orennya itu diraup terus-menerus sehingga menjadikan ia tampak kusut macam sarang lebah.

 

 

Mereka berdua duduk bersebelahan di atas salah sebuah kerusi kafeteria. Walaupun tiada senyuman yang menyinari wajah Dara pada pagi itu, namun gerak hati Jiyong kuat mengatakan bahawa mood Dara tidak lah seteruk kelmarin.

 

 

Kalau orang boleh terkenal kerana baran, Sandara Park ialah antara calon-calon yang paling atas. Lapan tahun lalu, Sandara menjadi anak yatim apabila semua keluarganya terlibat di dalam tragedi kapal terbang. Keluarga dia dan Jiyong ialah jiran dan rakan bisnes. Mereka bersetuju untuk mengambil Sandara sebagai anak angkat andai syer keluarga Park diserahkan kepada Kwon buat sementara waktu, sehingga Sandara mencecah usia 18 tahun.

 

 

"Dah, kau balik kelas sekarang. Jangan fikir nak lepak lama-lama dekat sini." Dara bersuara tegas. Pada saat yang berikut pula, dia tersengih sendiri. Tidak cukup dengan itu, kedua kakinya dihayun ke atas dan bawah, riang-ria begitu.

 

 

Terangkat kening kanan Jiyoung menyaksikan kelakuan bipolar Dara yang sekejab tegas terhadap dirinya tetapi boleh pula tersenyum simpul selepas tu. Tidak semena-mena timbul curiga di dalam sanubari. Tanpa berfikir panjang, dia mendekatkan jarak muka mereka. Mulutnya didekatkan ke telinga Dara lalu dia membisik, "Kau dah kenapa? Period eh?" Usiknya sambil tersenyum senget.

 

 

Hanya Sandara Park yang berupaya menerbitkan senyuman sebegitu di wajah Jiyong. Bukan keluarga, dan bukan juga tunangnya, Mizura.

 

 

Merasai haba di pipi, kepala Dara spontan menoleh ke kanan. Di saat itu, wajah dia dan Jiyong bertemu. Nafas dan degupan jantung menghasilkan suatu irama yang menyemarakkan sesuatu dari dalam diri masing-masing. 

 

 

Jiyoung tergamam dan begitu juga Dara. Pandangan matanya berpusat ke bibir Dara. Suasana menjadi kekok namun tiada siapa pun di antara mereka yang berundur. 

 

 

Dara menelan liurnya perlahan. Sedaya upaya mahu menyembunyikan perasaan dalamannya yang hampir meletus.

 

 

Dalam situasi yang tidak diduga itu, tiba-tiba cuara cerah tadi berubah mendung dan hujan mulai berderai jatuh menyembah bumi.

 

 

Seolah-olah diseru kembali ke alam realiti, Dara segera menjauhkan wajahnya. Naik bulu roma memikirkan saat tadi. Gelisah hatinya semakin ketara. "Ah hujan..." bisiknya. Perlahan-lahan, pandangan mata mulai beralih ke kawasan padang sekolah. Dan kekecewaan terpalit langsung di permukaan wajahnya.

 

 

"Yah, Sandara Park...ka-kau ok ke?" Jiyong disirami bimbang melihat perubahan sikap Dara yang terumbang-ambing bak rollercoaster itu. "Sakit ke?" Selamba tangan kirinya mendarat ke atas dahi gadis tersebut.

 

 

"Hmm," Dara mengeluh tanpa sedar. "Taehyung oppa..." luahnya kecil. Dan ia jelas kedengaran oleh Jiyong dari tepi.

 

 

'Huh? Taehyung? Dara...sedang menunggu Taehyung?' Sinaran mata Jiyong berubah apabila suara hati mengambil alih kewarasan mindanya.

 

 

THUMP THUMP

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD