Daragon

infectious ONESHOT
 
daragon

 

G-Dragon memusatkan mata ke arah sebuah kedai dobi yang bertapak kira-kira 10 meter dari tempatnya berdiri. Rambutnya yang bercelup pewarna kemerah-merahan bersinar di bawah kilauan cahaya matahari. Memakai wajah serius, sebuah cermin dikuak daripada jaketnya. Bak seorang pakar mekap, dia menambah tebal tona eyeliner kononnya mahu tampak lebih badass.

 

 

"Mirror mirror of the wall, who's the fairest of them all?" Gumamnya disertai senyuman lebar melihat refleksi wajahnya yang tampan.

 

 

*tit..tit..tit* Alat penghubung yang terselit di tepi telinganya berbunyi. Raut wajah si dragon kembali serius. Tangan kanannya dengan tangkas melaraskan alat penghubung tersebut dan menjawab, "Team 008 here".

 

 

"The boys are coming..." beritahu suara di sebalik talian.

 

 

Sejurus itu, anak mata G-Dragon membantuti sekumpulan pelajar sekolah tinggi yang enak berjalan menuju kedai tersebut. Bibirnya mendesis. "Memang cari nahas budak-budak poyo ni! Takde keje nak datang kedai dobi beli dadah! Apa kejadah? Isk.Isk.Isk. Nak juga aku bagi diorang rasa tendangan kuda belanda aku ni..."

 

 

Sambil menyingsing lengan kemeja, mula lah mulutnya berkumat-kumit menghamburkan sentimen di dalam hati. Gaya tak ubah seperti mak cik yang nak turun ke sawah.

 

 

TOP timbul mengejut dari belakang. Seperti tabiat, dengan selamba dia menempeleng kepala G-Dragon.

 

 

"Aduh," Hampir tergugat keseimbangan G-Dragon. Ekoran daripada momentum pukulan itu, dia menjadi biul sejenak. Namun di saat berikutnya, sempat pula dia menyeringai sambil lengannya berkayak-kayak di udara meniru angsa perasan nak terbang.

 

 

"Drama sangat." Bisik TOP menggeleng-gelengkan kepalanya.

 

 

Dengan penuh bergaya G-Dragon mendarat atas lutut kanannya yang terbenam sedikit ke dalam tanah. Kedua-dua tangan pula ditebarkan disisi, menjana kestabilan badannya.

 

 

TOP tersenyum simpul melihat gelagat ala-ala komik G-Dragon tadi. "Buat lah apa yang patut. Lepas semua dah selesai nanti, kau text aku." TOP menjegilkan mata terhadap G-Dragon. "Mmm, text...bukan call! Kang aku gosok ketiak kau dengan batu kelikir..." Tangan kanan TOP digenggam lalu dihayun ke paras bahu, mahu menggayakan penumbuk lagendanya.

 

 

G-Dragon melantunkan badan bangkit dari posisi tadi. "Kau ni apesal? Tau lah kita ni cuma mata-mata tapi bukan calang-calang mata tau! Kitaorang ada etika kerja! Hah, kau dengar tak ayam dah berkokok tu? Itu tandanya masih pagi! Pagi-pagi begini kau nak balik pula dah! Habis, report siapa buat?" Seusai kata, dia menyilangkan tangan ke dada, mengetap keras giginya sebagai protes.

 

 

TOP hanya mengernyih ke arah rakan setugasnya. "Etika lah sangat. Hmph sudah! Aku dah nak pergi. Malas aku nak layan kerenah mak andam kau tu..." Lantas, dia memusingkan badan ke kanan lalu mencapai handphone dari dalam kocek seluarnya. G-Dragon hanya mengeleng-gelengkan kepala melihat ketaksuban TOP terhadap handphonenya itu.

 

 

"Asal nak balik je, tengok handphone! Asal sampai je, buka handphone! Mmm...maklumlah orang dah berpunya!" Dengan sengaja dia mengiramakan suara agar didengari oleh rakannya yang juga merupakan ketua pasukan mereka itu.

 

 

Tidak lama kemudian, TOP mengangkat tangannya memberi isyarat untuk beredar.

 

 

***

 

 

"My ever handsome TOP oppa tak datang lagi ke?" Dari jauh, Sandara sudah melaung-laung nama pujaan hatinya.

 

 

Keterampilan Sandara telah menarik perhatian orang awam yang berlalu-lalang di sekeliling. Kebanyakkan mereka berbisik semasa sendiri sambil tersenyum simpul ke arah dua orang tersebut. G-Dragon yang menyedari situasi itu serta merta menekup wajah menanggung malu.

 

 

"Apa lah nak jadi perempuan dengan zaman sekarang ni? Teriak bukan main jantan...Hah, perempuan ni pun satu! Datang datang je, cari tunang orang. Aduhai..." Dia menepuk dahi perlahan. Hembusan nafas yang panjang terbebas perlahan dari mulutnya.

 

 

Antara sedar dengan tidak, Sandara sudah mencekak pinggang di hadapan G-Dragon. "Oii naga sewel! Kau pekak ke?! Tak dengar aku sedang tanya kau?! Aku sembab kau dengan kepala lutut aku nanti hahhh..."

 

 

Dalam bab-bab memaki hamun, Sandara paling semula jadi. Hanya orang yang pernah terkena maki-hamunnya saja yang merasa bagaimana bisanya kata-katanya bertubuh kecil itu. G-Dragon mengerising tatkala dia melihat dress seksi Sandara yang agak menjolok mata itu.

 

 

Tidak sampai lima saat, Sandara tangkas menyedari mata baga yang kini berpusat di bahagian dadanya. Mahu terbelalak matanya memandang naga tersebut.

 

 

"Amboi, naga gatal! Kau nak kena sepakan sepanduk aku ye?! Tengok tempat lain! ert tak sedar diri!" Dengan laju dia merapatkan tangan ke dada untuk cover gitu.

 

 

Sebenarnya, Sandara sedang meragakan pakaian untuk watak undercover-nya, yang mana dia ditugaskan menyiasat kedai dobi yang diuar-uarkan sebagai pusat pengedaran dadah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah tinggi dari daerah tersebut.

 

 

"Oi perempuan pasir...pergi lah gurun sahara ke, gurun lopak ke, taman bunga ke, taman riadah ke...Ah dah dah! Jangan ganggu aku nak fokus ni! Kalau keje aku tak baik, ba..pak kau juga yang rugi!" Sepenuh penekanan diletakkan terhadap perkataan 'bapak' itu tadi.

 

 

Spontan anak mata Sandara menjuling ke atas. Boleh pula naga seekor ni menggelar ayahnya, Encik Park, sebagai 'bapak'. Kedengaran pelik semacam. Ani. Bukannya diorang kongsi ayah pun, apa hak dia nak panggil ayah dia bapak? Well, unless kalau diorang berdua suami-

 

 

Eh.Eh. Eh. Ke situ pula fikiran! Sandara mengetuk sisi kepalanya.

 

 

"W-Whatever! M-Mana dia? My oppa? TOP oppa?" Sandara membuat aksi comel nya di hadapan G-Dragon yang hampir mengeledak tahap gunung berapi.

 

 

"Mana lagi kalau bukan pergi jumpa tunang dia..." jawabnya acuh tak acuh.

 

 

Sandara mencebik bibir. "Sejak perempuan tu muncul, TOP yang bertaring cheetah tu pun sujud dengan dia! Entah jamu apa yang dia pakai!" gerutunya geram. Genggaman tangannya dihayunkan di hadapan G-Dragon, sikit lagi mengena pipi si naga. Tak ke juling mata orang macam tu.

 

 

"Alahai! Macam mana boleh terfikir sampai ke situ pula?" Rahang G-Dragon seperti mahu tercabut daripada dagunya. "Apa kau ingat kalau guna jamu, TOP hyung akan pandang kau berlainan ke? Dasar perempuan ganas tak sedar diri..." Dengan senang hati, G-Dragon memulangkan buah paku keras kepada Sandara.

 

 

"Mwoyah? Kau take side dengan perempuan yang asyik tidur nak mampus tu? B-Berani kau! Meh sini sekarang! Aku gi-gigit kepala kau sampai bercabang dua!" Belum sempat ayat Sandara bernoktah, batang hidung G-Dragon sudah lesap dari pandangan.

 

 

G-Dragon merupakan ahli 008 yang disegani ramai atas kemahiran, ketangkasan dia menundukkan lawannya dengan hanya menggunakan pemukul besbol. Namun begitu, seganas-ganas dia—Sandara jugalah yang paling ditakuti.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
blackdress_
#1
wow best lah update la lagi
aiyani
#2
Chapter 5: Chapter ni buatkan saya senyum sendiri pulak, hoho XD