EP13

My Ex is a Mafia (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

BALIK saja dari taman tema, Sohee terus tidur di biliknya. Penat punya pasal. Macam mana tak penat, dari pagi sehingga ke malam dia bermain setiap jenis permainan yang ada di taman tema yang dia pergi dengan Dongwoon. Jika Sohee sudah tidur, lain pula dengan Dongwoon. Dia masih lagi belum tidur, sebaliknya dia keluar ke taman untuk mengambil angin. Dan di situ dia terserempak dengan Junhyung yang sedang menikmati angin malam di bawah sebuah pokok rendang. 

 

"Belum mengantuk lagi ke bang?"lembut saja Dongwoon menegur sebaik sahaja tiba di hadapan Junhyung. Junhyung sedikit tersentak. Didongakkan kepalanya untuk melihat siapa yang sedang menegurnya itu. 

 

"Ah, kau rupanya Dongwoon. Belum lagi, aku nak ambil angin sekejap. Kau ni baru balik dari keluar dengan cik muda ke?" 

 

"Yup. Eh, macam mana abang tahu aku keluar dengan dia?" 

 

"Aku nampak kau keluar dengan dia tadi." 

 

Dongwoon sekadar menganggukkan kepala tanda faham. Dia memerhatikan saja Junhyung yang sedang membaca sebuah buku. Mungkin novel thriller kerana setahu Dongwoon, lelaki itu sangat suka membaca novel sebegitu. 

 

"Dongwoon...kau pernah bercinta tak?" 

 

"Pernah...kenapa?" 

 

"Jadi kau tahulah bagaimana caranya untuk memujuk perempuan?" 

 

"Aik, abang bergaduh dengan Kyungri ke?" 

 

"Erm...kinda..." 

 

Dongwoon sekadar tersengih. Tak sangka pula lelaki yang selalu saja nampak kool itu punya masalah dalam hal cinta. Dan lelaki itu meminta nasihat daripada dia? Nampaknya dia meminta nasihat daripada orang yang betul. 

 

"Just biarkan dia buat sementara waktu untuk bagi kemarahan dia reda. Jangan call atau mesej dia." 

 

"Jumpa pun tak boleh?"sampuk Junhyung dengan dahi berkerut. Walau bagaimanapun, mukanya nampak begitu fokus memandang muka Dongwoon. 

 

"Boleh tapi abang kena bawakan dia hadiahlah. Macam bunga or something yang dia suka. Bila abang bawakan dia hadiah tu dia nampaklah yang abang berusaha nak pujuk dia." 

 

Junhyung sudah meraup mukanya sendiri. Kenapa susah sangat nak pujuk hati perempuan ni? 

 
 

 

MINHA ketawa mendengar bebelan sahabat baiknya di talian. Dujun disebelahnya yang sedang memakai baju sekadar tersenyum. Dia faham sangat perangai isterinya bila boleh berbual dengan Kyungri. Pasti ada saja perkara yang mencuit hati Minha lalu membuat dia ketawa. Namun tidak pula lelaki itu pasti apa yang kedua wanita itu bualkan sehinggakan isterinya boleh ketawa terbahak-bahak. Siap mengalir air mata lagi tu! 

 

“Seriuslah mamat tu kasi kau teddy bear besar tadi?” 

 

“Betul. Serius aku tak percaya dia sanggup pujuk aku sampai tahap belikan aku teddy bear bersaiz manusia! Aku ingat dia nak biarkan saja aku tak terpujuk.”ujar Kyungri ditalian sambil menyandarkan badannya pada teddy bear pemberian Junhyung  tadi. Terkejut juga dia bila pemuda itu tiba-tiba saja datang ke rumahnya sambil membawa teddy bear bersaiz manusia itu. Lebih mengejutkan, lelaki itu melutut di depannya sambil meluahkan kata maaf! So sweet! 

 

“Fuhh tak sangka aku dia tu romantik juga orangnya.”komen Minha lagi sambil mengenakan earphone pada telinganya. Selepas itu dia mendekati suaminya untuk memakaikan beliau tali lehernya. Hari ini mereka akan pulang ke Seoul dan sekarang mereka berdua sedang bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Minha sudah memberitahu Dujun supaya mengenakan pakaian kasual sahaja tapi suaminya itu enggan. Nak juga pakai office wear. Skema betul. 

 

Dujun menghulurkan sehelai tali leher hitam kepada isterinya sambil berkata, “Apa yang awak bualkan dengan Kyungri?” 

 

“Pasal boyfriend dia.” 

“Kenapa dengan Junhyung? Dia masuk hospital ke?” 

“Mana ada. Junhyung tu haa, buat benda diluar jangkaan Kyungri. Terkejutlah si Kyungri dibuatnya.” 

 

“Apa yang dia dah buat sebenarnya?”soal Dujun lagi dengan sebelah kening terangkat tanda hairan. Mendengar dari cara isterinya bercerita itu bunyinya seperti Junhyung sudah melakukan perkara-perkara pelik saja. 

 

Minha sudah tersenyum-senyum. “Tak naklah bagitahu awak. Balik nanti awak tanyalah Junhyung sendiri, lagi bagus.” 

 

Dujun menyeringai. “Kalau tanya dia sendiri alamatnya memang tak berjawablah soalan saya tu. Baik awak beritahu je saya sekarang sebelum saya…” 

 

Tidak semena-menanya tubuh Minha ditarik ke dalam dakapan Dujun dan seperti biasa, lelaki itu akan memeluk isterinya seerat mungkin sehinggalah Minha menyerah kalah. Tak cukup dengan itu dia mencium pula pipi isterinya itu bertalu-talu, tak ubah seperti seorang bapa mencium pipi gebu milik bayi perempuannya sehingga Minha rimas. Tapi Minha lagi suka sebenarnya Dujun berbuat demikian.

 

“Okey fine, saya bagitahu! Both of them bergaduh nak dekat seminggu, dan Junhyung yang first minta maaf.” 

 

“Okey, so apa yang peliknya?”soal lelaki itu lagi sambil membetulkan rambut isterinya yang tiba-tiba menutupi mata gara-gara ditiup angin sepoi dari beranda yang mereka buka. 

 

“Yang peliknya Junhyung minta maaf sambil melutut, dan dia belikan Kyungri teddy bear bersaiz manusia! Sweet kan?” 

 

Dujun mencebikkan bibir. "Eleh, saya pun sweet juga." 

 
 

"Iyee, tapi agak rare-lah Junhyung yang cold tu tiba-tiba jadi sweet macam tu. That's why saya cakap dia sweet. Awak yang memang dah sweet ni tak payahlah nak jealous bagai pula." 

 
 

"Oh…eh? Hmm… Ni mesti ada yang pujuk dia suruh buat macam tu. Tapi siapa? Dalam kalangan Beast Master, Junhyung saja yang ada girlfriend…” 

 
 

Minha sudah tersengih. “Daripada awak beria fikir pasal Junhyung baik awak pakai kasut cepat. Kang tak pasal-pasal lewat untuk ke lapangan terbang pulak.” 

 
 


 

SOHEE terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi pintu biliknya diketuk berkali-kali. Pasti itu Dongwoon. Memang kerja lelaki itu mengejutkan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Minta maaf banyak2 kepada yang menunggu update dari saya. I have been so busy with my work and life. Inshaallah ada masa saya update. Slowly but surely!

Comments

You must be logged in to comment
_fs_abby
#1
Author, tlg update pls
whitelove
#2
Chapter 7: I love this chapter the most
inaequanimous
#3
Uiyoo dh tkr
trisyia_shin
#4
Chapter 16: Sumpah aku prefer sohee doh
Cute_panda12 #5
Chapter 15: Tak payah delete watak utama.Cerita nie best lah
trisyia_shin
#6
Chapter 15: Aku nak tiga2 ni dalam satu Citer. Eh bila ko nak update Citer ais krim JunHyung ko tu? Berjanggut aku tau...
starlightkim_
#7
Chapter 15: Dongwoon and sohee.tak payahlah delete..cerita ni best sangatlah.
Yanseob_YS
#8
Chapter 13: Wooo~~~ ayat Dongwoon tu. OMG! Haha..
sehunloversuho #9
Chapter 13: huhuhu.sweetnyee.
Yanseob_YS
#10
Chapter 12: Update soon~~~ Crita nie bestlh!!! Sweet sgt hubungan Minha dgn Dujun. Wkwkk.. Hish3. Apasallh Sohee nie degil sgt. Ngaku jelah yg dy sukakan Dongwoon. Hmmph! >_<