Chapter 2

My Eyes Can See Ghost
Please Subscribe to read the full chapter

Aku melangkah laju menyusuri kaki lima sekolah yang sudah sunyi. Tiada satu manusia pun yang terlihat lalu lalang disitu waktu itu. Mana tidaknya sudah pukul 6 petang sekarang, semua pelajar sudah pulang kerumah. Berbeza betul dengan keadaan diwaktu persekolahan tadi. Oleh sebab hari ini aku bertugas membersihkan kelas makanya hari ini aku perlu selesaikan tugas dahulu baru pulang ke rumah. Perasaan takut yang menyelubungi aku ketika itu memaksa aku melangkah dengan lebih pantas dari tadi, angin yang meniup kencang menambahkan lagi suasana seram waktu itu. Pokok-pokok menari-nari kekanan dan kekiri akibat dari tiupan angin tersebut.

 

Ketika aku melintas di depan Studio yang telah lama tidak digunakan oleh sesiapa, aku terdengar suara halus orang menangis diselang seli dengan bunyi piano dari arah dalam studio tersebut. Langkah ku terhenti.

 

“Ada yang tak balik lagi ke??”Soal aku sendiri. Aneh apabila ada lagi yang belum pulang ke rumah selain diriku. Sudah lewat begini, tinggal satu jam lagi pukul 7. Matahari pun sudah seperti mahu terbenam sekejap lagi pasti gelap. Lagipun studio ini telah lama tidak digunakan. Siapa agaknya ye??

 

Perasaan ingin tahu ku memaksa ku mebuka pintu studio. Apabila pintu studio dibuka angin sejuk dari kelas itu menyapa tubuhku. Bulu roma ku meremang tiba-tiba. Aku melihat sekeliling studio, tidak banyak yang berubah masih sama seperti dulu ketika aku menggunakan studio ini untuk perjumpaan kelab Muzik. Mataku terpaku apabila melihat sesusuk tubuh seorang gadis yang beruniform sekolah sama seperti ku sedang bermain piano tanpa menoleh kearah ku. Khusyuk benar gadis ni.. Tapi aku hairan mengapa dia bermain sambil menangis. Sedang bersedihkah dia?? Ingin aku menegurnya…Aku melangkah perlahan mendekati gadis itu.

 

“Awak… awak okey…”Soal sambil tangan kanan ku menepuk bahu gadis beruniform yang sedang khusyuk bermain piano itu. Perempuan itu berhenti bermain piano. Tanpa menoleh kearahku dia menundukkan mukanya dan menangis. Tangisannya yang halus itu membuatkan aku yang sudah sedia seram bertambah seram. Namun kasihan pula aku melihat dia menangis. Kenapa agaknya yaaa??

 

“Awak ada masalah ke??”Soal ku lagi. Kepala ku ditundukkan bagi melihat wajah gadis tersebut. Namun rambutnya yang panjang dan menutupi wajahnya menyukarkan aku..

 

“Ada…..”Jawab gadis itu perlahan.

 

“Masalah apa? Kalau saya boleh tolong saya tolong..”Aku cuba memberi pertolongan kepadanya. Aku ni baik kan!! Choiiii…

 

“Betul awak boleh tolong??”Soal gadis itu kepada ku pula. Wajahnya masih tidak memandangku.

 

“Kalau boleh saya tolong .. saya tolong”Jawab ku bersama dengan senyuman ikhlas. Walaupun gadis itu tidak nampak aku senyum kepadanya tidak mengapalah kerana aku memang betul-betul ikhlas ingin membantu.

 

“Kalau begitu tolong carikan mata saya…”Serentak dengan itu gadis beruniform itu menoleh kearah ku. Aku terjerit apabila melihat wajah perempuan itu mana sebelah matanya tidak mempunyai biji mata walaupun kelopak matanya terbuka waktu itu dan sebelah lagi biji matanya terkeluar. Darah merah pekat mengalir seperti tangisan keluar dari kedua-dua belah matanya. Arkkkk hantu!!!!!!

 

Aku yang terkejut terus melarikan diri kearah pintu masuk studio. Apabila tiba di pintu dengan tiba-tiba pintu itu tertutp sendiri. Aku cuba memulas tombol kunci beberapa kali. Tangisan gadis itu bergema didalam kelas Muzik. Aku memandang hantu yang masih duduk dikerusi dengan perasaan takut. Hantu itu memandang ku bersama dengan senyuman yang menggerunkan. Namun tiba-tiba aku lihat tubuh hantu itu melayang diudara dan mengilai menghampiri ku dengan laju. Aku yang ketakutan mencuba sekali lagi memulas tombol pintu dan akhirnya Berjaya. Terus aku menerobos keluar.

 

“Tolong……” Bersama dengan jeritan aku berlari selaju mungkin. Tangisan dan hilaian yang masih bergema membuatkan aku berlari sambil menutup kedua belah telingaku. Apabila aku tiba di koridor dan ingin membelok ke kanan tiba-tiba muncul satu lembaga hitam yang berkepala oren dihadapanku…

 

“Huarrrrrr…”Aku terjerit sama juga seperti lembaga itu dia turut menjerit. Terkejut jugakah lembaga ini??? Namun tidak ku fikir itu semua kerana waktu itu aku rasakan bagaikan duniaku kelam, semangatku seperti sudah hilang dengan apa yang berlaku tadi dan sekarang…… Aku rebah diatas lantai koridor sekolah. Sebelum duniaku kelam aku dapat merasa ada seseorang yang memangku kepalaku bau minyak wangi menusuk kehidungku. Siapakah dia? Mengapa aku seperti pernah terbau minyak wangi ini…

 

. . . .

 

“Macam mana dia ni boleh pengsan ni?? Dia ni bukan perempuan hari tu ke??”

 

“Entah masa tu V nak lalu pergi ambil barang dekat studio… V dengan dia lagi sikit nak bertembung nasib baik V cepat tekan brek kalau tidak memang mendia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 15: wuahhh...dah the end....sepanjang sya baca ff ni..saya mmg terhibur sgt2.emosi bercampur aduk...
sedih ada, seram ada, sweet cam gula pun ada,lawak nk terguling2 pun ada....mmg lengkap ah ff ni...tq authornim for making this beautiful story...walaupun idea santai dan tidak dirancang ^_^....comelnya v ngan hani....apajadi kat ika ngan jhope..xnk couple ke??..
daebak authornim...jjang
BalRina_
#2
Chapter 14: *lap air mata* sebelum ni cam seram bila Taeyang buat camtu.. Sekarang sedih sbb taeyang buat mcm ni.. T.T good job and update soon
MsBlackWhite #3
Chapter 13: Wow..*lap peluh lps bce chap1-chap13*
Sy suke setiap chap sy bce dkt ff ni, semua best^^
Update please!! tngh excited ni!! xD
AssiraNKim #4
Chapter 1: You are from Kedah? I miss Kedah
BalRina_
#5
Chapter 13: Taeyang, who are you?!?! Kenapa jd evil ttiba nih?? V buat lah ssuatu
BalRina_
#6
Chapter 12: Ok ini pelik.. Update soon plsss
aquariusxpisces
#7
Chapter 10: amboi..... v soo sweet xD
AsyiA_MiZuki
#8
Chapter 9: update soon
amani123
#9
Chapter 9: ooooooooo baru saya faham knp v ni ada dua personaliti btw update soon ye
Faz_Yonggie #10
chapter 1:terbaik ;-)