Chapter 3

My Eyes Can See Ghost
Please Subscribe to read the full chapter

Aku dan V kembali mendiamkan diri sehinggalah tiba didepan rumah ku. Aku mengerling kearah V, aku lihat dia langsung tidak beriak apa-apa. Tetapi fikirku, dia pasti terkejut dan takut dengan ku sekarang ini. Perasaan segan mula menyelinap kedalam hati ku.Aku keluar dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada driver V. Aku melihat V turut keluar dari keretanya dan mendekati aku yang sudah berada dihadapan pagar rumahku...

 

“Ha Ni… selepas ni awak janganlah takut atau segan tegur saya… Saya ni kadang-kadang memang sombong dan kurang mesra dengan orang, awak buat tak tahu je dan tegur saya… Saya nak kawan dengan awak… Kita kawan Okey… Janji tau kita kawan… Lagi satu saya nak cakap, awak mempunyai kebolehan yang sangat tidak ternilai jangan awak anggap ia sebagai bala… Okey!! Janji..”

 

Aku memandang V aneh. Kemudian, aku menggangukkan kepalaku berjanji.

 

“Saya nak tanya… Kalau orang lain bersentuhan dengan awak, orang itu pun boleh melihat hantukah??”Soal V kepada ku apabila aku ingin melangkah membuka pintu pagar. Terhenti tanganku seketika. Kemudian aku menoleh kearah V semula. Aku memandang tepat wajahnya yang murah dengan senyuman hari ini. Aku menganggukkan kepala mengiakan pertanyaannya.

 

V tersenyum, setelah itu terus dia berlalu masuk kedalam kereta semula.Cermin keretanya diturunkan.V melambai kearah aku yang masih berdiri dihadapan pintu pagar.Kemudian keretanya meluncur perlahan sehinggalah hilang dari pandangan aku. Aku mencerna ayat yang keluar dari mulut V tadi. Apa maksudnya ya?? Dia mahu berkawan dengan aku?? Gilor apa dia ni… Sat tak suka sat suka… Sat tak suka sat suka…. Haishh aku pun tak faham..!!

           

. . . .

 

“Kau free tak petang ni Ha Ni?… Aku nak ajak kau keluar…”Ajak Ieka dihujung talian pagi itu. Setelah aku mengangkat panggilannya, Ieka terus ajukan soalan itu. Tidak tahukah dia hari ini cuti… Tidak bolehkah dia membiarkan aku bahagia sebentar diatas katil. Tak boleh tengok aku senang betul pompuan ni tau… Kacau jeee…

 

“Pergi mana? Han river..??”Soal aku kepada Ieka. Lemah saja suara aku pagi itu.

 

Ieka hanya membalas dengan jawapan pendek. ”Ya…” Aku memang tahu kalau dia mengajak aku keluar petang-petang pasti ke Han River. Kami menghabiskan masa disana dengan melepak. Memang itulah aktiviti tidak berfaedah kami. Tetapi kami tidak akan melepak ditepi sungai Han River, kami melepak jauh sedikit dari situ seperti digelanggang bola keranjang atau pun tepi taman kerana korang fahamkan. Kalau aku duduk melepak tepi sungai Han River pasti aku akan melihat benda pelik-pelik. Nanti mulalah makhluk lain keluar dari air...

 

“Kau ni tak ada tempat lain ke… Asal petang je Han River… Asal Han River je petang… Kau kan tahu aku fobia sikit dekat dengan sungai-sungai ni.. Nanti hantu air keluar…”Adu ku meminta simpati. Tapi sebenarnya lebih kepada alasan untuk aku tidak pergi kesana. Malas lah…

 

“Bukan duduk tepi sungai pun… Kita lepak dekat gelanggang bola keranjang je. Tengok orang main… Aku bosan ni… Jom lah wey… Boleh la...”Ieka masih mencuba nasib memujukku walaupun bahasa koreanya yang pelat dan dia memang bernasib baik kerana aku sememangnya baik hati tidak boleh melihat kawan dalam kebosanan. Terus saja aku bersetuju untuk melepak di Han River petang ini…

 

“Okey… okey… Jumpa kau petang ni… Kau ni kacau je lah… Annyeong…”Aku terus menyalit skrin telefon ku. Aku melempar telefon bimbit ku ke tilam . Aku berbaring ke tilam ku dan menyambung acara ku semula iaitu membuat tahi mata…

 

Dari jauh aku melihat kereta laju mendekati aku. Kakiku seperti dipasung tidak dapat bergerak. Aku memejam mata apabila melihat kereta yang meluncur laju kearahku sudah hampir. Tiba-tiba dapat ku rasakan aku ditarik ke pelukan seseorang. Aku terbau haruman minyak wangi yang dipakai. Apabila aku membuka mata kelihatan seorang lelaki yang memeluk aku. Namun mengapa wajahnya seperti samar-samar.  Siapa dia?

 

Tok tok tok Ha ni…

Tok tok tok Ha ni…

 

“Ha Ni bangun… Bangun….”Aku terbangun dari tidur ku apabila mendengar namaku dilaung dari luar bilik. Ketukan pintu yang diselang seli dengan laungan nama ku.. Aku bangun dari pembaringan dan menoleh melihat jam… Ala baru pukul 9 pagi… Omma aku ni mengganggu betul.. Tadi Ieka sekarang Omma pula… Aku yang masih mamai cuba mengingati mimpi yang hadir tadi.. Huh…!! Mimpi yang sama lagi sejak aku kemalangan 5 tahun lepas… Sampai sekarang, ak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 15: wuahhh...dah the end....sepanjang sya baca ff ni..saya mmg terhibur sgt2.emosi bercampur aduk...
sedih ada, seram ada, sweet cam gula pun ada,lawak nk terguling2 pun ada....mmg lengkap ah ff ni...tq authornim for making this beautiful story...walaupun idea santai dan tidak dirancang ^_^....comelnya v ngan hani....apajadi kat ika ngan jhope..xnk couple ke??..
daebak authornim...jjang
BalRina_
#2
Chapter 14: *lap air mata* sebelum ni cam seram bila Taeyang buat camtu.. Sekarang sedih sbb taeyang buat mcm ni.. T.T good job and update soon
MsBlackWhite #3
Chapter 13: Wow..*lap peluh lps bce chap1-chap13*
Sy suke setiap chap sy bce dkt ff ni, semua best^^
Update please!! tngh excited ni!! xD
AssiraNKim #4
Chapter 1: You are from Kedah? I miss Kedah
BalRina_
#5
Chapter 13: Taeyang, who are you?!?! Kenapa jd evil ttiba nih?? V buat lah ssuatu
BalRina_
#6
Chapter 12: Ok ini pelik.. Update soon plsss
aquariusxpisces
#7
Chapter 10: amboi..... v soo sweet xD
AsyiA_MiZuki
#8
Chapter 9: update soon
amani123
#9
Chapter 9: ooooooooo baru saya faham knp v ni ada dua personaliti btw update soon ye
Faz_Yonggie #10
chapter 1:terbaik ;-)