Chapter 10
My Eyes Can See GhostAku mengeluh perlahan.. Mataku sudah semakin layu, menunjukkan tidak lama lagi memang aku akan terlelap.. Sudah satu jam aku membaca dan mengulang kaji buku biologi.. Satu patah keharam tak masuk.. Hmm.. Nampaknya memang aku ini kategori orang yang tak patut masuk kelas Sains.. Tu la dulu gedik sangat konon nak duduk kelas depan, kelas sains supaya cikgu beri perhatian lebih dari duduk kelas belakang.. Nah sekarang kau rasakan Hani...
"Huhhh.. "aku mengeluh lagi entah untuk yang keberapa kali.. Aku mengerling melihat jam yang terletak cantik pada dinding bilikku yang berwarna putih.. Dah macam klinik bilik aku ni.. Rasanya aku akan cadangkan kepada Omma supaya tukar kertas dinding dan warna cat yang lebih ceria sedikit.. Baru lah ada semangat nak belajar.. Ini tidak dah macam klinik.. Kadang2 rasa macam dekat bilik mayat.. Eee seram..
Hai lah.. Sudah pukul 9 malam.. Omma dengan Bambam langsung tak nampak muka.. Sejak dari balik sekolah aku menunggu mereka sebenarnya.. Perutku sudah mula buat konsert rock kapak.. Bukan setakat kapak rasanya sabit, parang, pisau lipat segala bagailah.. Senang cerita..
Kadang-kadang rasa macam anak angkat pulak aku ni..
Heh!! Ini Kalau tahu dek Omma apa yang aku katakan tadi mahu aku makan kasut cap ayam saiz 7 milik Omma nanti.. Huh mintak dijauhkan lah..
Time-time macam ni sedap juga kalau dapat makan ais krim kan.. Hehehe aku gelak evil berseorangan dibilik.. Nasib tak ada orang kalau tidak mahunya orang ingat aku ni buang tabiat nak mampus agaknya gelak sorang2..
Sedang aku mengelamun.. Tiba-tiba telefon yang aku letakkan di sebelah kotak pensil berbunyi..
Tutt.. Tutt.. Tutt...
Aku melihat nama yang tertera pada skrin.. Eh..
V Alien.....
Terus saja bibir ku mengukir senyuman.. Aku berdeham beberapa kali bagi menyedapkan suara sebelum aku menslide skrin telefonku dengan hujung jari telunjukku..
"Hello.. nak apa? "aicey.. Aku bertanya V dengan penuh machonya.. Padahal dalam hati dah gedik macam kera dapat bunga.. Dia punya seronoklah.. Almaklumlah crush call.. Crush ke..? Sejak bila kau mengaku ni Hani..! Hahaha kalau korang perasan juga sekarang ni aku sudah tidak menggunakan awak saya dengan V.. Hehehe Biasalah sudah dekat 1 bulan kami berkawan..
"Kau keluar sekarang..!! Aku tekan loceng dari tadi kau tak buka.. " arah V dihujung talian.. Terkedu aku.. Dia ni dah kenapa, terkejut aku..
Aku mengerut dahi.. Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut V sudah mematikan talian telefon..
"Hai ya... budak ni tak dak sivik betul.. Salam tak bagi.. Dah tu call kita marah2 pul
Comments