Chapter 11
My Eyes Can See GhostMataku masih terpejam.. Jantung ku berdenyut laju. V masih belum melepaskan bibirku.. Kala itu sempat aku terfikir.. Kalau ciuman ini dah berakhir apa perlu aku buat..!
a) Pura-pura pengsan
b) Tampar V sampai pengsan
c) Tampar dan tumbuk V lepas tu masuk rumah
d) Acah2 malu macam perempuan melayu terakhir
Mana satu ye..! Kau ni Hani sempat lagi..! Sesak...
Aku menolak bahu V menjauhiku apabila aku terasa oksigenku sudah berkurangan..
Krik.. Krik..
Diam... Itu yang terjadi selepas babak tadi..
Aku beranikan diri untuk memandang wajah V... Mak ai.. Boleh dia sengih dekat Aku.. Terus saja aku mengalih wajah ku kearah lain.. Mukaku sudah berubah warna..! Dia ni tak tahu malu ke? Alien.. Alien juga la..
"Aaku.. Masuk dulu lah.. "Aku meminta diri.. Muka ku sudah kebas.. Aku rasa kalau aku duduk lebih lama memang terbakar aku dekat situ..
"Okey.. Jumpa esok.. Aku balik dulu.. "V meminta diri. Dia mengangkat punggungnya, apabila melihat aku sudah bangun dan melangkah ke pintu rumahku.. Aku sempat menoleh kearahnya dan mengganguk..
"Bye.. "
Setelah itu aku terus masuk dan mengunci pintu.. Aku tersandar disebalik pintu.. Aku meletakkan tapak tanganku ke dada.. Perghh masih laju jantung ni berdenyut.. Dup.. Dap.. Dup.. Dap..
Tika itu telefon aku yang berada di poket berdering tanda ada mesej baru masuk.. Aku mengeluarkan telefonku dan melihat mesej siapakah itu..
Thank untuk kiss tu.. Sedap kan Ais krim tu.. Good night.. Mimpi Aku.. 💕
Ternganga aku membaca mesej dari V itu.. Dia ni kan!!
. . . .
Aku berlari laju.. Peluh didahiku ku biarkan terus merenet..
"Pergi... Pergi... Jangan ganggu aku... " Aku berlari lebih pantas dari tadi apabila lembaga yang mengejarku sudah mendekat.. Wajahnya yang hodoh itu menakutkan aku.. Aku berlari kearah jalan.. Apabila aku ingin melintas ada sebuah kereta yang meluncur laju.. Aku terkaku... Bagaikan kakiku sudah tergam.. Aku hanya mampu berdoa dan melihat saja kereta yang sedang kearahku sekarang.
Comments