Chapter 4

My Eyes Can See Ghost
Please Subscribe to read the full chapter

Aku dan Ieka berdiri kaku ditengah-tengah gelanggang bola keranjang. Aku lihat V tersenyum melihat aku. Bola dijarinya dipusing-pusing, seolah-olah pemain professional lagaknya. Aku meneguk air liur. Huh, perit rasanya tekak ku. Aku memandang Ieka, aku lihat dia merenung tajam kearah J Hope yang berada disebelah V yang turut tersenyum. Masih aku ingat kata-kata V beberapa saat yang lepas.

 

“Kalau kau nak kita jadi kawan… Kau kena lawan bola keranjang dengan kami… Kalau kau menang baru aku mengaku yang kau kawan aku… Amacam kau nak kawan dengan aku?? Hahaha… satu goal pun korang dah dikira menang… Tu pun kalau dapat lah…” Itulah cabaran yang lahir dari mulut V beberapa saat yang lepas. Mulanya ingin saja aku katakan yang kalau tidak berkawan pun tidak mengapa, namun…….

 

“Saya nak kawan dengan awak… Kita kawan okey… Janji tau kita kawan…” Masih tergiang-ngiang kata-kata V semalam. Aku rasalah V ni mungkin mahu menguji aku barangkali. Sejauh mana aku mahu berkawan dengan dia. Hmm… Aku pula bukan jenis yang lupa akan janji… Haishh!! betul-betul dipersimpangan kekeliruan aku dibuatnya… Pelik aku dengan V ni.. Agaknya dia ada dua personaliti kot… Sekejap baik sekejap jahat…

 

“Huhhh”Aku menghembuskan nafas perlahan… “Okey… Kalau saya menang awak kena mengaku yang saya ni kawan awak… Awak kena janji tu… Satu goal pun kami dkira menang…” Akhirnya aku menyatakan persetujuan untuk berlawan. Tak apalah, menang atau kalah tak rugi pun… Lagi pun aku lakukan semua ini kerana aku sudah berjanji… Adoi, apalah malang sangat nasib aku ni… Aku memandang Ieka sekali lagi. Ieka turut memandang aku..

 

“Okey… Aku janji…”Balas V bersama dengan senyuman jahat. J Hope disebelah mengangkat ibu jari kearah Ieka kemudian dia jatuhkan ibu jari kebawah seolah-olah mengapi-apikan Ieka yang sudah sedia berapi.

 

“Kau apahal nak gaduh dengan aku..”Marah Ieka kepada J Hope.. J Hope menjelir lidahnya kearah Ieka. Ieka yang tidak mahu kalah menunjuk penumbuknya.. Nak tergelak sebenarnya aku apabila melihat Ieka dan J Hope bergaduh.. Bagi aku comel saja aku lihat mereka berdua ini..

 

“Kau ingat aku takut… I don’t care okey…”Ejek J Hope lagi. Siap dengan aksi gedik lagi..

 

“Sorry…”Ungkap aku perlahan, tanganku mengenggam tangan Ieka. Ieka membalas dengan anggukkan.. Kesian Ieka tidak pasal-pasal dia pun turut terlibat sama..

 

“Tak apa.. Aku tak kisah pun… Lagipun aku memang dah lama taram dengan lelaki sorang tu…”Ieka menjuih mulutnya kearah J Hope… Ish! Ish! Ieka… Ieka… badan je kecil tapi kalau bab nak cari gaduh ni dia nombor satu… Memang kalau mak mentua tengok conform reject punya lah…

 

“Hoi korang bercakap apa… cepat lah…”Marah V serentak dengan itu bola ditangannya dibaling kearah aku. Pap!! Aku menyambut dengan cekap sekali… Hahaha… Jangan korang tak tahu aku sebenarnya adalah atlet sekolah dalam sukan bola keranjang. Tapi itu masa sekolah rendah punya cerita lah. Selepas kemalangan aku kurang melibatkan diri dalam sukan. Nak buat macam mana kondisi aku tidak mengizinkan. Oleh sebab itu juga aku berani menyahut cabaran si mamat poyo a.k.a V ni. Selain nak kalahkan V sebenarnya aku nak test power sama ada aku masih cekap bermain atau pun tidak.

 

“Cepatlah ni…”Aku melantun-lantun bola ke lantai gelanggang. Tersenyum sinis aku apabila melihat V. V juga turut tersenyum. Aku tahu pasti dia fikir setakat tangkap bola apa lah sangat!! Dan aku juga tahu mesti si J Hope turut mengutuk Ieka. Dari pandangan mata mereka berdua aku dapat meneka itu.

 

“Ieka…”Aku membaling bola kearah Ieka dan mula membuka langkah. Ieka menyambut bola dengan baik sekali, dia turut berlari sambil melantun bola ke lantai gelanggang. Wah, nampaknya kerjasama antara aku dan Ieka sangat baik sekali. Aku tidak tahu pula yang Ieka turut pandai bermain bola keranjang. Patutlah muka Ieka sikit pun tidak takut semasa J Hope mangapi-apikan dia tadi. Rupanya ada udang disebalik Mee tomyam.. Wah cerita pasal tomyam… Lama aku tak makan tomyam!! Balik nanti suruh adik aku Bambam buatkanlah… Hehehe…

 

“J Hope kau halang perempuan pendek tu…”Arah V kepada J Hope, menghalang Ieka. J Hope menurut kata-kata V. Dia mengacah-ngacah Ieka. Namun, Ieka cepat saja mengelak siap melarikan bola dikeliling pinggang lagi. Pergh! Ieka kau memang terbaik ark kawan…. DAEBAK!!!

 

“Ha ni… tangkap ni…”Aku pantas lompat sedikit dan menangkap bola yang dibaling Ieka… Aku mengacah-ngacah kerana V menghalang aku dihadapan. Aku ke kiri dia ke kiri.. Aku ke kanan dia ke kanan… Tapi oleh sebab dia keliru dengan pergerakkan aku akhirnya aku lepas.

 

1, 2, 3… Aku melempar bola kearah tiang goal dan………… Goal………… Dapat aku lihat ternganga V dan J Hope melihat kami berdua. Baru saja mula permainan tidak sampai 1 minit pun sudah tamat… Huh, Ieka membuat high five kepada aku. Aku dan Ieka tersenyum sinis sambil melangkah mendekati V dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 15: wuahhh...dah the end....sepanjang sya baca ff ni..saya mmg terhibur sgt2.emosi bercampur aduk...
sedih ada, seram ada, sweet cam gula pun ada,lawak nk terguling2 pun ada....mmg lengkap ah ff ni...tq authornim for making this beautiful story...walaupun idea santai dan tidak dirancang ^_^....comelnya v ngan hani....apajadi kat ika ngan jhope..xnk couple ke??..
daebak authornim...jjang
BalRina_
#2
Chapter 14: *lap air mata* sebelum ni cam seram bila Taeyang buat camtu.. Sekarang sedih sbb taeyang buat mcm ni.. T.T good job and update soon
MsBlackWhite #3
Chapter 13: Wow..*lap peluh lps bce chap1-chap13*
Sy suke setiap chap sy bce dkt ff ni, semua best^^
Update please!! tngh excited ni!! xD
AssiraNKim #4
Chapter 1: You are from Kedah? I miss Kedah
BalRina_
#5
Chapter 13: Taeyang, who are you?!?! Kenapa jd evil ttiba nih?? V buat lah ssuatu
BalRina_
#6
Chapter 12: Ok ini pelik.. Update soon plsss
aquariusxpisces
#7
Chapter 10: amboi..... v soo sweet xD
AsyiA_MiZuki
#8
Chapter 9: update soon
amani123
#9
Chapter 9: ooooooooo baru saya faham knp v ni ada dua personaliti btw update soon ye
Faz_Yonggie #10
chapter 1:terbaik ;-)