Chapter 14
My Eyes Can See GhostV terjaga dari tidurnya.. Bunyi guruh dan juga petir yang memancar mengejutkannya.. Dia memandang wajah aku yang lena dalam jangka yang tidak pasti..
Jarinya diangkat perlahan dan menyentuh lembut pipiku.. Dia menghembus nafas berat..
"Apa agaknya yang kau mimpi.. Kenapa lama sangat.. "
"Wey bangunlah cepat.. Kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau sakit masa tu? Kenapa kau diam ja?"V mengusap pipiku perlahan..
Tiada reaksi dari aku...
"Kalau kau bangun nanti aku janji tak buli kau dah.. ! Aku janji... "
Masih seperti tadi...
"Jangan tinggalkan aku macam Taeyang tinggalkan aku.. Jawab lah Hani!! "
Sama saja hanya dentuman guruh yang menjawab..
"Aku rindu" Perlahan saja dia mengungkapkan katanya sambil jarinya masih mengusap pipiku..
Satu minit.. Dua minit.. Tiga minit....... V menekup mukanya.. Dia tahu percuma saja dia berkata begitu kerana pastinya aku tidak mendengar.. Namun...
. . . .
Ketika itu...
"Jangan tinggalkan aku macam Taeyang.. "
Wajah Taeyang tiba-tiba berubah.. Wajahnya yang bengis tadi juga turut bertukar menjadi mendung.. Taeyang perlahan-lahan melepaskan tangannya dari leherku.. Dia terduduk apabila mendengar V menyebut namanya.. Aku turut terduduk.. Aku menarik nafas dalam dan terbatuk-batuk.. Sesak nafas aku dengan perbuatan Taeyang tadi..
"Kau dah gila ka apa..! Sakit tau tak.. "Marah aku sambil memukul lembut paha Taeyang. Walaupun aku sekarang bukan di alam nyata tapi perghh penangannya sakit juga.. Mungkin roh dengan roh kalau gaduh memang terasa kot..
Taeyang mengangkat kedua tangannya.. Dia merenung lama kedua telapak tangannya.. Wajahnya seakan terkejut.. Dah kenapa pula mamat ni?
Aku mengurut leher ku.. Masih sakit.. Aku memandang wajah Taeyang.. Hmm.. Aku takut sebenarnya, rasa macam nak lari pun ada juga.. Tapi entahlah..... Macam kesian pun ada dekat Taeyang ni.. Macam nak flying kick dua pun ada.. Hadoi! Senang cerita aku tak tahulah nak buat apa sekarang ni.. Buntu..
Taeyang menghembus nafas.. Berat sekali bunyinya.. Dia memandang aku kemudiannya..
"Aku minta maaf Hani.. Aku tak sengaja.. "
Tak sengaja kau kata..?? Ish aku debikk juga budak ni.. Besar kecik besar kecik ja aku tengok dia ni..
"Sebenarnya... "Aku memandang Taeyang..
"Sebenarnya... Aku... Aku... Buat macam tu sebab Tak boleh tinggalkan V, dia masih tak boleh terima kenyataan aku dah tak ada.."Aku merenung tajam wajah Taeyang.. ALASAN saja!!
"Huhhh.. Okey sebenarnya aku nak buat pengakuan.. Aku yang sebenarnya tak boleh terima kenyataan..." Taeyang mengubah statementnya apabila dia melihat aku yang merenungnya garang.. Ni kalau mata aku ada laser memang tertembus ni.
Aku diam tidak menjawab.. Aku masih mendengar..
"Lembaga yang dekat kafe tu kan.. Yang.. Yang.. Tu kan.. Sebenarnnya aku... "
Selesai saja Taeyang berkata begitu.. Laju saja tangan aku mencubit lengan Taeyang.. Taeyang mengadu kesakitan.. Dia mengusap lengannya yang dicubit oleh ku.. Ha! Padan muka itu makannya.. Geram aku..!
"Kau ni.. Macam mana kalau aku mati..! Kau suka lah.. "Marah aku..
"Aku minta maaf.. Sebelum ni aku kasihan dengan V sebab dia selalu bersendirian dan selalu asingkan diri sebab dia rasa dia lain dari lain.. Sebab tu aku suruh kau kawan dengan dia.. "
"Eh.. Bukan.. Dia memang lain pun.. Dia kan alien.. "Aku menyampuk..
"Jahat kau.. "Taeyang tergelak dengan ungkapan yang kelu
Comments